Skip to main content

Penjelasan Terhadap Tajuk Sensasi Pihak Media: Jangan Ada Wanita Simpanan

Saya mendapati bahawa kenyataan Amanah bertajuk ‘Cadangan Amanah kepada Kerajaan Selangor’ telah disensasikan pihak media. Tajuk asal digugurkan dan ditukar dengan tajuk baru berbunyi “Amanah tegur S’gor: Jangan ada wanita simpanan”.


Sedangkan bahagian tulisan yang dijadikan petikan berbunyi:

“Bukan lagi sebagai kerajaan dua gabungan yang satunya rasmi dan satunya tidak. Dikhuatiri ianya akhirnya digambarkan bagaikan suami yang mempunyai isteri yang sah dan pada masa sama seorang wanita simpanan.”

Amat jelas bahawa maksud tulisan tersebut adalah supaya ruang yang memungkinan gambaran sebegitu ditutup. Ianya bukan satu tuduhan bahawa kerajaan Selangor ada wanita simpanan tetapi sebaliknya cadangan untuk mengelak dari gambaran tersebut.

Ini sama dengan seorang yang menyatakan kepada kawannya, “Jangan berpakaian terlalu rugged apabila berjalan seorang diri pada waktu malam. Dikhuatiri dianggap seorang penjahat”. Tiba-tiba dilaporkan bahawa dia menuduh kawannya penjahat.

Saya mohon maaf dengan rakan media, tetapi saya amat kesal dengan keadaan kurangnya sikap profesionalisma media dewasa ini sama ada disengaja atau tidak disengajakan. Demi tujuan mensensasikan berita, tajuk yang mengelirukan sering diberikan.

Saya harap pihak media memahami kuasa yang ada pada mereka dan bagaimana tajuk sensasi tetapi tidak tepat boleh menimbulkan salah faham dan perbalahan. Adalah diharap perkara sebegini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Sekian terima kasih.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Izuddin said…
Pakatan harapan dah official dan terdiri dari dap pkr dan amanah. Maka kerajaan selangor adalah kerajaan PH dan Pas. Atas dasar ni lah Pas tak boleh kerjasama hanya dgn pkr tp dgn PH. Pas buat kalut diselangor bila pas nak kerajaan pkr pas umno.

Aku rasa lah kalau hadi boleh lupakan hudud utk sementara dan suruh najib bebaskan anwar...mungkin boleh tubuh kerajaan pkr pas umno. Dlm politik apa pun boleh. Tu lah cara aziza boleh bebaskan anwar dan hadi boleh terajang dap di selangor. Dap dh baca kemungkinan ni. Sebab tu dap dah awal2 bg sepatah dua samada pas out or dap out from selangor government
Unknown said…
Hhhahaaa... kelakar laaa... klu 2 isteri mcmana?
Izuddin said…
Dap akan terus provoke hadi supaya hadi terus sokong umno. dan hadi akan dilihat sebagai PENKHIANAT
Izuddin said…
Dulu pas hanya dpt 3 kerusi diseangor. bila join PR, pas dpt 15 jrusi. pas rampas 12 kerusi umno . dap dan pkr rampas semua kerusi mca diselangor. agaknya kalau umno pada ge14 boleh menang 15 jrusi dap dan 13 krusi pkr, dah cukup utk umno SENDIRI tubuh kerajaan diselangor. umno tak perlu tubuh kerajaan umno pas diselangor.

umno ni jahat pekuda pas. bila umno dpt hanya 12 kerusi, umno pun ajak pas tubuh kerajaan umno pas di selangor. Pas jugak terhegeh hegeh nak join umno bila pas dpt sedikit tambahan kerusi. Macam katak naik junjung.

UMNO TAK PERLU PAS LAAAA.....

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.