Skip to main content

Dato’ Adzib Pengerusi MAIS Penyokong BN!

Jelas berdasarkan tindakan beliau selama ini, maka boleh disimpulkan bahawa Dato’ Adzib sebagai Pengurusi MAIS merupakan penyokong BN dan menggunakan kedudukannya untuk mempertahankan agenda UMNO/BN terutamanya di Selangor. Sekiranya kesimpulan ini tidak tepat dan bercanggah, maka adalah diharapkan agar dapat diberikan jawapan terhadap isu-isu di bawah.

1. Program di perkarangan Masjid bersama YB Kamalanathan
Dua gambar yang disertakan memadai untuk membuktikan bagaimana beliau melayani YB dari Barisan Nasional dengan cara yang begitu istimewa. Amat berbeza dengan layanan beliau terhadap YB dari PR. Gambar-gambar ini diambil diperkarangan Masjid di Hulu Selangor.

Dalam gambar pertama (Gambar 1), Dato’ Adzib kelihatan duduk beramah mesra sambil menjamu selera bersama YB Kamalanathan dalam keadaan YB Kamalanathan memakai baju yang jelas tertera di atasnya lambang BN. Pada kebiasaanya baju berlambang parti politik dilarang di dalam perkarangan Masjid, tetapi oleh kerana ianya lambang BN, maka Dato’ Adzib menganggap ianya tidak mengapa.


Dalam gambar kedua (Gambar 2), di program yang sama, beliau bersama dengan YB Kamalanathan menyerahkan kalimah ‘Allah’ kepada penduduk tempatan. Tiada pula dibuat bising apabila YB Kamalanathan sama-sama memegang dan menyerah kalimah tersebut sedangkan pada ketika itu, PAS dan PR dituduh menggadai kalimah Allah yang suci untuk diguna pakai oleh orang bukan Islam. Di sini tidak pula dikatakan ianya diguna pakai untuk tujuan politik oleh orang bukan Islam apabila YB Kamalanathan yang berbaju BN menyerahkannya kepada peserta.


Secara amnya bagi Dato’ Adzib, semua yang BN buat boleh sahaja dan semua yang PR buat adalah salah.

2. Aduan terhadap UMNO oleh Tuan Nazir Masjid
Mungkin ada yang berkata, “buatlah aduan, boleh Dato’ Adzib akan bertindak”. Maka di sini disertakan bukti aduan yang dibuat.

Surat aduan ditulis oleh Nazir Masjid mengadu penggunaan Masjid oleh UMNO untuk memberi sumbangan kepada rakyat yang memerlukan. Sumbangan diberi dengan menggunakan beg yang jelas tertera lambang BN. Nazir bertanya samada ianya dibenarkan dan sekiranya tidak maka diminta pihak MAIS menegur Bahagian dan cawangan UMNO berkenaan.(Surat 1).

Surat

Walaupun surat dialamatkan kepada Dato’ Adzib dan hanya di s/k kepada JAIS, JAIS menjawab dan meminta pihak Nazir memberi surat tunjuk sebab mengapa tindakan tidak patut dikenakan ke atas dirinya kerana membenarkan program itu diadakan! (Surat 2).

Nazir menulis balik dan menyatakan kepelikan dan kekhairanan beliau. Dia yang mengadu tetapi dia yang nak dikenakan tindakan! (Surat 3).

Saya yakin dalam kes ini, Dato’ Adzib meminta JAIS menulis jawapan sedemikian rupa dan inilah corak hubungan yang wujud di antara mereka di mana agenda UMNO dan BN dilindungi MAIS dan JAIS.

Sedangkan ‘aduan’ yang dibuat terhadap saya oleh entah siapa, bukan Nazir Masjid atau Pengerusi Surau, terus diambil tindakan dan saya akan didakwa dimahkamah!

Aduan berhubung ADUN BN berceramah di dalam Surau dan Masjid langsung tidak diindahkan. Di sini disertakan gambar yang pernah disertakan bersama aduan yang dibuat terhadap Dato’ Idris Abu Bakar. Tiada tindakan kerana UMNO/BN. (Gambar 3 dan 4).



Demi membebaskan JAIS dan MAIS dari terus dinodai UMNO, rakyat Selangor diminta memenangkan PR buat kali keduanya dalam Pilihan Raya ke 13 yang menjelang tiba. Pada ketika itu, segala tanggapan bahawa PR adalah kerajaan satu penggal akan berakhir. Pada masa itu, usaha penodaan yang merupakan kesukaan UMNO/BN akan juga dapat ditamatkan kerana terbukti rakyat tidak redha terhadap usaha-usaha seperti ini. Termasuk usaha-usaha memburuk-burukkan MB secara komplot rahsia demi menjatuhkannya.

Jikalau Dato’ Adzib cenderung sangat berpolitik, sila terjun ke medan. DUN dan Parlimen Shah Alam terbuka luas untuknya. Jangan berpolitik secara berselindung disebalik institusi Islam dan dengan itu mencemar institusi tersebut!


WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Bahruddin said…
Saya sokong YB Khalid dlm hal ini. MAIS jangan jadi alat UMNO kerana duit yang digunakan untuk bayar gaji mereka juga datang daripada orang PAS.
maie1958 said…
yb,ini jenis melayu cari makan dan pangkat dan sanggup membodohkan diri sampai ke mampos..kesian,kalau dibuang dalam kandang rimau belum tentu rimau nak makan daging dia sebab terlalu busuk dan berulat....
4RAKYAT said…
yb khalid

ada apa yang kami rakyat selangor boleh tolong, lu cakap saja.

saya tak mahu hanya pandai tulis dalam internet. saya boleh sumbang sikit untuk support expenses pejabat parlimen shah alam.

kenapa umno macam ini? umno hanya pandai rosakkan orang melayu dan terus memperbodohkan orang melayu.

guna dap sebagai bogeyman cina / komunis. guna pas sebagai bogeyman agama.

ahli umno manusia jenis apa??? asyik mabuk dgn isu remeh temeh dan senang dialih perhatian mereka terhadap isu SEBENAR, IAITU RASUAH!!!!

bukan agama, fokus kpd rasuah. bila umno mati, rasuah habis. bila rasuah habis, ada duit nak tolong muslim yang miskin. wang zakat tak dapat disonglap lagi oleh parasit yakni umno.

generasi ayah/ibu sekarang mungkin susah nak ditolong, tapi umno mahu juga gelapkan masa depan anak2 saya.

ini saya akan LAWAN SAMPAI MATI!

umno ini bukan umno original. umno zaman tunku, best. umno sejak tun razak (pembelot tunku, ingat 13 mei).

tapi saya sedar hakikatnya hanya orang melayu saja dapat memastikan siapa yang akan sampai ke putrajaya.

sedarkan orang melayu, buka hati minda mereka, dan umno akan mati serta merta. itu saja.

tolong fokus.

melayu pariah macam si adzib yang tak erti apa itu keadilan dan kebenaran, wajib dilucutkan jawatan. melayu macam inilah yang akan terus pijak kepala bangsa supaya dapat sesuap nasi haram daripada parti politik bergelar umno yang memang sudah kronik rasuah.

ingat, bukan isu agama, isu komunis, isu kristian dan segala macam. ini semua wayang kulit. nak alih perhatian.

isu hanya satu, iaitu RASUAH.

wang BERBILION-BILION. bukan meribu-ribu sahaja.

utusan nak putar (spin) segala macam hanya nak menyelamatkan lanun2 umno baru daripada dituduh dalam mahkamah kelak bila pakatan rakyat ambilalih putrajaya.

itu saja isu sebenarnya. kena pandai fokus. cina bukan musuh. kristian bukan musuh. yang musuh, tak kenal kaum dan agama. yang musuh ialah PEROMPAK KHAZANAH NEGARA. umno, namanya. dan sudah berpuluh2 tahun.

kalau tak kuburkan umno lagi, malaysia akan jadi pokai. yang tinggal hanya hutang negara BERATUS-RATUS BILION.

itu ringgit malaysia
xx,000,000,000,000.

jadi, orang macam saya ini akan lawan umno sampai mati. bukannya apa, nak guarantee masa depan anak2 saya cerah. generasi saya ini mungkin dah lewat sikit nak diperbetulkan 100%, tapi generasi anak saya masih ada harapan.

hanay satu perkara yang kena kami buat, iaitu KUBURKAN UMNO.
Ezran said…
Salam YB.

Banyak sangat institusi Agama YB... tetapi yg benar2 bekerja.. berapa kerat sahaja... yang lain jadi orang atasan memberi arahan sahaja...

Org yang nak memberikan nasihat dan teguran utk kemaslahatan umum dinafikan... tapi ucapan yang merapu meraban... tiada permit diperlukan...
Ellese A said…
Karutlah Kau Khalid. Kalau dia bersama Hassan ali kenapa tak kata dia bersama PAS. Kita dah muak of your political bias style. Sultan tak nak penceramah agama Dari political parti yang asyik memecahbelahkan orang islam. Hingga Nama Allah pun you nak peach belahkan orang islam. So sultan is wise and bagus. You must realize you are wrong. Now nit picking selective facts to misrepresent the public to assassinate his character. You dont realise that Even if he goes the sultans wishes will still be maintained and you still can't ceramah juga. So don't treat us like fool. We can see your deplorable political style: tak berani menegakkan kebenaran dan islam. We will oppose your kemungkaran.
Salam YB.

Sejak dahulu lagi saya suka mengikuti pandangan YB khususnya dalam perkara melibatkan hubungan bukan Islam. Jelas dan terbuka. Saya faham YB berada di dalam medan politik yg terbuka sebagai YB. Kadangkala pemimpin PAS yg hanya duduk di dalam partinya semata-mata juga tidak memahami keadaan YB.

Berkenaan pendedahan YB, sangat baik, namun saya kira ia bergantung kepada aspek undang-undang (Perlembagaan Selangor). Pengerusi MAIS dilantik oleh Sultan. Berkenaan penglibatannya secara langsung dgn UMNO/BN jika kita dedahkan sekalipun maka dia akan buat pekak sahaja. Kedudukannya tidak akan terjejas YB, dia bukan dilantik menggunakan sistem politik.

Jika melihat enakmen Selangor tugas MAIS melalui pengerusinya sangat besar yg utamanya adalah menasihati DYMM Sultan sebagai Ketua Agama. Dalam hal ini MAIS berperanan melindungi dan meletakkan agama Islam agar tidak dipandang hina mahupun tersilap pandang di Selangor. Besar peranannya.. Namun sebaliknya yang terjadi.

Saya cadangkan agar YB berdasarkan pengalaman YB buat satu artikel mengenai solusi bagaimana institusi Islam di Selangor (JAIS, MAIS, LZS, dan lain2) boleh berfungsi dengan baik melangkaui agenda politik yakni secara profesional. Mulai dengan perlantikan jawatankuasanya hinggalah kepada peranannya. Saya kira masih ramai rakyat selangor tidak memahami peranan mereka.

Saya mendoakan agar YB kekal sihat sejahtera. Yakinlah, walau YB ditolak oleh org2 Islam (yg memahami Islam dgn sempit) namun YB diterima org2 bukan Islam, malah itu lebih baik..

Salam.

Mohd Aizat Salleh
SoulSinar said…
Kalau tak ikut telunjuk kau jer sokong BN. I agree that you shouldn't be talking about religion. You should follow your brother Sharil He has more sense.
kekura said…
ini bukan politik islam.
ada orang sokong bn tapi masih adil, ada orang sokong pas tapi tidak adil dan begitu juga sebaliknya.

kalau anda rasa seseorang tu buat salah, tegur jelah kesalahan dia. tak perlulah sebut keturunan dia, parti apa, suka makan apa dll.

dan sekali lagi saya nak tegur anda, tuan khalid. pergilah jumpa si adzib ni tegur face to face. ini baru cara islam. apa yg anda buat ini adalah mengadu domba. kan berdosa.

jgnlah islam separuh-separuh. terima hudud tp tolak hal2 berkaitan adu-domba ni. jgn sia2kan amalan kita.

mengadu-domba bukanlah antara kategori kebebasan bersuara yg dibenarkan oleh islam.

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…