Skip to main content

DAP Inginkan Kerusi MB Selangor?

Kebelakangan ini ditimbulkan pula isu kononnya DAP ingin meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu supaya boleh merampas kerusi MB di Negeri Selangor. Pelik saya. Adakah perlu diletakkan Melayu di kawasan majoriti Melayu untuk menjadi MB? Kalau calon Melayu DAP menang di kawasan Cina tidak boleh jadi MB kah? Mesti menang di kawasan Melayu? Hairan dibuatnya. Di mana pula perkara ini termaktub?

Hakikatnya ini hanya cerita-cerita dogeng yang dihasilkan imaginasi jahat UMNO dan surat khabar lidah bercabang UMNO. Jenis imaginasi yang yang boleh menghalalkan RM 250 Juta untuk Shahrizat dan keluarganya serta dianggap isu NFC suatu fitnah yang dirancang pembangkang!

DAP adalah parti berbilang kaum. Ianya bukan parti Cina. Karpal Singh bukan Cina! DAP pernah mempunyai beberapa pemimpin Melayu yang terkenal tetapi malangnya ia di’kenakan’ imej parti Cina oleh pihak UMNO. Ia juga di’kena’kan imej anti-Melayu oleh UMNO juga. Apakah yang pernah dilakukan di Pulau Pinang atau di Selangor yang membuktikan DAP adalah anti-Melayu? Tiada apa dan banyak pula program yang membantu Melayu dan Islam yang disokongnya.

Untuk membebaskan diri mereka dari imej yang dipaksa ke atas mereka, maka DAP mengemukakan cadangan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu. Kami dari PAS dan PKR memahami hasrat mereka dan keinginan mereka untuk bebaskan diri mereka dari kerja jahat UMNO ini. Namun sebagai rakan yang saling nasihat menasihati, kami menjangka ianya sesuatu yang akan diserang oleh UMNO sebagai bukti DAP gila kuasa di Selangor; dan PAS bersama PKR mengkhianati kepentingan politik Melayu.

Maka di dalam suasana yang sentiasa ingin dihangatkan oleh UMNO atas semagat perkauman, tindakan yang dicadangkan DAP itu dilihat sebagai sesuatu yang mampu memburukkan lagi keadaaan. Oleh yang demikian, cadangan DAP agak sukar untuk diterima. Kerana ada pengadu-domba yang bergerak bebas di kalangan masyarakat. Kumpulan penghasut dan penipu rakyat yang berkeliaran merata, menembusi ruang udara melalui Radio dan TV, meracuni pemikiran rakyat, siapa lagi kalau bukan UMNO/BN.

Sebenarnya parti yang jelas hanya untuk kaum Cina adalah MCA. Tiada India, Singh ataupun Melayu di dalam MCA. Namun tidak pula MCA diserang UMNO walaupun memperlekehkan hukum hudud. Jelas sekali ianya hanya mainan politik sedangkan mereka berkapit rapat dengan tauke-tauke MCA.

Dalam pada itu, soal MB pula tidak pernah timbul. PR bukan seperti BN yang hanya mementingkan jawatan dan imbuhan sahaja. Asalkan PR memerintah dan rakyat diberi pembelaan, maka kami semua menganggap matlamat telah tercapai. Syarat tambahan bagi PAS pula ialah soal usaha meningkatkan kefahaman rakyat terhadap Islam. Selagimana usaha ini tidak dihalang, maka PAS akan berpuas hati. Tidak timbul persoalan DAP atau PAS inginkan jawatan MB. Kami semua menyokong penuh TS Khalid sebagai MB dan oleh itu persoalan menggantikan MB tidak pernah timbul. Hanya ditimbulkan oleh pencacai UMNO yang ingin PR bersengketa sesama sendiri. Namun ianya umpan yang mungkin terkesan bagi UMNO, tetapi tidak bagi PR.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

1. Kalau betul DAP nak letak calon Melayu kerana mahukan kerusi MB. Tidak mustahil sebab a) DAP akan mempunyai lebih Suara dan Kuasa. b) melayu memang mudah di perguna.

2. Hakikat DAP adalah parti berbilang kaum memang benar. tetapi hakikat DAP adalah serpihan PAP singapura yang mempunyai matlamat memimpin negara dengan konsep 'Malaysian Malaysia' juga benar.

3. UMNO melebelkan DAP seolah-olah parti cina kurang tepat. meraka sebenarnya melihat DAP tapi mereka nampak Lee Kwan Yew.

4. Lihatlah isu Arak di shah alam dan isu gereja damansara! apa PAS boleh buat?

5. Kita pembangkang dalam satu pakatan tapi kita tidak sepakat. tiada sepakatan dalam undang-undang syariah. tiada sepakatan dalam hal kebajikan melayu.

6. Memang UMNO haprak, gila kekayaan, tapi model politik pakatan dalam BN lebih meyakinkan = melayu dan Islam sentiasa di atas. Kekal melayu maka kekallah Islam. Maju melayu majulah Islam. PAS perlu menjadi Parti dominan dalam BA, bukan sayap pakatan yang digunakan meraih undi puak tertentu. tetapi dalam pemerintahan kita tenggelam.

7. Memang MCA parti cina. tetapi mereka ada juga Parti India MIC,dan parti campuran lain. Parti berlandaskan bangsa sebenarnya lebih baik dalam menyampaikan masalah berkaitan isu bangsa kepada pucuk pimpinan. Umpama dalam kampung, satu keluarga satu pemimpin dan ketua kampung adalah pemimpin daripada antara pemimpin keluarga, masalah unik sesuatu keluarga itu boleh disampaikan melalui ketua keluarga mereka.

8. Matlamat saya bila mengundi PAS adalah supaya Islam di bela. Di malaysia secara tradisinya, Melayu itu Islam, dan Mualaf itu Melayu. Jadi tidak salah kalau kita berjuang demi melayu.

9. Kami pengundi PAS sebenarnya ingin tahu secara Rasmi melalui kontrak (antara PAS dan parti lain dalam BA), dimanakah kedudukan Islam dan melayu bila DAP atau PKR mmemenagi kerusi majoriti di Parlimen. Sebab kita tidak dapat menerima jika mereka melampaui Islam jika mereka memerintah. Adakah mereka akan menubuh Majlis Agama Kristian, Hindu dll sehingga meletakkan Islam setaraf agama lain maka definasi 'kebebasan beragama' sekarang akan berubah?
Blog 1 Malaysia said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…