Skip to main content

Lawatan ke Kilang Gardenia Shah Alam

Di antara lawatan yang telah sempat saya lakukan pada tahun ini ialah lawatan ke kilang Gardenia yang terletak di Sek 23 Shah Alam. Gardenia merupakan sebuat syarikat yang sering memberi sumbangan untuk program kemasyarakatan MPP dan NGO di kawasan Shah Alam. Ianya dianggap oleh mereka sebagai sebahagian dari CSR mereka.

Oleh yang demikian, lawatan dilakukan untuk mengucapkan terima kasih atas sumbangan kemasyarakatan yang dilakukan selama ini. Pada masa sama ianya juga untuk mengambil tahu tentang perjalanan kilang dan sekiranya terdapat perkara yang boleh dilaksanakan bagi membantu mereka dari sudut perkhidmatan perbandaran di Shah Alam. Salah seorang Ahli Majlis MBSA telah turut hadir bersama lawatan pada kali ini.





Dalam pada itu, satu lagi matlamat lawatan adalah untuk mengatur lawatan yang bakal dijalankan oleh PASTI Shah Alam ke kilang tersebut.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

shahril said…
Apa cerita lawatan ke kilang Carlberg..kata dulu PAS menang jer nak tutup kilang Carlberg..sekarang apa cerita tuan haji...siap nak bagi tanah baru kat Port Klang...hahaha
mahaza said…
Tahniah YB atas keperhatinan bukan sahaja kepada komuniti setempat seperti yang YB tunjukkan kepada kami di Surau Al-Husna juga terhadap perusahaan serta kilang-kilang dalam kawasan YB.
BTW nak jugak tahu apa pulak ada dengar cerita isu Gardenia diboikot?

Mainan politik atau politik bisnes?

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...