Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawas...
Comments
Saya bangga dengan hujah YB yang cukup clear, mantap dan bernas menjelaskan isu federalisma dan kenegerian dan hakmilik sumber.
Tidak pernah saya dengar ahli parlimen dari Barisan Nasional yang pernah berhujah dengan jelas dan terang macam YB dan YB YB yang lain dari Pakatan Rakyat.
Terus ke point.
MP Barisan biasanya mencari selok belok melari dari memberi jawapan yang betul.
YB Khalid terima kasih kerana berkongsi video ini, saya sekarang sangat faham isu royalti minyak Kelantan dengan lebih baik.
YB Khalid memang cool dan tenang cara YB berhujah, penuh dengan isi.
Keep it up YB, we will support you all the way!