Skip to main content

Email Buat YB Khalid Samad

Pihak kami ingin berkongsi email di antara YB Khalid Samad dan seorang pemuda bernama Muhammad Nasih Ulwan bin Zakaria (Jiwa Terasing) bagi mendapatkan penjelasan berkenaan beberapa perkara yang mungkin boleh dimanafaatkan bersama.

1. Apakah tujuan Suara Islam ditubuhkan? Adakah benar yang dikatakan sesetengah pihak bahawa untuk melawan PAS? Jika ya, adakah penubuhannya atas dasar tidak puas hati?

Suara Al-Islam ditubuh demi memperjuangkan Islam di Malaysia. Ianya ditubuh pada tahun 1975/6 oleh beberapa pelajar Islam Malaysia di UK. Pada masa itu PAS masih bersama BN dan Dato’ Asri adalah Presidennya.

Pada masa itu, PAS dan juga ABIM belum lagi aktif di kalangan pelajar-pelajar UK. Namun, pelajar-pelajar kita mendapat pendedahan kepada perjuangan Islam melalui pelajar-pelajar post-graduate Arab dan Pakistan yang sedang menuntut di UK. Oleh itu pelajar-pelajar Malaysia terbagi kepada dua kumpulan besar, iaitu yang ingin bersama perjuangan Islam dan yang tenggelam dengan budaya barat.

Yang ingin mengikut perjuangan Islam pula terbahagi kepada beberapa kumpulan, yang paling dikenali adalah IRC dan Suara Al-Islam. Group IRC mencontohi gerakan Al-Ikhwanul Muslimun. Oleh kerana pada masa itu Ikhwan bergerak secara Siir atau rahsia, maka IRC mencontohi cara pergerakan yang sebegini. Tuan kena tanya orang IRC untuk penjelasan yang lebih terperinci berhubung konsep perjuangan IRC.

Kumpulan Suara pula merupakan kumpulan yang lebih minat bergerak secara terbuka dan melalui arena politik. Kami banyak membaca tulisan Maududi tetapi tidak bersetuju dengan corak Jamaat Islami yang kelihatan terlalu elitist. Kami melibatkan diri dalam perbahasan dengan berbagai kumpulan politik di UK termasuk golongan kiri. Kami juga mengikuti perkembangan perjuangan Islam seluruh dunia, termasuk gerakan Islam di Turki dan di Iran. Ahli-ahli kami turun bersama pelajar-pelajar Iran tunjuk perasaan anti-Shah di London.

Kami akhirnya bercadang untuk membentuk parti Islam yang baru apabila balik ke Malaysia kerana dilihat PAS pada masa itu tenggelam dalam BN dan risalah Islam yang ingin dibawanya agak kabur. Perjuangan PAS juga diadunkan dengan semangat nasionalisma Melayu pada masa itu.

Setelah kembali kami cuba membentuk Parti Negara Islam Malaysia pada tahun 1981. Permohonan kami ditolak. Pada Pilihanraya 1982 kami meletak 2 calon di kawasan PAS tidak bertanding. Kawasan-kawasan ini majoriti penduduknya adalah orang Cina. Bagi kami ianya tiada masalah kerana kami memahami Islam adalah untuk semua. Tiada niat nak lawan PAS tetapi ingin mempengaruhinya supaya risalah Islam yang dibawa lebih menonjol dan perlu PAS bergiat dikalangan semua kaum dan agama.

Pada tahun yang sama, selepas PRU ke-6, PAS mengadakan Muktamarnya. Perubahan pimpinan berlaku dan konsep kepimpinan ulama’ ditegaskan. Al-Marhum TG Yusuf Rawa dipilih sebagai Presiden. Saya masuk PAS pada 1983 dan bergerak bersamanya sejak itu. Beberapa ahli Suara turut menyertai PAS.

2. Mengapakah YB dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1 Selangor? Benarkah berlaku krisis antara YB dengan pimpinan di peringkat pusat?

Saya dipecat kerana tidak sehaluan dengan Dato PJ. Tiada krisis antara saya dengan pimpinan peringkat pusat. Soal tegur menegur sepatutnya merupakan perkara biasa dalam kita mengemudi jemaah Islam. Teguran saya terhadap beberapa pimpinan, khususnya Cikgu Pa dalam soal kenyataan peribadi beliau tidak sepatutnya dilihat sebagai krisis di antara saya dengannya. Kenyataannya melibatkan rakyat umum maka teguran saya juga melibatkan rakyat umum.

Saya masih ahli lujnah politik PAS Pusat dan ini adalah bukti bahawa tiada apa-apa krisis di antara saya dan pimpinan pusat.

3. Benarkah dakwaan bahawa di dalam PAS ada beberapa kumpulan seperti pro-presiden dan pro-erdogan? Mengapakah istilah Erdogan digunakan dan adakah YB termasuk dalam kalangan pro-erdogan ini?

Ini dakwaan yang dibuat oleh mereka-mereka yang ingin melaga-lagakan ahli-ahli PAS satu sama lain. Bagi saya kumpulan-kumpulan ini tidak wujud tetapi saja diada-adakan. Dalam menangani keadaan baru kita di mana kita telah berjaya membentuk kerajaan PR di beberapa negeri, ada perbezaan pendapat. Ada yang tak selesa dengan pembentukan kerajaan PR di Penang, Perak dan Selangor kerana PAS minoriti. Ada yang lebih suka kita bersama BN atau terus bersendirian. Ada juga yang meletakkan syarat TGHH mesti disebut sebagai bakal Perdana Menteri, bukan DSAI walaupun tidak mungkin kita dapat melakukannya disebabkan jumlah kerusi dan keengganan DAP.

Oleh kerana kami lebih cenderung kepada PR dan sanggup menerima hakikat bahawa dalam keadaan sekarang DSAI sahaja yang boleh diterima oleh semua pihak, maka kami dilabel sebagai ‘kumpulan Erdogan’. Erdogan adalah Presiden Turki. Dia meninggalkan parti pimpinan Erbakan dan menyertai pilihan raya atas isu kerajaan yang bersih serta atas prinsip keadilan. Isu Islam dan Negara Islam tidak ditonjolkan sangat kerana memang di Turki isu ini diharamkan. Mereka melihat kami seperti itu dan gelaran itu adalah bertujuan menghina kami. Namun sekarang, nama Erdogan semakin wangi. Mungkin mereka kena cari nama lain tak lama lagi. Ya, saya digolongkan oleh mereka, entah siapa tetapi golongan yang membaling batu dan sembunyi tangan, sebagai anggota golongan Erdogan.

4. Apakah perubahan yang telah dilakukan oleh YB di kawasan YB teruatamanya dan Selangor umumnya? Dan apa pula yang telah dilakukan ke arah usaha mengislah atau meng'islam'kan lagi rakyat Selangor selepas tertubuhnya kerajaan PR di negeri tersebut.

Kita berusaha kearah kerajaan yang bersih rasuah. Kita mengusahakan kerajaaan yang mementingkan kebajikan rakyat. Rakyat miskin dikenal pasti dan bermacam-macam usaha dijalankan untuk membantu mereka. Kita ingin menentukan kekayaan Negeri dinikmati rakyat, khususnya rakyat yang miskin. Ini semua sebahagian dari tuntutan Islam.

JKK dan Ketua kampung ditukar dengan orang-orang yang lebih amanah seperti juga ahli-ahli majlis PBT. Wakil-wakil rakyat pula kerap turun bertemu rakyat melalui berbagai program. Kita cuba memberi contoh kepimpinan yang berakhlak. Ini semua juga dari ajaran Islam.

Dari sudut ‘Islam’ mengikut kefahaman terhad, kita membebaskan masjid-masjid dan surau-surau supaya mereka boleh mengadakan program-program mendidik rakyat supaya lebih memahami Islam. AJK Masjid baru dan Nazir baru dipilih. Penceramah-penceramah agama yang dulu disenarai hitam disenarai putihkan dan khutbah-khutbat Jumaat semakin mantap. Sekolah-sekolah agama rakyat diberi sokongan dan guru-guru agama dinaikkan gaji. Ini bererti kita bergerak membina kefahaman ummat Islam.

Dalam interaksi dengan masyarakat bukan Islam dan Islam UMNO, kita berusaha menjelaskan semua yang baik seperti di atas adalah tuntutan ajaran Islam. Ini merupakan aspek dakwah yang bermula dengan menghilangkan ketakutan mereka terhadap Islam.

Dari sudut fahaman Islam yang teramat sempit, kita belum lagi mengharamkan arak, judi dan belum lagi melaksanakan hukum hudud.

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Salam Datuk,

Entahlah. Saya rasa sangat tidak selamat sekarang ini terutama dalam isu perpecahan umat Islam baik dalam Pas mahupun UMNO ataupun yang lain-lain. Saya beroda agar Allah tahan dulu malapeteka perpecahan ini.

Faizal
19CoSmIcBoY94 said…
Salam Datuk,

Slogan PAS FOR ALL amatlah menarik khususnya bagi yang bukan Islam.

Saya berharap slogan ini harus dijelaskan & disebarluaskan untuk semua, baik Islam mahupun bukan Islam.

Bagi orang Islam, slogan ini amat membimbangkan. Pasai apa? Pasai depa khususnya Melayu UMNO tidak dapat membahagikan keadilan, kesamarataan, kesaksamaan dll dengan semua orang khususnya non-Malay!

Bagi orang bukan Islam@ bukan Melayu pulak, mereka menyambut baik slogan ini. Universalisme Islam seperti keadilan, kesamarataan, pembahagian ekonomi, ketelusan, integreti dll adalah jugak pegangan orang Kristian, penganut Hindu, Confusius, Buddhis dll.

Saya sebagai seorang bukan Islam tertarik dengan pendekatan yang diambil oleh Datuk dan para pemimpin PAS...mengadakan dialog dgn pihak Gereja, melawat jemaah gereja dan menanyakan masalah2 yg dihadapi mereka...tidak mempermasalahkan kalimah Allah dll merupakan sesuatu yang amat unik dalam sebuah parti yang berlandaskan Islam (belum saya ketemu parti2 Islamik, baik di Indonesia mahupun di negara2 Arab)yang berfahaman begini. Tidak hairanlah, akhir2 ini, masyarakat bukan Islam telah memecahkan taboo dengan mengundi PAS dalam pilihanraya umum mahupun kecil. Bagi mereka, PAS dilihat lebih telus dan kepimpinannya lebih boleh dipercayai daripada UMNO@ BN. Ini menunjukkan bahawa masyarakat bukan islam seperti juga orang PAS mengharapan sebuah pasri@ PAKATAN yang dapat memerintah dgn adil dan saksama. Hairan, bagi orang Melayu UMNO kerajaan adil, telus dan bebas rasuah, nepostisme serta kronisme tidak penting. Yang penting ialah kedudukan orang Melayu terjamin. Perbetulkan saya kalau salah.

Akhirul kalam, saya tahu bukan mudah menyakinkan khususnya orang Melayu menerima bukan Melayu dalam rangka memperjuangkan & menegakkan keadilan dan ketelusan. PAS FOR ALL is yet to be seing. Time will tell.

Salam
troubadour said…
Salam YB Khalid,

I salute you for a consistent move in the right direction.

My opinion on this "Erdogan" label is that it originates from UMNO SB think-tank. Somehow, some quarters within PAS also help to propagate this. Like you said, as Erdogan himself has proven to be consistently performing and accepted by the USA as a moderate leader, many especially the UMNO SB Think-tank have much regret on this label.

TGHH put a rest on the "Unity Government" issue FOR NOW until such a time people understand this concept properly. I wrote on the meeting between UMNO and SOME PAS people on this unity government way back. There was a time, maybe short, that TGHH truly believed propaganda by the UMNO SB Think-tank. They were putting wedge between PKR and PAS or specifically between DSAI and TGHH. It was somehow effective for a brief period but then TGHH (and Deputy President, Nasharuddin) perhaps came to their senses.

I truly believe DSAI can be the unifying factor judging by the extent to which the BN government is putting their efforts and pressure. Just don't let the struggle buckle in. You and Dr. Dzulkefli can get PAS leadership realize this and keep the leaders understanding intact.

Just thinking aloud.

Wassalam.

troubadour
Anonymous said…
I am a non Muslim but as what I understand Islam is for all. I learned History of Islam for my exams.

During 'Nabi's ' time, every non Muslim is also protected and not disturb.

I wish, we can form a Malaysia for every Malaysians.

PLEASE DO NOT DIVIDE US INTO .. 'NON-THESE' AND 'NON-THOSE'.
ALL OF US ARE MALAYSIANS
Anonymous said…
YB teruskan usaha anda dlm menyatukan PAKATAN....
Unknown said…
semua jawapan/komen yb saya setuju dengan senang hati. cuma bab 'khutbah jumaat semakin mantap' tu rasanya tak berapa kena.

mana mantapnya khutbah selangor sekarang nih..... sama je dengan yang lama...
AnakWatan_D'UK said…
Syabas YB tak berkecilhati atas tindakan yang diambil YDP PAS Selangor terhadap YB. Yang penting YB dapat terus berkhidmat dengan jujur dan ikhlas untuk pengundi. Insyakallah mereka akan dapat menilai sumbangan YB itu. Saya rasa, YB bersama YB Dr Zulkefli amat berkesan memainkan peranan "menjaga dan terus mengukuhkan" kedudukan PAS dalam PR. Kami amat-amat berharap supaya PAS akan menjadi parti teras kepada PR dlm pilihan raya ke 13. Insyakallah pada ketika itu, orang melayu akan dapat di satukan di bawah panji PAS-PKR, bukan lagi UMNO. Inilah perkara yg amat ditakuti oleh UMNO, kerana jika ia berlaku, mereka akan dikuburkan oleh pengundi. Terus majukan PR - untuk memberikan alternatif terbaik kpd rakyat !!!.

Selain itu, PR melalui kerajaan negeri yg diterajui mestilah terus menerajui agenda perubahan untuk kebaikan rakyat secepat yang mungkin, jangan tunggu hingga nak PRU ke 13 baru nak laksanakan. Laksanakan segera semua bentuk perubahan yang mampu dilakukan diperingkat negeri, di pusat pula kenalah tunggu hingga PR dapat menakluk Putrajaya !!!.

Tahniah PR Selangor !!!
zokhairi said…
Salam YB.

Teruskan Perjuangan anda. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.
Abu Razeen 2 said…
Salaam brother.

"dari sudut fahaman Islam yg teramat sempit" Ini adalah phrase yg tak sesuai digunakan bila berbicara tentang pengharaman arak dan judi serta menegakkan hudud.

Adakah bro. akan gunakan phrase yg sama bila bicarakan golongan yg hanya perjuangkan good governance tapi lupakan keperluan hudud?

Mungkin bro. terlalu defensive dan terlalu jaga hati golongan bukan Islam hingga pantas melabel fahaman itu sempit dsbnya.

Pakatan ada visi dan misinya. Pas pun ada misi dan visinya. Ada yg sama dan ada juga tak disepakati.Spt kata pemimpin Ikhwan Amerika di tahun 80an _ syeikh Ahmad Zaki Hammad : " we have to agree to disagree" satu kata hikmah yg sering di 'quote' mutakhir ini.

Dlm soal melayu dan muslim minum arak dan berjudi, adakah bro. rasa kita harus bertadarruj dlm pengharaman dan kuatkuasakan pengharamannya?

Malah soal bukan Islam berjudi, agama mana yg halalkan penganutnya berjudi? Sila declare dan biar mereka sshj berjudi sbb itu hak beragama mrk. Tapi rakan buddhist pernah beritahu buddha pun haramkan judi!!

Good governance, efficiency, transparency....'so-called universal values' ini telah dcapai pada satu tahap yg tinggi di UK dan Finland misalnya. tapi tanpa landasan aqidah lihat keruntuhan moral yg melanda.

Tanpa perlu defensive dan apologetic, Pas perlu ada pelan tindakan yg tersusun bagaimana ia ingin bawa manusia hakikat keluasan hidup yg sebenar.
TulangBatu said…
YB, soalan Tambahan(speaker lulus )
Apa kah usaha yang telah diambil oleh Parti didalam menrealisasikan matlamat asal Perjuangan PAS.
Didalam Kerajaan selangor.
Anonymous said…
Good governance, efficiency, transparency....'so-called universal values' ini telah dcapai pada satu tahap yg tinggi di UK dan Finland misalnya. tapi tanpa landasan aqidah lihat keruntuhan moral yg melanda.
-----------------------------------
Banyak pemimpin muslim sembahyang 5 kali tapi akhlak mereka ok ke?Sejak bila moral jadi the "ultimate yardstick"?
Anonymous said…
En. Abu Razeen,

saya rasa maksud 'fahaman Islam yang sempit' itu adalah ada kalangan masyarakat kita yang beranggapan Islam ini hanya pada pengharaman arak, judi & perlaksanaan hudud sahaja. mereka terlupa sisi Islam lain iaitu berlaku adil dan sebagainya.

kalau salah, minta YB betulkan. terima kasih.
anaklangkawi said…
Dato'
Perjuangan PAS yg saudara ketengahkan menjadi perjuangan setiap parti.. malah parti PKR & DAP juga begitu..
Sebagai PArti Islam & Negara Islam sbg pendokong.. dimana peranan PAS dlm memartabatkan Islam di negeri2 yg dikuasai PR..

http://other-perspektif.blogspot.com/2009/04/pas-sekarang-vs-pas-dulu.html

p/s: jgn disbbkn persepakatan perlembagaan parti pas ditolak sama sekali
budak Kg Jebong said…
Bro, tak payah la tulis 'pahaman sempit' tu. Memang betul Islam tu more than that. Tapi dek kerana pegangan pada 'pahaman sempit' itulah yang membuatkan PAS lain dari yang lain dan jadi kuat dan matang. Macam-macam orang dah kata dan cap Pas ni gila nak potong tangan la, nak rejam orang la. Sekat hak kebebasan orang la. Dan paling sedih bila ahli Pas sendiri kata 'pahaman sempit'?

Aduhai! come on la bro! Memang kesaksamaan, keadilan dan ketelusan itu universal. Apakah hudud, arak dan judi itu tidak universal bahasanya? Hanya dalam kepompong penganut Islam sahajakah seruan itu? Kalau macam tu, ajaran Islam itu tidak syumul pada keseluruhannya.

Ka bro takut dengan leteran dan bebelan si Singh tua dan gerombolan daripada DAP merajuk?

Kalau saya salah tafsiran, saya tak perlu minta maaf sebab ayat 'pegangan sempit' itu sudah membuka pintu fitnah kepada bro!

p/s: buat sdr kotakata, sila mai masjid Pandan Indah hari Jumaat. Silap minggu lu solat sini, lu tau betapa berperisanya khutbah Jumaat di sini. Tiada lagi mimpi indah yang interim sebelum solat Jumaat.
Tulang Besi said…
Ada orang kata kita tak boleh berdakwah pada orang bukan islam lagi sebab orang islam banyak yang tak betul lagi?

Betul ke?
Anonymous said…
jgn sebab sygkan kuasa dan jawatan,
bro khalid lupa diri lupa matlamat..

nauzubillah.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.