Skip to main content

Amanah Mengkaji Semula Hubungan Dengan PKR?


Ini merupakan "Usul tahunan Muktamar PAS". Antara sebab mengapa terjadinya perbalahan di antara kami dengan pimpinan baharu PAS sehingga tertubuhnya AMANAH. Maka tidak mungkin saya kata begitu! Namun perlu juga diakui bahawa ianya sekadar 'Usul Tahunan' dan bukan diikuti dengan sebarang tindakan pun. Hanyalah sekadar kata-kata pembakar di hujung lidah sebagai peniup semangat semata-mata.


Saya ketika ini sedang berada di Saudi sehingga 14 Ogos 2016 dan hanya boleh dihubungi melalui WhatsApp atau email buat sementara waktu.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Kerana Tidak Istiqamah Maka Akhirnya Terpinggir

Keputusan PRU14 sekarang telah diketahui umum. Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambil alih Putrajaya dan negeri-negeri di seluruh Negara kecuali Perlis, Pahang dan Sarawak yang kekal bawah BN sambil Kelantan dan Terengganu jatuh pada PAS.

Walaupun akan ada yang berkata bahawa PAS telah berjaya dengan keputusan anatara yang paling cemerlang dalam sejarahnya, hakikatnya ianya sebenarnya boleh jauh lebih baik dari itu. Malangnya, sifat gopoh dan kurang yakin kepada pendekatan yang diikutinya sejak zaman reformasi telah menyebabkan PAS semakin terpinggir dari arus perdana politik negara. Ia kembali sebagai parti pantai timur dan kawasan kampung Melayu setelah beraksi cergas di pantai barat dan kawasan bandar pada tahun-tahun pasca reformasi. Cogan kata “PAS for all” kian tidak kedengaran dan PAS kembali sebagai parti bersifat eksklusif memperjuangkan agenda khas bagi masyarakat Muslim dan Melayu.

Video:The Dawn of A New Malaysia

Video courtesy of IBR Asia Group
-The office of MP for Shah Alam-