Skip to main content

Hak Membahas RUU 355

1. Saya minta hak untuk membahas Usul RUU 355. Parlimen adalah tempat untuk bahas bukan untuk mendengar syarahan. Kesemua RUU lain dibahas dan diundi walaupun sehingga jam 5 pagi! Tetapi RUU 355 sekadar syarah dan ditunda walaupun baru jam 4 petang. Ianya dijadikan sebagai RUU main-main.

2. Dikatakan RUU 355 ini adalah untuk kepentingan Agama Islam. Tetapi tidak diberi hak untuk dibahaskan. Hanya dengar syarahan sahaja. Islam apa macam ini? Islam sebenar terbuka dan mengalu-alukan perbahasan. Sentiasa sedia untuk menjawab sebarang teguran atau pandangan.

3. Berani kerana benar. Sanggup bersyarah maka mesti juga sanggup berbahas dan sanggup beri laluan berucap semestinya untuk semua pihak. Tetapi jelas sangat BN penakut. Sekadar syarah dan tunda. Kerana tahu tidak mampu pertahankan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

kudalari said…


tuan nih hipokrit besar. ya tuan takkan publish post ini. tak pe. Jangan sampai kami semua angkat tangan kamu
disumpah seranah dilaknat di hari akhirat.
Dan said…
Apabila agama menjadi mainan dan dedak disumbat dalam mulut ulama maka tunggulah bala dari ALLAH.
Unknown said…
Sudah laa khalid...nak ckp apa lg...mulut bau longkang...

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.