Skip to main content

Menjawab Tulisan Fathi Aris Omar dan Mereka Yang Masih Skeptikal

Kebelakangan ini saya banyak ‘terbaca’ tulisan seorang yang bernama Fathi Aris Omar. Tulisannya telah ‘diwhatsappkan’ kepada saya oleh seorang kenalan yang meminta saya memberi komen balas. Jarang saya berminat untuk respon tulisan orang yang tidak saya kenali, tetapi setelah membaca beberapa tulisannya, saya merasakan ada keperluan untuk saya respon bukan sahaja kepada beliau tetapi kepada mereka yang turut berfikiran skeptikal seperti beliau.

SIKAP SKEPTIKAL DAN SINIS

Saya lihat Saudara Fathi begitu skeptikal dan agak sinis terhadap penubuhan sebuah ‘parti Islam’ sehingga sanggup juga melayani andaian dan tuduhan bahawa parti baru ini mungkin akan dijadikan alat oleh DAP. Bahawa kononnya parti Islam ini boleh disergah-sergah dan dijadikan ‘junior partner’. Tuduhan sebegini lebih sesuai ditaja oleh penulis upahan UMNO/BN dari seorang yang saya difahamkan adalah penyokong PR. Maka adakah persepsinya terhadap DAP mungkin telah diwarnai prejudis yang diceduk dari silibus BTN atau ‘otak UMNO’?

Malangnya kebelakangan ini, dilihat ada juga beberapa pimpinan PAS yang menzahirkan corak pemikiran yang sama.

Sebenarnya kalau tidak setuju sekalipun, tidak perlu dibuat tuduhan murahan dan simplistik seperti itu. Lebih baik memberi tumpuan pada persoalan perbezaan pandangan dan berusaha memahaminya dari menabur tanggapan yang negatif sebegini.

Walaupun saya faham kebimbangan Fathi berhubung kemungkinan kemunculan sebuah parti baru dalam masa terdekat ini dan bagaimana ianya mungkin menjejas peluang PR, namun tidak perlu untuk beliau atau sesiapa sahaja menjadi agen BN dengan menyebar prejudis terhadap DAP.

DUA SOALAN YANG PERLU JAWAB

Buat masa ini saya tidak mahu menjawab segala andaian dan persoalan yang ditimbulkan dalam tulisan Saudara Fathi. Saya merasakan tidak perlu untuk menjawabnya. Bagi saya, yang perlu adalah untuk beliau sendiri dan sesiapa sahaja yang skeptikal terhadap parti Islam baru untuk menjawab, secara ikhlas dan jujur, dua persoalan yang ditimbulkan oleh dirinya sendiri dalam tulisannya.

Dua soalan ini sekiranya dijawabnya secara jujur mungkin akan dengan sendirinya menghilangkan sebahagian besar dari kegelisahan yang telah beliau timbulkan dalam tulisan beliau.

Dua soalan yang ditimbulkan dalam tulisan Saudara Fathi tetapi mungkin tidak sanggup dijawabnya adalah:

1. “Apakah PAS mampu mempertahankan kerusi-kerusinya khususnya di pantai barat Semenanjung?”

2. “Apakah PAS dapat dipercayai untuk menyakinkan kita bahawa ia masih releven sebagai pembangkang sekali lagi khususnya di pantai barat Semenanjung?”

Kedua-dua soalan ini telah ditimbulkan dalam tulisannya yang pertama. Saya terus membaca tulisannya yang kedua dan ketiga berhubung isu pembentukan parti baru dengan harapan bahawa 2 persoalan ini akan dijawabnya sendiri. Malangnya ia terus tidak dijawab! Saya tidak boleh menolak kemungkinan bahawa Saudara Fathi khuatir sekiranya dia menjawabnya, maka jawapannya adalah ‘TIDAK’ bagi kedua-dua soalan tersebut.

Mungkin oleh kerana ingin meneruskan sikap skeptikal dan sinisnya, maka beliau tidak mahu menjawabnya. Boleh dikatakan ianya adalah bagaikan keadaan ‘denial’ atau penafian terhadap keyataan yang telahpun disedarinya dan juga sebahagian besar penyokong PR dan PAS.

IMPLIKASI JAWAPAN ‘TIDAK’ UNTUK SOALAN (1)

Sekiranya jawapan kepada soalan pertama adalah ‘TIDAK’ maka sudah pasti persoalan ‘parti baru’ menjadi sesuatu yang sangat releven! Lebih-lebih lagi apabila diakui bahawa parti baaru yang mendukung konsep seperti “PAS for all” mempunyai peluang lebih cerah untuk mencapai kemenangan! Hakikatnya, jawapan ‘TIDAK’ adalah atas disebabkan sikap dan pendekatan yang ditunjukkan pimpinan utama PAS terhadap rakyat dan PR kebelakangan ini telah berubah!

Hasil dari perubahan ini maka PAS akan kehilangan undi Melayu dan bukan Melayu dan oleh itu mungkin akan kalah di kawasan yang telah ia menanginya sebelum ini. Sekiranya begitu, maka tidakkah penubuhan parti baru yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya merupakan usaha ke arah memenang atau mengekalkan kembali kerusi ini untuk PR di kawasan tersebut?

Atau adakah dianggap kekalahan dan kemenangan BN di kerusi ini tidak penting dan mampu ditampung oleh kemenangan di kerusi PKR dan DAP. Tidakkah saudara Fathi sedar, bahawa prestasi PKR juga akan turut terjejas oleh ‘perangai’ PAS, lebih-lebih lagi sekiranya PKR dilihat terlalu tunduk kepada PAS?

IMPLIKASI JAWAPAN ‘TIDAK’ UNTUK SOALAN (2)

Yang lebih trajis lagi adalah sekiranya jawapan kepada soalan kedua turut dijawab ‘TIDAK’. Ini bermakna PAS sudah tidak boleh dipercayai untuk terus releven sebagai pembangkang di Pantai Barat Semenanjung. Dalam erti-kata lain, tiada jaminan PAS akan kommitted kepada PR setelah menang. Oleh itu, kredibiliti PAS sabagai sebuah parti yang kommitted kepada PR turut akan dipertikaikan berdasarkan pengalaman lalu dan sekiranya begitu maka tidakkah penubuhan parti baru yang perjuangkan Islam merupakan penyelesaian kepada dilema ini? Apa guna susah payah memenangkan PAS; tetapi selepas menang, peristiwa seperti 2008 dan lebih jelas lagi selepas 2013 akan berulang kembali? Mungkin juga dahulu masih terdapat lagi golongan ‘progressif’untuk menghalang, tetapi sekarang?

Sekiranya secara ikhlas Saudara Fathi dan sesiapa juga yang menyokong perjuangan Islam untuk boleh menjawab bahawa jawapannya adalah sebaliknya, iaitu PAS tetap akan tetap menang dan boleh dipercayai tetap releven sebagai pembangkang di Pantai Barat, maka beliau dan sesiapa sahaja berhak bersikap skeptikal dan sinis terhadap persoalan pembentukan ‘parti baru’. Tetapi sekiranya jawapannya adalah ‘TIDAK’, sepertimana sewajarnya, maka sepatutnya Saudara Fathi menyambut baik dan menyokong usaha penubuhan parti baru ini.

Saya cadangkan supaya Saudara Fathi menjawab dua soalan yang ditanya dirinya sendiri dan selepas itu melihat kembali segala persoalan sampingan yang ditimbulkannya. Termasuklah persoalan tindakan DAP yang ingin ‘memaksa’ PKR membuat pilihan antara PAS dan ‘golongan progressif’. Fathi menganggap ianya tiada kena-mengena dengan PKR. Adakah sikap tersebut wajar?

Sekiranya dijawab dua soalan tadi terlebih dahulu, mungkin Fathi akan faham bahawa persoalan pertelingkahan di antara PAS dan DAP yang dianggap tidak ada kena mengena dengan PKR adalah sebaliknya. Ianya persoalan kemantapan dan potensi kemenangan PR yang jelas hubung-kaitnya secara terus dengan PKR! Oleh itu sikap yang tegas dari PKR amat sangat diperlukan dan itulah sebabnya DAP bagaikan ‘memaksa’.

PERSOLAN MENARIK RAMBUT DALAM TEPUNG

Adakah Saudara Fathi menganggap suasana ‘menarik rambut dalam tepung’ merupakan keadaan dan suasana yang ideal yang ingin dikekalkan dan dibanggakan, di mana PKR ditempelak PAS berkali-kali dan PKR tidak bertindak balas? Walaupun rambut tidak putus dan tepung kononnya tidak berselerak tetapi adakah suasana sebegitu menambahkan keyakinan rakyat terhadap PR? Adakah memadai dengan PKR tidak bertindak balas, tidak seperti DAP dengan kaedah ‘tokong’nya, untuk meyakinkan rakyat bahawa PR merupakan gabungan yang mantap?

Tidakkah sepatutnya Saudara Fathi dan rakyat Malaysia secara amnya mengidamkan satu suasana di mana wujudnya sikap saling menghormati dan kejujuran dalam berpakat di antara parti politik di negara kita ini? Ini boleh direalisasikan dengan kewujudan ‘parti baru’ ini. Saya tidak hairan DAP inginkannya dan dengan itu usaha ini disokong oleh mereka. Saya dan rakan-rakan juga inginkannya, bukan kerana DAP tetapi demi masa depan Negara. Yang saya hairan ialah sikap Saudara Fathi yang seolah-olah berpuashati dengan amalan ‘tarik rambut dalam tepung’ dan leka melakukannya.

Sekadar kewujudan PR, walau dalam apa keadaan sekalipun, tidak akan menjamin kemenangannya dalam PRU ke-14. Keadaan dan kualiti kewujudannya adalah juga penting! Kalau sentiasa menarik rambut dalam tepung, dalam setiap keputusan dan tindakan, sudah pasti kelemahan pakatan itu jelas untuk ditonton semua.

‘ADDED VALUE ATAU NILAI TAMBAH’ PARTI BARU YANG BERASASKAN ISLAM

Saudara Fathi turut bertanya, apa added value yang dibawa oleh parti baru ini? Sebenarnya ianya bukan soal added value tetapi lebih ‘memaksimakan nilai atau value sediada’ yang diusahakan. PR merupakan harapan rakyat untuk mengalahkan BN. Tetapi PR sudah tidak lagi wujud secara rasmi. PAS dan DAP tidak mungkin berdamai dan ada yang tidak inginkan mereka ini berdamai! Maka nilai PR sudah tidak seperti dulu. Sudah jatuh merudum. Rakyat sudah tidak lagi yakin untuk memberi undi kepada mereka selagi satu gabungan yang mampu berkerjasama tidak diwujudkan. Walaupun sokongan dan keinginan untuk perubahan sememangnya ada, tetapi rakyat tidak sanggup keluar dari mulut buaya masuk ke mulut singa. Mereka mahu menyaksikan satu gabungan dan kerjasama yang kukuh. Ini yang sedang diusahakan selama ini melalui PAS. Tetapi pimpinan PAS tidak memahami dan tidak inginkannya.

Di sini peranan ‘Parti Baru’! Mengisi kelompangan ini. Membentuk Pakatan 2.0 yang mampu berkerjasama secara jujur. Bermusyawarah dan tidak ponteng mesyuarat serta tidak ‘reverse’ keputusan mesyuarat. Membina keyakinan rakyat. Mendapat undi rakyat. Mengalahkan BN.

Beza ‘Parti Baru’ dengan PAS hanya satu. Aqeedahnya sama, dasar perjuangan sama, kefahaman terhadap Islamnya sama. Yang membezakan hanyalah kejujuran berkerjasama dan kommitmen kepada kaedah tahalluf siyaasi dan konsep PR.

PERSOALAN TERAKHIR BAGI FATHI

Yang terakhir saya ingin bertanya Saudara Fathi dan mereka yang masih lagi skeptikal satu soalan mudah, soalannya begini;

Dalam keadaan kita mengakui bahawa yang sediada adalah tempang dan tidak mencukupi untuk menjamin kemenangan, tiba-tiba kita berhadapan dengan peluang untuk mencapai sesuatu yang lebih baik! Tidakkah sepatutnya kita mengusahakannya? Dan segala rintangan perlu dilihat sebagai cabaran yang perlu dihadapi secara bersama?

Perlu ada keberanian dan keyakinan diri. Bahawa yang lebih baik itu boleh tercapai sekiranya diusahakan bersama dan segala tohmahan dan persepsi negatif akan dapat ditangani. Bukan sekadar melalui kata-kata, tetapi melalui aksi dan tindakan.

Perlu juga ada keyakinan terhadap pertolongan dari Allah. Bahawa Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa akan menjayakan usaha hambaNya yang dilakukan secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Saya yakin, dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, insyaAllah kita akan berjaya! Berjaya mewujudkan satu Pakatan dan kerjasama yang mampu mengalahkan BN dalam PRU-14. InsyaAllah. Ini jauh lebih baik dari kita mempertahankan gabungan yang sudah tiada, yang kita semua akui bahawa mempunyai harapan cerah untuk kalah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

fazurybeuteq said…
Penulis yang hebat dan terkenal juga ,tetapi akhirnya otak beliau meneraju hala kebawah bukan melonjak mindak pembaca.kesian ,otaknya dah direnjis oleh pendapat taksub melampau.kesian dia.dia fikir orang ramai bodoh seperti golonganya.? maaf.
Unknown said…
Tak guna YB nak menoleh ke belakang lagi..GHB harus dilancarkan segera!
SuJeng said…
FAO..... Dia biasa tanya dan x jwb ...... Dia nk pembaca sndiri yg jwb...... So maju or mundur GHB akan mnjwb soklan itu
Unknown said…
Kami pengundi bawahan dlm PAS mahukan kerjasama dlm PR lebih mantap. Jadi PAKATAN 2.0 menjadi asasnya
Unknown said…
Salam YB Khalid..saya ingin mengulas tulisan Dr Khairuddin dlm harakah yg samakan Masjid Dhirar dgn penubuhan GHB...pada saya Masjid Dhirar ini dibina oleh golongan munafiq yg bertujuan memecahkan umat ISLAM zaman Nabi...oleh itu, analogi masjid Dhirar ini lebih tepat kalau kita bandingkan dgn "Janji Sokong HUDUD" yg dihulurkan oleh munafiq UMNO..."Janji Sokong HUDUD" inilah sebenarnya masjid Dhirar kerana "janji" UMNO ini telah berjaya memecahkan penyokong PAS.."Janji" ini juga telah terbukti PALSU kerana sampai skrg Usul HUDUD tak berjaya dibentang diparlimen..semoga ALLAH mengampunkan dosa kita yang menyambut "masjid Dhirar" UMNO ini yang menyebabkan PAS kini berpecah..
Unknown said…
Teruskan berjuang GHB..rakyat perlukan harapan baru ini kerana rakyat perlukan pembelaan drp kerajaan baru yg peduli rakyat...harga minyak dan barang yg naik mendadak, gaji minimum yg tak mencukupi..rakyat kebyakan kini amat tertekan dgn penyelewengan dana negara...kami mahu kerajaan baru yg tidak menyeleweng dana negara tetapi dana negara digunakan utk membantu mengurangkan beban rakyat dgn menghapuskan GST, merendahkan harga minyak dan mengurangkan harga brg keperluan hidup...kami amat berharap kerjasama kukuh dan stabil GHB, PKR, DAP dalam Pakatan Rakyat 2.0 utk gantikan BN..
Izuddin said…
Apa hal ko ni Fathi Aris ? DAP, PKR dan baik PAS yang mewakili 52% pengundi nak tumbangkan UMNO dan BN kerna parti ni korap dan kurap. Simple as that. Kenapa yang ko persoal ttg usaha2 DAP, PKR dan PAS?

Kalau ko pun nak tumbangkan UMNO dan BN, ko join lah usaha2 DAP, PKR dan PAS.

Skrg ni kita lihat PAS tak setuju dgn DAP dalam usaha2 menumbangkan UMNO dan BN. PAS rasa dgn HUDUD boleh tumbangkan UMNO dan BN kot...haha.

PKR pun tidak setuju HUDUD dilaksana. Kenapa PAS tak putus 'ties' dgn PKR juga? PAS takut tinggal keseorangan kot...haha

Samada intention PAS sungguh2 mahu tumbangkan UMNo dan BN kini menjadi satu persoalan kerana timbul persoalan integrity Hadi yg mana dilihat tidak berpinsip. Kalau Hadi atau mana2 pemimpin tidak berintegrity, keputusan2 dan cadangan2 dan idea2 tidak mantap dan lemah sehingga kena buat U-Turn.

Saya baca tulisan2 Fathi specifically ttg isu penumbuhan GHB, namun saya tak dapat kecapi tujuan dia. Ko nak apa sebenarnya?

GBH adalah serpihan2 yang mewakili IRC??? IRC ni apa dia? NGO ka apa? Mana ko dpt ni. Ko ni troll laaa…menimbul kekeliruan.
zack said…
GHB...geng haprak baruah sekadar menjadi alat DAP utk me realisasikan impian kuasa putrajaya. ...tok sah berangan sebut perjuangan islam kalau asas perjuangan berlandaskan atas kitab jingga yg dijadikan panduan...
Unknown said…
terus lah berjuag YB... jangan syoook sendiri dah leee.... almaklum dah kecewa ... hajat nak menguasi PAS tapi ALLAH gagalkan... sekarang nak menubuhkan parti baru pulak.... teruskan ... mana sumpah sebelum jadi calon PAS?????? semuga tak dimakan sumpah sendiri dah lee YB???!... SEBAB tu YB sorang lagi tu mati mati kata Saya Masih Ahli PAS..tu... ya lee tu YB..... Seorang Pejuang Islam Sebenar ..tidak pandang kepada kekalahan apatah lagi hanya kalah dalam pertandingan sesame sendiri (Dalam Parti Sendiri pulak tu).. tapi memandang jauh kehadapan untuk memperkemaskan lagi perjuanagan.. TAPI sayang YB dan rakan-rakan (G18?) hanya disebabkan KECEWA tidak dipilih oleh perwakilan terus berpaling... apa ertinya tu YB... jawapannya tidak lain hanya memenuhi nafsu semata-mata... KONON nak memperjuang Islam lebih baik lagi???
pinyu said…
Khalid samad ni siapa?... penternak lembu ker?
Sentapan fitnah dengan DAP ini adalah suatu yg dimilai sebagai risiko penggabungan. Impak ini datang dari ratib dan tujahan media bertubi-tubi. Sedangkan kegagalan untuk berudning itulah yg menajdikan PAS dan DAP tidak boleh berada semeja dengan PR. Hari ini prinsip itu ingin digeneralisasi kepada sesiapa sahaja yg bergabung dengan PR...inilah Fallacy yg wujud di dalam statement dan sikap yg dibina tersebut. Parti baru bernuansakan Islam penting untuk meneruskan sikap Pas yg lalu.
kumbang lilin said…
Aku x redha undi munafik macam khalid samad ni.kluar pas klu berani ,x berani kan...duit boss duit...sayangkan..hahaha
Izuddin said…
GBH akan berjaya halau Hadi keluar dari PAS...haha
Unknown said…
YB, sekadar perkongsian :: senang aje nak elak baiah ni:

1. ceraikan isteri talak satu.
2. masuk parti baru.
3. rujuk dgn isteri.

dlm hal ini, masuk parti lain adalah ketika dlm perceraian. talak hanya sah ketika dlm perkahwinan.

Walau bagaimanapun,YB rujuk dulu lah ahli feqah
ir said…
Sekarang Fathi still tidak mnjawab persoalannya tp sbaliknya dia asyik mnyerang peribadi Yb Khalid pulak dlm fb nya kebelakangan ni. Sepatutnya Fathi aris brhujahlh spt seorang penulis bknnya bertindak seolah² spt macai umngok yg bru knal politik.
Izuddin said…
Bai'ah laghu tu tidak Syarie. Maka, ia adalah bathil dari segi perundangan ISLAM.

Lagi pun, syarat2 ini tiada dalam Quran.

Yang PAS boleh buat ialah saman di mahkamah syaria utk dapatkan kerugian.

Hang Abduh mmg tolol
Unknown said…
Salam YB. Pepehal pun kena la letak Jawatan MP tu ye. Sebab menang haritu pun atas tiket PAS. Satu lagi, harap jgn gunakan APA jua premises PAS utk prog. gHB nanti ye. Thanks
Unknown said…
semua punca hj hadi dan mursidol am(no), selepas ketiadaan TGNA

GHB akan tertubuh sudah hampir pasti

tp

PAS nk masuk umnu masih takde angin2 pun, jgnlah PAS malu2
kalau itu diyakini betul dan baik utk islam

ketahuilah bahawa semua yg menyokong GHB adalah dulunya penyokong
tegar PR yg bermakna penyokong PAS juga

bila mereka itu menolak PAS maka PAS lah yg bersalah

takkaaaaaann lah DAp hebat sgt boleh perkuda ramai penyokong PR

kalau boleh perkuda, lebih baik DAP perkuda UMNO dan Najib.. untung besar...boleh perintah negara, boleh bunuh org melayu selepas tundukkan najib.


so matanglah sikit dlm realiti politik malaysia ni

isu DAP adalah lawak jenaka permainan wayang kulit purba

tanpa DAP, apalah yg ada pada ketuanan melayu kan

tanpa DAP, perkasa dan gangster melayu pun tkde keje

tanpa DAP, pada siapalah PAS nk salahkan sebagai alasan
utk main2kan projek 'hudud'.

GHB mesti diteruskan. kalau dah smeua pihak sokong penubuhan GHB, itu bukan perjuangan namanya... itu SARKIS. sebb semua org suka sarkis tanpa bantahan
Izuddin said…
macam mana YB nak letak jawatan? Bukan 100% melayu PAS undi YB. Cina DAP dan MCA dan Gerakan dan Melayu UMNO pun undi YB juga...YB tak perlu lagi berkhidmat kpd melayu PAS yang sombong dan bongkak tak guna akal tapi guna siku dan lutut, tapi YB kena terus berkhidmat kpd Cina DAP yang undi YB...haha
Dania said…
YB kena amanah dgn pengundi dan PAS. LETAK JAWATAN SEGERA.
org undi PAS masa PRU aritu bkn undi YB. mcm mana kata nk perjuangkan Islam kalau masih dok mkn gaji yg haram.
Semua adun n mp ghb sila letak jawatan
Dania said…
Jgn ckap berdegar degar tp tiada tindakan. Mulakan dgn letak jawatan sbg mp shah alam. Nsib baik mat sabu x menang kt kg aku aritu

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.