Skip to main content

Video Perbahasan Berhubung Usul Peribadi YB Marang Berhubung Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah

Saya telah menerima beberapa teguran dan kritikan berhubung ucapan saya di Parlimen pada hari Khamis 26 Mei yang lepas. Ada yang menuduh saya menolak dan membantah usul tersebut dibentangkan untuk dibahas.

Saya sertakan di sini video ucapan saya di sini. Harap tonton dan dengar sendiri samada tuduhan tersebut adalah tepat. Pada saya amat jelas saya menyokong TS Speaker dan bersetuju ianya boleh dibentangkan. Cuma yang ditanya adalah berhubung kaedah istimewa bagaimana usul persendirian tersebut berjaya diberikan keutamaan. Ini adalah kerana saya turut mahu belajar kaedahnya supaya dapat diamalkan. Manalah tahu, mungkin saya juga akan bawa ‘usul persendirian’ suatu hari nanti.



Terdapat juga pihak yang telah bersusah payah menulis ucapan saya secara verbatim. Saya ucapkan terima kasih dan sertakan juga di sini untuk dimuat turun bagi yang mungkin ada masalah pendegaran. Ini juga satu kemungkinan kerana lain yang dicakap dan lain pula yang dituduh.

Yang paling mengejutkan adalah tuduhan sedemikian turut dilemparkan oleh pimpinan parti sejarah lama. Bagi saya ianya hanya mengesahkan lagi bahawa parti tersebut telah menjadi parti pemfitnah dan maki hamun. Alhamdulilah Allah telah menyelamatkan saya dan rakan dari terus bersamanya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Unknown said…
Jelas dan terang.sblm nak komen dgr elok2 rakaman ni.jangan baca tulisan pdgn org lain terus buat ulasan.nanti jafi fitnah
stuju dgn yb, harap bulan 10 nanti yb ingat untuk bangkitkan sama ada usul itu dibahaskan atau senyap sunyi je psl dah lepas prk
Unknown said…
Syabas YB, kita bleh nampak permainan dr pihak U dan P
jejai said…
Ape niat kamu nak tanya macam ni dalam dewan. Kalau nak belajar, kamu boleh belajar di luar. Ape pun aku tak halalkan undi yang aku berikan pada kamu atas tiket PAS.
ghafur said…
Negara kita amalkn demokrasi..apagunanya dewan and ahli parlimen...apa apa yg baik kita terima dulu...bukan kita nak buat disco ke maksiat ke...sama sama bahas..pas2 undi..ada menang ada kalah...bagi peluang...kenapa takut sangat....xkn kita nk dunia je kot,habuan akhirat x nak..fikir2 kn lah YB2 yg cerdik pandai
Unknown said…
Maaf la YB skrg dah x berminat dgn perjuangan YB. Semoga Success dlm PAN..PAS in my life.
radzeeypaudzi said…
Sebenarnya yb tak perlu pertikai cara usul tu timbul,andai yb benar menyokong.nampak sangat niat yb tu..takyah konar berbelit lh

Popular posts from this blog

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

100 Hari Malaysia Baharu (Astro Awani)

Wawancara bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam program khas '100 Hari Malaysia Baharu'.

Video ihsan Astro Awani
-Pejabat YB Khalid Samad-

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan…