Skip to main content

Respon Kepada Pengunjung Mac - Bahagian 1

1. Perbahasan Titah di Raja
Dewan menjadi riuh semasa saya membahas Titah di Raja. Khususnya apabila saya menyentuh YB Kulim BB. Ada seorang Ustadz beritahu saya, begitulah keadaannya bila kita nak halau Jin dan Syaitan dari rumah yang berhantu. Naik riuh apabila ayat yang dibaca itu mengena! Saya dengar je lah. Saya tak tahu nak komen kerana tidak pernah menghalau hantu dari rumah berhantu.

Bahagian yang tidak didengari mengandungi ungkapan-ungkapan pedas terhadap ‘Katak2 Bebas’. Di antaranya syair yang berbunyi:

Bagaikan lendiran
yang diselaputi debu.
Ayam tak patuk,
itik tak sudu.
Datangmu tak diundang,
Pergimu tak ditangisi.
Kalau UMNO ambil korang,
Kami senang hati!


Saya telah merayu bagi pihak mereka supaya UMNO terima mereka kerana kalau tidak, sudah pasti mereka akan dilihat sebagai ‘tidak bernilai’. Pada masa yang sama saya tahu UMNO tidak akan terima mereka walaupun memuji mereka. Ini pun sebagai perkara yang perlu difikirkan rakyat.

Ada yang bertanya mengapa saya tidak benarkan YB Kulim BB mencelah. Sebenarnya saya ada jawab, “Kita debat sahaja dalam Astro Awani atau TV9”. Masa yang diperuntukkan hanya 20 minit dan saya tidak mahu membuang masa melayani YB Kulim BB sedangkan kita tidak akan berpeluang untuk berdebat sepenuhnya dalam tempoh masa yang begitu singkat. Pada masa yang sama saya tidak mahu menolak permintaan sahabat-sahabat yang ingin memperluaskan hujjah yang saya bawa.

2. Bangi Residency ada menulis beberapa perkara. Respon saya pula adalah begini:

Siyaasah Syariyyah dan Maqasid memang wujud. Ianya sebahagian dari Syariat Islam. Siapa yang bersandarkan Siyaasah Syariyyah dan Maqasid dan siapa yang hanya menggunakannya sebagai alasan terpulang untuk masyarakat menilai. PAS sememangnya parti Islam dan perlembagaannya jelas menyatakan asas dan panduan perjuangannya. UMNO jelas parti Kebangsaan Melayu dan jelas tidak bercita-cita untuk melaksana Islam. Malahan, pada beberapa ketika, UMNO pernah memperlekehkan Syariat Islam.

Kalau PAS memerintah dan tidak melaksanakan sesuatu atas sebab Maqasid dan Maslahah, ia berhak melakukannya tanpa menafi atau menolak wajibnya sesuatu hukum. Kalau UMNO tidak melaksanakan, ianya kerana UMNO tidak bersetuju dengan hukum berkenaan. (Sebagai contoh ungkapan sup tangan dan sbgnya).

PAS tidak mengkafirkan orang. Ini adalah apa yang “UMNO kata PAS kata”. Kalau ada berlaku diperingkat bawahan, ianya tidak mencerminkan pendirian PAS yang sebenar. PAS sepatutnya melihat diri sendiri sebagai pendakwah dan bukan qadi.

Tuduhan arak dan rumah urut bertambah di Selangor adalah pembohongan UMNO. Sebenarnya beberapa kawasan di Shah Alam, beberapa kedai yang dulu menjual Beer, termasuk 7-Eleven, sekarang telah berhenti penjualan barangan tersebut. Perkara ini telah dicapai melalui perbincangan dengan pihak pengurusan kedai-kedai berkenaan. Kami meminta mereka menghormati kehendak pelanggan mereka sendiri, iaitu penduduk sekeliling mereka yang ramainya orang Islam. MB sendiri turut berbincang dengan mereka dalam soal ini. Saya juga hadir juga.

Dalam soal-soal lain yang ditimbulkan, seperti yang saya sebut, bergantung kepada penilaian masing-masing. Sekiranya dianggap tiada yang ikhlas, Islam hanya digunakan oleh PAS dan UMNO, maka apa sekalipun yang saya kata, ianya akan ditolak. Namun yang penting bagi saya, PAS telah menyatakan wawasannya dan apa yang sedang PAS lakukan ialah berusaha untuk ke destinasi tersebut sambil mengharungi realiti yang sediada.

Oleh kerana realiti yang sebegini, di kalangan orang Islam dan yang bukan Islam, maka penumpuan perlu diberi kepada mendidik dan menyalurkan ilmu kepada rakyat sebelum melaksanakan undang-undang tertentu. Proses mendidik rakyat ini memakan masa tetapi berjalan terus di bawah PAS yang sedang bersama PR.

Undang-undang mencerminkan kesedaran dan kecenderungan rakyat. Apabila rakyat memahami Syariat Islam dan ingin kepada perlaksanaannya, maka ianya akan dilaksana. Dakwah adalah usaha untuk membawa rakyat ke arah kesedaran dan keinginan yang sebegitu. Ini yang dapat kita lakukan tanpa halangan di bawah PR.

Dalam soal penggunaan perkataan kesat oleh pimpinan PAS dalam ceramah mereka, tuan perlu berikan contoh khusus, siapa dan apa yang dikatakan.

Dalam soal kalimah Allah, pendirian DS Presiden PAS bukan atas sebab tunduk kepada kehendak DAP. Sebaliknya, ianya adalah pendirian yang terkandung dalam Al-Quran dan oleh itu PAS memilih untuk tunduk kepada kehendak Al-Quran. Maka pendirian beliau dan PAS dalam soal ini bukan atas sebab ‘political expediency’ tetapi sebaliknya berdasarkan bukti yang nyata dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW). Sebagai contoh, sila baca ayat 63 Surah Al-Ankabut dan tafsirnya sekali.

With respect to the statement “Nabi is also practising cronyism”, I do not know who was reported to have said it. I reject that statement - completely. Tetapi harap sahkan dulu betulkah itu yang dikatakan. Saidina Ali dilantik bukan atas dasar kronisme tetapi atas dasar kemampuan beliau. Tidak salah melantik menantu dan sesiapa sekalipun asalkan perlantikkan itu atas dasar kemampuan dan bukan atas dasar hubungan kekeluargaaan dan persahabatan. Di antara kaedah yang digunakan untuk menentukan perlantikkan adalah atas dasar kemampuan dan bukan hubungan ialah pihak berkepentingan tidak boleh terlibat dalam membuat keputusan dan perlu mengistiharkan kepentingan beliau.

insyaAllah kita bersambung... male ni kawe ke kelate...

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
oo.. bila follow DAP je... mengikut sunnah.. bila bertempik macam monyet dekt perak... menegakkan kebenaran....bila sponspo pergi hj. tak per..

aku tgk PAS ni menggunakan agama untuk kepentingan politik.. boleh blahler khalid..org shah alam dah menyampah dgn ko
aswad said…
anonymous, bodoh hang nampak ketara. lain kali jangan berhujah termasuk kawan2 PR hang di luar. rajin2 membaca biar berilmu sikit.
Anonymous said…
betul tu bro...kami kat shah alam dah lama tgu PRU13...nyampah bebenor...
lah said…
Banyaknya orang yang menyampah tak sudah-sudah post a comment dekat sini. Menyampah aku..
Tinta Hitam said…
Org org Shah Alam yg menyampah tu hany org org UMNO dan balaci balacinya shj..

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.