Skip to main content

Respon Pengunjung Mei

Kali ini saya ingin mengambil kesempatan untuk memberikan respon kepada komen di blog saya ini. Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf, kerana terlalu sibuk dengan pelbagai program lain termasuk Pilihan Raya Sarawak, maka saya tidak sempat memberi respon ini lebih awal. Begitu juga, saya dapati banyak komen-komen yang sememangnya memerlukan saya memberikan respon, tetapi oleh kerana kesuntukan masa, hanya 3 komen sahaja yang akan sempat saya ulas.

Berkata BJ berhubung Respon Pengunjung Februari (II):
“Adakah ini lesen utk PAS berperang dgn UMNO sehingga sanggup bersekongkol dgn DAP yang jelas menolak Islam? Dimana YB nk sembunyikan ayat Al-Quran -> Innamalmukminu na ikhwatun...iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah...maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat (Ayat 10 Surah Al-Hujarat).

Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai...

Kenapa PAS tidak mengambil ayat ini utk menyambut salam perpaduan UMNO? Mereka Islam, mengakui kewujudan Allah, rukun iman rukun Islam, mengucap kalimah syahadah sama juga seperti org2 PAS. PAS melaungkan keadilan yaitu meletakkan sesuatu pada haknya. Apakah ayat ini tidak cukup utk PAS melaksanakan keadilan pada UMNO? Di sinilah sebenarnya keadilan yang PAS tak pernah nampak. Jika PAS berdendam dgn UMNO ketika krisis thn 70an dulu...ingin saya katakan sekali lg...dlm Islam dosa tidak diwarisi malah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa bermaaf-maafan sesama muslim. Nik Aziz mungkin sudah lupa ajaran Islam yg ini.”
Terima kasih saya ucapkan pada BJ. Jawapan saya pula adalah seperti berikut:

  1. PAS sememangnya tidak pernah menolak persaudaraan sesama Islam. Itulah sebabnya PAS mengajak ahli-ahli UMNO meninggalkan UMNO yang berjuang atas dasar politik selain dari Islam dan menyertai PAS. Supaya dengan itu lebih kukuh pegangan mereka terhadap agama Islam di mana politik adalah berasaskan Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas.
  2. PAS telah berkali-kali menasihati UMNO dan pimpinannya supaya berdamai di atas dasar Islam dengan sama-sama patuh kepada perintah Allah tetapi seruan tersebut, apatah lagi semasa BN kukuh, dijawab dengan penuh kezaliman. Royalti minyak Terengganu dirompak semasa PAS memerintah Terengganu dan Royalti minyak Kelantan yang 98% orang Melayu beragam Islam terus dinafikan higga ke hari ini.
  3. Ayat Al-Imran 103 menuntut kita berpegang teguh kepada tali Allah dan jangan bercerai berai. Ini membawa maksud, sesiapa yang melepaskan tali Allah itu, iaitu Al-Quran dan Sunnah, maka merekalah yang merupakan punca kepada pepecahan di kalangan ummat Islam.
  4. Tidak, TGNA tidak lupa. Hanya TGNA, seperti kami, tidak nampak adanya perubahan dalam UMNO sejak tahun 70an. UMNO hanya ingin berbaik apabila mereka tersepit dan masih enggan melepaskan pegangan mereka terhadap politik sekular dan perkauman. Video seks yang memfitnah DSAI, tuduhan Liwat 1 & 2 merupakan bukti bahawa politik UMNO politik yang korup dan menjijikkan. Oleh yang demikian, mereka perlu meninggalkan politik ini dan kembali kepada politik Islam.

Berkata Anonymous berhubung Bible Bahasa Melayu: Di Antara Kepimpinan dan Ketuanan:
“ Tuan... kenapakah Tuan suka menakwil ayat Al-Quran separuh jalan?... tidak ditakwil menurut konteks?...

“Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?”

Dan Surah Al-Maidah ayat 72-73 :

[72] Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Padahal Al-Masih sendiri berkata:” Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim”.
[73] Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

...Apakah Tuan masih mahu meneruskan seruan tuan?... minta tolong diperjelaskan...

Saya ucapkan terima kasih pada Anonymous di atas teguran beliau. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang dirujuk olehnya dalam komennya terhadap tulisan saya berhubung isu tersebut. Hanya saya rasa memadai dengan yang di atas kerana respon saya masih tetap sama.

Saya sebenarnya tidak ‘menakwil’ atau mentafsir ayat-ayat tersebut separuh jalan atau di luar konteks. Perkara yang saya ingin sampaikan adalah berdasarkan ayat-ayat tersebut, bahawa masyarakat Yahudi dan Nasrani menggunakan kalimah ‘Allah’. Sememangnya apa yang mereka nyatakan ditolak Islam; tetapi hakikatnya mereka menggunakan kalimah ‘Allah’. Itu sahaja ingin saya sampaikan dan dengan tuan menampilkan ayat-ayat yang sama ianya mengukuhkan hujjah saya.

Al-Quran tidak melarang mereka menggunakan kalimah itu tetapi menjelaskan bahawa kepercayaan mereka terhadap Allah adalah tidak benar. Mereka dakwa Isa adalah anak Allah, Islam mengatakan tidak, Nabi Isa (AS) adalah hanya seorang Rasul Allah. Namun mereka gunakan kalimah Allah.

Oleh itu, kalau tuan boleh membuktikan bahawa mereka tidak menggunakan kalimah ‘Allah’ berdasarkan ayat-ayat tadi, saya sanggup melihat ‘takwil’ tuan.

Pejuang PAS berkata berhubung Persoalan Penyelusupan dan Jamaah Dalam Jamaah:
“Masalahnya YB usaha-usaha ini jelas. Mesyuarat sebelum mesyuarat, mesyuarat dalam mesyuarat, mesyuarat lepas mesyuarat dsb.

Selain itu usrah di tempat2 tertentu dalam membentuk perancangan tersendiri yg bercanggah dgn keputusan syura jamaah.

malah kerja membocorkan rahsia jamaah, mengeluarkan kenyataan yg memecahbelahkan jamaah dan beberapa perkara lagi menjadi bukti yg jelas usaha tersebut masih lagi konsisten.

Saya sayang YB sebagai orang lama dalam pas, tapi saya lihat YB sendiri agak cenderung utk menyokong golongan tersebut.

Maaf jika saya tersalah”.
Terima kasih saya ucapkan kepada Pejuang PAS. Sebagai anggota jemaah Islam, maka kita perlu bertindak berdasarkan keputusan jemaah. Apabila saya maksudkan jemaah di sini, saya tidak bermaksud cawangan atau kawasan semata-mata. Saya maksudkan PAS Pusat, lebih-lebih lagi apabila ianya berhubung dengan persoalan disiplin.

Seperti yang saya nyatakan dalam tulisan saya itu, jikakalau benar ianya begitu dan ianya sejelas yang digambarkan, maka buatlah aduan rasmi kepada kawasan supaya dibawa ke Negeri dan Pusat dan biarlah mereka yang tertuduh ‘dibicarakan’ secara adil. Sekurang-kurangnya kita akan mendapat pengesahan rasmi akan kebenaran tuduhan tersebut di mana mereka juga diberi peluang membela diri. Seterusnya, tindakan yang diambil, sekiranya didapati bersalah, akan merupakan tindakan jemaah dan bukan sekadar tindakan individu.

Saya khuatir, seperti yang saya nyatakan dalam tulisan saya, ada individu yang dizalimi melalui kempen bisik-bisik ini di mana dia dituduh ini dan itu, tanpa diberi peluang membela diri. Sedangkan pada hakikatnya, kesalahannya ialah dia tidak disukai orang-orang tertentu atau dia dilihat sebagai ‘ancaman’ kepada orang-orang tertentu.

Untuk mengelakkan ini, buat secara ‘profesional’ dan buat aduan bertulis dengan bukti-bukti yang kukuh. Sekiranya benar, saya percaya bahawa mereka ini akan dinasihati dan kalau ingin terus ingkar, akan dipecat keahliannya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
engko bodoh la yb.
bila ko kata PAS tak pernah tolak persaudaraan Islam....memang sah ko bodoh.
bila ko kata PAS dok ajak UMNO sertai PAS...ko lagilah bodoh.

Ada tak PAS ajak PKR sertai PAS????
Kenapa nak duduk berbincang dgn UMNO pun dah di kira berdosa??? Persaudaraan taik kucing mana yg nak berbincang atau bermuzakarah sesama Islam pun tak sanggup???
Hentikanlah retorik bodoh ko!
Anonymous said…
anon 7.28hrs, buat cara POFESIONAL jaga adab, jgn meracau baru yb dpt respon, banyak bermunasabah
Anonymous said…
Saya beranggapan komen penulis diatas begitu emosi penuh dengan ketidak puasan hati beliau sehingga seolah-olah hilang akal dan budi pekerti.

YB teruskan penjuangan YB yang murni itu. Jangan hiraukan pendapat tersebut yang penuh emosi dan berkepura-puraan.
Anonymous said…
Saya lihat kebanyakan pemimpin PAS orang yang mulia akhlak termasuk tapi mudah kena tipu. Jangan asyik bimbang UMNO nak tipu PAS tetapi tengok-tengok juga dalam Pakatan Rakyat. Itu saja pandangan saya.
yang bijak said…
aku rasa nama anon 7.28am kena tukar kepada YANG BODOH
sj j nk komen said…
saudara Anonymous... kamu dok berkata yb ni bodo kamu tu pandai sgt k?? n owg pandai tidak mengelar diri owg laen bodo unless diri tu juga tergolong dlm owg yg bodo... kalau igin bertanya just tanye.. insyaallah ad mase yb jawab..
zainab said…
Bagi peluang kpada Sdr Anonymous dari TTDI Jaya itu yg nampaknya seperti kehilangan telur pindang.

Ni agen umno ni... Sniff.. sniff..

cari la kerja lain wahai pekerja umno
Anonymous said…
kepada semua anon-anon (kecuali anon 7.28)..

biasalah...semua blog saya lawati semua penyokong tegar umno macam ni.. apabila tak boleh patahkan kenyataan mula mereka mereban tak tentu pasal.. saya sentiasa menunggu anon pro umno yang bijak bistari membuat hujah mereka yang kukuh menepis dakwaan pembangkang.. oppss saya terlupa, bagaimana anon-anon pro pembangkang ingin berhujah sedangkan ketua mereka, najib sendiri takut berdebat, harapkan sabri chik.. itu pun berbuih mulut.. haha ;-)

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-