Skip to main content

Happy New Year 2009

[Dalam Dwibahasa]

I wish to take this opportunity to wish everyone Happy New Year 2009. May the New Year see our continued resolve to bring change for the better for our children, our nation and ourselves. That from this resolve will flow efforts and through these efforts, may GOD grant us success. May this success be not only in this world but also in the hereafter.

************************************************************************************
Selamat Tahun Baru 2009

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009. Semoga di tahun baru ini akan menyaksikan kita terus bersungguh membawa perubahan yang lebih baik untuk anak-anak, negara dan diri kita sendiri. Dengan kesungguhan ini akan membawa usaha dan melalui usaha ini semoga Allah mengurniakan kita kejayaan. Semoga kejayaan ini tidak hanya di dunia, tetapi juga di hari kemudian.

Comments

Anonymous said…
Selamat Tahun Baru juga kpd YB KAS.
Semoga perjalanan perkhidmatan YB sebagai Ahli Parlimen dan juga sbg seorang muslim dicucuri Rahmat Allah dan Allah permudahkan walau dimana shaja.. Teruskan Menegakkan Syiar Islam.. PAS sememangnya utk SEMUA.. Bukan Melayu Shj..!

reg,
Nur

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD