Skip to main content

Respon: Email Buat YB Khalid Samad

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengunjung blog yang telah memberikan komen berhubung jawapan saya di dalam Email Buat YB Khalid. Saya akan cuba untuk memberikan respon saya di sini dan sekiranya perlu, untuk memudahkan konteks pemahaman saya akan muatkan sebahagian dari pendapat yang telah tuan-tuan kemukakan.

1) Faizal - April 18, 2009 9:24 PM
Amin. Semoga Allah menghasilkan keadaan yang lebih baik. Kita mesti berani membawa perubahan dan bertawakkal kepada Allah. Kalau tidak kita akan terus berada di takuk yang sama atau lebih buruk dari itu.

2) 19CoSmIcBoY94 - April 19, 2009 11:21 AM
Terima kasih atas komen tuan. Semoga PAS dapat membuktikan keikhlasannya bahawa cogan kata PAS for All adalah benar-benar dihayati. Semoga PAS akan memimpin dan membantu proses perubahan dengan jayanya.

3 ) troubadour - April 19, 2009 12:13 PM
Yes, maybe there is some truth in that the Erdogan issue originated from the SB but unfortunately there is also a possibility that it originated from some PAS members. Sometimes it is easier to brand people with a name and then the rest isolate you or keep away. Easier than having to discuss and argue out a point. However, I note that the members are not that easily influenced and they are able to weigh the issues effectively. I do not believe the Erdogan issue is going to be a factor in this party election.

On the issue of working with UMNO, this has never been seriously discussed and there were a few over-enthusiastic members close to the leadership who made all the arrangements. Hopefully it is an issue that is dropped for now and in the event someone wants to look at it again, we must make sure that it is discussed thoroughly before anything is done.

4) Anonymous - April 19, 2009 12:43 PM
Yes what you say is true that Islam looks after everyone’s rights. On the issue of non-this and non-that, well differences do exist but they should not be a justification for discrimination. To accept the existence of differences and to defend the right for these differences to exist is what justice demands. However differences should not allow for discrimination and injustice. This is what Islam teaches us but unfortunately the Muslims are not listening…..

5) Anonymous - April 19, 2009 7:26 PM
Terima kasih Anon.

6) kotakata - April 20, 2009 1:31 AM
Terima kasih Kotakata. Betul juga komen bab khutbah itu dan sebenarnya perkara ini sudah 3 kali saya suarakan dalam mesyuarat Perhubungan Negeri. Cadangan saya, harap boleh ditulis surat kepada Exco Agama dan maklumkan kepada beliau bagaimana satu saluran yang begitu baik tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Setakat ini tak ramai yang bersuara.

Namun ada Masjid-Masjid yang membaca teks khutbah sendiri dan ini tidak dihalang lagi.

7) AnakWatan_D'UK - April 20, 2009 3:03 AM
Terima kasih anakWatan. InsyaAllah kita sama-sama usahakan. Semoga PAS mampu mengukuhkan kedudukannya dalam PR dan PR semakin mantap sehingga tercapai sepenuhnya agenda perubahan. Perkataan ‘kecil hati’ tiada dalam kamus perjuangan.

8) zokhairi - April 20, 2009 11:21 AM
Terima kasih Zokhairi, doakan kita semua.

9) Abu Razeen 2 - April 20, 2009 7:14 PM
"dari sudut fahaman Islam yg teramat sempit" merujuk kepada orang yang melihat perjuangan Islam seolah hanya persoalan pengharaman arak dan judi serta menegakkan hudud. Mereka tidak memahami isu ‘good governance dan keadilan sebagai agenda Islam. Ayat ini tidak menolak soal pengharaman arak,judi dan perlaksanaan hudud.

Ayat yg sama tidak akan digunakan apabila membicarakan golongan yang hanya perjuangkan good governance tapi lupakan keperluan hudud kerana kalau mereka lupa soal hudud mereka lupa sebahagian dari tuntutan perjuangan Islam. Golongan sebegini harus bersama PKR atau DAP kerana PAS mesti membawa isu sistem hidup Islam termasuk perundangannya.

Hanya mungkin kita lupa bahawa pada peringkat Makkiyyah, dakwah Islam mengaitkan keTaqwaan dengan isu keadilan sosial dan ‘good governance’. Sila rujuk bagaimana soal iman dan pembelaan anak yatim dan orang miskin disebut berkali-kali. Soal perlaksanaan perundangan Islam hanya timbul setelah asas kefahaman ini mantap dan kerajaan Islam ditegakkan. Adakah telah tertegak kerajaan Islam? Adakah para pengundi di kawasan tuan sudah berbaiah dengan tuan untuk menegakkan Islam dan mengorbankan harta benda mereka untuk Islam?

Atau hanya sekadar seperti di Shah Alam, persoalan keadilan dan good governance? Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini ialah mengaitkan persoalan ini kepada persoalan keimanan dan ketaqwaan. Inilah yang dikatakan dakwah. Dalam soal dakwah akan timbul juga persoalan pengharaman arak, judi dan menegakkan hudud dan ini semua perlu ditangani dengan baik.
Pakatan ada visi dan misinya. Pas pun ada misi dan visinya. Ada yg sama dan ada juga tak disepakati.Spt kata pemimpin Ikhwan Amerika di tahun 80an _ syeikh Ahmad Zaki Hammad : " we have to agree to disagree".
Betul dan saya setuju. Yang penting ialah kita menang atas PR dan kita kena gunakan suasana ini untuk mendapatkan penerimaan untuk visi PAS dikalangan masyarakat, bukan bergerak memaksakan visi PAS ke atas masyarakat yang belum memahami dan menerimanya lagi.
Dlm soal melayu dan muslim minum arak dan berjudi, adakah bro. rasa kita harus bertadarruj dlm pengharaman dan kuatkuasakan pengharamannya?
Dalam soal Muslim sudah pasti tidak kerana ianya merupakan sesuatu yang sedia maklum. Tetapi jangan terlalu ghairah menggunakan kuasa untuk memaksa, bagi saya kuasa kita guna untuk membendung tetapi usaha mendidik dan memebri penjelasan dan kefahaman adalah jauh lebih penting. Islam ditegakkan oleh ummat yang menghayatinya bukan yang dipaksa dan diheret mengamalkan ajaran-ajarannya. Atau adakah mengikut fahaman tuan, perjuangan Rasulullah dan perjuangan Islam satu perjuangan yang ditegakkan melalui pedang seperti yang didakwa masyarakat Barat selama ini? Dalam soal tadarruj, sila baca artikel saya berhubung Umar Abdul Aziz.
Malah soal bukan Islam berjudi, agama mana yg halalkan penganutnya berjudi? Sila declare dan biar mereka sshj berjudi sbb itu hak beragama mrk. Tapi rakan buddhist pernah beritahu buddha pun haramkan judi!!
Saya rasa kita jaga agama kita. Biar mereka jaga agama mereka dan sejauh mana mereka ingin menikut ajaran-ajarannya. Tak kan kita pula nak ajar mereka agama mereka juga dan memaksa mereka taat?
Good governance, efficiency, transparency....'so-called universal values' ini telah dcapai pada satu tahap yg tinggi di UK dan Finland misalnya. tapi tanpa landasan aqidah lihat keruntuhan moral yg melanda.
Betul dan sepatutnya kita mendahalui mereka tetapi apabila dipisahkan di antara dua hal ini maka ada masyarakat yang ada good governance tetapi moral rosak. Ada pula moral baik sikit tetapi governance rosak. Inilah yang dikatakan secularisme. Kita kena kaitkan kedua-duanya dan dalam mengubati pesakit kita serta kena identify penyakitnya. Untuk kebanyakan ummat Islam ianya adalah pemisahan good governance dari soal agama. Ini penyakitnya maka ubatnya ialah penerangan bahawa kalau kuat agama, sepatutnya good governance dan keadilan sosial juga akan turut dipertahankan.
Tanpa perlu defensive dan apologetic, Pas perlu ada pelan tindakan yg tersusun bagaimana ia ingin bawa manusia hakikat keluasan hidup yg sebenar.
Saya tak rasa saya defensif atau apologetic. Saya hanya menyatakan orang yang menganggap Islam adalah pengharaman arak, judi dan hudud adalah orang yang mempunyai fahaman yang teramat sempit. Bagi orang begini, selagi tidak buat maka sama macam tiada benda yang dilakukan oleh PAS.

Istilah ‘Apologetic’ ini tepat sekiranya saya kata arak dan judi sebenarnya tidak penting untuk diharamkan atau adalah haram atas sebab-sebab medical semata-mata dan sebagainya. So, maaf saya tak faham teguran tuan.

Dalam soal pelan tindakan, memang saya ada dan ianya amat jelas bagi saya. Bagi PAS Selangor saya no komen kerana setakat ini saya tak nampak.

10) TulangBatu - April 20, 2009 7:19 PM
YB, soalan Tambahan(speaker lulus )
Apa kah usaha yang telah diambil oleh Parti didalam menrealisasikan matlamat asal Perjuangan PAS.
Didalam Kerajaan selangor.
Seperti di atas dan seperti yang telah dijawab di dalam e-mail asal. Harap tuan memahami bahawa dalam usaha menegakkan Islam, ianya satu proses mendidik manusia muslim dan juga non-Muslim akan kehebatan Islam. Supaya semua faham Islam mengharamkan rasuah dan rasuah ini tiada kurang haramnya dengan arak dan judi. Bahawa Islam mewajibkan good governance dan tiada kurang pentingnya good governance ini dari melakukan amalan kebajikan atau kewajipan yang lain.

Apabila masyarakat memahami ini maka penerimaan terhadap PAS akan semakin meningkat kerana masyarakat akan inginkan pemimpin yang kuat agama, kerana kuat agama bererti adil. Maka dengan itu insyaAllah matlamat perjuangan PAS akan tercapai.

11) Anonymous - April 20, 2009 9:40 PM
Banyak pemimpin muslim sembahyang 5 kali tapi akhlak mereka ok ke?Sejak bila moral jadi the "ultimate yardstick"?
Ya, tiada guna sembahyang 5 kali lepas itu makan duit rakyat. Ini yang Allah sumpah dalam Al-Quran Surah Al-Maa’un “Celaka orang yang bersembahyang tetapi berhubung sembahyang mereka mereka lalai..”

Kumpulan tasawuf suka menyatakan kelalaian yang di maksudkan ialah tak khusyu’ semasa sembahyang tetapi kalau dilihat dari konteks ayat-ayat sebelum dan selepasnya, jelas persoalan yang ditekankan ialah lalai berhubung tuntutan keadilan yang dibawa oleh Solat. Sehingga digelar ‘mendustakan agama’, kononnya wara’ tetapi penindas dan penzalim!

Namun kita mementingkan ‘moral’ tetapi moral dalam konteks takut kepada kemurkaan Allah dan inginkan keredhaanNya. Ini memberi impetus untuk menegakkan keadilan.

12) kamaruladli - April 21, 2009 9:32 AM
Alhamdulillah! Ada yang memahami tulisan saya dengan jelas. Saya ingatkan mungkin saya ni tak pandai menulis kot? Hingga ada yang silap faham… Alhamdulillah!!

13) anaklangkawi - April 21, 2009 2:32 PM
Memang keadilan adalah keinginan setiap insan. Ianya merupakan naluri yang diilhamkan kepada setiap insan. Itulah sebabnya Allah mengutus para RasulNya dengan tujuan menegakkan keadilan (Surah Al-Hadid ayat 25) melalui petunjuk dariNya. Malangnya ummat Islam dewasa ini, khususnya UMNO, menyembunyikan risalah Islam dan menyibukkan manusia dengan fahaman agama Islam yang teramat sempit sehingga manusia tidak nampak mesej keadilan yang termaktub di dalam Islam.

DAP, PKR mencari benda yang sama dari sudut keadilan sosial. Tugas kita ialah untuk menyatakan bahawa ianya juga terdapat dalam Islam.
Sebagai PArti Islam & Negara Islam sbg pendokong.. dimana peranan PAS dlm memartabatkan Islam di negeri2 yg dikuasai PR..
p/s: jgn disbbkn persepakatan perlembagaan parti pas ditolak sama sekali
Dengan menyatakan Islam menolak rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, kezaliman, tidakkah ini memartabatkan Islam? Atau tuan lebih redha nama Islam tercemar melalui amalan pemimpin-pemimpin UMNO? Sehingga hilang segala kemuliaan pada nama baik Islam dikerjakan puak-puak UMNO.

Tidak, kita tidak lupa dasar perjuangan kita dan inilah yang kita sedang usahakan iaitu menjadikan Islam asas perjuangan dalam arus perdana politik negara dalam usaha menegakkan keadilan.

14) budak Kg Jebong - April 21, 2009 4:13 PM
Bro, tak payah la tulis 'pahaman sempit' tu. Memang betul Islam tu more than that. Tapi dek kerana pegangan pada 'pahaman sempit' itulah yang membuatkan PAS lain dari yang lain dan jadi kuat dan matang. Macam-macam orang dah kata dan cap Pas ni gila nak potong tangan la, nak rejam orang la. Sekat hak kebebasan orang la. Dan paling sedih bila ahli Pas sendiri kata 'pahaman sempit'?
Istilah fahaman sempit ialah untuk yang menganggap Islam HANYA pengharaman arak, judi dan perlaksanaan hudud. Ia tidak bermakna bahawa kalau kita inginkan itu sahaja, bererti kita berfahaman sempit. Harap faham perbezaannya. Saya pun minta maaf tetapi saya rasa kita ‘lain dari yang lain’ bukan kerana ingin mengharamkan arak, judi dan melaksana hudud sahaja. Saya rasa PAS jauh, amat jauh lebih dari itu. Adakah matlamat perjuangan tuan memotong tangan dan merejam orang semata-mata? Sehingga kejayaan diukur dari sudut itu? Malang sekalilah kalau perjuangan Islam dirumuskan sebegitu kerdil dan sempit sekali.
Aduhai! come on la bro! Memang kesaksamaan, keadilan dan ketelusan itu universal. Apakah hudud, arak dan judi itu tidak universal bahasanya? Hanya dalam kepompong penganut Islam sahajakah seruan itu? Kalau macam tu, ajaran Islam itu tidak syumul pada keseluruhannya.
Syumulnya Islam bukan kerana arak,judi dan hudud. Minta maaf tuan saya tak faham apa yang dimaksudkan dengan istilah ‘syumul’ yang tuan gunakan sini. Adakah tuan beranggapan oleh kerana Islam itu syumul maka semua kena ikut cara Islam? Termasuk sembahyang lima waktu dan sebagainya dan kalau tidak maka kita menafikan kesyumulan Islam? Setiap undang-undang Islam mesti diterima oleh semua kalau tidak adakah kita ini menafikan kesyumulan Islam?
Ka bro takut dengan leteran dan bebelan si Singh tua dan gerombolan daripada DAP merajuk?
Hai, jauh pula menyimpang. Maaflah; kalau tuan sendiri merajuk pun saya tak kisah, apa perlu saya kisah orang DAP pula yang merajuk?
Kalau saya salah tafsiran, saya tak perlu minta maaf sebab ayat 'pegangan sempit' itu sudah membuka pintu fitnah kepada bro!
Fitnah adalah sebahagian dari perjuangan yang terpaksa kita lalui. Adakah perkataan ‘teramat sempit’ bagi tuan sama seperti ‘Altantuya’ kepada Najib? Saya sebenarnya memang susah nak menulis kalau banyak sangat pantang larang berhubung perkataan ini dan perkataan itu. Bagi saya, bila kita membaca, biar kita mempunyai minda terbuka, jangan prejudis dan kita cuba faham apa yang ingin dinyatakan oleh penulis. Barulah kita mampu bertindak dengan adil.

15) Tulang Besi - April 21, 2009 5:46 PM
Ada orang kata kita tak boleh berdakwah pada orang bukan islam lagi sebab orang islam banyak yang tak betul lagi? Betul ke?
Orang yang berkata begitu di antara orang islam yang tak betul. Betul tak? Oleh kerana ramai orang Islam tak betul maka mereka percaya pada kata-kata orang yang tak betul. Di antaranya adalah seperti kata-kata yang di atas.

Kita memperjuangkan Islam dan siapa sahaja yang datang untuk berada bersama panji kita, kita terima. Ada yang datang untuk bersama sepenuhnya. Ada yang datang untuk mendapat pembelaan dan perlindungan. Yang kita tolak hanya yang datang untuk menarik kita ke panji yang lain. Sebagai contoh panji-panji assabiyyah seperti Hidup Melayu?

WaLlahu 'Alam
Khalid Samad

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum YB,
Kami di Sarawak perlu benar party PAS masuk semua kawasan Petra Jaya
bagi menentang BN kawasan situ. Tapi waspada pada Tun Rahman Yakub,kerana mereka sekarang guna PKR orang kuat mereka ialah Wan Zainal,Hapsah Haron. Berhati2 lah dengan Tun itu. Pelanduk yang bijak.
Saya Abdul Karem. Petra Jaya.
anaklangkawi said…
Jika PAS tidak lagi mahu memartabatkn Islam & bergerak atas nama keadilan dll yg YB cakap.. knp tidak diusulkan sahaja PAS, DAP & PKR digabungkan..

Islam tercemar dgn amalan pemimpin UMNO? masyallah.. bukan hak kita nak meletakkan 'verdict' begitu.. hanya Allah yg tahu.. YB jgnlah ckp begitu, kita juga tahu tidak semua pemimpin PR maksum & begitu juga UMNO @ BN.. tak begitu YB..

Sedangkn matlamat PAS telah menjadi sama dgn parti lain tak begitu? kenapa perlu 3 Parti? Bergabunglah kerana matlamat dah sama bukan.. gugurkan terus teras perlembagaan PAS agar pengundi Islam tidak rasa tertipu..

p/s: Hudud merangkumi 0.01% drpd Negara Islam.. knp tidak PAS memperjuangkn yg selebihnya jika 'dikatakan' susah utk melaksanakan apa yg diperjuangkan
Anonymous said…
keadilan tu bukan Islam ke?
budak Kg Jebong said…
rasanya pas kena didik pkr dan dap pasal islam dulu sblm nk smbg pasal memerintah msia bersama2. Kalau dap xmakan saman, kene keluar dr pakatan la jawabnya. Negara Islam tu lah tujuannya PAS ditubuhkan. Syarat negara Islam ialah laksana hudud.

Kalau takat bunyi ada perancangan saja, sama nada ja dengan BN. BN pun ada perancangan. Cumanya BN korup teruk dan zalim. Kita kena sentiasa nyatakan pendirian tentang hudud dari semasa ke semasa.

Saya percaya tiada ahli Pas yg punyai 'pemahaman sempit' yg percaya bahawa Islam itu semata2 hudud, arak dan zina.
Anonymous said…
mitak saudara tolong ulas artikel dr blog ust nik abduh.....http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/
zamzam said…
Salam YB,

Saya tahu Pak Khalid berniat baik utk menasihati orang macam anaklangkawi ni, tapi tak payah la nk ambik hati sgt dgn puak-amno yang tak makan saman ni. Sampai kesudah la asyik dia juga yang betul. Tak pun dia akan cuba ubah topik citer benda lain bila kehabisan hujah. Saya nasihatkan anaklangkawi pegi je la baca blog khir toyo kesayangan yang follow sgt tu dan tak payah menyusahkan orang lain. Untung2 dapat ikut pegi disneyland.
Kepada Anonymous April 24, 2009 9:06 PM,

Ulasan YB Khalid Samad berkenaan kerajaan perpaduan:
The Question of ‘Unity Government’ (Dwibahasa)-Pejabat YB Khalid Samad-
Anonymous said…
hampir 30 dahulu, kami di Taman Melewar sangat berbangga dengan kehadiran tuan dalam jamaah ini.

Zaman berlalu, dan masa berubah, terhakis juga keyakinan kami !!
toqki said…
salam..

boleh tuan komen berkenaan 2 team dalam Pas, sebagaimana kenyataan us din tantawi.
Ahli Pas Taman Melewar said…
Kepada Anon April 26, 2009 2:49 PM yang mengatakan:

"hampir 30 dahulu, kami di Taman Melewar sangat berbangga dengan kehadiran tuan dalam jamaah ini.

Zaman berlalu, dan masa berubah, terhakis juga keyakinan kami !!"

You are not happy with YB Khalid? Why? Please explain.

Adakah tuan mewakili seluruh masyarakat Melewar? kalau ya, harap kenalkanlah diri. Saya pun dari Melewar juga. Mari kita berhujah. Jangan langsung tak ada hujah. Buat malu jer orang Melewar.

Nasib baik, YB masuk PAS untuk mencari keredhaan Allah. Kalau nak cari keredhaan tuan, pasti dia kecewa.

Cukup-cukuplah tu.

Hentikan lah kerja bodoh dalam PAS!

Eh eh macam Nik Adduh pulak dah...


Ahli PAS dari Taman Melewar.
Anonymous said…
Malah soal bukan Islam berjudi, agama mana yg halalkan penganutnya berjudi? Sila declare dan biar mereka sshj berjudi sbb itu hak beragama mrk. Tapi rakan buddhist pernah beritahu buddha pun haramkan judi!!Saya nak komen tentang kata di atas. Kaum cina memang ada banyak kepercayaan jadi kita tak boleh kata mereka tu tidak menurut ajaran. Macam saya ni dari golongan atheist, jadi saya tak rasa judi salah. Brother-in-law saya menurut ajaran satu "sect" taoism yang "strict" - dia tidak judi, tidak minum arak, malah tidak makan sebarang daging pun.

Di malaysia ramai cina yang kata sendiri buddhist. Tak ada satu "standard" bagi penganut buddhist di sini - ada yang percaya boleh makan daging, ada yang percaya boleh berjudi, ada yang percaya boleh minum arak, ada yang percaya boleh mengumpul wang yang banyak (walaupun ajaran buddhism menegur supaya tidak mementingkah segala kekayaan kerana tidak boleh dibawa ke dunia akhirat).

Saya rasa kebanyakan kaum cina di malaysia ialah taoist (walaupun kebanyakan menulis buddhism dalam form) - mereka menyembah tuhan (ada yg dari mitos, dari hero-hero dulu, atau tuhan tanah, dan juga tuhan-tuhan dari buddhism). Mereka pergi ke kuil-kuil untuk sembayang (bakar pucuk(?), kertas) dan di rumah.

Kadang-kala saya pergi ke kuil untuk meminta doa bagi keluarga saya, tapi saya tak anggap sendiri taoist. Di form2 saya tetap menulis "buddhism" lah.

Ada orang cina yang penganut christanity juga.

Yang saya tahu hanya buddhism (dan juga "sect" taoism brother-in-law saya) yang mengharam panganut berjudi. Jadi saudara lihat ada orang cina judi, janganlah anggap mereka tidak menurut ajaran agama mereka, kerana memang banyak kepercayaan mereka. Kalau ada buddhist yang judi terpulanglah kepada kerpercayaan dia - mungkin dia percaya tak salah. Bukan soal saya jika dia dihukum oleh tuhan sendiri.

kp
assalamualaikum,
berkenaan isu Sdr. Ridzuan Abdullah dan bekas isterinya Pn Indira Gandhi, apa pula pendapat YB?
bagaimanakah PAS akan menyelesaikan isu ini tanpa melukakan hati umat Islam dan tanpa menganiaya seorang ibu beranak tiga?

harap mendapat perhatian dan jawapan dari YB. terima kasih wassalam
budak Kg Jebong said…
Aduhai mr/ms kp,

Awak sendiri mengaku atheis, tapi menipu dlm borang yg awak isi. Tak yakin dgn pegangan sendiri ke? Apa bukti judi, arak dan zina tu bagus dlm mana2 masyarakat? Perkara yg dilarang dalam Islam tu sebenarnya bagus untuk semua agama dan yg tidak beragama.

Kenapa ambil contoh mereka yg tidak mengikut pegangan agama masing2? Mereka yg buddhist tapi laparkan kekayaan dunia tu bukanlah pengikut agama buddha. Sama seperti muslim yg minum arak, judi dan zina. Mereka islam tapi tidak beriman. Mereka dipanggil muslim yg fasik munafik. Mereka inilah yg merosakkan kesucian agama Islam.
Anonymous said…
Halo budak Kg Jebong,

Pentingkah apa yang saya isi kat borang? Sedangkan ramai orang yg tidak mengikut ajaran agama sendiri pun tulis. Di negara2 maju sudah lama borang2 dilarang ada petak untuk agama dan kaum.

Bilakah saya cakap judi, arak dan zina tu bagus untuk masyarakat? Pandangan saya ialah biarlah org2 pilih cara hidup sendiri. Kalau judi biarlah dia dihukum miskin. Kalau zina biarlah dia dihukum tuhan. Itu tanggungjawab sendiri.

Ini tak bermaksud saya membantang adakan larangan. Pendidikan lebih baik lah, tapi kalau mau larangkan judi/arak/zina, patutlah ia dilaksanakan berdasarkan sudut sosial, bukan agama. Saya tak setuju saudara menyeru melarangkan judi/arak/zina (kerana Islam tidak membenarkan) tapi mengetepikan tabiat buruk lain misalnya rokok (kerana Islam tidak menyentuhnya).

Patutlah kami melihat dari sudut sosial barulah penyelesaian menyeluruh. Tak pernahpun saya lihat di forum usaha untuk melarang rokok (sedangkan topik2 melarang judi/arak beratusan) walaupun rokok tu seburuk judi/arak dan melibatkan bilangan org yang lebih banyak.

kp
Abu Razeen 2 said…
salaam Brother.

Siapalah sy utk bro. sudi respon panjang lebar. Terima kasih.

Sebenarnya I disagreed w ur choice of words ( phrase) unless u had in the beginning qualified urself. Maybe its u who has misunderstood my comment. Or rather let us now agree to disagree and end this misunderstanding.

Dlm isu penganut agama lain berjudi, tak timbul Pas memaksa dia taat pd agamanya. Apa yg cuba sy lontarkan adalah klu tiada agama yg halalkan judi, dan satu dunia kata judi punca penyakit sosial, apa sebenarnya halangan kerajaan PR ikut jejak langkah K'tan dlm haramkan perjudian.

Bagi isu melayu muslim berjudi dan minum arak, sy sefahaman dgn bro. dr aspek haramnya dan aspek tarbiyyahnya. Tak timbul sy " ghairah memaksa". Sy suka cadangkan di S'gor keluarkan arahan spy operator premis judi dan arak :

1. gantung notis melarang org Islam beli judi dan arak. Notis biar besar setiap huruf satu kaki tingginya ( besar) dan gantung betul2 dipintu masuk.
2. benar2 enggan jual arak dan judi kpd org Islam.

Klu kedua2 arahan diatas tak dipatuhi, TARIK lesen premis berniaga.

Bro. bukanlah lama sangat di 'replaced' sbg TPJ Pas S'gor. Masa bro. TPJ dulu tiadakah Pas S'gor pelan tindakan utk bawa rakyat kpd hakikat keluasan hidup sebenar:

1. keluarkan manusia dr sembah sesama manusia kpd sembah Allaah shj.

2. dr kezaliman agama2 kpd keadilan Islaam

3. dr 'kesempitan dunia' kpd keluasan dunia dan akhirah.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.