Skip to main content

Posts

Isu di Shah Alam

Kebelakangan ini ada timbul beberapa isu yang melibatkan warga Shah Alam. Oleh yan demikian, saya sebagai Ahli Parlimen ingin menjelaskan pendirian saya berhubung beberapa isu yang akan saya nyatakan di sini dan usaha saya untuk menanganinya.

Jenazah Ayahanda Khalid Selamat Disemadi

Oleh: Muhammad Faizal (HarakahDaily) KUALA LUMPUR, 28 Dis: Ayah kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zohor tadi. Ayahnya Abdul Samad Salleh, 90, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 1 pagi tadi.

Lawatan Ke Gaza Bersama Rombongan Ahli Parlimen Antarabangsa

Saya telah berkesempatan ke Gaza pada 21 hingga 24 November bersama 2 orang Ahli Parlimen Malaysia lain iaitu YB Ustazah Siti Zailah (Rantau Panjang) dan YB Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Ianya merupakan lawatan yang diatur oleh 2 NGO antarabangsa iaitu ‘Council for European and Palestinian Relations’ (CEPR) yang beroperasi di Brussels dan Rabitah Ulama’ Ahlus Sunnah yang beroperasi di Mesir. Lawatan ini merupakan lawatan oleh beberapa Ahli Parlimen dari beberapa benua, khususnya Eropah, Afrika, Amerika Selatan dan Asia. Kesemuanya terdapat hampir 50 Ahli Parlimen dan 40 lebih ahli NGO dan pemberita.

I Am No Liberal

By Chung Hosanna (The Rocket ) He has fought against the “liberal” label bestowed to him by well-meaning observers to describe his decidedly un-conservative stand on controversial matters. These days, Khalid Samad prefers to call himself an Islamist. He speaks to Chung Hosanna of DAP's The Rocket. It’s noon on a Tuesday when I meet Khalid Samad in the Parliament lobby and the sun wont stop shining in through the shades as he greets me with an affable grin. His gaze is steady, his suit impeccable. A miniature hands-free mobile headset perpetually sits on his left ear. He looks nothing like the PAS caricatures that, lets face it, the mainstream media paints and most people swallow wholesale.

Lawatan ke Kilang Gardenia Shah Alam

Di antara lawatan yang telah sempat saya lakukan pada tahun ini ialah lawatan ke kilang Gardenia yang terletak di Sek 23 Shah Alam. Gardenia merupakan sebuat syarikat yang sering memberi sumbangan untuk program kemasyarakatan MPP dan NGO di kawasan Shah Alam. Ianya dianggap oleh mereka sebagai sebahagian dari CSR mereka.

DAP Inginkan Kerusi MB Selangor?

Kebelakangan ini ditimbulkan pula isu kononnya DAP ingin meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu supaya boleh merampas kerusi MB di Negeri Selangor. Pelik saya. Adakah perlu diletakkan Melayu di kawasan majoriti Melayu untuk menjadi MB? Kalau calon Melayu DAP menang di kawasan Cina tidak boleh jadi MB kah? Mesti menang di kawasan Melayu? Hairan dibuatnya. Di mana pula perkara ini termaktub?

Debat Hudud MCA-DAP

Kebiasanya di dalam sesuatu debat ada pihak penyokong dan pihak pembangkang, maka barulah boleh disebut sebagai ‘debat’. Oleh itu, saya agak terkejut apabila mendengar cabaran CSL kepada LGE untuk berdebat atas isu Hudud. Mungkin setelah diadakan Seminar Hudud yang dihadiri penasihat agama MB Terengganu (UMNO), CSL pun tahu bahawa UMNO pun anti-Hudud dan dianggap DAP lebih pro-hudud berbanding UMNO. Mungkin itulah sebabnya orang yang dicabar adalah LGE!