Skip to main content

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kampung Pemberian, Kuala Kerai, Kelantan


Pada Isnin 5 Oktober yang lepas, satu majlis penyerahan kunci rumah kepada mangsa banjir di Kampung Pemberian Kuala Kerai telah diadakan.

Alhamdulillah, dengan bantuan dan sumbangan dari berbagai sumber, program ini telah berjaya membina 5 buah rumah kekal dan 3 buah rumah transit untuk penduduk yang kehilangan rumah semasa banjir besar tahun lepas. Satu majlis penyerahan kunci telah diadakan walaupun rumah tersebut telah siap dan diduduki lebih awal lagi. Ia sekadar untuk menyatakan secara rasmi bahawa projek fasa ini telah selesai. Penduduk serta orang kampung turut dijamu buat kali terakhir dalam fasa ini. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Kerai bersama ketua kampung atau Tok Pengawa.

Selama tempoh projek ini berjalan, majlis keramaian telah turut diadakan sebanyak 3 kali. Dengan dibantu NGO ‘Mercy Chefs’, Salam Care dan lain-lain aktiviti memasak dan menjamu penduduk Kampung Pemberian telah diadakan buat pertama kalinya pada tahun lepas, iaitu sebaik sahaja air banjir surut. Selepas itu turut diadakan karnival dan kelas memasak untuk menghilangkan sedikit kehibaan dan kesedihan hasil tragedi yang berlaku itu. Pada masa itu kutipan untuk pembinaan rumah dan usaha mengenal pasti rumah mana yang perlu diutamakan dijalankan.

Keseluruhannya, projek ini telah membelanjakan lebih RM 300,000 untuk pembinaan rumah dan majlis-majlis tersebut. Sepanjang tempoh bersama mereka, jelas kelihatan satu sikap ketabahan dan kesabaran yang amat tinggi. Kesemua yang terlibat turut bersyukur kerana dapat berperanan membantu walaupun dengan tidak sepenuhnya. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Semoga usaha ini juga turut diterima Allah sepertimana juga ketabahan dan kesabaran penduduk Kampung Pemberian.

Terima kasih diucapkan pada semua yang telah menyumbang samada individu atau syarikat dan semoga tidak jemu untuk terus membantu pada masa-masa akan datang.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.