Skip to main content

Video Parliemen: Perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman

"...Peringatan bersama, bagi kami dari PR, untuk menjamin bahawa akan berlakunya satu "check and balance" kita akan berusaha sedaya upaya untuk menafikan majoriti 2/3 yang pernah dialami dan dinikmati oleh BN. Kerana kalau kita lihat pada tahun 1980an, keadaan yang berlaku dimana kedudukan hakim, kebebasan institusi hakim terhakis dan sebagainya. Ialah kerana wujudnya satu keadaan, dimana BN dan PM pada masa itu menikmati kekuasaan yang hampir-hampir mutlak. Dan sepertimana yang dia sendiri sebut, "Power corrupts, absolute power, corrupts absolutely" dan ini lah apa yang telah dia buktikan kebenaran kata-katanya. Dan bagi pihak kami, kami akan berusahan untuk menentukan bahawa keadaan dimana parlimen dikuasai dengan keadaan majoriti 2/3 itu, insya Allah tidak akan berulang lagi..."



Video adalah ihsan dari pihak MPPAS, terima kasih kami ucapkan.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Isu adil dalam kehakiman merupakan elemen penting dalam pentadbiran Islam. YB-YB Islam perlu jelaskan kepada yang bukan Islam dalam semua pertemuan.
Anonymous said…
Syabas YB! Ucapan yang bernas dan bersemangat. Keep it up man. Saya sentiasa di belakang YB dan PR.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD