Skip to main content

Program Meraikan Bakal Haji Anjuran PR Shah Alam

Satu program meraikan Bakal Haji Anjuran Pakatan Rakyat Parlimen Shah Alam telah dianjurkan Di Masjid Al-Hidayah Seksyen 18, Shah Alam pada hari Selasa 28 Oktober 2008 bermula jam 7 malam.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh YB Yaakob Sapari ADUN Kota Anggerik, Wakil YB Rodziah ADUN Bt Tiga, dan dirasmikan oleh YB Khalid Samad. Majlis telah dimulakan dengan solat magrib berjamaah, Bacaan Yasin & Tahlil, serta diikuti oleh Solat Hajat & Isya' berjamaah. Kehadiran para bakal jemaah haji telah diberi cenderahati dan majlis tersebut tampak meriah dengan hadirnya kariah2 masjid serta sahabat handai bagi meraikan bakal jemaah tersebut. Para hadirin juga dijamu dengan hidangan ala kampung di akhir majlis tersebut.

YB Khalid bagi pihak Pakatan Rakyat Shah Alam juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama bakal jemaah haji ini dan tidak lupa juga AJK pelaksana majlis yang bertungkus lumus menyempurnakan majlis keraian tersebut. Kita doakan semoga sahabat-sahabat kita ini beroleh Haji Mabrur.



-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...