Skip to main content

Kewajipan Mengundi Wan Azizah Di Permatang Pauh

Merujuk kepada sebuah Hadith:


Saya mengambil setengah yang awal bahagian hijaunya, mafhumnya begini:

“Akan datang selepas saya, umara’ (pemerintah), sesiapa yang mengiyakan mereka dalam pembohongan mereka dan membantu mereka dalam kezaliman mereka, dia bukan dari saya dan saya bukan darinya.....”.

Aukamaqal.

Hadith ini memberikan gambaran jelas bagaimana Rasulullah (SAW) mengambil berat persoalan pembohongan dan kezaliman yang dilakukan oleh golongan berkuasa. Mana-mana pihak yang mengiyakan pembohongan mereka dan membantu mereka dalam kezaliman mereka, Rasulullah (SAW) tidak mengaku sebagai ummat!

Tiada sesiapa yang boleh menafikan bahawa rakyat telah dibohongi melalui fitnah yang jahat dan dahsyat terhadap DSAI. Dan sememangnya ianya satu pembohongan. Tiada syak walaupun sebesar sebiji zarrah bahawa ianya fitnah dan pembohongan yang nyata. Meneliti asas penghakiman dalam kes DSAI akan menyakinkan semua yang waras bahawa DSAI adalah mangsa fitnah jahat. Maka hasil dari fitnah jahat ini beliau dizalimi dengan dipenjarakan selama 5 tahun.

Pembohongan melalui fitnah yang mereka lemparkan terhadap DSAI perlu ditolak dan disanggah. Mengundi calon UMNO/BN dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh adalah bagaikan mengiyakan pembohongan ini. Lebih-lebih lagi apabila DSAI merupakan Ahli Parlimen yang disingkirkan melalui fitnah ini. Sedangkan semua memahami ianya fitnah dan ianya bertujuan untuk menjaga kuasa dengan memenjarakan DSAI. Tanpa DSAI adalah diharapkan PR akan berpecah lebih-lebih lagi dalam keadaan adanya ‘PAS Ekstrim’ yang boleh dimanfaatkan.

Pemenjaraan DSAI hasil fitnah yang dilakukan adalah kezaliman yang nyata. Mengundi calon UMNO/BN dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh bererti membantu mereka dalam kezaliman mereka ini. Sekiranya kita tidak mampu menghalang pihak berkuasa melakukan kezaliman ini sekalipun, paling kurang kita tidak boleh menolong mereka. Kita boleh bantah dengan menolak calon mereka.

Sekiranya kita tidak menyokong DS Wan Azizah dalam Pilihan Raya kecil ini, maka amat sangat ditakuti bahawa kita dilihat berdiri bersama pihak yang melakukan kezaliman ini. Dan amat kita khuatir bahawa kita akan digolongkan dengan mereka yang Nabi tidak mengaku sebagai ummatnya!

Dalam bertindak memfitnah dan memenjarakan DSAI maka turut menjadi mangsa kezaliman ini adalah keluarga DSAI. Isteri dan anak-anaknya turut difitnah dan dizalimi sekali. Dalam keadaan ini, apabila DS Wan Azizah diturunkan sebagai calon, maka wajib kita bersamanya dan membelanya.

Mafhum sebuah lagi Hadis ialah “Bantu Saudaramu samada dia dizalimi atau menzalimi..”. Rasulullah (SAW) menjelaskan bantu yang menzalimi dengan menghalangnya dari melakukan kezaliman tersebut. Dalam kes Pilihan Raya kecil Permatang Pauh, kita bantu DS Wan Azizah kerana dia dan keluarganya dizalimi dan kita tolong UMNO dengan menghalangnya dari melakukan kezaliman dengan menolak calonnya di Permatang Pauh! Supaya semua pihak memahami, tiada keuntungan dari kerja-kerja fitnah dan zalim ini.

TUDUHAN MENOLAK HUDUD

Dalam soal hudud, PKR telah menjelaskan bahawa yang dipertikaikan adalah kaedah serta waktu atau ‘timing’ usul itu dibawa. Mereka tidak menolaknya sebagai sebahagian sistem perundangan Islam yang berasaskan wahyu dari Allah yang wajib diterima oleh ummat Islam.

Dalam soal ini adalah salah bagi kita untuk terus menghukum bahawa PKR menolak hudud. Kesimpulan mudah sebegitu tidak wajar dilakukan oleh mereka yang amanah dan takut dengan kemurkaan Allah. Ini adalah kerana tanpa disedari mungkin mereka telah melakukan amalan mentakfirkan orang-orang yang beriman.

Para ulama haraki mutakhir ada menyuarakan pandangan berhubung hudud dan kedudukannya dalam proses perjuangan menegakkan Islam. Saya kemukan di sini petikan dari kitab “Al-Ijtihad, An-NaSs, Al-Waqi’, Al-Maslahah’” karangan ulama terkenal dari Morocco yang bernama Ahmad Al-Raisuni.


Beliau menulis:


Maksudnya:

“Al-hudud adalah bahagian kecil dan yang terakhir dalam tertib (atau susunan) peta pengisian ke arah melaksanakan Islam”.

Samada kita setuju atau menolak pandangan ini, kita wajib memperakui adanya khilaf dalam persoalan ini. Dan sekiranya kita ingin meletakkannya sebagai yang paling ke hadapan dalam gerak-kerja kita sekali pun, tidak wajar kita menganggap mereka yang berpegang ianya yang terakhir sebagai menolak hudud.

Dalam keadaan apa pun, kewajipan membantu orang yang dizalimi mengatasi khilaf ini. Sekiranya orang bukan Islam dizalimi sekalipun adalah wajib atas kita untuk membantunya, apa tah lagi sekiranya yang dizalimi adalah orang yang beragama Islam seperti DSAI dan keluarganya.

Persoalan ‘menolak hudud’ adalah mainan UMNO dan golongan yang tidak bertanggung-jawab termasuk ‘PAS Ekstrim’ dalam usaha mencapai agenda politik mereka.

PERSOALAN AMALAN NEPOTISME

Ada juga yang menimbulkan isu ‘nepotisme’ atau ‘melantik anggota keluarga sendiri’ untuk jawatan-jawatan penting. Dan atas alasan ini kita diminta menolak DS Wan Azizah!

Saya teramat hairan dengan mereka yang menyuarakan pandang ini. Adakah mereka mengharapkan DS Wan Azizah sekeluarga berdiam diri apabila DSAI difitnah dan dizalimi sebegini? Dan tidakkah sepatutnya mereka berusaha sehabis-habisnya untuk menyatakan bahawa DSAI adalah tidak bersalah dan paling ke depan membelanya? Dan apabila mereka melakukan ini dan penyokong dan pembela mereka memilih mereka sebagai pimpinan, adakah ini ‘nepotisme’? Adakah yang menuduh ‘nepotisme’ memahami maksud perkataan itu?

Apabila seorang ahli keluarga berjuang bersama dan mereka dipilih atas merit mereka sebagai yang paling mampu menyatu-padukan ahli dan penyokong dan memimpin ke arah kejayaan, ianya bukan ‘nepotisme’. DS Wan Azizah, sefaham saya dipilih sebagai calon bukan atas arahan DSAI tetapi keputusan Majlis Kepimpinan PKR itu sendiri. Dan beliau sememangnya mampu menjadi pemimpin yang berkesan. Ini terbukti semasa DSAI dipenjarakan selama hampir 6 tahun dahulu. Di bawah kepimpinannya, PKR menjadi semakin kuat.

KESIMPULAN

Mengundi DS Wan Azizah adalah wajib atas dasar menolak dan menentang kezaliman. Ianya amat perlu untuk menentukan momentum menjatuhkan UMNO/BN diteruskan. Segala alasan untuk tidak mengundinya adalah propoganda UMNO/BN walaupun ianya keluar dari mulut orang yang bukan UMNO/BN! Tanpa disedari mereka menjadi alat lawan dan musuh. Semoga kita dapat menunaikan tanggung-jawab kita terhadap Allah, ummat Islam dan rakyat Malaysia dengan mengundi DS Wan Azizah pada 7 Mei ini.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Unknown said…
X payah undi sapa2 lg bgus.2x5 je.. badigol
Anonymous said…
org pro berhujah dgn bukti al-Qur'an dan hadis. tp nas apa yg digunakan oleh hadi utk membarua dan membrokerkan org lain dll?
nonbal said…
Tak mau kata apa2... cuma pesanan saya kpd tuan admin, anda adalah ahli politik (pemutar belit a.k.a pemutar alam) sejati...
seluruh fikiran dan pegangan anda telahpun disongsangkan dek kerana anda menyokong dan mendokong perbuatan luar tabii....
Izuddin said…
Kalau kamu tak belajar poitical science, kau takan faham YB. Orang PAS ulamak ni tak reti politic.

Gabunglah dgn DAP dan PKR utk dpt Putrajaya. Bila dah dpt putrajaya(power), baru lah berpolitik dgn DAP dan PKR utk laksana hudud ka budud ka badut ka...

Masa tu kalau DAP dan PKR tak mau hudud, keluar lah pakatan dan jual parti kpd umno.

Tapi belum dpt putrajaya tapi dapat power sekangkang kera dan nak tunjuk LAGAK..songbong pulak tu.

Dah kena tipu dgn umno tahun 1993, tak serik2 nak gabung dgn umno lagi tahun ni...bodoh sungguh...haha
Pkr zalimi tski boleh ke?

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-