Skip to main content

Peristiwa Kehadiran Kristian Najran di Madinah

Masyarakat Kristian Najran telah menerima surat dari Rasulullah (SAW). Ketua mereka, Asqaf mengumpulkan semua penduduk Najran dan membacakan surat Rasulullah ke atas mereka serta menanyakan pandangan mereka dalam perkara ini. Mereka mengambil keputusan untuk menghantar sejumlah perwakilan mewakili mereka bertemu Rasulullah di Madinah pada tahun 9 Hijrah (Tahun Perwakilan).

Perwakilan yang terdiri daripada 14 orang yang mulia dikalangan mereka, ada setengah riwayat mengatakan 60 orang. Daripada kalangan mereka, 3 orang yang memegang kuasa membuat keputusan dalam rombongan ini, iaitu Al-Aqib (Ketua kumpulan, Ketua Penasihat yang memberikan pandangan menghantar wakil bertemu Rasulullah di Madinah), Sayyid ( Ketua Rombongan) dan Abu Harith (Orang yang berilmu & berpengalaman dikalangan mereka serta guru mereka di sekolah).

Maka mereka datang bertemu Rasulullah di Masjid Nabawi, dengan memakai pakaian cantik, berjubah bersulam dengan sutera dan pada tangan mereka cincin emas. Mereka bangun & solat dalam Masijd Nabawi berpandang ke arah timur. Berkata Rasulullah: “Biarkan mereka”.

Kemudian Rasulullah melalui dihadapan mereka dan meninggalkan mereka. Tidak berbicara dengan mereka, maka ada dikalangan mereka berasa hairan atas tindakan tersebut & terus bertanya kepada Othman atas tindakan Rasulullah tersebut. Lalu Othman menjawab: Kerana pakaian kamu, maka Rasulullah tidak menyahut salam kamu.

Keesokkan hari, mereka hadir sekali lagi ke Masjid Nabawi dengan berpakaian seperti Rahib/Paderi dan menyampaikan salam kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah terus menyahut salam mereka dan mengajak mereka masuk Islam. Akan tetapi mereka menolak dengan menyatakan : “Sebelum kamu, kami adalah orang-orang yang menyerah (Muslimin)”, maka berkata Rasulullah: “ada 3 perkara yang menyebabkan kamu bukan org Islam (Muslimin): Penghambaan kamu kepada Salib, pemakanan kamu akan daging khinzir dan kepercayaan kamu bahawa Allah ada anak….” Dan seterusnya …

Rujukan:
(1) Sirah An-Nabawi, Dr. Ali Mohd As-Sollabi, bab 6, pecahan ke 17, m/s 865, cetakan Darul Ma’rifah, Beirut, Lubnan, Cetakan ke-5, tahun 2006.

(2) Ar-Rohiq Al-Mahktum, Syeikh Sofiyyah al-Rahman Mubaru Kafuri, m/s 321, Cetakan Darul Fikir, Beirut , Lubnan, Cetakan Pertama tahun 2003.

(3) Dzadul Miaad fi Hadyun khairul Ibad, Ibnu Qoyyim al-Jauzi, m/s 22, Jilid ke-3, Cetakan Darul Fajar Lilturath, Qohirah, Mesir, Cetakan Pertama tahun 2004.

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

Comments

Naman said…
Salam Y.B,

Y.B ni degil betullah. Kalau majlis syura Pas Y.B x nak ikut Y.B nak ikut siapa lagi. Takkan majlis syura DAP atau imam mujtahid mutlak Sheikh Anwar Ibrahim alpluralisi.

Perkatan Allah itu Kristian itu ambil daripada siapa? Jawabnya Nabi Isa a.s. Yang Nabi Isa ajar kalimah Allah itu merujuk kepada Allah Tuhan yang satu tiada beranak dan tidak diperanakkan.

Kedatangan Nabi SAW pula adalah membersihkan kalimah Allah itu dari dikaitkan dengan apa jua sifat mensyirikkan dan yang tidak layak.

Kalau dilihat dalam kisah itu pun toleransi Nabi SAW terbatas. Isu Allah dikaitkan dengan tiga dalam satu menjadi isu besar.

Nak ungkit kisah Nabi SAW yang dah maklum berjayanya membersihkan kalimah Allah itu dari persekutuan dengan ketuhanan makhluk dimana Makkah dan Madinah tu dah tak ada orang bukan Islam disitu.

Masalah kita ni pulak. Beriya2 nak bagi tukarkan kalimah Jesus adalah tuhan kepada Jesus adalah Allah. Sanggup ke Y.B. Bawak2lah mengucap.

Respeklah sikit pihak berkuasa Islam yang diberi tanggungjawab mepertahankan martabat Islam di negara kita. Kalau tak pun kalau benci sangat Umno pun kononnya Umno punya kerja pertahan kesucian kalimah Allah ni respeklah majlis Syura Pas.

Janganlah kebencian meluap2 YB terhadap sekumpulan orang Islam sendiri menjadikan YB sanggup membuat apa saja asal hati YB puas melihat mereka binasa.
Anonymous said…
so YB, apa moral of the story????
nak tunjuk yg nabi pun benar org kristian guna kalimah Allah????
apa la bodohnye engko ni.
itula...kuliah Tuan Guru Haron Din di masjid negeri ari tu taknak dengar...perasan diritu alim sangat.
pooooorah!!!
NOOR MOHAMAD said…
Tuan, kisah dailog di Masjid Nabawi panjang lagi, jika digunakan yg ini sahaja ada juga isu orang Islam dibenar masuk masjid. Seluruh msia tidak kira parti politik atau ilmuan Islam sama-sama tidak benarkan orang kafir masuk ke dalam masjid. Adakah orang Melayu lebih hebat dari Rasulullah.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-