Skip to main content

Video: Mengaku dan Ambil Tanggungjawab



Klip video berdurasi 3 minit bertajuk "Own up and take responsibility" atau mengaku dan ambil tanggungjawab telah disampaikan kepada saya baru-baru ini dan cuba teka apa? Ia tidak bertuan! Tidak tahu siapa yang berada di belakangnya tetapi ia membincangkan tentang mengambil tanggungjawab. Saya ingin meminta mereka yang bertanggungjawab atas video jahat ini agar mengaku dan mengambil tanggungjawab kerana telah memfitnah saya dan saya ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Rakan-rakan peguam saya yang sedang bertenang semasa MCO ini dan mereka amat berminat untuk mendapatkan kes setelah MCO tamat. Oleh itu, lakukanlah seperti yang dianjurkan, mengaku dan ambil tanggungjawab ke atas video ini.

Video tersebut mendakwa bahawa saya, sebagai Menteri Wilayah ketika itu, adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengizinkan 16,000 orang Tabligh berkumpul di Masjid Seri Petaling. Pada akhir video, tuduhan yang sama diulang dengan menyatakan bahawa "cap jari saya bersepah di atas surat kebenaran perhimpunan Tabligh". Saya tidak tahu di mana dan mengapa mereka mengada-adakan maklumat mereka itu tetapi saya tidak pernah meluluskan perhimpunan di Masjid Seri Petaling. Satu-satunya kelulusan yang saya dengar adalah dari Polis dan untuk makluman penerbit video ini, Polis tidak berada di bawah Kementerian saya.

Tuduhan itu menjadi lebih jahat apabila mendakwa bahawa oleh kerana saya sangat berminat mendapatkan apa yang disebut sebagai undi kelompok “konservatif agama”, saya sanggup membahayakan seluruh negara! Ini jelas marupakan tuduhan yang sangat serius dan itulah sebabnya saya sangat ingin bertemu mereka di mahkamah. Pertama untuk membersihkan nama saya dan kedua untuk memberi pengajaran kepada mereka dan orang seperti mereka.

Apa kata kita tunggu dan lihat apakah mereka akan mengaku dan mengambil tanggungjawab?

Saya juga ingin menjelaskan, seperti yang telah disebutkan dengan tepat dalam video tersebut, kami dapat mengawal gelombang pertama sehingga hanya 2 dari 24 kes masih dalam rawatan pada 24 Februari. Dan seperti yang ditegaskan oleh DG Kesihatan ada jangka waktu 11 hari, iaitu dari 16 Februari hingga 27 Februari di mana tidak ada kes jangkitan yang dilaporkan sama sekali! Ancaman itu terkawal pada masa itu.

Mengingat situasi itu, tidak salah bagi Tun Mahathir untuk membuat pernyataan pada 27 Januari bahawa "situasi Coronavirus di Malaysia tidak begitu kritikal pada masa ini". Beliau tidak menyatakan bahawa "ia bukan masalah besar" seperti yang didakwa di dalam video. Kebenaran pernyataan ini terbukti kerana walaupun setelah hampir sebulan, kes-kes tersebut ditangani sehingga hanya dua kes yang masih memerlukan rawatan. Dan, Tun tidak mengejar "wang banyak dari pelancong" seperti yang dinyatakan dalam video itu, tetapi sebagai Perdana Menteri, beliau juga bertanggung jawab untuk memastikan ekonomi tidak terhenti terlalu awal sebelum perlu atau sebelum tiba waktunya.

DG Kesihatan sekali lagi menjelaskan bahawa gelombang kedua yang bermula pada 27 Februari tidak termasuk pelancong dari China. Ia dibawa oleh penduduk tempatan yang pulang dari luar negara. Jadi tuduhan yang dibuat oleh pengeluar video yang tidak bertuan ini, sama sekali tidak berasas.

Namun begitu, saya harus nyatakan, walaupun bukan di bawah saya, tidak salah bagi pihak polis untuk menyetujui perhimpunan Tabligh pada waktu ia dipohon. Kerana pada masa itu semuanya terkawal. Yang silapnya adalah pada 24 Februari, Kerajaan dijatuhkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab, termasuklah Perdana Menteri sekarang, sehinggakan ketika perhimpunan dimulakan, pada 27 Februari, tidak ada Kerajaan yang mengawasi perhimpunan itu! Walaupun pihak penerbit ingin sangat menyalahkan saya, kerana mereka jelas tidak menyukai saya, saya minta maaf, tiada alasan untuk mereka melakukannya.

Ketika pemerintahan kerajaan PH jatuh pada 24hb, itu bukan tindakan saya atau mana-mana Menteri yang berusaha menjalankan tugas ketika itu, tetapi ianya tindakan Muhyiddin dan Azmin yang bergabung dengan pemimpin UMNO/BN dan PAS serta GPS. Tindakkan mereka menyebabkan semua orang ‘mengalihkan pandangan mereka’ dari apa yang sepatutnya dipantau. Dengan itu apa yang mungkin dapat dikendalikan dan dipantau telah terlepas tanpa ada yang mengawasi. Menteri yang bertanggungjawab mengawasinya, iaitu Menteri Dalam Negeri ketika itu, seperti yang kita semua tahu, sedang sibuk ingin menjadi Perdana Menteri.

Oleh itu, permintaan saya kepada penerbit video ini jika saya boleh, "Mengaku dan ambil jawab". Sila kotakan yang dikata!

Video ihsan JOM Channel
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD