Skip to main content

Isu EGM dan Seminar

Dengan berbagai isu yang begitu hangat diperkatakan seminggu dua ini, ramai yang bertanya ke mana telah saya menghilang. Sebenarnya saya tidak ke mana-mana tetapi berbagai program menyebabkan saya tidak berpeluang untuk menulis dan berkongsi pandangan saya dalam isu-isu ini. Semenjak bermulanya mesyuarat ketiga, penggal kedua Dewan Rakyat, kebanyakkan masa di antara Isnin hingga Khamis telah digunakan sepenuhnya untuk persiapan Parlimen. Di samping itu, saya juga telah berkesempatan menghadiri program-program berikut sepanjang minggu ini:


Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program-program tersebut. Dalam pada itu, perbahasan Bajet 2010 masih tidak sempat disiapkan sepenuhnya lagi...!

Namun, persoalan yang saya kira amat memerlukan penjelasan di kala ini ialah isu EGM yang telah ditukar kepada Seminar Politik beserta siasatan JK Disiplin. Oleh itu 3 perkara inilah yang ingin saya ulas pada hari ini. Untuk makluman semua, saya tidak hadir mesyuarat yang diadakan pada hari Rabu malam Khamis tersebut kerana saya bukan AJK PAS Pusat. Oleh yang demikian, ulasan saya adalah berhubung keputusan yang dibuat yang telah pun diketahui umum.

Sebelum itu saya ingin ucapkan tahniah kepada TGNA atas ketegasan beliau yang mana hasil dari desakan beliau supaya diadakan EGM, maka mesyuarat khas ini telah diadakan dengan kadar segera. Jika tidak kerana desakan tersebut, besar kemungkinan semuanya akan berjalan dengan begitu sahaja dan rintihan rakyat bawahan termasuk ahli PAS sendiri berhubung masalah persepsi masyarakat terhadap PAS akan berlalu begitu sahaja. Syabas dan tahniah TGNA.

Kedua saya juga ingin ucapkan syabas kepada TGHH kerana pantas mengadakan mesyuarat khas tersebut. Ianya merupakan bukti TGHH amat menghormati pandangan dan kedudukan TGNA sebagai Mursyidul ‘Am. Kepimpinan tertinggi PAS memahami di antara tugas MA ialah memantau perjalanan PAS dan di dalam proses memantau itu, MA berhak menegur dan memberikan pendapat beliau sekiranya terdapat gambaran bahawa PAS telah terlajak ataupun tergelincir dari apa yang telah dipersetujui bersama.

Oleh itu, tanggapan bahawa TGNA telah tersilap atau terlanjur dalam menjalankan fungsi beliau sebagai MA adalah satu tanggapan negatif yang ingin disebarluaskan oleh UMNO/BN dan kuncu-kuncu mereka.

Syabas dan tahniah juga kepada TGHH atas keputusan yang tuntas dibuat melalui mesyuarat khas tersebut yang telah memutuskan 3 perkara seperti berikut:-
  1. Seminar Politik akan diadakan pada 7 November 2009 di Markaz Tarbiyyah PAS Gombak. Seminar ini adalah seminar peringkat kebangsaan di mana perwakilan dari setiap kawasan seluruh negara akan turut hadir.
  2. Persoalan PAS Selangor akan ditangani oleh Jawatan Kuasa Disiplin dan
  3. PAS tetap bersama PR dan akan terus memperkukuhkan PR.

Berdasarkan 3 keputusan tersebut di atas, maka boleh saya rumuskan bahawa isu yang telah dibangkitkan oleh TGNA tidak ‘dimatikan’ begitu sahaja dan itulah yang saya maksudkan dengan ‘The problem is not being swept under the carpet’, tetapi sebaliknya ditangani melalui 3 TINDAKAN yang wajar dan saya kira amat munasabah.

PERTAMA: Seminar Politik
Seminar Politik ini akan melibatkan ahli hingga ke peringkat akar umbi melalui perwakilan dari setiap kawasan. Dari sudut kehadiran, ianya bagaikan EGM tetapi bezanya ianya lebih menumpu kepada usaha penjelasan dan bukan tindakan pemecatan atau rombakan pimpinan. Penjelasan yang akan diberi semestinya akan tertumpu kepada persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan oleh TGNA berhubung persepsi rakyat terhadap arah tuju PAS dalam mencorak dimensi baru politik tanah air. Di antara pembentang kertas kerja berhubung persoalan ini ialah Professor Dr. Abdul Aziz Bari! Ini telah dipersetujui dan diputuskan di dalam mesyuarat berkenaan.

Maka apakah maknanya ini semua? Cuba kita imbau kembali dan fikirkan bersama. Fakta-fakta isu ini adalah seperti berikut:-

  • Isu EGM yang dicadangkan TGNA berpunca dari kritikan Professor Dr. Abdul Aziz Bari yang tersiar di dalam Sinar Harian.
  • Mengikut apa yang ditulis Prof Aziz, di antaranya, TGHH dan beberapa pimpinan utama PAS yang disebut oleh Prof Aziz, perlu diganti oleh kerana tidak bertindak ke atas pemimpin tertentu yang banyak menimbulkan persepsi negatif terhadap PAS. Ketiadaan tindakan menghasilkan andaian bahawa pimpinan-pimpinan utama yang disebut adalah pro-UMNO!
  • Apakah reaksi PAS? PAS telah bersetuju menganjurkan Seminar dan menjemput Professor berkenaan untuk membentangkan hujjah-hujjah beliau kepada seluruh ahli PAS!


Maka jelas ini merupakan satu bukti yang amat nyata akan sikap keterbukaan PAS dan kesediaan pimpinan PAS untuk ditegur serta kesediaan menerima pendapat umum. Respon pimpinan bukan untuk mendesak ahli wala’ secara membabi buta tetapi sebaliknya menggambarkan seruan kepada semua, sehingga ke peringkat setiap kawasan, agar mendengar dan menilai apa yang hendak disampaikan. Teliti hujjah-hujjah beliau, seorang 'pengkritik' kita dan nilaikan dan pertimbangkan bersama. Tidak perlu respon dengan emosi. Respon secara emosi hanya layak bagi sebuah parti yang tidak matang seperti UMNO.

Setelah mendengar, bagi teguran-teguran yang dapat dipersetujui, PAS akan mengambil tindakan untuk mengatasinya. Dalam masa yang sama, bagi hujjah yang tidak dipersetujui, PAS akan nyatakan kepada beliau, terima kasih, tapi pendapat kami sebaliknya berdasarkan hujjah-hujjah yang tertentu.

Yang penting, pandangan yang dikemukakan, walaupun kritis, didengari dan dipertimbangkan sewajarnya. Ini menjamin kefahaman ahli berhubung isu yang dibincangkan dan memastikan kewajaran tindakan-tindakan yang seterusnya.

KEDUA: Siasatan ke atas PAS Selangor oleh JK Disiplin
Ini juga merupakan satu tindakan yang wajar. Ia membuktikan bahawa PAS Pusat memahami bahawa isu-isu yang dibangkitkan adalah amat penting, yang mana hingga tindakan disiplin mungkin diperlukan. Saya difahamkan bahawa banyak aduan telah diterima oleh JK tersebut dengan besertakan bahan-bahan bukti dalam bentuk rakaman ucapan dan sebagainya. Kebanyakkan dari bukti-bukti ini telah pun menjadi pengetahuan umum.

Yang penting ialah selepas menerima aduan-aduan ini, JK Disiplin perlu mengadakan siasatan dan kesimpulan yang terhasil dari siasatan ini haruslah dikemukakan kepada semua supaya tidak akan lagi timbul andaian bahawa tindakan diambil mengikut sikap ‘pro ini’ atau ‘pro itu’. JK Disiplin perlu sedar bahawa bukan sahaja ahli PAS sedang memerhatikan tindakan PAS dan cara PAS menangani isu ini, tetapi juga rakan-rakan PAS di dalam PR dan seluruh pemerhati politik Malaysia. Dengan itu amat penting agar tiada usaha ‘cover-up’, sikap ‘favoritisme’ atau pilih kasih sepertimana di dalam UMNO, yang mengamalkan budaya politik yang semakin jelas ditolak rakyat negara ini. Dengan itu, proses ini akan mampu menghantar satu mesej yang jelas bahawa PAS merupakan satu parti politik yang berprinsip serta berdisiplin dan para pemimpin, walau popular mana sekalipun, tidak terlindung dari sebarang tindakan.

Dalam pada itu, ada yang menyingkap istilah ‘Ahli Badr’ yang merupakan istilah yang digunakan terhadap para sahabat yang telah turun berperang di dalam perang Badr Al-Qubra. Mereka menikmati layanan yang sedikit istimewa dari Rasulullah (SAW). Di antaranya, seperti kisah perutusan surat oleh Khatib ke Makkah sebelum pembukaan kota Makkah, sekiranya mereka ‘tergelincir’ sehingga kesetiaan mereka dipersoalkan, maka hakikat bahawa mereka adalah ‘Ahli Badr’ telah disebut sebagai hujjah bagi membela mereka. Turun semasa Badr merupakan ujian serta bukti keimanan dan kesetiaan yang tidak boleh dipertikaikan.

Namun begitu, perlu diingat. Mereka tetap ditegur dan tindakan mereka yang ‘tersilap’ atau ‘tergelincir’ telah diakui tersilap dan tergelincir. Ianya tidak dipertahankan sama sekali. Mereka hanya lepas dari tindakan hukuman dan disiplin atas sebab pengorbanan mereka sebelum itu tetapi tindakan mereka tetap diakui silap dan tidak lagi diteruskan.

Perlu juga diingat bahawa pengorbanan mereka diketengahkan sebagai bukti kesetiaan mereka oleh pembela mereka, bukan mereka sendiri!

Pada masa yang sama ada juga kisah Khalid Al-Walid yang diturunkan pangkat demi menjamin persepsi masyarakat tidak terseleweng sehingga menjejas aqeedah ummat Islam pada masa itu. Peristiwa seperti ini perlu juga dijadikan iktibar. Jelas bahawa persepsi masyarakat adalah penting. Walaupun persoalan yang kita hadapi sekarang tidak melibatkan persepsi yang boleh menjejas keimanan, ia melibatkan persepsi terhadap sebuah gerakan Islam, samada ia jujur dan ikhlas dalam persahabatannya terhadap masyarakat Islam dan bukan Islam.

Dengan suasana dan persekitaran politik yang sebegini di mana ramai, khususnya yang bukan Islam, mula mempersoalkan kejujuran PAS di dalam PR, JK tersebut perlu membuktikan bahawa PAS sememangnya bersungguh-sungguh bersama dengan PR sebagai alternatif kepada BN.

KETIGA: Pengisytiharan PAS tetap bersama PR dan akan terus kukuhkan PR
Pengisytiharan ini menyediakan semua, termasuk ahli PAS, bahawa PAS sanggup mengambil tindakan terhadap sesiapa juga yang menjejaskan kerjasama PAS di dalam PR. Tindakan yang menjejas kekukuhan PR perlu dihentikan dan harus disekat. Sesiapa yang terus menjejaskan kekukuhan PR, walau setinggi mana sekalipun jawatan beliau, akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Akhir sekali, timbul persoalan, bagaimana pula dengan EGM? Pada saya, EGM ini merupakan satu pilihan yang ‘evergreen’ atau sentiasa wujud. Sekiranya seminar dan JK Disiplin tidak bertindak sepertimana sepatutnya dan ‘Kukuhkan PR’ hanyalah menjadi seperti cogankata 1Malaysia ‘Rakyat di dahulukan…’, maka EGM merupakan satu tindakan yang tetap boleh dipertimbangkan bersama.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Tahniah YB, saya sokong pandangan YB.Dan rasanya PAS tidak boleh menghalang dan menyekat kebebasan ahli daripada memberi respon dengan alasan melemahkan parti kerana perangai begini mirip UMNO dan tak perlu kita tiru. Biar nampak huru-hara dahulu asal menang PRU 13 nanti.Nak buat apa tenang dan rasa selesa sekarang (syok sendiri)kalau nanti kita ditolak rakyat?
Anonymous said…
YB,
Adakah dgn EGM boleh menyelesaikan masalah dlm PAS?

Adakah dgn mengambil tindakkan terhadap YB Hasan Ali yg terang-terangan tidak bersetuju dgn YB Ronnie Liu juga boleh menyelesaikan masalah dlm PAS?

Bagaimanakah perasaan kami yg rata-rata bersetuju dgn YB Hasan Ali?

Ini juga adalah sifat keterbukaan dlm PAS YB. YB Hasan Ali dah buat..

Kenapa DAP baru jeling sikit pasal isu arak, kelompok-kelompok kepimpinan sebaris dgn YB perlu melenting?

Adakah YB nak membalas dendam terhadap YB Hasan Ali kerana memecat YB tempoh hari?

Apakah jika terdapat kepimpinan PAS yg senada dgn UMNO maka terus di cop sebagai pro UMNO?

Artikal YB nampak mcm kelakar. Cakap tak serupa bikin.

Jika DAP buat YB tutup mata..tetapi jika Hasan Ali buat menentang penjualan Arak, saya tak nampak pulak YB menyokong YB Hasan Ali..hilang tah kemana..

Soal membenarkan Kalimah Allah utk Katolik. Soal Kuil etc..juga sedikit sebanyak telah mengikis sokongan saya terhadap YB khasnya, PAS secara amnya..

Adakah YB nak cop saya sebagai pro UMNO?

Silakan lah YB...
Anonymous said…
saya boleh membayangkan...bila keputusan J/Kuasa Disiplin tidak memenuhi hasrat YB...nescaya YB akan kembali mengamuk dan akan meminta EGM di adakan.

kita sama2 tunggu dan lihat.....:)
Ibnu Shariff said…
YB,
Jawatankuasa Disiplin mesti :

1) Cekap dalam menjalankan penyiasatan dan tidak mengambil masa yang panjang.Semua bukti ada di depan mata.Saya merasakan kata kata Prof Aziz Bari yang menegur kelambatan pimpinan tertinggi membuat keputusan ada kebenarannya.Yang paling akhir ialah apabila dalam press conference selepas mesyuarat tersebut Presiden hanya menyatakan "pada masa terdekat".Ini antara jawapan yang tidak tegas.Sepatutnya jawatankuasa disiplin harus diberi tempuh waktu tertentu untuk menjalankan siasatan dan menjalankan hukuman.Masaalah kepimpinan diperingkat negeri yang lari dari keputusan muktamar ialah masaalah yang memerlukan keputusan pantas, demi untuk mengembalikan jemaah kejalan yang dipersetujui dan mengembalikan keyakinan rakyat(Melayu, Cina, India dll) yang teleh memberi keyakinan kepada PAS.
2) Berani bertindak kerana inilah kali pertama jawatankuasa disiplin ini berfungsi.Rakyat akan melihat akan ketulusan jawatankuasa ini menjalankan tugasnya.

Seminar pada pendapat saya hanyalah a "one way discourse" walaupun diakhir pembentangan akan ada perbincangan, tetapi rumusan biasanya is prepared well in advance.Saya dah banyak menyertai seminar yg diorganise oleh PAS.Seminar ini hanyalah "half baked" solution.Ia mungkin akan mengelabukan mata ahli, seolah olah ia satu tindakan yang menunjukan PAS bersedia dikritik.Yang penting ketika ini ialah tindakan membersihkan PAS dari anasir Melayu/Islam yang pada suatu masa dulu membakar semangat kemelayuan ketika berada dalam kerajaan.
Percayalah tuan tuan, bahawa kita menentang mereka ini, bukan kerana nama mereka sekian sekian, tetapi kita menentang mereka kerana mereka ingin membawa kita kepada assabiyah dan mengekalkan perangai perangai korup teman teman mereka yang terdahulu.
ali said…
ha mana si tulang besi? ko kan pengampu kuat si khalid ni
kangks said…
Salam YB,
Syabas saya ucapkan kepada Tok Guru Nik Aziz kerana mempunyai prinsip yang tidak pernah berputar pelit dan sedia menerima hakikat. Walaupun saya tidak berpelajaran tinggi, tetapi saya juga adalah manusia. Kalau saya berpeluang untuk menemui Tok, pasti saya akan akan 'kowtow' di hadapan Tok sebagai menghargai jasa beliau yang selalu menegakan keadilan dan fikir untuk kepentingan generasi kita yang seterusnya.
Yang ikhlas,
Kang Kim Siang
ali said…
saye setuju ...tapi tindakan yg sepatutnye tu mcm maner olh jk disiplin ?adakah kene ngan selere kite baru sepatutnye?
isma said…
Penjelasan mantap..sokong juga komen dari ibnushariff..puak2 UMNO tak payahlah nk wat kacau dalam blog ni seperti


"Adakah YB nak cop saya sebagai pro UMNO?

Silakan lah YB..."

memang kamu UMNO pon
lutfi said…
respon to anonymous 8:46pm

Adakah dgn EGM boleh menyelesaikan masalah dlm PAS?
[16:82] Jika mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya kewajiban yang dibebankan atasmu hanyalah menyampaikan dengan terang.

Adakah dgn mengambil tindakkan terhadap YB Hasan Ali yg terang-terangan tidak bersetuju dgn YB Ronnie Liu juga boleh menyelesaikan masalah dlm PAS?
[42.48] Jika mereka berpaling maka Kami tidak mengutus kamu sebagai pengawas bagi mereka. Kewajibanmu tidak lain hanyalah menyampaikan. Sesungguhnya apabila Kami merasakan kepada manusia sesuatu rahmat dari Kami dia bergembira ria karena rahmat itu. Dan jika mereka ditimpa kesusahan disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri (niscaya mereka ingkar) karena sesungguhnya manusia itu amat ingkar (kepada nikmat).

Bagaimanakah perasaan kami yg rata-rata bersetuju dgn YB Hasan Ali?
sedikit cerita dari buku sirah....when a man was qualified for a job, and even if he was performing it well, Abu Bakar r.a. would not hesitate to appoint someone who was better qualified. Al-Muthannah r.a was doing wonderful job in Iraq, but still, Khalid al-Waleed r.a. was more qualified and would be better able to win future battles. And in Ash-Sham, Abu Ubaidah r.a. was very well-suited to lead the muslim armies in the region, but again, Abu Bakar r.a. thought it better to replace Abu Ubaidah r.a. with someone who was, if not a better muslim, then a better military commander - Khalid al-Waleed r.a. Therefore, when it came to appointing and replacing leaders, Abu Bakar r.a. was concerned not as much with the FEELINGS of individuals as with the greater good for the masses... the needs of the few do not outweigh the needs of many.
('The Biography of Abu Bakar As-Siddeq', by Dr Ali Muhammad As-Sallabee, pg 699)

Ini juga adalah sifat keterbukaan dlm PAS YB.YB Hasan Ali dah buat..
[17:7] If you do good, you do good for your own souls, and if you do wrong, you do it against your own selves..

Kenapa DAP baru jeling sikit pasal isu arak, kelompok-kelompok kepimpinan sebaris dgn YB perlu melenting?
Jeling dan Melenting? walfitnatu asyadduminalqot. walfinatu akbaruminalqot.

Adakah YB nak membalas dendam..
[24:22] ..walyaqfu walyasfahu.. let them forgive and overlook, do you not wish that Allah should forgive you? For Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful.
lutfi said…
respon to anonymous 8:46pm

Apakah jika terdapat kepimpinan PAS yg senada dgn UMNO maka terus di cop sebagai pro UMNO?
[2:256] ..sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
(Truth stands out clear from Error: whoever rejects evil and believes in Allah hath grasped the most trustworthy hand-hold, that never breaks. And Allah heareth and knoweth all things)


Artikal YB nampak mcm kelakar..
[104:1] Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,

Jika DAP buat YB tutup mata..tetapi jika Hasan Ali buat menentang penjualan Arak, saya tak nampak pulak YB menyokong YB Hasan Ali..
[16:125] Invite to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.
(ayat pasai khamar turun peringkat2, mola2 2:219(khamar dan judi ada keuntungan tapi kemudaratan lebih dr keuntungan). Lepas tu 4:43 (monkalu mabuk jgn sembahyang). Lepas tu 5:90-91 (mabuk ni reja setan).
Peringkat2 lah. Kalut buat rebah, sapa suruh.

Soal membenarkan Kalimah Allah utk Katolik. Soal Kuil etc..
[19:36] Sesungguhnya Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu, maka sembahlah Dia oleh kamu sekalian. Ini adalah jalan yang lurus.
Ayat pasai nama Allah, Tuhanku dan Tuhanmu ada banyak dalam al-Quran (3:51, 5:72, 5:117, 11:56, 40:27, 44:20). Kafir musyrik zaman nabi dan sebelumnya pun pakai terma Allah. Menghadkan perkataan Allah untuk Muslim saja bererti menghadkan kebenaran ayat2 Allah seperti dlm ayat2 di atas, serupa mengatakan Allah Tuhanku bukanlah Tuhanmu. Dan menjadikan ayat2 Allah bersalahan dgn makna dan applikasinya.
Ada lebih dari 20 ayat2 yg bermula dgn ”Wahai manusia..” Seruan wahai manusia ni, Allah tujukan kepada semua termasuk muslim and non-muslim. Menghadkan non-muslim dari mendengar atau membaca al-Quran seperti menghadkan ayat2 Allah yg ditujukan kepada mereka juga. Bolehkah kalau Allah yang buat seruan dalam kitab yang diturunkanNya kepada semua manusia, kita pi kata jangan pulak. Soal kuil pun ada ayat yang terang lagi jelas [6:108].

kebenaran hanya dari Allah, maka janganlah kamu berada dikalangan orang yang confuse [2:147]

Adakah YB nak cop saya sebagai pro UMNO?
Cop mengecop is not only prohibited but CURSED. [104:1]

Sesungguhnya Al Qur'an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi kabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar. [17.9]
Dr. Rahul Dhillon said…
Beautifully courageous and clear-minded statement and stand from you, YB Khalid. I am truly proud that we have leaders like you, there is still hope for Malaysia.

Salute to you, Sir and God Bless you always and may he protect you and open the eyes and mind of all Malaysians. Let's not be emotional about PAS or its LEADERS. The most important thing is TRUTH, JUSTICE and MALAYSIA, not just PARTY or certain LEADERS.

Thank you.
Unknown said…
saya nampak komen2 yg menentang artikel ini samada cybertroopers umno atau ahli PAS yg menyokong dr hassan ali tetapi gelabah kerana mereka sekarang sudah mati akal dengan bukti2 fizikal yg telah di beri kepada JK disiplin.so hujah2 mereka lebih kepada escapism dan very general.tidak ada value.
anasnazri said…
Salam YB,

play safe nampak... hihi...

x cukup 56 kawasan ke?
Anonymous said…
Hassan Ali mesti dipecat. dia seperti bisul. kalau tidak dibuang akan pecah menjadi kanser. cegah sebelum parah.
Anonymous said…
seorg lagi ahli umno bernama ali
cuba buat provokasii kt sinii
hentikan laa lakonan ko tu alii
Anonymous said…
khalid, u kena la jaga sikit mulut. kekdang u ni lebih kuat bela dap dari sokong pas. ingat skit kamu bertanding guna tiket pas.

walaupun nak tunjuk terbuka, tapi kena tahu juga adab2 nya sebab kamu ni pemimpin. org bawah tengok

tp nak pelik apa kan. asal usul kamu tu pon bukan dari pas. cuma masuk pas sebab nak jadi calon je
Anonymous said…
tp nak pelik apa kan. asal usul kamu tu pon bukan dari pas. cuma masuk pas sebab nak jadi calon je
Ha!Ha!Ha! Ada udang sebalik batu masuk PAS. Aku setuju 100%. Kau nak tahu kenapa YB kita ni tak hilang masa kes HA dgn RL pasal arak tu? Tanya lah dia, mana tahu dia setuju arak dibenarkan oleh orang islam atau takut dengan DAP. Ceh! Pendekar kampung.
Tinta Hitam said…
Samada hendak pecat atau amaran pd mana mana ahli PAS yg tiada semangat berpasukan (esprit de corp) terpulanglah pada pihak kebijaksanaan pimpinan.Yg pentingnya pihak atasan dilihat sebagai mendengar suara ahli ahli yan ginginkan penjelasan
Anonymous said…
Respon to Lutfi November 2, 2009 6:04 AM
[19:36] Sesungguhnya Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu, maka sembahlah Dia oleh kamu sekalian. Ini adalah jalan yang lurus.
Ayat pasai nama Allah, Tuhanku dan Tuhanmu ada banyak dalam al-Quran (3:51, 5:72, 5:117, 11:56, 40:27, 44:20).
Lutfi kata
Kafir musyrik zaman nabi dan sebelumnya pun pakai terma Allah. Menghadkan perkataan Allah untuk Muslim saja bererti menghadkan kebenaran ayat2 Allah seperti dlm ayat2 di atas, serupa mengatakan Allah Tuhanku bukanlah Tuhanmu. Dan menjadikan ayat2 Allah bersalahan dgn makna dan applikasinya.
Respon saya,
1. Menghadkan perkataan Allah bukan bertujuan untuk menghadkan kebenaran ayat-ayat Allah untuk dibaca oleh oleh orang-orang bukan Islam. Buku-buku mengenai Islam dan Quran tafsir dijual pada awam dan orang bukan Islam bebas membelinya untuk mengetahui apa ayat-ayat Allah itu.
2. Menghadkan penggunaan kalimah itu juga sama sekali bukanlah menjadikan kita mengatakan Allah itu bukan Tuhanmu yang hakiki. Allah itulah Tuhanmu tetapi kamu yang tidak mahu mengakuinya dengan sebenar-benarnya (termasuk mentasbihkannya).
3. Hakikatnya menghadkan penggunaan kalimah Allah itu adalah untuk melakukan TASBIH di peringkat masyarakat agar kalimah Allah itu tidak dikaitkan dengan sifat-sifat yang mensyirikkannya. Tidak dikaitkan nama Allah itu dengan berhala, imej makhluk, dikaitkan mempunyai isteri, anak dan lain-lain dengannya.
4. Ayat2 Al-Quran yang banyak itu bertujuan utk mengajak kristian dan yahudi Arab ketika itu mentasbihkan, mentauhidkan Allah. Bukannya untuk menggunakan kalimah Allah untuk disyirikkan dengan upacara2 syirik dan dikaitkan dengan yang tak setanding denganNya.
5. Sekiranya saudara ingin sangat membantu YB Khalid membenarkan gereja menggunakan kalimah Allah pertama2 sekali saudara mesti membuktikan kitab bible yg digunakan berasal daripada Arab sebagaimana yang digunakan oleh masyarakat Arab pada zaman Nabi SAW. Tetapi sekiranya kitab itu berasal daripada Rom, maka mereka TIDAK PERNAH MENGIKTIRAF KALIMAH ALLAH SEBAGAI TUHAN atau membawa maksud Tuhan sekalipun.
6. Berdasarkan debat terkini diantara Islam dan kristian yang pernah berlaku di Amerika dan Britain, pendebat2 kristian menegaskan mereka tidak pernah mengiktiraf kalimah Allah itu, malah membuktikan bible2 mereka dari Rom tidak menggunapakai sama sekali kalimah Arab itu.
7. Saya katakan saudara yang menjadikan ayat2 Allah bersalahan dgn makna dan applikasinya.
8. Demi tujuan politik YB Khalid dan fraksi yang disokongnya saudara sanggup mempolitikkan agama sehingga membenarkan kalimah Allah digunakan dalam upacara2 syirik. Tindakan saudara adalah selari dengan gerakan Islam liberal yang memusnahkan Islam dari dalam.
9. Kalau saudara berkeras juga inginkan gereja menggunapakai kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayunya maka mungkin ada jalan lagi, apa kata saudara berdakwah kepada mereka (gereja) sehingga mereka terima Allah itu Esa dan tiada sekutu bagiNya. Pada saat itu bolehlah mereka menggunakan kalimah Allah itu.
Berhentilah mempolitikkan agama, agama terjejas, hidup tak selamat.

toyib
Jokokiko said…
Tuan,

Diharap tuan dapat membuang sifat2 hasad dengki yg ada dlm diri. Musuh sebenar tuan ialah SYAITAN, bukannya Hassan Ali.
Sekiranya tuan mempunyai bukti2 yg tepat bahawa Hassan Ali memang memecahkan PAS Selangor, sila bawa bukti2 itu kpd J/kuasa Disiplin PAS Pusat.
Mengapa tuan masih engkar dengan arahan daripada J/kuasa Disiplin Parti agar tidak menggunakan blog untuk menyuarakan ketidakpuashatian terhadap parti?
Urat Besi said…
Cantikkkk...lu memang pandai main wayang brader khalid..semua ahli dah tahu putar belit lu dengat lu ounya gang..Gua ucap tahniah kepada Pas Pusat,yg siasat Pas Selangor bukat setakat 2,3 org sahaja..ini tindakan yang bijak..maklumat tentang kejahatan perancangan lu and your gang sedang dikumpul oleh lembaga disiplin..Lembaga disiplin pun dah tahu lu punya gang..kantoi la lu brader Khalid..Lebih baik lu dan lu punya gang cepat lompat masuk Umno...selosaiiii..
Anonymous said…
Wei barua barua khalid samad .... kat sini bukan tempat nak bincang
masalah dalaman jamaah...
Stop it now...
Termasuk Khalid Samad sendiri..
tak hormat organisasi langsung..

"Tak semua perkara benar perlu diheboh, kami bukan tak boleh
sokong pandangan kau...
tapi kami tak boleh sokong cara kau,
suka bincang isu dalaman dalam blog"
Aslkm, apa yang dilakukan oleh Dato Hassan Ali bukanlah dari keputusannya sendiri. Berdasarkan risikan, keputusan beliau banyak dirujuk kepada PAS Selangor. Saya yakin kalau dibuat undian Dato Hassan Ali menang kerana tindakannya adalah selaras dengan perjuangan PAS. DAP dan PKR perlu hormati PAS dan dasar perjuangan PAS. Saya tak nampak yang PAS buat di Selangor terlalu gelojoh..disko,pub masih ada, kilang arak belum tutup rasenye... Pas juga punya pengundi, penyokong, mereka sumua ni perlu dijaga, diyakinkan mengenai dasar perjungan PAS.Kena pahamlah tak kan PAS langsung tak boleh bersuara,, semua nak ikut telujuk dia orang? bukan pakatan namenye. Tahniah JK PAS Pusat kerana menolak EGM. Diganti dengan seminar ni pun tapi kurang manfaatnya, yang lebih baik lagi diadakan program motivasi khas untuk menjelekitkan lagi barisan pimpinan supaya tiada lagi yang menyimpan hasad dalam diri masing-masing. YB Khalid jangan hanya merujuk kepada orang-orang di Shah Alam. Sesekali kena dengar pandangan orang Sabak Bernam, Hulu Selangor dll. Kita perlu mewakili seluruh rakyat Selangor.
ali said…
emmm teruk sangat ke name ali sampai dikotam ahli amno?.yb jgn risau kite semua tahu yb bkn ajk pusat dan memang pun takselayaknye yb masuk mesyuarat... persepsi masyarakat dah begitu nak buat macam maner.sepuluh org mesyuarat, org yg berikutnye pun tahu isi butirnye betulkah begitu?
Anonymous said…
Saya 'salute' dgn keputusan JK Pusat untuk memanggil Prof Aziz Bari untuk membentangkan kertas kerja. Beginilah real gentleman, let face it 'face-to-face'. Masa ni bolehlah kita dengar sendiri dari Aziz Bari bukti-bukti yang boleh beliau bawa untuk menuduh Presiden dan beberapa Pemimpin PAS kita pro-UMNO. Ahli-ahli juga kena bersedialah untuk menangkis hujjah2 beliau dan menghujani beliau dengan fakta dan bukti sebaiknya. Malangnya di S Alam pada hari Ahad 1/11/09 lepas, YDP S Alam memanggil mesyuarat tergempar kawasan untuk 'membantai' Pesuruhjaya PAS Selangor yang dilantik oleh Presiden. Ditambah oleh pengampu-pengampu beliau yang menokok tambah cerita/fitnah, yang bukan sahaja mahu menjatuhkan PJ, secara tidak langsung juga telah memperkecilkan pucuk pimpinan PAS dan Presiden, juga melawan arahan lembaga disiplin. Kalau gentlemen, kenapa tak dipanggil sahaja DHA, bukankan PAS Shah Alam pun dibawah payung PJ Selangor. Panggil dan hujani beliau dengan semua persoalan agar terbongkar segala kekusutan. Tetapi kerana niat bukan untuk menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya mementingkan NAFSU, maka jadilah apa yang telah terjadi pada hari Ahad lepas. Saya doakan Lembaga Disiplin PAS akan mengambil satu tindakan yang amat tegas demi keutuhan saf jemaah yang kita sayangi ini. Dan janganlah kita tergolong sebagai orang munafik.

Wassalam

Abu Aliya
Shah Alam
Abu Aliya said…
Salah satu pengajaran yang paling besar dalam perang Uhud adalah bagaimana umat Islam ditewaskan oleh musuh ketika itu. Padahal pada awal pertempuran umat Islam yang di pimpin Rasulullah saw telah mengatur strategi yang teliti dan kemas yang menyebabkan tentera musyrikin lari meninggalkan medan pertempuran. Bila Allah campakkan sedikit kemenangan, mulalah terasa diri hebat, kuat di tambah pula melihat ghanimah (harta rampasan peperangan) melambak didepan mata. Perintah Pemimpin No 1 ketika itu (Rasulullah saw) telah diingkari oleh sebahagian besar (50 dari 60 orang) dari barisan Pemanah yang ditugaskan di atas Bukit Memanah, telah turun bukit untuk bersama mengutip ghanimah. Padahal Pemimpin No 1 ketika itu sudah memerintahkan agar tiada seorang pun berganjak dari bukit tersebut walau apa terjadi di bawah bukit, sehingga diarahkan.

Namun begitu, 50 dari 60 Pemanah ni telah ingkar arahan Pemimpin, dan akibatnya amat parah untuk jemaah Islam. Khalid AlWalid dan Ikrimah Abu Jahal (yang belum Islam ketika itu) telah menyedari kealpaan umat Islam lantas melakukan serangan balas yang tidak dapat lagi ditangkis oleh umat Islam. Rasulullah saw sendiri hampir terbunuh, cedera parah terkena penangan musuh. Saidinna Hamzah ra, walaupun berjaya membunuh 30 orang musuh, telah syahid ditombak Wahsi (Wahsi kemudiannya masuk Islam dan membunuh musuh No 1 Islam di zaman Khalifah A Bakar ra iaitu MusailamatulKazzab).

Pengajaran besar dari lipatan sejarah Rasulullah saw. ini telah berulang dan akan terus berulang selagi mana kita tiada wala' kepada Pemimpin yang telah dipilih, apalagi kita curiga dan suuz-zan (prasangka buruk) terhadap tindakan beliau. Kata-kata seperti Pertemuan dalam Gelap, Barua-UMNO dan label-label lain amatlah biadap dan tidak sesuai untuk Pemimpin yang sepatutunya kita sokong dan sanggup syahid mempertahankan beliau. Kerana apa? kerana beliau adalah Pemimpin kita, sebuah wadah Islam, bukan parti politik semata-mata. Kita berjuang kerana Allah dan Rasul, bukan kerana nak memerintah Malaysia semata-mata, sampai sanggup langgar semua prinsip jemaah Islam. Melebihkan PR lebih dari PAS/Islam itu sendiri. Apakah ini cara nak dapat keredhaan Allah swt?

Abu Aliya
Shah Alam
jANGAN GADAI PERJUANGA KERANA TERLALU MERAIKAN RAKAN DALAM pAKATAN. sEBAGAIMANA dap DAN pkr PERTAHANKAN PRINSIP MEREKA pas JUGA wajib PERTAHANKAN PRINSIP SENDIRI! aPAKAH KERANA PERTAHAN PRINSIP KITA DILIHAT MEMUSNAHKAN pAKATAN? SYA TIDAK BERSAMA ANDA KHALID SELAGI ANDA TAK PERTAHANKAN PRINSIP PARTI!!!
ANDA TAK PERNAH PUAS HATI SELAGI ANDA TAK DAPAT APA YANG ANDA INGINI! ANDA TELAH MEMBERIKAN ISYARAT DALAM ARTIKEL INI BAHAWA KEPUTUSAN JK DISIPLIN AKAN DITOLAK JIKA TIDAK BERSAMA DENGAN KEHENDAK ANDA.. APAKAH INI AKHLAK JAMAAH YANG ANDA MILIKI???
Anonymous said…
Tok Khalid,ada tak spy2 yg bg maklumat kat tok khalid psl aduan disiplin tok khalid berceramah di Titiwangsa dgn memburukkan presiden?

tok khalid kena fikir mcm mane nak counter tu..nanti saya bgtau spy tok khalid dlm pemuda selangor tu,supaya ia blh tlg cari lagi maklumat2 baru utk tok khalid..

satu lg tok khalid,klu free blh tak tok khalid buat dream team bayangan kabinet persekutuan?
ahli kariah masjid subang airport said…
Polis dakwa wakil PAS ada ' rekod jenayah'?

http://www.malaysiakini.com/news/116538

ape kes ni YB ?

baru tahu rupa-rupanya YB pun tak ada TAULIAH mengajar agama di Selangor...
Anonymous said…
Salam,

saya cuma nak ulas tentang Isu Selcat ngan Arak...

kenapa Isu arak, pemimpin PAS pusat dan khalid diam? Tindakan Hasan Ali tu betul, tapi ada tentangan dari ADUN DAP... Bila dah jadi perselisihan paham, adalah lebih baik untuk PAS berdiam diri... bukan PAS tidak menyokong Hasan Ali.. cuba bayangkan kalau PAS pusat dan khalid samad Ulas gak benda isu arak ni, tak ke PR tu sendiri akan jadi kecoh... sekali gus akan menggoyangkan PR... menggoyangkan PAS... bukan maksud aku nak kata PAS kena gadai prinsip utk dapatkan sokongan.. tapi ijtihad setiap pemimpin tu berbeza... dalam blog-blog lain, orang mempertikaikan kenapa PAS pusat biarkan Hasan ali keseorangan dalam isu arak... so, cerita mana yang betul?


dalam isu selcat pulak, tindakan hasan ali menegur kelemahan selcat tu adalah betul... tapi yang salahnya, teguran secara terbuka dalam media adalah salah,.. sepatutnya, hal keluarga, lebih baik bincang cara keluarga... tak perlu la heboh sampai musuh tau... kalau bini buat hal, takkan nak p kecoh 1 kampung... sekarang timbul pulak isu Dr. Asri... kita tunggu kesudahannya...

lagi 1, untuk YB Khalid, adalah tidak wajar untuk mendedahkan kelemahan kawan dalam blog ni... tindakan anda bukan saja buat orang lain benci kepada PAS... lebih kepada tu, memburukkan nama pas... dalam perkara ni, YB sama je macam Hasan Ali...

saya hormati pandangan YB, tetapi biarlah disalurkan kena pada tempatnya... bukan dalam blog ni... ia akan bagi ruang kepada musuh kita untuk menyerang kita... tidak salah untuk berbeza pandangan... tapi adalah lebih baik perbezaan pandangan tu dikongsi bersama dengan orang yang terlibat dalam bentuk perbincangan... contohnya perbezaan pandangan YB dengan Hasan Ali, mungkin saja YB boleh call Hasan Ali or jumpa berdua untuk berbincang dalam 1 jemaah... menghormati pandangan masing-masing... so, dari situ, InsyaAllah, hubungan antara pemimpin dalam PAS dapat diperkukuhkan... banyakkan perbincangan keluarga dalam PAS...

kepada rakan-rakan yang beri komen dalam blog ni, atu dimana-mana sahaja, beradap la dalam memberikan komen... jangan la tuduh pemimpin dengan tuduhan yang tidak baik... adalah lebih baik kita memberi cadangan bagaimana nak mengukuhkan pimpinan PAS... aku percaya, setiap pemimpin kita ada ijtihad masing-masing... cuma kadangkala cara penyampaian mereka perlu ditegur... bukan semua tindakan mereka betul...

Wallahhua'lam....

ikhwan86
Greenbottle said…
keep up the good work YB Khalid.

Saya tabik kepada anda yang tidak menapis komen2 yang negatif terhadap tuan. komen2 yang tidak sopan dan negatif terhadap tuan hanya mencerminkan kurang adab pemberi komen dan tidak mengurangkan hormat kami terhadap tuan.

Keterbukaan tuan adalah 10 tahun lebih advance dari mentality kebanyakan ketua2 PAS dan penyokong2 yang tidak progresif.

Malaysian political scenario has moved by leaps and bounds. We need more leaders like you.

One day I pray you will be one of PAS and Malaysian top leaders...Amin.
sembang haroki said…
mungkin kalau dato nik aziz dapat memberikan hujah syarak mengapa egm mesti diadakan bagi menukar presiden, timbalan dan stia usaha, presiden sudah tentu tak dapat nak elak lagi. malangnya dalam pertelingkahan/pertikaian pendapat spt agenda katak lompat anwar916, muzakarah,undi tak percaya paklah, pencalonan ibrahim ali, sokongan penuh kepada anwar sebagai pm in waiting dll, dato nik aziz gagal memberikan hujah syarak. beliau lebih mengambil pendekatan menengking, mengherdik dan menghambat keluar dari PAS mana2 individu yag beliau tak suka.
Sepatutnya sebagai almursyid, beliau sewajarnya memjelaskan pandangan syarak setelah berbincang dengan majlis syura dalam isu2 pertikaian yang kritikal. yang jelas beliau memihak.
saya ingin walaupun sekali, mendengar hujah syarak beliau dalam mana2 isu walaupun berdasarkan qias maal fariq atau beliau sebut saja sebagai maslahah mursalah. atau serah saja jawatan kepada dr harun din, dan beliau bertanding sebagai presiden!!
Pemuda Gombak said…
Tuduhan yang dilemparkan ke atas Dr Hassan Ali ialah dia menjadi dalang kepada Umno di dalam PAS, dan ingin membawa PAS ke dalam Umno.

Tuduhan yang sama dilemparkan ke atas Ustaz Nasharuddin, Cikgu Pa, dan tidak ketinggalan Tok Guru Haji Hadi.

Antara yang menuduh adalah Dr Aziz Bari serta Khalid Samad.

Namun, sampai sekarang tiada sebarang bukti untuk mensabitkan kesalahan tersebut.

Dalam prinsip undang-undang yang sepatutya diketahui oelh Dr Aziz Bari, setiap orang adalah tidak bersalah melainkan diuktikan bersalah.

Kemudian, dalam setiap pertuduhan perlu diadakan proses perbicaraan.

Saya yakin dan percaya, tidak akan ada sebarang bukti kukuh untuk mensabitkan kesalah tersebut.

Malah Khalid Samad sampai sekarang gagal untuk membuktikan perkara ini. Yang ada, hanyalah teori dan tanggapan sahaja.

Kita tunggu Aziz Bari hari sabtu ini untuk memberi bukti. Saya cabar!

Tapi saya yakin dia tidak akan ada buktinya.
taksukacarakhalid said…
"Apakah sudah hilang ukhuwah jamaah, sudah hilang rasa sayang pada saudara sesama jamaah, sehingga kita sanggup memberikan peluru kepada musuh untuk menyerang sahabat kita," tulis dalam blognya http://tuanibrahim.blogspot.com.

Beliau yang juga pengerusi Lembaga Disiplin PAS berkata, Petugas PAS perlu sedar bahawa Umno sudah menukar strategi mereka setelah melihat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat sejak PRU ke-12 dan tujuh pilihanraya kecil berikutnya.

---->>> bro, khalid... anda hanyalah PETUGAS.... faham?

anda x ke mana tanpa PAS, PAS tetap di sini tanpa anda...

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-