Skip to main content

Tukang Intai dan Maklumat Darinya


Sekiranya datang seorang kepada kita, mengajak kita naik ke bumbung rumah seorang jirannya untuk mengintai kelakuan ‘jelek’ jirannya itu, semata-mata untuk mengaibkannya, adakah kita akan mengikutnya? Semestinya tidak. Tidak bukan kerana takut jatuh tergelincir dari bumbung tersebut atau disedari jiran dan seterusnya diberkas oleh pihak polis atau orang kampung yang lain. Tidak kerana kita sedar bahawa tindakan mengintai jiran adalah satu tindakan tidak bermoral! Oleh itu, kita akan menempelak orang tersebut dan mengatakan kepadanya bahawa sikapnya amat buruk dan tidak amanah. Bukan jirannya yang akan kita kutuk dan kecam kerana keaibannya, sebaliknya pengintai itulah yang akan kita nasihati dan diberi amaran.

Sekiranya kita turut mengikut untuk mengintai jirannya, maka kita pula yang tidak bermoral. Malahan lebih tidak bermoral dari jirannya itu kerana kita pun tidak tahu apa yang diintaikan. Mungkin tak nampak apa sangat, kerana gelap dan sebagainya tetapi kedengaran bunyi-bunyi dan ternampak gerak-geri dan seterusnya dijadikan buah mulut dikalangan kita.

Peristiwa seperti di atas mungkin berlaku pada zaman dahulu, pada zaman "peeping tom" ini mula dikenali, sebelum adanya kamera, samada digital atau telefon bimbit. Pada zaman sekarang, orang yang tidak bermoral seperti itu tidak perlu lagi mengajak kita memanjat bumbung rumah jirannya. Dia hanya perlu memanjat seorang diri, mengambil gambar dan menyiarkannya di dalam akhbar atau majalah atau internet. Malangnya ada akhbar dan majalah yang sanggup menyiarkannya. Lebih malang lagi ada ramai dari kita yang sanggup melihatnya.

Mungkin akhbar dan majalah tidak menyiarkan gambar-gambar tersebut tetapi disiarkan ceritanya dan disebut juga gambar-gambar berkenaan. Lebih teruk apabila berita yang terhasil dari tindakan tidak bermaruah pengintai itu tetap diberi tempat dan kredibiliti di dalam masyarakat.

Sebenarnya, sekiranya kita bermoral, gambar-gambar yang sedemikian tidak akan kita melihatnya. Berita mengenainya akan dipertikaikan haknya untuk diberi tempat di dalam akhbar dan majalah dan dengan itu diberi kredibiliti. Akhbar dan majalah yang menyiarkannya akan kita pulau kerana kita memahami bahawa tiada bezanya di antara kita melihat atau membacanya dalam akhbar, majalah atau internet dengan kita memanjat bumbung dan mengintai jiran tersebut. Dalam keadaan sebegini, kita seolah-olah diheret oleh akhbar dan majalah ke atas bumbung tersebut dan ‘digoda’ untuk melihat dan mendengarnya.

Oleh itu, peristiwa sebegini menguji bukan moraliti orang yang diambil gambarnya, tetapi moraliti masyarakat umum itu sendiri!

Sikap bermoral yang tegas sebegini adalah penyelesaian muktamad kepada masalah tindakan tidak bermoral penyebaran gambar-gambar yang mengaibkan seseorang. Ianya akan menyebabkan hilangnya keinginan akhbar dan majalah mensensasikan gambar-gambar sebegini kerana mereka akan dikutuk dan dipulau. Ianya akan menempelak tindakan orang yang tidak bermoral yang ingin mengaibkan seseorang kerana tiada yang ingin membeli gambar-gambar berkenaan, tiada yang ingin melihatnya dan tindakannya akan menyebabkan dia dicampak ke dalam penjara.

Gambar-gambar yang mengaibkan seseorang secara peribadi perlulah dibezakan juga dengan amalan penyelewengan pentadbir seperti kes video Lingam. Penyelewengan seperti ini membabitkan kepentingan umum dan salah guna kuasa serta pecah amanah. Ianya bukan isu peribadi. Dalam kes peribadi, cuba lihat semangat yang ditunjukkan oleh mereka-mereka yang memahami Islam.

Adapun dalam Kitab Al-Adab Al-Mufrad karangan Imam Al-Bukhari, beliau mendatangkan hadis daripada Abi Haisam berkata;

جاء قوم إلى عقبة بن عامر فقالوا : إن لنا جيرانا يشربون ويفعلون ، أفنرفعهم إلى الإمام ؟ قال : لا ، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : « من رأى من مسلم عورة فسترها ، كان كمن أحيا موءودة من قبرها

Maksudnya;

“Telah datang satu kaum kepada ‘Uqbah bin ‘Amir lalu mereka berkata; “sesungguhnya kita mempunyai jiran yang minum (arak), apakah kamu boleh hantar mereka kepada imam (penguasa)? Berkata (‘Uqbah), jangan, kerana aku pernah dengar Rasulullah SAW bersabda : barangsiapa yang melihat akan aib seseorang muslim, lalu dia sembunyikan aib itu, maka ia seperti menghidupkan bayi yang mati dari kuburnya”
(Al-Adab Al-Mufrad : 3/105 : hadis no : 780)

Ada juga kes yang masyur melibatkan Umar Al-Khattab yang pada satu malam berjalan-jalan untuk melihat keadaan rakyatnya. Beliau terjumpa dengan sebuah rumah yang dalamnya ada yang meminum arak. Umar ceroboh masuk setelah mengintai apa yang berlaku di dalamnya. Apabila Umar masuk, ingin menangkap mereka, mereka menegur Umar pula dengan mengatakan Umar mengintai mereka sedangkan mengintai itu amalan yang terkutuk. Umar masuk juga tanpa memberi salaam sedangkan itu juga tidak berakhlak kata mereka. Akhirnya Umar beristighfar dan hanya menasihat mereka dan mereka tidak dirujukkan ke mahkamah untuk dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

Malangnya moraliti masyarakat kita belum sampai ke tahap sebegitu. Ramai yang masih lagi sanggup memanjat bumbung dan menjadi pengintai. Akhirnya mangsa intaian dan kempen pengaiban menjadi sasaran dan tumpuan kita. Pengintai dan pengaib mencapai kehendaknya dan jiran yang sebenarnya tidak menyakiti sesiapa terus menjadi mangsa.

WaLlahu 'Alam
*Gambar ihsan Kevin Steele - (Attribution-Non-Commercial 2.0 Generic)

Comments

Anonymous said…
Jadi YB, apakah mesej yang diberi oleh YB Wong, seorang EXCO dan ADUN kepada golongan muda yang memandangnya sebagai idola? Kita boleh intim dengan pasangan kita jika kedua-duanya single dan dilakukan dalam keadaan sulit? Begitu?
Anonymous said…
anonymous, anda dah lari tajuk ni. entri ini berkenaan tindakan mengendap. lagipun tak ada satu ayat pun YB Khalid kata berdua-duaan itu dibenarkan.
Anonymous said…
YB

1. Si Hilmi ini memang jahat sebab ambil gambar rakan seperzinaan sedang tidur.

2. BN memang jahat sebab mengambil kesempatan ini untuk menyerang YB Eli

3. Pemberita memang jahat sebab menyiarkan gambar2 sulit YB Eli

Soalan saya kepada YB

1.Elizabeth mengetahui bahawa Hilmi ini sudah kahwin kan?

2.Elizabeth ini sudah pun berjumpa dengan isteri Hilmi di majlis2 PKR kan?

3.Elizabeth ini tidak jahat ke?

4.Kenapa tidak ada orang PR yang bersimpati dengan isteri Hilmi?Saya pasti dia ahli PKR juga!

5.Kenapa didalam tangisan Elizabeth,sepatah kata kemaafan pun tidak diminta dari isteri Hilmi?

6.Kenapa ketua muslimah yang berpeluk2 dan menangis dengan Elizabeth tidak intai pun keadaan isteri Hilmi ini

7.Nanti kena suami sendiri baru tahu betapa pedihnya dan terseksanya isteri Hilmi ini

YB bercakap tentang moral,moral apa kah yang PAS praktikan sekarang?Perompak suami orang dipertahankan dan isteri yang menjadi mangsa di tidak endahkan?
Anonymous said…
YB Khalid Samad, bagaimanakah pula dengan kes seorang ADUN Melor yang merangkap Setiausaha PAS Kelantan yang mengelak dari bertanggungjawab membayar nafkah kepada bekas isterinya?

Apakah ini satu contoh yang hendak dibawa oleh pimpinan PAS?

Sila rujuk:-

Melor rep told to pay child support
Rep to pay for upkeep of children

Tak perlulah Tuan Khalid mempersoalkan orang dari parti lain, sebelum melihat parti sendiri dulu.

Harap PAS dapat memberi "cuti Sabbatikal" kepada ADUN Melor ini. Selesaikan hal rumahtangga dulu, sebelum beria-ia nak mentadbir negeri. Apakah Harakah Islamiyyah tidak mengambil berat hal-ehwal Baitul Muslim?

wallahu alam.

Tennou Heika - tennou.heika@inbox.com
Anonymous said…
I agree that her boyfriend is a criminal by taking pictures of other persons without consent, especially in vulnerable positions. So she is a victim, and this has nothing to do with her moral. No question here.

However, it is clear that her boyfriend didnt peep her from outside nor broke into her room. She let him inside. Furthermore, she didnt complain of being forced to strip nor being stripped during sleep. She stripped and then slept, during which her boyfriend was inside her room. What else happened, including possibility of sex intercourse, remained a mystery and LET it be so. I dont want to know and never suggest anything like that.

Here's where morale is in question.

Now before we decide high or low of her morale, we have to decide first what is being good moral and bad moral.

Even if she has high morale according to non-Muslim standard,
I expect better than this.

Dont forget that she is a non-Muslim, and also be aware that her boyfriend is a Muslim.

She is also a State exco, not ordinary people. People would expect their leaders to have "normal or higher" moral than ordinary people.

ANyway, a public figure is an example to communities. As such, she should behave properly at least in public.

But please, dont appear "clean" and "good" just in front of people. Nobody want their leaders to have "superb qualities" in public but their private lives only God knows. Please be good "ïn and out".

As much as we want politicians to hold their promises and have integrity (and avoid any form of corruption), we also expect politicians to be really what they potray themselves in public. No hypocrisy please.

We didnt wish for a "Dr Jekyll and Mr Hyde" or an actor to be our leaders.

You dont marry your lovely spouse only to find he(or she) is a pedophile. (By no mean I'm accusing her of such behaviour)

Regardless of her case, I always believe leaders should behave properly in public or in private.
Respected leaders are leaders of highest moral such as Tok Guru Nik Aziz.

Is my demand too much, YB?
Anonymous said…
Berkenaan hadis yang dipetik oleh YB, saya ingin belajar dengan YB.

Hadis yg YB sertakan adalah seperti berikut:
---
“Telah datang satu kaum kepada ‘Uqbah bin ‘Amir lalu mereka berkata; “sesungguhnya kita mempunyai jiran yang minum (arak), apakah kamu boleh hantar mereka kepada imam (penguasa)? Berkata (‘Uqbah), jangan, kerana aku pernah dengar Rasulullah SAW bersabda : barangsiapa yang melihat akan aib seseorang muslim, lalu dia sembunyikan aib itu, maka ia seperti menghidupkan bayi yang mati dari kuburnya”
(Al-Adab Al-Mufrad : 3/105 : hadis no : 780)

----
Adakah ini bermaksud kita tidak perlu melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya kita mendapati jiran kita melakukan maksiat ataupun jenayah? Bukankah kita perlu melakukan "Ämal makruf nahi mungkar"?
Abu Razeen 2 said…
brother.

cuba lupakan kes yb wong sekejap dan kita sentuh soal ' universal values' yg dijunjung oleh M'sia.

1. kepercayaan kpd Tuhan.
Islam amat jelas. kita tanya pula penganut agama lain adakah agamanya benarkan sex luar perkahwinan, gay dan lesbian yg kini cuba diperjuangkan oleh golongan 'liberal' sbg hak asasi? Sbg soal peribadi yg tiada hak sesiapapun persoalkannya?

Klu agama lain itu haramkan itu semua maka mereka ini atheist kah iaitu tak anut apa2 agama?

Klu atheist maka golongan 'liberal' ini telah mencabul prinsip rukunegara.

dan berhak didakwa.
mohd ali ismail said…
YB Khalid,
Saya tak berapa berkenan dengan comen2 persaorangan diatas ini mempertikaikan ujah2 YB itu.Saya bersefahaman dengan pendapat YB tentang buruk baiknya perihal YB ELI itu. Jika undang2 HUDUD digunapakai di Malaysia ini saya percaya perkara seperti yang berlaku dengan YB ELI dan Helmi ini berkurangan atau tak lansung timbul.Wallahwaalam
Anonymous said…
1. kepercayaan kpd Tuhan.
Islam amat jelas. kita tanya pula penganut agama lain adakah agamanya benarkan sex luar perkahwinan, gay dan lesbian yg kini cuba diperjuangkan oleh golongan 'liberal' sbg hak asasi? Sbg soal peribadi yg tiada hak sesiapapun persoalkannya?

Macam man awak tau agama lain ada sanction utk "free spirit life style" ?Pernahkah anda merujuk kitab kitab lain atau pergi ke ashram ashram, buddhist monasteries atau buat kajian2 di negara negara "bukan islam" yang bertamaddun spt India,Japan,China,?Moral,akhlak,thats all you know!Beyond,that,absolutely zero!!.For ur information,bawang in certain indian communities is considered haram!!Killing is haram.Dont believe?Ask the the jain communities in India.This community considers killing microbes as haram!!

Extreme materialism has afflicted society and even religious institutions in every country.And those who switched i.e "the newly converts,the born agains" from a gung ho lifestyle to a strict moral attidue also suffer from it because they have adopted "moral","logic" orthodox interpretations of the mind to show that they are on the "rightpath",when in reality,expression,realities of the absolute,the supreme is infinite and is not tied to our narrow way of thingking or thought operations!!

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.