Skip to main content

Respon Kepada Pengunjung

Bagi menggalakkan percambahan pandangan dan komunikasi dua hala, saya akan cuba memberi respon kepada beberapa komen yang diberikan para pengunjung berhubung dua posting saya yang terdahulu: Tukang Intai dan Maklumat darinya dan A Question of Morality. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah sudi memberikan pendapat.

Tukang Intai dan Maklumat darinya
1. Berdua-duan OK?
Seperti kata Kamaruladli, saya tak kata begitu. Artikel ini sebenarnya membincang isu mengendap, mengintai dan apa sepatutnya dilakukan oleh masyarakat bermoral bila menerima maklumat dari pengintai dan pengendap. Kalau kita menerima baik maklumat dari orang seperti ini, maka kita akan memberikan mereka satu penghormatan dan kedudukan. Sefaham saya, Islam tidak ajar kita begitu dan saya telah mengemukakan beberapa hujjah di hujung artikel saya berhubung ini. Saya akan sertakan juga petikan dari tulisan Yusuf Qardawi untuk rujukan semua.

2. Hilmi dah beristeri?
Saya tanya Azmin Ali, dia kata Hilmi bujang. Entahlah kalau dia dah kahwin diam-diam. Tapi sekali lagi ini bukan isunya di sini. Jawapan saya seperti di atas.

3. Hal ADUN Melor
Ini pun entah apa hubung-kaitnya dengan artikel saya. Saya pun tak komen hal parti lain dan tidak pernah juga menganggap PAS ini maksum. Sepatutnya tuan tulis je kepada Tok Guru Nik Aziz dan minta dia perbetulkan ADUN tersebut kalau ada salah silapnya.

4. Leaders with High Morals
Yes, I agree that is that what we need. So, ‘Leaders I respect’ has no quarrel with me on this issue. That is why I am with PAS. That is part of PAS’s concept. We campaigned on the issue of religion. However, I do not believe that that was the same with PKR and YB Elizabeth in particular. Then, to imply that there is a Jekyll & Hyde equivalent in this issue would be far from the truth. Nor is there any hypocrisy in that respect.

YB Elizabeth campaigned on the issue of good governance. She talked against corruption and misuse of power. She talked about the protection of the environment. She, to the best of my knowledge, never presented herself as a ‘moralist’. As far as moral standards go, we know there are currently various standards. I do not want to pretend that I know what all other religions or philosophies preach. To her she was within the system of morals she chose for herself. She could have lied as some BN leaders do and claim it was some form of computer modification but as lying, was against her morals; she spoke the truth and admitted it was her.

Furthermore, what’s highlighted in my article is the question of invading someone’s personal privacy. Taking photos of someone naked in their own bedroom for the sake of humiliating them. Is this an acceptable act? If no, do not give it any semblance of respectability by referring to it to ‘punish’ those being humiliated.

That’s what I meant by the case of ‘Lady Godiva’. She rode through town naked and the town’s people did not look, except one, the proverbial ‘peeping tom’. So if we do the same, then the ‘peeping toms’ be they ex-boyfriends, in the house or otherwise, will be condemned to silence and oblivion. They become irrelevant.

5. Amar Makruf Nahi Mungkar
Ya Kingsford, memang Amar Makruf Nahi Mungkar penting tetapi sebenarnya ada caranya. Dalam kes YB Elizabeth, jelas ini tiada kena mengena dengan persoalan Amar Makruf Nahi Mungkar. Ianya usaha mengaibkan seseorang. Itulah sebabnya ianya patut tidak dilayan dan dikutuk.

Amar Makruf Nahi Mungkar ada syaratnya dan mesti mengikut prosedur. Oleh kerana isu ini panjang dan saya bukan pakar hal ini, insyaAllah saya akan poskan petikan dari tulisan Qardawi. Harap tuan-tuan semua dapat baca dengan baik.

Dalam soal jiran kita, sebaik-baiknya kita jumpa dan nasihat dulu. Bila dia tahu kita tahu, dia pun akan rasa malu. Kita nasihat dia, buat program bersama dia. Ini pun sebahagian dari Amar Makruf Nahi Mungkar juga, bukan sekadar sebat dan penjara. Kalau akhirnya menjadi-jadi, sehingga satu kampung tahu, walaupun tidak mengintip, barulah terpaksa dibawa kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

6. Adakah mereka Atheist?
Agama yang wujud di Malaysia bukan sekadar Islam dan Christian sahaja, saudara Abu Razeen 2. Wujud juga Confucianism, Taoism, Hinduism, Sikhism dan lain2. Sikap mereka terhadap persoalan moral mungkin berbeza-beza. Begitu juga fahaman Christian pun ada beberapa ‘variation’. Golongan Atheist ini pun mungkin tidak percaya pada Tuhan seperti kita tetapi mereka percaya adanya ‘kuasa alam’ yang disifatkan mereka sebagai yang mentadbir dan menentukan perjalanan alam. Itu boleh disimpulkan sebagai Tuhan kalau kita hendak. Maka konsep keTuhanan itu berbeza. Mereka kata tiada Tuhan tetapi bila susah mereka sebut “O God!

Soal ini pun di luar tajuk artikel saya buat masa ini.

A Question of Morality

Terdapat beberapa komen yang diterima berkenaan isu ini, tetapi saya hanya ingin respon kepada yang terakhir, iaitu dari Anon yang di akhir tulisannya menamatkan dengan gelaran Haqqul Mubin.

Tidak, saya tidak lupa isu pokok. Namun PAS lain dan parti-parti PKR dan DAP lain. Orang Islam lain dan orang bukan Islam lain. Sebagai orang Islam kita memang menolak budaya ini tetapi YB Elizabeth bukan Islam. PKR pula bukan parti Islam.

Kedua, Haqqul Mubin terlalu rajin membuat andaian. Adakah ini ajaran Islam? Yang saya tahu kalau nak buat tuduhan kena nampak betul-betul dan orang yang nampak tu yang bercakap bukan orang ketiga dan bukan sekadar andaian ‘semestinya’ ini dan ‘sememangnya’ itu.

Ketiga, tukang beri maklumat mesti mempunyai sifat-sifat tertentu. Adakah oleh kerana ghairah nak kenakan YB Eli, maka kita anggap tukang ambil gambar itu mempunyai sifat yang diperlukan?

Keempat, anak kepada Sarah Palin ada anak luar nikah. Dia dipertikaikan dari sudut moral dan tanggung-jawab. Bukan kerana tidur tanpa pakaian. Jika sekadar tidur dalam keadaan sebegitu, tidak akan menyebabkan seseorang itu hamil. Setakat ini tiada lagi bukti yang membuktikan ada yang lebih dari itu berlaku dalam kes YB Elizabeth. Maka sekali lagi, kita jangan terlalu ghairah menghukum.

WaLlahu 'Alam

Comments

Shazlan said…
Salam,
YB,

Two words... Very good! Short yet precise comment, straight to the point. No 'ayat bunga2' nor beating around the bush, are you sure you are a politician by profession? :)


Wassalam
Shazlan
Anonymous said…
Salam Jihad buat al-fadhil YB Khalid Samad.

Berkenaan perihal ADUN Melor, boleh saya minta alamat perhubungan YAB TG Nik Aziz untuk saya tuliskan berkenaan hal ini??

Saya juga mohon maaf atas kesalahan fakta sebelum ini, ADUN Melor bukanlah stiausaha PAS Kelantan. Tersilap fakta. Harap maaf.

Hubungkaitnya ialah persoalan moral. Kerana setitik nila, rosak susu sebelanga. Seingat saya, PAS sebagai jemaah Islam, sangat menekankan perihal penting unit Baitul Muslim. Eloklah sekiranya pemimpin yang bermasalah diberikan cuti sementara atau selama-lamanya. Jangan jadi fitnah kepada jemaah dan supaya fitnah itu terus tidur.

Tennou Heika
Tennou.Heika@inbox.com
Anonymous said…
saya nobatkan kamu ahlul albab

www.melayumoden.com
Abu Razeen 2 said…
tk sudi komen bro. Khalid.

tapi tak jawab isu yg sy bangkitkan.

isu pokok adalah ada tak agama di M'sia ini benarkan amalan seks luar nikah dsb.

ok. isu ini bro. kata luar topik. mungkin kita bersua di ruang lain.

ps: betulkah atheist boleh diiktiraf sbg ber'tuhan' dlm konteks perlembagaan dan rukunegara M'sia.?
Anonymous said…
http://zul4kulim.blogspot.com/2009/03/allah-kristian.html

I am afriad this "jaguh" is over doing it once again..
Anonymous said…
YB, with all "these" happenings in malaysia, practically nothing good, how do we profess to help change the rotten on-goings from these rotten people. I am really sick to the core. The human beings of malaysia who have become worst than animals.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.