Skip to main content

Gelombang Covid-19

Sedang rakyat Malaysia menghadapi wabak dasyat Covid-19 yang melanda dunia, terdapat segelintir yang masih lagi menangguk di air keruh dengan mempolitikkan isu ini.

Golongan yang tidak bermaruah ini telah cuba menyalahkan kerajaan PH atas keadaan ancaman Covid-19 yang sedang melanda. Mereka mendakwa kononnya kerajaan PH gagal menghalang kemasukan pelancong dari Negara China merupakan punca utama keadaan menjadi semakin buruk dan tidak terkawal. Masih ada lagi menanam kebencian rasis disaat krisis seperti ini?

Namun saya yakin bahawa mereka tahu bahawa mereka sedang membohongi rakyat Malaysia dan keadaan sebenarnya diketahui umum. Bagi menjelaskan perkara ini, marilah kita dengar kembali penjelasan yang dibuat oleh DG Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah dalam video yang disertakan. Beliau berkata:



“Kalau kita lihat kepada Covid-19 ni, pada gelombang pertama melibatkan warga negara China, samada langsung ataupun tidak langsung, dan kita ada tempoh 11 hari yang kita takde kes langsung. Dan seterusnya gelombang kedua melibatkan imported cases, ia itu warga negara Malaysia yang kembali dari luar negara membawa kuman tersebut. Dan kita dapat kawal dan ada beberapa kluster yang telah kita kenal pasti, dan kita dapat kawal. Tetapi dalam perhimpunan Tabligh tersebut, kita tidak sangka ada penularan Covid-19 sebab kita tidak dimaklumkan. Hanya kita dimaklumkan oleh rakan sejawat saya di Brunei pada 9hb Mar....”

Berdasarkan kenyataan DG Kesihatan amat jelas bahawa gelombang pertama yang melibatkan pelancong China telah selesai ditangani dengan jayanya. Disebut “11 hari yang kita takde kes langsung”. Ini adalah bukti bahawa gelombang pertama yang ditangani oleh kerajaan PH telah dapat dibendung dengan jayanya.

Gelombang kedua disebut dengan jelas oleh DG Kesihatan adalah melibatkan warga negara kita yang balik dari luar negara. Itu pun dapat ditangani kecuali yang melibatkan program Tabligh yang tidak disangka virus Covid-19 menular padanya.

Saya tidak mahu berhujah panjang. Penjelasan DG Kesihatan sudah jelas, terang lagi bersuluh. Cytro PN sengaja ingin membohongi rakyat dan cuba menutup hakikat bahawa sebenarnya masalah pandemic ini tidak berjaya dikawal oleh kerajaan baharu mereka, iaitu kerajaan PN sendiri. Ini adalah kerana sebelum gelombang kedua pada 27hb Feb, kerajaan PH telah dijatuhkan.

Hasil tindakan khianat TSMY dan Azmin Ali, maka negara tidak mempunyai kerajaan yang sempurna dari 24hb Feb sehingga 10hb Mar. Dalam keadaan sebegitu rupa, adalah amat sukar untuk gelombang kedua ini ditangani secara holistik kerana semua telah disibukkan dengan kerajaan pintu belakang yang sedang dibentuk.

Saya harap tiada lagi akan keliru atau dikelirukan dan lebih-lebih lagi buat-buat keliru serta cuba mengelirukan yang lain berhubung persoalan ini. Alhamdulillah kerajaan PH telah dapat menangani gelombang pertama sebaik mungkin. Gelombang kedua terlepas dan tidak disedari kerana pengkhianat sedang sibuk dengan kerja pengkhianatan mereka.

Cukuplah berpolitik, Malaysia sekarang memerlukan pimpinan, hala tuju dan strategi yang jelas untuk menangani krisis ini. Henti salahkan pihak lain dan laksanakan amanah kamu sebagai kerajaan - walaupun secara pintu belakang!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Mat penang said…
Wei kau tutup kilang carlsberg dulu baru orang percaya balik cakap kau

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.