Skip to main content

Tolonglah YB Menteri

Tolonglah YBM. Rakyat ada yang tiada bekalan makanan dan tiada simpanan. Masih ramai lagi rakyat susah dan yang bergaji hari, tiada kerja maka tiada duit. Mungkin ramai yang sukar faham masalah mereka yang betul-betul susah seperti ini, tetapi begitulah hakikatnya.



Harap jangan beri arahan tanpa memikirkan kesan dan natijahnya kepada rakyat. Pejabat JKM pun tutup kerana PKP ini. Harap semak terlebih dahulu kesiapsiagaan JKM dan agensi lain sebelum minta NGO berhenti beroperasi. Bawak bincang terlebih dahulu. Berikan SOP yang jelas untuk mereka ini bergerak membantu dalam keadaan genting seperti sekarang.

Ini bukan lagi isu siapa betul atau siapa salah, siapa yang jadi wira bantu rakyat dan sebagainya. Ini isu bantuan kemanusiaan kepada rakyat jelata yang amat memerlukan bantuan pada ketika ini.

Kuasa sudah ditangan, lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD