Skip to main content

Penjelasan Berhubung Dakwaan Arutchelvan PSM

Sehari dua ini telah keluar kenyataan dari Saudara Arutchelvan Ahli JK Pusat PSM menuduh saya dan YB Ong Kia Meng menipu berhubung pendirian PSM terhadap Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Salah faham ini timbul oleh kerana laporan media berhubung sebab mengapa PSM tidak dijemput ke sidang meja bulat parti-parti pembangkang tempoh hari. Dalam soal ini saya ingin menjelaskan keadaan yang sebenarnya supaya salah faham ini tidak menjadi lebih parah.

Pada hari Rabu 23 September, saya ditanya oleh pemberita mengapa PSM tidak dijemput untuk sidang meja bulat. Saya menjawab dengan menyatakan bahawa soalan itu sepatutnya dituju kepada penganjur, bukan kepada saya. Ini adalah kerana bukan saya yang menentukan siapa yang dijemput dan siapa tidak.

Namun demikian, saya tambah lagi, soalan tersebut telah turut ditanya semasa sidang meja bulat diadakan. Jawapan yang diberi adalah kerana PSM telah tidak bersama dengan PR sejak dari dulu.

Apabila ingin mengimbau kembali mengapa PSM telah tidak bersama PR, maka timbul dua versi yang berbeza. Ini mungkin atas sebab soalan itu telah tidak dijangka dan oleh itu tiada persiapan untuk menjawabnya.

Versi pertama menyatakan bahawa ianya adalah atas sebab PSM tidak bersetuju dengan sebahagian dari ‘dasar bersama PR’, khususnya penerimaan artikel 153 Perlembagaan Persekutuan oleh PR. Versi kedua pula ialah bahawa penerimaan mereka sebagai anggota PR telah dibantah oleh PAS pada ketika itu.

Kedua-dua versi ini telah saya sebutkan pada pemberita berkenaan. Malangnya hanya satu versi dilaporkan dan ianya kononnya jawapan dari saya. Sedangkan, sepertimana yang telah saya jelaskan, saya hanya menyatakan jawapan yang diberi apabila soalan itu ditimbulkan semasa sidang meja bulat.

Walau apa pun, pada dasarnya sidang meja bulat diadakan untuk menghidupkan kembali PR yang telah berpecah. Oleh itu hanya parti yang terlibat dengan PR telah dijemput sebagai langkah permulaan. Parti Amanah Negara, walaupun parti baharu yang bukan sebahagian dari PR sebelum ini, anggota dan pimpinannya merupakan pimpinan PAS pada ketika itu. Kami dikenali sebagai pendokong tegar konsep PR dan atas sebab itu kami telah berbalah dengan pimpinan PAS sediada. Maka di atas dasar ini kami turut dijemput bersama. Hakikatnya kami telah sememangnya menjadi sebahagian dari PR sejak mula ianya ditubuhkan tetapi melalui wadah lain pada ketika itu.

Namun begitu, PSM boleh memanfaatkan peluang ini untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap dasar bersama PR dan artikel 153. Melalui itu pendirian PSM akan lebih difahami semua. Ianya merupakan peluang yang boleh dimanfaatkan bersama di antara PSM, Pakatan Harapan dan rakyat jelata. Hanya tuduhan bahawa saya ‘menipu’ adalah tidak benar. Ini adalah kerana dalam melaporkan apa yang telah disebut sebagai kemungkinan sebab PSM tidak bersama PR sebelum ini, maka itulah dua sebab yang telah dinyatakan.

Sekian, terima kasih.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Unknown said…
elok tuan kemaskini profile tuan. tuan bukan lagi ahli pas seperti yang tertera dalam blog ini.
Ganesan said…
Jika PH mahu main politic sepertimana RP main dulu,maka peluang menahan Putrajaya pada GE14,hanya akan tinggal impian sahaja.Ini permualan baru,sepatutnya PSM dijemput ke rundingan meja bulat,dan dijadikan salah satu parti dalam PH.

Apakah PH,seperti PR tidak mahu atau tidak bersedia untuk berunding dengan PSM bagaimana kerusi kawasan pilihanraya akan dibahagikan pada GE14?.

Sorry,Saudara Samad,your explanation,doesn't hold any water.
Sdra Ganesan, perhaps you should try to comprehend what has been said and explained by YB Khalid Samad. He was narrating what the answers on the subject matter when it raised in the meeting. He wasn't the organiser. Why adamant on the first sitting when there will be many more that will provide the opportunities to iron out any anomaly, if any?
tedongberbisa said…
Aru ni yang bertanding atas tiket PSM pada PRU 13 yang memneri laluan muda BN menang sedangkan itu kerusi PR/PKR.....PSM diberi Kota Damansara atas tiket PKR....jadi sama macam PAS bertanding gak 3 penjuru senang senang calon BN menang.....
SEGAR AMAT said…
Penjelasan yg telah jelas....2 perkara yg jawapan menyalahkan org lain.....jawapan yg tidak cerdik dr org yg licik......rakyat melihat dgn mata dan hati utk pru 14.
Izuddin said…
This hadi is well known making U-turns. We will make sure this time around that Hadi will NOT make U-turn to rejoin Pakatan harapan. We will ridicule hadi so hard it will break his heart and putus sudah kasih sayang....haha

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-