Skip to main content

Soalan Tambahan Buat Dato Adzib

Jika di dalam Parlimen, setelah selesai Menteri menjawab soalan bertulis, ahli yang bertanya diizinkan bertanya soalan tambahan. Walaupun sesi Parlimen masih belum bersidang dan Dato Adzib bukannya menerajui mana-mana kementerian, tetapi sebagai seorang yang telah diamanahkan untuk menerajui sebuah instituisi yang amat penting di negeri Selangor, saya yakin beliau akan berusaha menjawab soalan bertulis saya tempohari.

Disamping Dato Adzib berusaha menjawab soalan yang saya kemukakan itu, molek juga kiranya kalau saya kemukakan soalan-soalan tambahan agar dapat dijawab secara sekali gus. Mudah sikit, kerana sebagai seorang wakil rakyat Shah Alam, saya memahami kesibukan yang dihadapi beliau sebagai Pengerusi Majils Agama Negeri Selangor.

Soalan tambahan ini pun mudah sahaja. JIka beliau lulus, maka baru kita kemukakan pula soalan yang agak mencabar sedikit.

SOALAN PERTAMA
Adakah benar bahawa yang turut hadir di dalam pertemuan berkenaan adalah sebuah NGO bernama ‘DAMAI’?

SOALAN KEDUA
Adakah benar bahawa NGO ini adalah NGO naungan Jamil Khir? Ini yang disebutkan pada malam tersebut.

SOALAN KETIGA
Adakah benar wakil ‘DAMAI’ bernama Nasir Desa dan beliau juga merupakan wakil dari Pejabat Peguam Negara?

SOALAN KEEMPAT
Adakah benar Nasir Desa ini mendakwa bahawa masalah Kristianisasi ini serius di Selangor dan jauh lagi teruk dari Pulau Pinang?

Hebat. Negeri PR sahaja. Johor yang sebelah Singapura tidak ada, Pahang Darul Judi tidak ada, Sabah dan Sarawak pun tidak ada. Hebat, hebat. Eh, ada sesiapa tahu, Nasir Desa ada kena mengena dengan Zainal Kling kah?

SOALAN KELIMA (DAN TERAKHIR BUAT MASA INI)
Adakah benar Nasir Desa ini juga menyebut, depan Dato sebagai Pengerusi MAIS dan wakil JAIS dan 45 NGO Islam yang berdaftar dengan JAIS, setelah mereka dihidangkan dengan tayangan video ‘lawatan ke DUMC’, “malangnya MB Selangor seorang ahli politik cari makan”?

Saya harap Dato sudi menjawab soalan seperti di atas. Saya, seperti kebanyakan rakyat Selangor sayangkan Selangor dan dengan itu sayangkan MAIS dan JAIS. Terlalu banyak kebaikan dan sumbangan kedua-dua badan ini terhadap perkembangan fahaman dan amalan Islam di Negeri Selangor. Oleh itu saya yakin, rakyat Selangor tidak mahu MAIS mahupun JAIS diperalatkan untuk kepentingan politik UMNO/BN.

Kalau saya ada masa, saya akan kemukakan soalan susulanyang lebih sukar untuk tatapan rakyat dan untuk dijawab Dato Adzib. Tetapi, perlu dilihat jawapan kepada soalan-soalan selama ini terlebih dahulu. Kalau tidak, buat penat sahaja bertanya, jawapannya tiada.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

lan said…
nice and short. jawablah Adzib
kekura said…
assalamualaikum,
tahniah kerana anda telah buat surat bertulis kepada adzib. tapi tak perlulah anda nak hebah2kan kepada khalayak umum. bukankah rasulullah melarang umat islam menghebahkan kelemahan2 orang dan dan ALLAH mewajibkan menjadi saksi bagi yg melihat kemungkaran atau jenayah yg kita tak dapat halang?
jadi kalau apa yg adzib buat tu satu jenayah, tuan kena pergi jumpa hakim atau buat laporan polis. tapi kalau bukan, tuan kena marah@tegur@lempang jika perlu tuan punya badan. bila tuan hebah2kan, atas apa niat sekalipun, ianya salah! tak kisah lah adzib orang BN ke atau bukan. kemudian nasihat orang lain supaya tidak buat apa yg adzib buat kalau tuan rasa dia salah.

keduanya, banyak betul soalan tuan kepada adzib, kan. sebaliknya, kepada kristian DUmc tu, tuan percaya bulat2 pernyataannya. ini bukan akhlak orang islam. sekali lagi, tak kisah lah adzib tu orang bn, dia tetap orang islam. keutamaan baik sangka hendaklah kepada orang islam. ALLAH telah memberi kebenaran (bukan mewajibkan) kepada rasulullah utk membunuh kaum munafik yang lebih teruk dari orang kafir, dan rasulullah tidak buat hal itu kerana rasulullah tidak mahu orang2 islam melihat baginda membunuh orang islam yg lain, walau org itu islam hanya pada nama.
ini akhlak rasulullah. nak islam, kenalah ikut akhlak rasulullah sehabis baik. bukan dok ikut freedom of free speech yg ada kini.
selantang suara umar al-khattab, dia tak pernah buat apa yg seperti anda buat ini.
pencatat said…
saudara Nasir Desa memang berkhidmat di pejabat peguam negara, beliau ada menulis kertaskerja/kajian pasal kristianisasi ada beliau kongsikan dalam group Alkis (alumni kisas)
khairi said…
Sebagai pekerja D Adzid kena jawab, apa lagi pemegang amanah.. kalau tidak wajar letak jawatan.

Menegor orang yg pegang amanah orang ramai maka teguran itu juga wajar dibuat cara terbuka bukan diam-diam.
Yg benar pemimpin akan berhujjah itulah mulianya kedudukan sebagai pemimpin... hujah terbaik berlandaskan al-Quran dan sunnah/risalah.
Bahruddin said…
Kekura, anda pernah tak dengar kisah seorang perempuan yang menegur Saidina Umar di khalayak ramai tentang isu mahar kahwin?

Ada perkara yang perlu ditegur dikhalayak dan ada perkara yang tak perlu tegur dikhalayak. Dalam adzib ni, memang layak ditegur didepan khalayak.
kekura said…
bahruddin,
saya tidak pernah mendengar hal itu, tp saya pernah mendengar ada seorg lelaki mengatakan kepada rasulullah bahawa baginda telah menyakitinya di kala rasulullah berada bersama dgn org lain, rasanya dari blog khalid samad juga.

tp intipatinya tetap sama. teguran dibuat terus kepada tuan punya badan.

maaf, tulisan saya buat anda salah faham.

yg saya tidak bersetuju, tegur di blog2 seperti ini. anda yakin 100% yg adzib akan baca blog ini?

apa yg terhasil orang lain bergaduh, kungkang kungkang, dlm blog ini. yg "lucu"nya, kalau adzib tak baca blog ini.
Kasturi said…
Dia cuma melaksanakan apa yang dikehendaki oleh sultan yang tak mahu orang politik memberi ceramah dalam masjid. Saya setuju, ahli politik boleh cari tempat lain, banyak lagi.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-