Skip to main content

Perbahasan Twitter: Saman Hassan Ali

Posting kali ini adalah sambungan dari 2 artikel saya berhubung perbahasan di laman Twitter yang bertajuk: Hudud dan COMANGO.

Ada yang menelefon saya baru-baru ini dan mencadangkan supaya dilancarkan tabung kutipan sumbangan untuk membayar saman Hassan Ali ke atas saya! Mahkamah memutuskan saya bersalah dan keseluruhannya saya diperintah untuk membayar RM 320,000 termasuk kos mahkamah yang merupakan di antara jumlah tertinggi yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah mutakhir ini. Saya ucapkan terima kasih kepadanya dan beritahu dia “sabar dahulu”. Belum perlu bayar lagi. Saya akan buat rayuan dan memohon ‘stay of execution’ atau penangguhan atas perlaksanaan hukuman tersebut.

Kes ini berlatar-belakangkan ceramah yang dibuat oleh beliau di Shah Alam pada awal tahun ini sebelum Parlimen dibubarkan. Beliau menyebut “jangan beri walaupun satu undi pada ahli Parlimen Shah Alam sekiranya dia bertanding di sini lagi...” Selain itu bermacam-macam tuduhan yang dia lemparkan terhadap diri saya, sehingga digambarkan saya sebagai pengkhianat agama, parasit dan lain-lain. Bila ditanya wartawan saya menjawab beliau adalah “budak suruhan UMNO...”

Beberapa minggu selepas itu, Hassan Ali mengadakan program pelancaran NGOnya yang dinamakan ‘JATI’ atau Jalur Tiga di Shah Alam Convention Centre (SACC). Saya sedia maklum bahawa SACC adalah di antara dewan yang termahal sewanya di Shah Alam. Saya turut mendapat maklumat bahawa beliau membelanjakan hampir RM100K hanya untuk majlis pelancaran tersebut. Perbelanjaan yang sebegitu tinggi menjadi tajuk perbincangan di kalangan mereka yang mengikuti perkembangan politik di Shah Alam. Ramai yang tertanya, dari mana dia dapat duit untuk menganjurkan program tersebut?

Maka saya timbulkan persoalan ini semasa dalam sidang akhbar dan seterusnya di dalam blog saya, iaitu “Siapa Taja Hassan Ali?” Saya turut menyebut beberapa pihak yang pasti berminat melihat Selangor jatuh kembali ke BN sebagai yang mungkin menajanya seperti Puncak Niaga dan syarikat-syarikat kroni UMNO yang lain yang sudah kekeringan projek sejak Selangor berada bawah PR. Saya turut menyebut juga bahawa “mungkin dia telah menjual rumahnya…” dan meminta beliau memberi penjelasan. Dia bertindak bukan dengan menjawab pertanyaan saya melalui media tetapi menyaman saya kerana pertanyaan saya itu dianggap memfitnahnya!

Di antara adegan yang menarik semasa perbicaraan ialah apabila peguam saya, Hanipa Maidin, bertanya padanya, “Dato’ serang Khalid Samad, tidakkah wajar bagi Khalid Samad menyerang Dato’ balik?” Tanpa was-was Hassan Ali menjawab, “Tidak”. Jawapan itu membuat saya tergelak seorang diri selama seminggu.

Walau apa pun, mahkamah sudah menjatuhkan hukuman sedemikian rupa. Walau dianggap pelik mana sekalipun, keputusan itu perlu diterima dan dihormati. Namun oleh kerana saya yakin bahawa saya tidak bersalah atas tuduhan ‘memfitnah’ beliau, maka saya berhak membuat rayuan dan inilah apa yang saya akan lakukan. Semoga didoakan supaya kebenaran akan terserlah dan rayuan saya akan diterima.

Dalam semua hal kita kembalikan kepada Allah untuk memutuskannya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Izuddin said…
Muka mereka bertiga, yang dipecat dari pas, tak sama tapi wajah mereka serupa. Mereka bertiga ni tak kufur Islam, tapi mereka bertiga ini melayu rasis yang fanatik Islam sehingga menimbul kekeliruan dalam Islam itu sendiri.

Ibn maryam tu pun fanatik sehingga dia ekstrim dalam berkata-kata sehingga dia merosakan fabrik masyarakat yahudi ketika itu.

Mereka bertiga ini tidak ada apa apa tempat dikalangan masyarakat kaum Christian, Hindu, maupun Muslim.

Popular posts from this blog

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam , saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

Oktoberfest dan Pendirian Saya

Temuramah saya yang dibuat oleh ISMA berhubung isu Oktoberfest telah banyak menimbulkan kontroversi. Mungkin kerana ramai hanya membaca tajuk. Sepertimana biasa. Malas untuk membaca dan faham tetapi teringin sangat mengutuk. Lebih-lebih lagi bila yang memberi komen itu adalah diri saya. Malang sungguh nasib mereka ini. Tidak faham dan terus menceritakan mengikut selera mereka. Sampai ada yang mengatakan saya ‘sokong’ dan ucapkan tahniah. Biasalah. Kalau semua sudah faham, kurang pulalah kerja untuk saya!

Menjawab Najib Razak

1. Bekas SU Politik saya Ahli Lembaga Penasihat DBKL. Ianya jawatan non-executive dan hanya berfungsi menasihati Dato Bandar dalam isu-isu dasar. Lembaga tersebut tidak memberi kelulusan untuk apa-apa permohonan. 2. Ya saya yang lantik kerana dia berpengalaman sebagai Ahli Majlis MBSA selama dua sesi dan merupakan seorang profesional lulusan Kejuruteraan dari sebuah Universiti Amerika. Dengan Pengalaman dan ilmunya dia dipercayai boleh menasihati Dato Bandar DBKL dalam banyak persoalan. 3. Ya dia juga Ketua AMANAH Kawasan Shah Alam sejak 2015 dan merupakan pimpinan pelapis yang insyaAllah akan gantikan saya. 4. Saya Ahli Parlimen Shah Alam sejak 2008, kawasan 80% pengundi Melayu yang telah menangkan saya dengan majoriti sebanyak 30 ribu lebih pada 2018. Shah Alam kawasan Melayu dan mereka inginkan wakil dan kepimpinan yang bebas rasuah. Jho Low (kanan) bersama keluarga Najib Razak. Turut serta seorang lagi kenalan mereka. - Gambar fail Astro Awani 5. Maksud 'broker' adalah ora