Skip to main content

Video: Pengalaman Meninjau Politik Jerman

“Sekadar pengalaman melawat dan meninjau Politik Jerman,” kata Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad sewaktu membentang laporan lawatan tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meninjau suasana Politik Jerman dalam Seminar Memperkukuhkan Pakatan Rakyat yang diadakan pada 13 Ogos 2009.

PART 1


PART 2



PART 3


Pembentangan ini dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching yang turut serta melawat Jerman pada 6 ogos lalu bersama-sama Khalid dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato’ Johari Abdul.

Video adalah ihsan Jiwo Kelate
Berkaitan: The German Connection (29 Julai 2009)
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Saya mengikuti juga perkembangan pemindahan kuil ini. Sebab apa? Sebab saya juga umat rakyat Malaysia yang mempunyai hak. Hak bersuara, hak menyokong dan hak mempertahankan hak.

Kepada semua, Harap kaji dan selidik mengapa penduduk seksyen 23 shah alam membantah sekeras-kerasnya pemindahan kuil tersebut?

Mereka tidak rasis. Mereka mempertahankan hak dan memastikan hak-hak penduduk yang membayar cukai kepada kerajaan negeri diakui.

Saya mempunyai aset di seksyen 23, walaupun saya tidak bermukim di situ, namun saya tetap mengikuti perkembangan di situ.

Soal pokok yang menimbulkan kemarahan penduduk setempat adalah kerana mereka tidak dipedulikan. Kita perlu akui mereka punya hak.

Kuil di seksyen 19 perlu dipindahkan kerana terlalu dekat dengan rumah penduduk. Tiada masalah untuk dialihkan. Kerajaan terdahulu telah menyediakan tapak di seksyen 18, tetapi ditolak oleh pengurusan kuil. Kemudian disediakan tapak di seksyen 22. namun belum sempat berpindah, kerajaan negeri bertukar tampuk pimpinan.

Kemudian pihak kuil mennyatakan bahawa tapak di seksyen 22 tak sesuai kerana jauh dan tiada kemudahan awam. Kompleks rumah ibadat di seksyen 18 yang penuh dengan pembangunan dan pelbagai infrastruktur juga ditolak kerana kuil mereka tidak boleh berdekatan dengan kuil2 lain.

Tampuk pemerintahan baru Selangor dengan baik hati mencadangkan di seksyen 23 berhampiran taman permainan dan perumahan penduduk. Walau pun ada agensi lain yang berminat dan memohon untuk menjadikan kawasan di seksyen 23 itu sebagai pusat latihan penyelamat, ia telah ditolak oleh kerajaan negeri kerana kawasan itu telah dikhaskan untuk kuil.

sila baca lagi di sini:
http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/09/07/24978/
Anonymous said…
Ingatkan nak pakai politik islam, seperti yang di war warkan oleh nik Aziz.

Semenjak masuk gereja, politik orang kristian jugak jadik rujukan yb.

Nama yb masih khalid samad ka ker dah ada nama baru?
Anonymous said…
Bila hassan nak kuatkuasakan hukum syariah mengenai arak di selangor, YB antara yang menentang.

Bukan menentang hukum syariah Nik Aziz kata dah masuk golongan kafir ke? Nik aziz pun ulama politik, asyik teropong jamban orang je, jamban sendiri penuh dengan najis yang membusukkan dia buat buat tak hidu
Anonymous said…
Khalid cuba meraih simpati dengan berkata beliau tidak peduli kalah dalam pilihan raya akan datang asalkan, "Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu. Seperti Kisah seorang raja Islam di Mysore, Banglore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada Islam, Hindu, Sikh. Sehingga hari ini rakyat India masih menceritakan mnengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil."

Adakah Tippu Sultan membina kuil Hindu di kawasan orang Islam? Ini merupakan satu pertanyaan yang sukar dijawab oleh Khalid. Keagungan Tippu Sultan hanyalah kerana pada zaman tersebut beliau membuat keputusan yang adil kepada semua orang bukannya membuat keputusan untuk meraih sokongan politik.

Khalid tahu sebahagian besar penduduk Seksyen 23 tidak menyokong beliau termasuk pemimpin pas di kawasan tersebut sendiri. Justeru beliau tidak peduli jika kawasan tersebut tidak mengundi beliau kerana undi kaum India di seluruh Shah Alam lebih banyak berbanding jumlah penduduk seksyen 23.

Usahlah berselindung disebalik nama agama Islam untuk mempertahankan tindakan politik membina kuil Hindu di Seksyen 23 ini. Jika benar ini satu bentuk keadilan kita mahu tahu mengapa Pas Shah Alam juga suatu ketika dahulu membantah pembinaan Gereja di Shah Alam?

Kita mahu tahu mengapa suatu ketika dahulu tiada pula slogan keadilan untuk semua penganut agama apabila kerajaan negeri membenarkan pembinaan gereja di Shah Alam. Sebaliknya hanya laungan kafir, taghut dan pengkhianat Islam diutarakan oleh Pas Shah Alam.

Hari ini kerana undi maka Khalid sanggup masuk ke gereja yang Pas kawasan beliau bantah dan tentang dulu untuk berucap dan menyokong pula tuntutan menukar perkataan Tuhan kepada Allah dalam Bible di Malaysia.

Orang Islam di Shah Alam tidak menentang pembinaan mana-mana rumah Ibadat kerana mereka sedar kepentingan toleransi beragama. Sebab itu ketika Pas membantah pembinaan gereja dahulu ia tidak mendapat sambutan penduduk setempat.

Hari ini yang dibantah bukan pembinaan kuil tapi lokasi yang tidak sesuai jadi janganlah Khalid cuba bermain kata-kata dan mahu menunjukkan "air mata buaya" kepada rakyat.
anti rumah urut shah alam said…
yb khalid,cuba periksa skrng kt shah alam ade rumah urut yg pertama selepas pr ambilalih.masa bn mana ade rumah urut.

kat sana yb boleh urut batin[urut kamuluan] sbnyk rm30.

nak cuba nafi ke yb khalid?cuba lihat gamba kt link nih:
http://www.selangordaily.com/modules.php?name=News&file=article&sid=2051
Anonymous said…
bodoh punya orang. engkau ada ke dalam gereja tu?engkau tahu dia cakap apa? dia buat apa? engkau ada kat sana? jangan jadi macam yahudi woi..

Lain kali baca surah Al-Baqarah tuu jangan baca je, amik tafsir sekali la dol,tengok tuhan cakap apa. engkau bukan faham bahasa arab..

Dia debat dalam gereja ke, sebarkan Islam, engkau mana tahu. Jijik betul perangai UMNO ni. JIJIK!
Anonymous said…
kalau orang yahudi boleh sembah dikuil mereka bersebelah masjid orang palestian yg juga tidak bermasalah dengan mereka, kenapa kita ada banyak hal dengan kaum lain yg tidak bermusuh dgn kita,bahkan mereka adalah warganegara sendiri?
Anonymous said…
Di seksyen 23 tempat saya ni memang ada pusat urut seks yg di uruskan oleh gangster.

pernah ada member naik keatas nak try. tukang urut perempuan kat atas tu kata dia bukan setakat boleh urut dgn tangan je..dengan mulut pun bolehhhhhhh bebb...

kepada YB khalid..yang ini lah yg YB kena tengok & benteras..

tapi saya rasa YB pasti akan keluarkan surat terbuka kepada penduduk seksyen 23 lagi sekali..YB pasti akan kata..

ooohh..ini semua salah UMNO..sebab pejabat Dato Nawawi berdekatan dgn pusat urut..semua salah UMNO ni..
UMNO yang melindungi pusat urut ni..UMNO ni jahat..dalang kepada gangster gangster..dalang pusat pusat maksiat..

pada anon 2:10PM..kau rajin rajin lah bukak blog pasal gereja ni..fahamkan apa yg YB ni cakap sebelum kau emosi tahap cipan..

kau kata UMNO ni jijik..tapi 52 tahun UMNO perintah selangor ni UMNO tak jual pun agama demi politik..bawah UMNO tak pernah terjadi MB kena BOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
YB kena BOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

di bawah pemerintahan UMNO..pemimpin turun padang & dengar apa kemahuan rakyat..contohnya dulu di seksyen 2 dulu ada ura ura nak buat kondo di tapak gerai..tapi kami bantah..& YB YB drp UMNO dulu pun tak berani nak buat sembarangan..

surau seksyen 8 tutup sebab apa?? sebab ada sembahyang dua imam..satu kumpulan tak iktiraf jawatankuasa yang di lantik dan kumpulan yang menentang buat keputusan buat satu lagi jawatankuasa baru..sebab tu lah surau seksyen 8 ni tutup..atas perkenan sultan..sebab sultan tak mau umat islam berpecah..

jangan salahkan UMNO pulak..
memang UMNO pun ada kesilapan..tak di nafikan..janganlah nila setitik susu sebelanga jadi rosak..UMNO dah buat terbaik untuk rakyat malaysia..untuk kaum cina..untuk kaum hindu..& kaum kaum bumiputra yang lain..

Dasar Ekonomi Baru..pun PR nak pertikaikan..kalau tak ada DEB ni..YB Khalid pun tak dapat Ir..

ingat..kami bukan bantah kuil..kami orang melayu memang boleh berkompromi..tak ada masalah..

tapi kami bantah sebab lokasinya..

YB Khalid..tak perlu putar alam..kalau nak sokong al juburi..berpada pada lah..

jangan jadi bebal YB..

ingat YB..saya pangkah YB dlm pilihanraya lalu..jadi eloklah rasanya YB tak payah bertanding..

tapi kalau YB nak bertanding jugak..saya mintak maaf..saya tak akan undi YB lagi..cukuplah dgn apa yg terjadi ini..

serik dah undi PAS ni..
Anonymous said…
bro anon 221pm.

bro, lu kena faham. kami tak bantah kuil. kami bantah kenapa nak dipindahkan kuil daripada seksyen 19 ke seksyen 23 yg majoritinya adalah penduduk melayu..sebelah menyebelah je dgn rumah kami..

BN dah letakkan samada di seksyen 18 ataupun pilih ke seksyen 22.

tapi kenapa kerajaan PR perlu pindahkan ke seksyen 23?

so kalau bro nak bagi komen sampai ke palastin..lebih baik bro turun tengok ke seksyen 23 dulu.

satu lagi..bro pernah pegi palastin ke?
saya said…
hai balaci2 umno. satu dunia dah tgk la gelagat2 korang berdemo dan semasa dialog di MBSA hari tu. perangai macam beruk. tak bertamadun langsung.
boleh berkompromi konon. org yg boleh berkompromi tak akan terpekik terlolong macam tu. dari pelan seksyen 23, aku tgk xde la dekat sgt dengan rumah korang. 300 meter. bukannye sebelah rumah. plus, dipisahkan ngan jalan dan playground. tahun 2004 (BN memerintah), aku menyewa di seksyen 4 tambahan.. ada kuil kat situ. x lebih 100meter pun dari rumah. ok je aku tgk? takde pulak ade org melayu terpekik terlolong time tu..?
kepada YB Khalid, teruskanlah berkhidmat dgn baik dan adil. tak usah layan sangat balaci2 umno yg suka main isu kaum ni..

sekian
Tinta Hitam said…
Saya kesian dgn commentator UMNO ni.Begitu sempit pemikiran mereka.Sudah la ilmu takda,cuba nak tunjuk pandai komen benda yg berat berat yang tak terdaya dijangkau oleh pemikiran mereka
Anonymous said…
Biarkan je Tinta Hitam puak UMNO berhujah dengan permikiran sempit mereka akan menyerlahkan lagi kedangkalan ilmu dan keburukan adab laku BANGSA UMNO sepertimana yg telah terbukti sejak beberapa minggu ini. Rakyat mampu menilai.

Let them dig up their own grave!!
amego said…
Hoi baruax Dailog. Hang jangan nak tunjuk samseng. hang ingat hang join PEKIDA, PEWARIS dsbnya hang rasa megahka. Aku anak Ayahanda PEKIDA Kedah. Aku rasa org macam nilah yang dok rosak PEKIDA. Kita berdailogla cara yang baik. Hampa masa Khir Toyo runruh surau hangpa pi mana. Ingat tunjulah akhlak yang baik. Jangan rosakkan nama PEKIDA
CW Wong said…
Saya masih ingat, pada tahun-tahun 70an, bandar Ipoh terkenal dengan gangsternya. Yang pengecut pun jadi hero bila berselidung dibelakang tembok gangster. Itu budaya samseng. Orang yang tak ada akal dan pendirian sendiri. Istilah "running dog" memang sesuai dipakai ke atas mereka. Saya baru habis menonton dokumentari Astro tentang pencapaian saintis Islam. Terperanjat saya bila dikatakan bahawa pencapaian orang Islam pada masa itu berasaskan budaya "mencabar" status quo. Saya begitu kagum dan tertanya tanya apa dah jadi dengan orang Islam. Versi hari ini dengan zaman keemasan samakah? Mungkin tidak. Tetapi saya nampak segelintir yang mencerminkan confidence umat Islam pada zaman itu. Syabas Sdr Khalid, you are one of them.

Bagi gangster, samseng and orang Melayu/Islam yang tak ada adat, tak ada self respect, terjerit jerit (I was shocked, tak tau apa nak kata dengan imej Youtube orang Melayu bagai dirasuk Syaitan), menarik kerusi orang yang sedang duduk, ya Allah, tak malu ke? Sementara itu, lihatlah kaum lain yang ada di dewan... just the opposite.

Saya harap golongan tersebut tidak mengembalikan tamadun Melayu ke zaman batu. Orang lain tengok ketawa we. Sekejap pergi masjid, sembang Tuhan yang maha kuasa. Tapi perangainya macam tak ada Tuhan. Kalau Tuhan di dlm hati you maha kuasa, tak perlu terjerit-jerit macam kalau tak jerit tak ada Tuhan yang menolong. Jelaslah yang Tuhan Sdr Khalid itu yang Maha Esa, yang terjerit pekik dan pijak kepala lembu itu mungkin tersilap Tuhan kot. Balik rumah tengok cermin, perangai burok tu jangan digelar Muslim.
Anonymous said…
...bn bodo piangggggggggggggggggggggggggg
InsanMarhaen said…
Salam semua,

Masih ada sekerat 2 suara2 sumbang fanatik tak tntu pasal

Pasal perkataan Allah,,,

Setakat aku tau perkataan Allah ini telah digunakan oleh arab sejak sebelum datangnya Nabi Muhammad (SAW). Org Nasrani, Arab jahiliyyah pun guna perkataan Allah merujuk tuhan yang tertinggi. Kepada sapa2 yg pernah ke Mesir..gereja kristian koptik..di bumbung tertulis Allah. Bagi yg belajar bahasa arab,,,perkataan Allah itu sendiri terdiri 2 kata iaitu AL + ilah = ALLAH
AL=the, ilah=God, ertinya Allah adalah kata khas The God...

Soal boleh atau tidak boleh org lain selain umat islam menggunakan 'allah' bukanlah soal akidah (sememangnya tidak ada nas pun), cuma soal strategi

1) Ada sebahagian ulamak berpendapat lebih baik kita jangan bagi org bukan guna perkataan 'Allah' atas alasan mengelirukan. Tapi apa sebenarnya yang mengelirukan???

2) Tetapi sebahagian ulamak lagi, berpendapat lebih baik orang bukan Islam menggunakan perkataan 'Allah' bagi merujuk tuhan yang agung. Kerana semoga ini akan menjadi titik mula bukan Islam memahami Islam dsb.

Saya percaya pendapat pertama didorong perasaan risau bahawa umat Islam mungkin terpesona dengan agama lain yg juga menggunakan perkataan 'Allah' (kalau diizinkan). Golongan ini merasakan Islam ni lemah dan inferior untuk berhadapan dengan agama lain yang kuat dan superior. Mungkin sebab inilah mereka tidak bersetuju.

Sebaliknya golongan kedua amat yakin dengan kekuatan akidah Islam. Semakin bukan Islam cuba menunjukkan persamaan dengan Islam ertinya semakin mereka dekat dan mengakui kebenaran Islam. Mereka yakin Islam adalah superior dan cukup logik untuk diterima akal yang waras. Maka andai kata benar sekalipun pihak Kristian cuba mengelirukan orang Islam dengan penggunaan 'Allah' hakikatnya akan lebih menguntungkan Islam. Mungkin analogi berikut boleh difahami, 'Penggunaan perkataan yang 'Allah' yang sama bagi merujuk tuhan boleh diibaratkan sebagai 2 pihak masing-masing membuka pintu rumah masing-masing untuk menarik tetamu. Pihak Kristian berharap pintu yang terbuka luas akan mempersona dan menggamit umat Islam untuk masuk (rumah) Kristian. Padahal melalui pintu yang sama juga orang Kristian akan keluar seterusnya masuk (rumah) Islam.

Jadi apakah kita tidak yakin dengan kekuatan aqidah Islam yang serba logik, mudah dan selari fitrah manusia???

Soal YB Khalid Samad masuk gereja apa salahnya, yang penting macammana beliau masuk dan apa yang beliau lakukan. Kena ingat Saiyidina Umar r.a. pernah solat di gereja. Malah Sallehuddin Ayub (pembebas plestine) pun masuk gereja.

Soal kuil, perkara ini pun perlu dibahas secara objektif. Kerana tiada pihak yang semuanya benar dan tiada pihak yang semuanya salah.

Misalnya..

Perbuatan mengarak dan memijak-mijak kepala lembu adalah BODOH dan SALAH tapi membuat demo bantahan itu TIDAK SALAH

CADANGAN awal kerajaan selangor pindahkan kuil ke SS23 TIDAK SALAH tetapi jika masih juga nak teruskan pindah walaupun penduduk TIDAK SETUJU maka itu akan jadi SALAH

Bukan soal majoriti Islam atau tidak tapi soal penduduk sekitar setuju atau pun tidak. Di Kuala Sentul Pahang, Kuil Marathandavar lagi besar (kedua selepas Batu Cave), tapi lebih 90% muslim sekitarnya tidak pulak melalak melolong membantah.

Sikap kerajaan sel anjur dialog (walaupun lewat) TERPUJI tetapi sikap segelintir peserta yang kurang ajar adalah KEJI.

YB Khalid Samad mungkin SILAP tapi sikap kurang ajar peserta amat BIADAP.

dan banyak lagi pro kontra,,,
Anonymous said…
PR ni ulil amri di selangor, penduduk seksyen 23 kena taat.
Anonymous said…
PR gi jerman nak ikut negara bekas komunis ker? Nazi ke hahahaha
aku said…
" Anonymous said...
PR gi jerman nak ikut negara bekas komunis ker? Nazi ke hahahah "

ooo macam tu ke?najib pegi china nak jadi komunis la ye?

ckp cam xde otak
Anonymous said…
dia pergi sana bukan nak contoh politik china..dia pergi urusan ekonomi..ko laa ckp tarak otak bahalul,,,,ko nak pemimpin kita ikut cara komunis gan nazi ker "Aku"tarak otak punya PKR
aku said…
kau ni duduk zaman bila? jerman masih nazi ke? diaorg ke sana just meninjau and belajar. belajar bukan maknanya meniru. yg baik ambil la yg x baik xyah ambik. nama pun politician, xsalah kut nk belajar politik negara lain. ulamak pun belajar agama lain tuk ilmu diaorg. senang diaorg nak counter balik bile berdakwah dgn non muslim.

lagipun aku rasa jerman salah satu negara contoh yg mana dulunya hancur time WWII then boleh bangun balik jadi negara hebat. aku bukan memuja negara barat sgt. tp itu hakikatnye. nak belajar dari negara arab pun, x berapa nk betul. asik perang je.

china masih negara komunis ye. dan lately ni kecoh pasai government die tindas rakyat. dan PM kita yg bijak pandai tu buat bisnes pulak dgn depa time tu. kalau x ye pon tggu la isu china tu reda..

p/s: nk kurangkan memaki..sempena puasa. bukan cam puak geng kepala lembu umno.. puasa ke idak Allah Maha Mengetahui
Anoinimuz said…
Kezaliman UMNO WAJIB DITENTANG !!! UMNO WAJIB HANCUR !!!
Unknown said…
pandai laa "aku" saya kagum laa kehebatan bodo anda
aku said…
boon chiong, saya hanya bagi pendapat. kalau ade yg tak kene, cakap la mana salahnye. kalau xde hujah, baik xpayah komen. nanti tak pasal2 tunjuk diri sendiri tu bodoh.
pendekar said…
Hidup Pakatan Rakyat...Hancur UMNO..
sudah masanya untuk kita tukar tampuk pemerintahan...

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-