Skip to main content

Menjawab Najib Razak



1. Bekas SU Politik saya Ahli Lembaga Penasihat DBKL. Ianya jawatan non-executive dan hanya berfungsi menasihati Dato Bandar dalam isu-isu dasar. Lembaga tersebut tidak memberi kelulusan untuk apa-apa permohonan.

2. Ya saya yang lantik kerana dia berpengalaman sebagai Ahli Majlis MBSA selama dua sesi dan merupakan seorang profesional lulusan Kejuruteraan dari sebuah Universiti Amerika. Dengan Pengalaman dan ilmunya dia dipercayai boleh menasihati Dato Bandar DBKL dalam banyak persoalan.

3. Ya dia juga Ketua AMANAH Kawasan Shah Alam sejak 2015 dan merupakan pimpinan pelapis yang insyaAllah akan gantikan saya.

4. Saya Ahli Parlimen Shah Alam sejak 2008, kawasan 80% pengundi Melayu yang telah menangkan saya dengan majoriti sebanyak 30 ribu lebih pada 2018. Shah Alam kawasan Melayu dan mereka inginkan wakil dan kepimpinan yang bebas rasuah.

Jho Low (kanan) bersama keluarga Najib Razak. Turut serta seorang lagi kenalan mereka. - Gambar fail Astro Awani

5. Maksud 'broker' adalah orang seperti Jho Low. Takkan Jib tak tahu? Bukankah Jib dikatakan banyak gunakan khidmat beliau untuk bantu Melayu khususnya di Parlimen Pekan? Hanya dalam kes ni broker itu mendakwa dia wakili Hj. Azli. Tetapi ianya tak benar. Bukan seperti kes Jho Low yang dikatakan amat rapat dengan Jibby. Saya sertakan gambar sekiranya lupa.

WaLlahu 'Alam 
KHALID SAMAD

Comments

Faecbook Viral said…
Kisah Jholow ini cerita lama. Rakyat dah pilih dan suruh tangkap tp PH bg alasan Jholow jadi beruang jadi seladang. Sekarang ini kita cerita penyamun bernama Lidberg..

Harap Lidberg tak jadi beruang sebab muka kau peraia orang hutan.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.