Skip to main content

Bible Bahasa Melayu: Di Antara Kepimpinan dan Ketuanan

Saya mengikuti isu ini dengan penuh kehairanan. Alasan-alasan yang diberi hanya menunjukkan betapa Pemimpin UMNO begitu keliru dan tidak memahami Islam. Apa yang lebih memburukkan ialah dalam kekeliruan ini mereka turut mengelirukan masyarakat Melayu melalui sikap-sikap mereka yang ekstrim dan songsang. Mari kita kaji alasan-alasan ini satu per satu dan memikirkan bersama sejauhmana ianya munasabah.

Alasan Pertama – Penggunaan Kalimah Allah

Sepertimana yang sering saya jelaskan sebelum ini, tidaklah menjadi satu kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan pencipta dan pemilik alam. Hakikat ini terbukti berdasarkan begitu banyak ayat-ayat Al-Quran dan juga Hadith-hadith Rasulullah (SAW).

Alasan Kedua – Haramnya Ungkapan 'Al-Masih (Isa) Anak Allah'

Ini merupakan alasan yang lagi dangkal! Dari kecil lagi kita semua sudah difahamkan bahawa kepercayaan orang-orang Nasrani adalah Nabi Isa (AS) merupakan anak Tuhan. Dan oleh kerana Allah adalah Tuhan maka ini bermaksud bahawa Nasrani menganggap Isa adalah anak Allah. Itu adalah kepercayaan mereka dan memanglah sebagai orang Islam kita tidak bersetuju. Tetapi kita tidak boleh melarang orang Kristian atau Nasrani berkepercayaan sebegitu. Itulah yang dikatakan kebebasan beragama.

Ianya bertambah pelik apabila kita tahu bahawa di dalam Al-Quran sendiri kepercayaan ini disebut Allah supaya ummat Islam faham apa yang membezakan kepercayaan Nasrani dengan kepercayaan orang Islam. Malahan, lebih dari itu, Al-Quran juga menyentuh kepercayaan-kepercayaan lain orang Nasrani dan Yahudi berhubung Allah. Saya senaraikan tiga contoh disini untuk rujukan pembaca.

“Berkata orang Yahudi, “Uzair anak Allah” dan berkata orang Nasara “Al-Masiih anak Allah”…..
(Surah At-Taubah ayat 30)

“Telah menjadi kafir mereka yang berkata “Sesungguhnya Allah adalah Al-Masih anak Maryam”..
(Surah Al-Maaidah ayat 72)

“Telah menjadi kafir mereka yang berkata “Sesungguhnya Allah adalah yang ketiga dari tiga”….
(Surah Al-Maaidah ayat 73)

Ayat-ayat di atas menunjukkan kalimah Allah digunakan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani dan bahawa kepercayaan mereka itu yang ditolak Allah, telah wujud sebelum zaman datangnya Rasulullah (SAW).

Maknanya kita membantah orang Nasrani menyebut sesuatu yang Allah sendiri nyatakan dalam Al-Quran sebagai fahaman dan kepercayaan orang Nasrani. Sekiranya kita ingin ungkapan itu diharamkan, silap-silap ianya akan melibatkan ayat Al-Quran yang turut menggunakan ungkapan yang sama!

Lagipun, dengan dinyatakan sebegitu oleh masyarakat Nasrani, ia sebenarnya mengesahkan apa yang dinyatakan dalam Al-Quran berhubung kepercayaan mereka itu.

Alasan Ketiga – Ianya akan Menyebabkan Orang Melayu Ramai Murtad

Ini bagi saya satu penghinaan terhadap ummat Islam. Inilah yang sedang digambarkan oleh UMNO. Saya pernah menyebut di dalam satu majlis bahawa UMNO menganggap keimanan ummat Islam adalah senipis kulit bawang!

Mereka membuat andaian ini, mungkin, kerana mereka merujuk kepada diri mereka sendiri! Andaian bahawa orang Islam akan berduyun-duyun memeluk agama Nasrani apabila Bible Bahasa Melayu wujud merupakan satu andaian yang tidak berasas. Lebih-lebih lagi apabila diambil kira bahawa Bible tersebut adalah untuk kegunaan orang Nasrani dan bukan untuk edaran dikalangan orang Islam.

Tanggapan begini mungkin juga disebabkan kesedaran UMNO bahawa mereka telah berusaha dan agak berjaya menjadikan ummat Islam jahil agama. Ummat Islam tidak mengenali dan memahami Islam dengan sebaik mungkin, hasil dasar sekular UMNO BN selama 54 tahun, maka dirasakan ummat Islam akan mudah terkeliru. Kekhuatiran UMNO adalah bukti bahawa UMNO sendiri menyedari pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap ummat Islam dengan menjadikan ummat Islam lemah kefahaman agaman mereka sendiri. Yang kerap diajar para ustadz UMNO adalah bab Taharah, Solat, Saum, Zakat dan Haji. Diselang selikan dengan bab Haid dan Nifas serta mandi Junub. Bagi mereka itulah Islam.

Sekiranya kukuh kefahaman ummat Islam berhubung Aqeedah Islam dan kebenaran Tauhid, disebut Al-Masiih anak Allah dalam apa bahasa dan berapa ribu kali sekalipun, ianya akan hanya menambahkan keyakinan ummat Islam akan kebenaran Islam.

Dengan menggambarkan keimanan ummat Islam senipis kulit bawang, UMNO telah menghina ummat Islam dan Islam itu sendiri. Mereka menggambarkan Aqeedah Islam rapuh, tidak mampu dipertahankan dan mudah dimusnahkan oleh agama lain. UMNO seolah-olah menggambarkan bila nampak kuil, ummat Islam akan jadi Hindu, kalau nampak Gereja, ummat islam akan menjadi Kristian! Demi mempertahankan Aqeedah Islam, tiada pilihan selain terpaksa menyekat dan melarang kebebasan beragama ummat lain!

Sebenarnya di negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak, di mana Bible berbahasa Melayu telah lama wujud, kita tidak melihat perkara yang seperti yang diramalkan berlaku. Malahan jumlah ummat Islam di kedua-dua Negeri ini semakin bertambah.

Apa Sebenarnya yang Dihajati?

Oleh itu, apakah sebenarnya yang dihajati UMNO. Sebenarnya mereka ingin memberikan gambaran kepara rakyat bahawa merekalah yang memperjuangkan dan membela Islam. Bukan dengan menghayati Islam, mengamalakannya dan membenarkannya mencorakkan perwatakan dan keperibadian mereka, tetapi dengan menunjukkan kesamsengan atas alasan mempertahankan Islam. Larang orang bukan Islam dari melakukan ini dan itu sebagai bukti orang Melayu bawah UMNO ada kuasa, walaupun yang dibuatnya dilarang oleh Islam sekeras-kerasnya. Mereka ingin menunjuk Melayu berkuasa dan meraka adalah tuan di bumi ini!

Ini bagi saya adalah di antara seruan zaman Jahiliyyah.

Itulah yang dibezakan Tuan Guru Ustad Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapan membahas titah di raja di Parlimen baru-baru ini. TG Ustad A.Hadi menyebut, UMNO memperjuangkan ‘ketuanan’, PAS memperjuangkan ‘kepimpinan’.

Bila ‘tuan’ maknanya kehendaknya dipaksa atas masyarakat dan walaupun sesuatu tindakan itu buruk, ianya terus dilakukan kerana dia berkuasa, dia tuan. Perjuangan ‘tuan’ ini perjuangan yang berasaskan nafsu dan biasa dikalangan manusia yang tidak mempunyai akal yang waras apatah lagi petunjuk.

‘Kepimpinan’ sebaliknya adalah diperolehi atas sebab dia yang terbaik; menjadi ikutan kerana keadilannya dan kebenarannya. PAS memperjuangkan kepimpinan Islam, berusaha menzahirkan kelebihan dan kebenaran Islam sehingga manusia melihatnya dan meyakini mereka akan selamat di bawah naungannya, samada mereka Muslim atau bukan Muslim.

Sememangnya, inilah yang membezakan kami.

Bible Bahasa Melayu (Indonesia) Dikembalikan

Akhirnya, selepas kecoh berbulan-bulan lamanya, Bible Bahasa Melayu diserahkan kembali kepada masyarakat Kristian.

Saya yakin ianya adalah atas sebab Pilihanraya Negeri Sarawak sudah menjelang tiba. Dari segi sikap UMNO, ianya tetap tidak berubah. UMNO masih tidak faham dan tetap menganggap ‘ketuanan’ adalah apa yang perlu diperjuangkan. Ummat Islam kekal dikelirukan dan diapi-apikan dan dikatakan pula bible berkenaan telah dirosakkan oleh mereka yang menyimpannya setelah ianya disitar. Inilah akibat semangat samseng yang dihasilkan ‘ketuanan’. Mereka tidak ingin ‘kepimpinan’ iaitu membuktikan dan menzahirkan keadilan Islam, mereka tidak sedar pun bahawa Islam menuntut mereka bersikap adil. Oleh itu mereka tidak sama sekali mengambil peduli sekiranya tindakan mereka merosakkan imej Islam dan menjadikannya kelihatan zalim dan tidak mampu berdaya-saing.

Adalah diharap ummat Islam akan keluar dari kejahilan mereka terhadap ajaran agama Islam itu sendiri dan memahami, tugas kita sebagai ummat Islam adalah untuk mendapatkan ‘kepimpinan’, bukan ‘ketuanan’.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
YB you're extremely wise. May you be blessed with good health always.
Keith said…
100% setuju. YB Khalid Samad adalah YB yang saya paling hormati.
pemerhati said…
syabas yb krn menyedarkan org kristian yg agama mreka dpt disebarkan dgn bebas dan berstrategi lagi dgn adanya bible versi melayu ni..harap2 PR dpt menjadi kerajaan utk mguatkan iman org islam yg nipis mcm kulit bwg tu..harap2 jg kita dpt kawin campur tanpa mengubah agama si suami atau isteri..meriah dan uniknya!

komen sikit yb berkenaan keadilan(yg mjadi tuntutan islam)kpd kes liwat saudara saiful..samada saudara anwar kita perlu berani mmberi DNA beliau dgn dibawah pengawasan pihak peguambela bela beliau atau biarkan saja tanpa mmberinya..biarkan mereka berdua difitnah oleh rakyat!

wassalam.
Qaseem Selamat said…
Kalau setakat alasan orang Kristian ada strategi, orang Islam pun kena la pandai guna strategi. Kuasa di tangan orang Islam kan? Haram bible tu BUKAN strategi, sekat orang BUKAN islam untuk ikut ajaran agama mereka bukan strategi. Itu strategi UMNO untuk kekal kuasa. Bukan strategi Islam. Baca2 lah sirah Nabi sekali sekala.

Tunjukkan keihalsan, hulurkan bantuan, buktikan keadilah. Itulah yang dinamakan strategi!

Islam ini bukan boleh ikut suka tekak kita je pakai mana hendak. Ikut syariat berdasar Al Quran dan Hadith.
Anonymous said…
kalau betul kata YB, kenapa YB tak suruh kerajaan Selangor mansuhkan pengharaman Kalimah Allah digunakan olarng bukan Islam. kan PAS sama-sama memerintah Selangor ? Ataupun PAS hanya tunggangan DAP. Kenapa YB tak cabar Datuk Harun Din berdebat. Hujah YB hujang yang lapok. tranlasi ayat-ayat Al-Quraan yang YB berikan, sya yang tidak begitu arif dalam hal-hal agama boleh saya dapati dari internet. Jangan sebab membaca dua tiga kitab yang dibeli dari jalan Mesjid India sudah meyakinkan YB sebagai orang yang arif dalam hal-hal agama.
Serious Shepherd said…
Banyak Melayu akan murtad? Tipulah. Hakikatnya orang Melayu bukan suka membaca pun. Paling kurang 1 buku setahun.

Bagi mereka yang nak sangat pertahankan nama Allah, mari kita tanya mereka apa yang mereka buat pada hukum Allah. Adakah hukum Allah didaulatkan dan dilaksanakan, atau dibuang ke dalam tong sampah? Kalau betul dilaksanakan, kenapa 'kawan tu' tidak dibicarakan dengan menggunakan hukum Allah?
wintergurl said…
salam YB,

Kalau pemimpin-pemimpin lain berpenda[at seperti YB .sudah tentu Malaysia akan lebih maju dan aman . Perkara kecil tapi nak besar- besarkan dan nak timbulkan masalah.

Kitab injil yang asa di sabah dan sarawak kebanyakannya di import dari negara indonsia dan bahasa yang digunakan adalah bahasa Indonsia. Mungkin bahasa Indonsia dan bahasa melayu serumpun .Persamaan pasti wujud.

Perkataan Allah dalam kitab Injil telah lama digunakan dan sebelum tertuduhnya malaysia.Iaitu penyertaan sabah dan sarawak dengan semenanjung Malaysia.

Dalam perlembagaan tertulis Kebebasan beragama. Adakah penyekatan kitab injil menujukkan malaysia mengamalkan prinsip kebebasan beragama?

Maaf sekiranya tersilap bahasa dan kata. Peace
Anonymous said…
Well said YB but UMNO is the govt! How sad!
Anonymous said…
For heaven sake let them have their bibles,dont drag the whole nation into quarreling about a simple harmless deed like this. why are we always so worried about other people religion in our country.Those sabah/sarawakians people have been reading their bibles in malay for so long already and suddenly we west malaysians are offended!
orang baik said…
kepada "pemerhati"

semoga allah memberi kamu hidayah.
cuba jangan baca atau tengok media perdana satu minggu,saya pasti kamu akan lebih tenang dan menjadi orang baik2.
Anonymous said…
Thats why those umno people really panas with you YB Khalid, because you are so rational but yet still very Islamic than any of them by far. Bravo!
hazam said…
atas kebebasan beragama...bila agaknya pengajaran agama kristian dapat diadakan di sekolah-sekolah kebangsaan. harap YB bangkitkan isu ini di Parlimen kerana bagi kami YB amat dekat dihati kami
ramlan ramli said…
Setuju dengan Serious Shepherd.

Orang Melayu memang malas membaca. Marah kalau orang kata malas tapi itulah hakikatnya.

Kita sibuk dengan masalah murtad di Malaysia. Sedangkan kita tak pernah peduli dengan isu dakwah. Umat serahkan bulat-bulat kepada jabatan agama dan yang sewaktu dengannya.

Yang dibuat hanyalah seminar dan pembentangan kertas kerja yang tak kemana. sedangkan yang murtad bertambah.
ramlan ramli said…
Kalau kita suruh remaja yang sedang melepak baca Al-Quran dia akan jawab saya tak pandai baca Al-Quran.

Kita pun buat kesimpulan inilah sebabnya ramai remaja murtad.

Tengok pula di Barat ikut statistik ramai yang memeluk Islam. Bila ditanya mereka kenapa mereka akhirnya memilih Islam, mereka menjawab kerana mereka membaca Al-Quran.

Pelik betul. Kalau ikut pemikiran Melayu bila pulak para saudara baru ni belajar Alif, Ba, Ta.

Macam mana diorang boleh pandai baca Al-Quran.

Jawapannya sebab mereka baca terjemahan. Mereka baca dan mereka faham.

Benarlah seperti kata Stanford Raffles dalam bukunya "PERIHAL ORANG MELAYU" : "orang Melayu sejak dari kecil diajar membaca Al-Quran dalam bahasa yang tidak difahaminya"
Anonymous said…
Masya Allah.
Mengucap panjang YB.

Benar kata YB Kalimah ALLAH merujuk kepada Tuhan Pencipta Alam. Tapi Kristian merujuk kepada Allah & juga merujuk Al-Masih Anak Allah.

Jadi adakah tidak confuse anak & cucu kita nanti YB? Ya benar, iman orang UMNO setebal kulit bawang tapi setebal kulit bawang itulah yg sebenarnya menyelamatkan umat melayu sekarang drp murtad.

Masya Allah YB!
Tidak aku sangka begini pemikiran YB yg begitu pluralism.

Masya Allah!

Ya Allah, apa dah jadi dgn orang PAS sekarang?
Anonymous said…
Shah Alam LAS VEGAS!

Bandar yang selama ini menjadi bandar melayu/islam sudah menjadi bandar setanding las vegas, selama bn memerintah selangor dan shah alam, hanya ada 3 je kedai nombor ekor di shah alam, itu pun di kawasan seri muda, kerana kawasan seri muda tu kawasan penduduk bercampur, tapi 3 tahun pakatan haram perintah shah alam ada pusat judi setaraf kasino di las vegas.

Apa ahli parlimen shah alam, khalid samad buat ? perkara ini bukan didedahkan oleh umno, kalau umno dedah, pas boleh kata umno fitnah, tapi ini di dedahkan sendiri oleh akhbar sub harakah, jadi terima kasih aku kepada pas yang bersekongkol membawa judi dan maksiat ke shah alam, bagi satu penggal lagi pakatan haram dan pas perintah selangor, pasti pulau carry akan jadi pusat judi setaraf dengan macau dan pulau sentosa.

Tak percaya? baca sendiri paper siasah....
Anonymous said…
Salam YB. Saya berpendapat isu ini tidak ada mengena dengan orang orang politik mahu BN atau Pakatan Pembangkang. Isu ini bermula pada tahun 1983 di negeri Sarawak dan di urus dengan teliti dan sempurna oleh pegawai pegawai dari agensi agensi keselamatan. Ketika itu tiada hal hal kepentingan politik di ambil kira didalam menyelesaikan isu ini tetapi ia lebih memikirkan kepentingan keselamatan negera yang strategik. keperlu kitab injil berbahasa indonesia hanya lah digunakan oleh kumpulan menganut kristian mazab Sidang Injil Borneo sedangkan penganut penganut lain seperti katholik, anglican dan methodis tidak langsung memerlukan kitab berbangsa indonesia maupun bahasa melayu.Sehingga kini pun di negeri Sarawak keperluan kitab berbahasa indonesia tidak di perlukan oleh gereja gereja kristian kecuali gereja SIB.Gereja SIB hanya timbul di semenanjung Malaysia pada tahun 1998 ia itu di Negeri Selangor adalah untuk memberi khidmatbantu kepada rakyat dari sarawak dari kaum orang Ulu yang tinggal di kawasan lembah Klang.Selepas 12 tahun, pengaruh dan dakwah SIB telah meningkat di Semenanjung Malaysia dan lapuran mengatakan gereja SIB adalah yang paling ramai mendapat penganut (BARU?).Terkini mereka telah pun beroperasi di kawasan penduduk penduduk orang asli dan mempunyai sasaran tertentu.Persoalan nya pernah tak YB terpikir siapakah dan apakah agenda SIB di masa hadapan. sekiranya mereka menghormati dan memahami undang undang dan mematuhi peraturan maka kita tidak
kuatir tetapi apa akan terjadi sekiranya mubaligh SIB yang ektrem melepasi batas yang di tetapkan. dan perkara ini telah terjadi sedang terjadi dan akan terjadi di Sabah dan di Kuala Lumpur dan mungkin negeri negeri lain.Saya rasa YB janganlah terlalu centric kepada hal hal agama menjadikan isu kepentingan politik dan terus menghentam sesuatu parti politik tanpa membuat penyelidikan dahulu.Isu ini adalah Kepentingan Keselamatan negera supaya ialah tidak terjadi seperti negera negara yang pernah menghadapi konflik kaum dan agama. biarlah pegawai kerajaan yang menjalankan tugasnya tanpa di pergaruhi kepentingan propaganda dan agenda setting oleh parti politik.

Hj Stephen Mohammad Melintang
Jeffrey said…
Well SAid Sir!!!
Anonymous said…
perlembagaan menetapkan,Islam termaktub sbagai agama rasmi.namun rakyat bebas mangamalkan agama masing2.
tapi agama bukan islam tidak boleh menyebarkan agama kepada orang islam. ini termaktub dlm perlembagaan.jd, jgnlah kita sengaja nak langgar perlembagaan negara!
Anonymous said…
Pada saya YB tidak layak menjadi pemimpin. YB hanya nampak pada saat ini dan pada harini. YB tak nampak masa dpn yg jauh lagi besar cabaranya. Matlamat dan tujuan YB lebih kepada meraih sokongan politik sahaja dari mempertahankan akidah org Islam.Lihat shj bagaimana keadaan di Indonesia pd hari ini. Perancangan org2 kafir disana bukan 5 atau 10 tahun nak jadikan Indonesia mcm harini. "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (Al-Baqarah: 120).
Memang benar apa yg tertulis pd Al-Quran. Sampai sekarang Indonesia tak habis2 dilanda musibah.Dlm ayat tu Allah S.W.T menyatakan tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
Mungkin sudah sampai masa kita di akhir zaman munculnya org2 spt YB.Takdir tuhan sudah ditetapkan. Orang2 beriman para ulama semakin sikit dan ramai yg telah tiada. Maka yg tinggal org2 spt YB fasiq lagi hina.
Anonymous said…
Assalamualaikum Yb,

Jaga-jagalah perkataan dan tingkahlaku kamu Yb Khalid Samad. Idea kamu lebih menjurus kearah logik akal orang-orang kafir dalam membuat penilitian sesuatu perkara. Tidak hairanlah kamu disenangi oleh orang kafir tetapi menjadi kebencian kepada orang Islam. Ingat, hidup menjadi berkat apabila ramai orang mukmin yang hidup menyenangi tindakan kita. Kita memerlukan doa mereka untuk kebahagian didunia dan akhirat. Orang-orang kafir tempatnya di neraka dan orang-orang mukmin tempatnya di FIRDAUS.
selangorian said…
wah ! YB khalid ramai peminat pencacai dumbno melawat blog YB.
SYABAS maknanya YB khalid adalah salah seorang yg dumbno geruni selain dsai.
ana respect YB.

pas cawanagan
Anonymous said…
Khalid kata edaran Bible Al-Kitab hanya utk org. Kristian..tapi apasal puak Gereja x setuju dicop kitab tersebut dgn cop 'utk penganut Kristian ajer' dan diberi no siri..adakah mereka bercadang utk membuat salinan dan mengedarkan kpd penganut bukan Kristian termasuk yg Islam..Kalau alasan umat Islam tebal imannya..baik kita halalkan semua..buku bible..buku seks..majalah bogel...buku ayah pin..silap2 rumah Khalid byk majalah seks pasal iman Khalid tebal bukit Uhud.
Anonymous said…
Bagaimana situasi ini bakal berlaku jika ada org yg persendakan kalimah Allah samada didlm twitter,fb, blog dan apa2 lagilah. Siapa yg akan ambil tindakan???Kalau umat Islam nak ambil tindakan, mereka boleh kata ini Allah bkan u punya sorang.Agama kami pun guna nama Allah.Agak2 pemimpin agama mereka yg ambil tindakan???Kalau mereka buat taktau?Maka akan berterusanlah kalimah Allah dipersendakan.Org Islam hanya melopong gaduh sesama sendiri dan khalid samad kata"biarkanlah".
Anonymous said…
Betulah, baik bukak byk2 rumah pelacuran, kedai ekor.Yg msk mesti bukan org Islam, sbb Kalid Samad kata iman org Islam tebal mcm jabal uhud.
Anonymous said…
Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid berkata 5,000 naskah kitab Injil berbahasa Melayu akan dilarang pengedaran di negeri itu kerana ia tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor bersabit penggunaan kalimah Allah di dalam kitab suci Kristian itu, lapor Tv Selangor. Tamyes sekali gus mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa tindakan kerajaan memansuhkan penahanan naskah Kitab Injil berbahasa Melayu tidak sah di sisi undang-undang syariah di Selangor. Mufti Selangor itu berkata kebimbangan utama pihaknya terhadap arahan kerajaan pusat menarik balik penahanan itu adalah kesannya ke atas generasi muda umat Islam.

"Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya," katanya kepada Tv Selangor. Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang syariah yang menghalang penggunaan kalimah “Allah” sama ada secara lisan ataupun bertulis. Selain 5,000 naskah di Pelabuhan Kelang, penahanan 30,000 naskah Kitab Injil yang sama di Kuching turut ditarik balik, mengikut pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala petang Selasa lalu
Anonymous said…
saya tk setuju pendapat selangorian, 18 Mac, 9.44am. Bukan semua yg bagi komen adlh pencacai UMNO. Kalau MCA dan DAP boleh bersatu menentang pengharaman judi dan loteri di Kelantan, xdk sapa kata DAP tu pencacai MCA, tapi bila org Islam nk tegur PR sikit, dilabel terus pencacai UMNO, nk kritik Lim Kit Siang, Karpal Singh terus kata ni pencacai UMNO, sedangkan berapa ramai pemimpin PR yg kritik TG Haji Hadi, TG Nik Aziz..xda pulak dikata pencacai UMNO, tapi dikata pula demi deklarasi bersama Pakatan Rakyat.
Anonymous said…
Khalid Samad kata: "Saya mengikuti isu ini dengan penuh kehairanan. Alasan-alasan yang diberi hanya menunjukkan betapa Pemimpin UMNO begitu keliru dan tidak memahami Islam. Apa yang lebih memburukkan ialah dalam kekeliruan ini mereka turut mengelirukan masyarakat Melayu melalui sikap-sikap mereka yang ekstrim dan songsang."

Kenapa yg nak di hairankan Khalid? AKu tak sokong UMNO mahupun PAS dalam isu ini. Tapi aku nak bagitau kat kau yang aku sebagai rakyat Malaysia beragama Islam sama sekali membantah pengedaran Bible dlm Bahasa Melayu.

Perkara ini amat senang di fahami. Umat Islam Malaysia pasti akan berpecah belah. Tak perlu Kristian yg pecahkan. Orang PAS yg Islam lagi tebal imannya seperti Jabal Uhud yang akan memecahbelahkan umat Islam di Malaysia.

Atak percaya. Cuba baca & denga apa Nizar Jamaluddin kata dlm ceramah dia.

Aku sokong kenyataan Anon March 18, 2011 10:51 AM & Anon March 18, 2011 3:55 PM.
Anonymous said…
Al Merbawi
Setuju dengan YB , Qassem dan Ramlan Ramli, kepada yang beria-ia kondem YB tu berilah komen yang berilmu sikit. Jangan hanya nak maki hamun saja tapi isinya kosong.
Kata pendakwah Shah Kirit Belum pernah terjadi di dunia ni ada orang Islam yang membaca Al-Quran (dengan faham) terpengaruh untuk masuk Kristian kerana membaca Injil. Ini kerana Al-Quran adalah mukjizat (kalam ALLAH) sedangkan kitap Injil adalah ciptaan manusia.
Ramai paderi-paderi yang masuk Islam kerana membaca Al-Quran (cth: Yusuf Estes) dan mereka ini sebenarnya tak faham pun apa yang kitap Injil katakan. Berbelit-belit. Mereka pun tak percaya pada triniti tapi terpaksa ikut kerana kononnya hanya yang top-top aje yang faham.
Ramai pendakwah-pendahwah (cth: Ahmad Deedat)mengunakan kitab Injil untuk mematahkan semula hujah paderi-paderi Kristian kerana terlalu banyak karut marut dalam kitap Injil. Oleh itu adalah tugas kita untuk menyedarkan rakan Kristian kita apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran tentang agama Kristian inidan siapakah ALLAH sebenarnya. (Sebenarnya Nabi Isa sendiri tak pernah kata dia penganut atau pembawa ajaran Kristian. Dalam Injil pun tak ada.
Rujuk link ini untuk tambah ilmu
http://www.pakdenono.com/ebook_kristologi/ebook-kristologi-download.htm
hazam said…
Harap YB teruskan perjuangan bagi membela nasib penganut dan mubaligh kritian malaysia yang ditindas. Kami juga perlukan hak sama rata dan adil dalam menyebarkan agama kami di malaysia. ternyata slogan 1 malaysia oleh PM Malaysia yang dilaungkan hanyalah sekadar reotrik semata...
sedih said…
macam mana boleh jadi YB??? ni akademik fail ke ape?? xbelajar sejarah????? perlembagaan pon xtahu. kebebasan beragama tu dah betol, tp try la sambung baca smpai habes.. agama lain TIDAK boleh menyebarkan agama mereka n agama islam boleh menyebarkan agama islam. ni la sebenarnya penghancur agama, nak jd pembela konon. pembela sekarang boleh la, anak cucu aku nanti cmner?

Pemerhati : kawen campur agama tanpa tukar agama? sila belajar agama dalam sikit. semoga dapat hidayah
Anonymous said…
awat buduh sgt puak2 umnongok ni?
Anonymous said…
salam YB.. betapa dangkal tafsiran YB terhadap isu ini. Kalau YB x hipokrit bawa lah isu ini ke Muktamar Pas.. jangan nak tunjuk hero pemikiran ala baru di blog sahaja. Saya pasti YB akan mendapat tentangan yang sepatutnya dari ahli pas sendiri.. Saya harap YB mempunyai ilmu dan juga kecerdikan dalam pelbagai jenis hal utk memperjuangkan umat dan negara. InsyaAllah.
ramlan ramli said…
sekadar nak tanya kepada para pembahas :

1. Wujud kebimbangan kalau bukan Islam seperti Kristian contohnya menggunakan kalimah Allah maka umat Islam terutama remaja akan keliru sehingga tidak kenal lagi yang mana satu Tuhannya.

2. Kenapa kita tidak berfikir kalau Kristian juga menggunakan kalimah Allah maka umat Kristian akan keliru sehingga menyebabkan ramai mereka memeluk Islam?

3. Entahlah...saya sekadar bertanya...
Anonymous said…
umnongok memang buduh..
sebabg umnongok menentang kalimah Allah di guna pakai kristian. umnongok jugak menentang bible dalam bahasa melayu sebab umnongok takut ramai melayu akan murtad..

sebab tu khalid samad tak takut sebab orang pasngok memang akan salahkan umnongok kalau umat melayu murtad kat malaysia.

pasngok kan iman tebal
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada YB dan sekelian pembaca blog ini yang saya hormati. Di antara surah-surah Al-Quran yang disebut oleh YB, saya hanya ingin merujuk kepada ayat 46 Surah Al-Ankabut dalam Al-Quran di mana Allah SWT berfirman "... Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu..."

Rujuk di laman web Perdana Menteri (ya, jangan terkejut, memang laman web PM) di sini : http://bit.ly/6CnUGc

Soalan pokok di sini ialah samada kita sebagai orang yang mengaku kita Islam mau patuh kepada firman Allah SWT ataupun kita mau mengingkari firman Allah SWT. Ini ialah hukum Allah di dalam Al-Quran. Kita sebagai manusia janganlah gunakan akal fikiran sendiri untuk merangka hukum manusia yang bercanggah dengan hukum Allah.

Perkara ini terang-terang termaktub di dalam Al-Quran. Tafsiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pula begitu tepat dan jelas. Maka kenapa kita masih mempertikaikan firman Allah SWT?
Anonymous said…
Mohon Majlis Fatwa buat ketetapan, tk
Anonymous said…
Salam YB Khalid, ini komen saya kpd tulisan YB Zul Kulim dalam blog beliau, tapi entah apa silap saya mungkin cara saya tak betul mengepos komen kerana baru nak mula. Apapun di bawah ini komen saya dgn sedikit penambahan, utk dikongsi dan dibahas bersama:

"Salam YB,
Pada pandangan saya kedua-dua pihak yang setuju dan menentang penggunaan kata Allah oleh penganut kristian adalah betul, sama seperti adanya khilaf mazhab kerana masing-masing ada hujah sendiri. Bukankah hukum asal segala sesuatu adalah "harus" kecuali ada nas (Al-Quran dan Hadis - nas qat'ie dan kemudian Qias, Ijma' dan Ijtihad para ulama muktabar - utk yg tiada nas qat'ie) yang memberi hukum selainnya (selain dari hukum harus tadi). Sebagai contoh, seperti haramnya arak apb ada nas Al-Quran yang mengharamkannya dan adanya hukum kena samak bekas bijana yg dibuat dari iron apb ia dijilat anjing kerana ada Hadis yang menyuruhnya, dan sebagainya.

Jadi, yang tidak setuju itu kerana mereka bimbang kalau kita bersetuju dengan panggilan Allah oleh penganut Kristian maka seolah olah kita setuju mengatakan Allah “tiga dalam satu” atau adanya ketuhanan Jesus dan seumpamanya disamping mereka juga khuatir kesan akibat akan datang dalam kemaslahatan bermasyarakat di Malaysia. Manakala yang setuju penggunaannya ialah kerana disamping tiada nas qat'ie yang melarang penggunaan kalimat Allah oleh penganut kristian, sebaliknya dalam Al-Quran sendiri ada menyebut bahawa lebih kurang mafhumnya, sekiranya ditanya kepada orang kafir mereka juga akan menyatakan Allah tuhan mereka, dalam sejarah bapa nabi sendiri bernama Abdullah, maknanya orang Arab telah menggunakan perkataan Allah sebelum Nabi Muhammad diutus dan sebagainya.

Oleh itu dalam hal ini biarlah pihak yang layak seperti Majlis Fatwa membuat keputusan, sehingga itu kita harus menerima seadanya tanpa mempolimikkannya secara berlebihan.

Berbalik kepada isu - ada Pak Yangoat yang dakwa ALLAH Tuhan seluruh manusia, maka apa salahnya kristian guna! dan jawaban YB - MEMANG ALLAH TUHAN SELURUH MANUSIA, TETAPI TIDAK SEMUA MANUSIA MEMPERTUHANKAN ALLAH YANG SATU!

Pada saya mudah saja iaitu orang Islam nak guna kalimat Allah boleh dan orang Kristian nak guna pun boleh kerana sememangnya Allah adalah tuhan kepada semua makhluk, Tiada Tuhan Selain Allah. Cumanya kita kena peganglah kuat-kuat Tauhid Uluhiah dan Tauhid Ubudiah kita. Yang mereka dakwa Jesus itu Allah, itu pada mereka, itu mereka yang dakwa bahawa Jesus itu Allah, sedangkan pada kita mudah aja, Jesus bukan Allah. Allah tetap Allah. Mereka aja yang dakwa Jesus itu Allah walhal hakikatnya Jesus bukan Allah tetapi Allah tetap tuhan kepada semua makhluk, jadi senanglah ceritanya iaitu "ya - Allah tuhan kita semua, mana ada tuhan yang lain, tetapi jika engkau kata Jesus itu Allah maka pada kami tertolak kerana Jesus itu bukan Allah cuma kamu yang mendakwa Jesus itu Allah, pada kami Allah - Laisa kamislihi syai'un.

Di sinilah kefahaman kita terhadap perbezaan makna sesuatu perkataan iaitu makna dari segi bahasa dan makna dari segi istilah, dalam konteks ini ada kaitan perbezaan antara nama am dan nama khas.
Dari segi bahasa, Islam dan Kristian pun bersetuju Allah itu tuhan ( Allah = Tuhan) tetapi dari segi istilah, kefahamannya berbeza iaitu dari segi istilah (istilah kefahaman agama khususnya), maka pada penganut Kristian, Allah = Jesus = Rohul Kudus, sebaliknya, dalam kefahaman agama Islam tetap, Allah = Allah. Allah adalah nama khas dan Allah tiada yang seumpamaNya (Laisa kamislihi syai'un).

Kesimpulannya, pada penganut Kristian mereka menganggap Allah = Tuhan dan Jesus = Tuhan oleh itu Jesus juga Allah, sebalikya pada kita Allah = Allah dan Jesus bukan Allah. Wallahu a’lam dan Wassalam."
By zoland
Anonymous said…
Tuan... kenapakah Tuan suka menakwil ayat Al-Quran separuh jalan?... tidak ditakwil menurut konteks?... Minta tolong tuan terangkan kepada semua apakah yang dimaksudkan oleh Allah swt dalam surah At-Taubah ayat 29-30:

[29]
Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar “Jizyah” dengan keadaan taat dan merendah diri.
[30]
Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

Dan Surah Al-Maidah ayat 72-73 :

[72]
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Padahal Al-Masih sendiri berkata:” Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim”.
[73]
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Adakah benar kita digalakkan untuk bersekongkol dengan orang-orang zalim?....

dan seterusnya keterangan Allah swt pada surah yang sama ayat 77-80:

[77]
Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul”
[78]
Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
[79]
Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.
[80]
Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka).

Apakah Tuan masih mahu meneruskan seruan tuan?... minta tolong diperjelaskan...
Anonymous said…
Kalimah Allah - Ust Kazim Elias.mp4 , look it up in youtube ,
its never to late to repent

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kenyataan Media Amanah Mengenai RUU 355

Muqaddimah

Amanah menganggap mahkamah syariah sebagai institusi penting dalam usaha menzahirkan kebenaran dan keadilan Islam. Oleh itu imejnya sebagai institusi yang cekap dan berwibawa perlu sentiasa dijaga. Amanah bersetuju bahawa segala usaha ke arah memperkasakan mahkamah syariah, dari segi kecekapan perlaksanaan undang-undang Islam, perlu disokong dan dibantu.

Kenyataan Berhubung Usul Persendirian Marang: Cadangan Pindaan ke Atas Akta 355

MUQADDIMAH

1. AMANAH ingin menegaskan bahawa Mahkamah Syariah adalah institusi keadilan Islam dan oleh itu apa jua usaha ke arah menperkasakannya adalah disokong. Bidang kuasanya berhubung kesalahan jenayah syariah dijelaskan dalam Akta 355 sediada. Akta 355 ini perlu dijaga dengan baik dan apa jua usaha pembaik-pulihan serta pindaan terhadapnya perlu diperhalusi secara teliti supaya tidak menjejas kedudukan mahkamah syariah.

2. Akta 355 sediada telah digubal mengambil kira kedudukan dan peranan Mahkamah Syariah di dalam kerangka struktur kenegaraan Malaysia yang di dalamnya wujud Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Sepertimana diketahui umum, bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad kepada orang Islam dan kesalahan-kesalahan tertentu seperti terkandung dalam Senarai II Senarai Negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selainnya adalah di bawah Mahkamah Sivil.

3. Apa jua pindaan yang ingin dibawa semestinya selari dengan kedudukan dan peranan ini supaya tidak berlaku…