Skip to main content

Video Parlimen: Debat Isu Royalti

Debat Isu Royalti: MP Pakatan Rakyat vs Menteri - MP Pakatan Rakyat mencelah Ucapan Penggulungan Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa JPM) Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengenai Isu Royalti/Ihsan kepada Kelantan pada 17 November 2009.


Video adalah ihsan MPPAS
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Sivakumar said…
YB Khalid

Saya bangga dengan hujah YB yang cukup clear, mantap dan bernas menjelaskan isu federalisma dan kenegerian dan hakmilik sumber.

Tidak pernah saya dengar ahli parlimen dari Barisan Nasional yang pernah berhujah dengan jelas dan terang macam YB dan YB YB yang lain dari Pakatan Rakyat.

Terus ke point.

MP Barisan biasanya mencari selok belok melari dari memberi jawapan yang betul.

YB Khalid terima kasih kerana berkongsi video ini, saya sekarang sangat faham isu royalti minyak Kelantan dengan lebih baik.

YB Khalid memang cool dan tenang cara YB berhujah, penuh dengan isi.

Keep it up YB, we will support you all the way!
sahibul kastam said…
Saya bangga dengan hujah YB di Parlimen. Orang-orang seperti YB lah yang sepatutnya dihantar ke parlimen untuk mempertahankan hak rakyat Kelantan dalam persekutuan.

Popular posts from this blog

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

100 Hari Malaysia Baharu (Astro Awani)

Wawancara bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam program khas '100 Hari Malaysia Baharu'.

Video ihsan Astro Awani
-Pejabat YB Khalid Samad-

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan…