Skip to main content

Wawasan Almarhum UFN dan Almarhum TGNA

Ramai yang menyebut nama kedua Almarhum UFN dan Almarhum TGNA dengan penuh kagum dan kasih sayang. Tidak kurang juga yang mengaku diri mereka sebagai pengikut kedua-dua tokoh ini. Namun malangnya, ramai pula yang tidak memahami dengan jelas wawasan yang dibawa oleh kedua tokoh ini. Kedua-dua mereka mempunyai wawasan untuk menjadikan PAS sebagai sebuah parti politik arus perdana dengan Islam dilihat sebagai pembela nasib rakyat.

Selama ini, sebelum mereka berdua berjaya membawa wawasan mereka ini, PAS dilihat sebagai sebuah parti yang membawa isu-isu yang dipentingkan oleh hanya sebahagian kecil ummat Islam. Pengaruh PAS terhad hanya kepada golongan tertentu dan PAS tidak dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan untuk keseluruhan rakyat, samada Muslim atau bukan Muslim.

PENDEKATAN BAHARU

Melalui pendekatan baharu yang bersifat inklusif, kedua mereka telah berjaya mengubah imej PAS dan dengan itu membetulkan imej Islam itu sendiri. PAS mula dilihat sebagai parti yang membela nasib rakyat dan Islam ditonjolkan sebagai agama pembawa rahmat untuk seluruh manusia. Hasil dari itu maka penerimaan rakyat terhadap PAS semakin meningkat dan semakin ramai menjadi ahli untuk menggerakkan wawasan yang dibawa mereka berdua.

Perjuangan PAS yang dibawa dijelaskan mereka berdua melalui bahasa-bahasa kontemporari berhubung keadilan, ketelusan, kebajikan dan ‘good governance’ atau tata kelola yang baik. Mereka mengambarkan betapa nilai dan akhlak Islam menjamin pentadbiran yang telus dan adil dan betapa ianya akan mendatangkan manfaat kepada semua manusia. Oleh kerana bahasa dan mesej yang bersifat inklusif, maka PAS telah mampu menghasilkan suasana kondusif untuk memungkinkan kebersamaan rakyat, NGO dan parti pembangkang yang lain.

KEPENTINGAN TAHALUF SIYASI

Keterbukaan mereka memungkinkan ‘tahaluf siyaasi’ diamalkan secara ikhlas dan jujur sehingga terbentuknya Barisan Alternatif pada tahun 1999. Selepas pemergian Almarhum UFN, maka wawasannya terus diperjuangkan oleh Almarhum TGNA dan saff pimpinan yang telah dibentuk bersamanya sejak sekian lama. Maka terhasil pula Pakatan Rakyat.

Kesanggupan PAS untuk berkerjasama dengan parti politik lain yang turut mempunyai kommitmen terhadap pembentukan masyarakat yang adil dan berkebajikan hanya menambahkan populariti PAS di kalangan masyarakat umum. Perbezaan antara parti dihormati dan tiada usaha untuk memaksa sikap dan pendirian PAS ke atas mana-mana pihak. PAS melalui Almarhum TGNA mengambil pendekatan menerang dan memujuk, khususnya terhadap rakan PR dan bukan memaksa dan mengugut.

HUBUNGAN PERIBADI ANTARA PIMPINAN

Kommitmen Almarhum TGNA terhadap PR tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Pada zaman Almarhum, hubungan peribadi antara pimpinan parti PR semakin rapat. Samada dengan DSAI atau pimpinan DAP seperti LKS, LGE dan mendiang Karpal Singh, TGNA mempunyai hubungan peribadi yang baik dengan mereka.

Almarhum TGNA pernah mengingatkan kami bagaimana Almarhum UFN mempunyai hubungan baik dengan DSAI dan pimpinan DAP dan bagaimana ianya perlu demi memenangkan perjuangan Islam yang diperjuangkan. Almarhum juga pernah menyebut bahawa apa yang beliau lakukan adalah untuk meneruskan kaedah dan pendekatan Almarhum UFN di mana sikap Islam bukan sekadar disebut tetapi dihayati.

Tiada siapa yang boleh lupa bagaimana Almarhum UFN telah ke rumah DSAI sebaik sahaja DSAI dipecat oleh Dr. Mahathir, ketika banyak pihak yang bergembira di atas pemecatan tersebut. Selain dari ianya menzahirkan perasaan persahabatan yang tulus ikhlas, ianya juga memperlihatkan sikap menentang kezaliman yang tegas, walaupun yang dizalimi bukan dari parti yang sama.

Almarhum UFN dan TGNA memahami bahawa hubungan peribadi yang baik dan rapat amat penting untuk menjayakan PR. Adalah mustahil untuk PR berfungsi dengan jayanya sekiranya pimpinan tidak bertemu dan menjalinkan hubungan! Dan hubungan ini satu hubungan yang ikhlas dan tulus supaya semua terlibat dapat merasa yakin bahawa dengan PAS semua pihak akan memperolehi keadilan dan pembelaan serta tidak sama sekali akan dizalimi apatah lagi dikhianati.

PAS pada ketika itu dilihat sebagai pembawa obor harapan baharu untuk rakyat jelata. Sehingga di bawah kepimpinan mereka berdua, dapat dilihat bagaimana golongan bukan Islam mula mendampingi PAS dan PAS juga mendampingi mereka.

HUBUNGAN DI SEMUA PERINGKAT

Pada zaman tersebut, pimpinan PAS di semua peringkat digalakkan untuk membentuk hubungan yang rapat dengan rakan-rakan di dalam PR. Diperingkat Pusat, program bersama diadakan di mana masalah negara dibincang bersama dan penyelesaian dicadangkan berdasarkan kefahaman dan dasar masing-masing. Didapati bahawa walaupun asas dan sebab mungkin berbeza, tetapi dalam kebanyakan isu kesemua pihak telah berjaya mencapai kata sepakat.

Penyelarasan juga dilakukan di peringkat Parlimen. Ahli Parlimen PR hadir majlis penerangan dan dialog bersama dan menyelaraskan hujjah berhubung isu yang dibahas di Parlimen. Secara khususnya, usaha penyelarasan pemikiran Ahli Parlimen PR banyak dilakukan pada sesi Parlimen ke 12 iaitu dari tahun 2008 hingga ke 2013.

Semua ini dilakukan untuk menyelaraskan pandangan bersama dalam usaha untuk PR dijadikan sebuah pakatan yang kukuh yang dilihat mampu menggantikan UMNO/BN. Rakyat tidak akan serahkan amanah pemerintahan kepada satu Pakatan yang berbalah dan bersengketa siang dan malam. Maka golongan yang senjaga menimbulkan sengketa semestinya merupakan golongan yang tidak ingin PR menggantikan BN!

KEMBALI KEPADA LANDASAN BETUL?

Malangnya, dewasa ini, usaha menghasilkan hubungan yang semakin rapat antara PAS dan PKR serta DAP dilihat sebagai satu ‘penyelewengan’. Usaha menzahirkan perbezaan dan perbalahan semakin ditingkatkan dan segala persamaan dianggap sebagai hasil ‘penggadaian prinsip’. Pendekatan yang pernah dialu-alukan oleh UFN dan TGNA semakin dipandang serong. Perkembangan ini tidak menghairankan kerana yang berpandangan begitu adalah muka-muka baru dalam PAS. Mereka sememangnya tidak pernah berinteraksi dengan anggota dan pimpinan PKR dan DAP selama ini!

Usaha usaha penyatuan dan penyelarasan fikrah dilakukan hanya oleh pimpinan yang memahami dan menghayati wawasan UFN dan TGNA. Sepertimana juga usaha memantapkan DHPP telah dilakukan oleh kumpulan yang sama! Kalau difikir sejenak, yang pandai-pandai mencadangkan DHPP menggantikan DAP tidak pernah terlibat dalam usaha pembentukan DHPP dari awal hingga ke saat ini! Dan tidak difahami mereka bahawa peranan DHPP bukan untuk menggantikan DAP tetapi sebaliknya saling melengkapi.

MENCACI DAN MENGHERDIK RAKAN

Pada masa yang sama mencaci dan mengherdik rakan PR dianggap sesuatu yang perlu digalakkan. Ia sebagai bukti kesetiaan kepada PAS dan tidak berwala’ kepada PR atau PKR atau DAP. Maka sebarang usaha membela PKR atau DAP dalam sesuatu isu, walaupun jelas asasnya, dilihat sebagai khianat kepada PAS!

Sebagai contoh, isu Kota Damansara. Isu pil kuda. Isu pilihanraya Majlis Tempatan yang PAS sendiri pada tahun-tahun 70an menyokongnya. Isu menolak TSKI sebagai MB Selangor dan banyak lagi. Semua isu ini tidak lagi mampu dibahas secara rasional dan terbuka tetapi diputar-belit untuk dijadikan penentu wala’ atau ‘kesetian’ seseorang ahli atau pemimpin.

Apabila sifat ta’asub menjadi asas membuat keputusan, sudah pasti kerhancuran menanti!

BAHASA ASING PADA PAS

Secara tiba-tiba pula bahasa yang selama ini asing pada PAS mula kedengaran malah semakin lantang. Istilah seperti ‘barua’, ‘broker’, ‘jentik’, ‘siku dan lutut’, ‘calar mencalar’, dan sebagainya merupakan pembaharuan yang tidak pernah didengan sebelum ini dan tidak dialu-alukan. Ini jelas merupakan satu penyimpanggan dari hala-tuju dan jalan yang dibawa Almarhum UFN dan Almarhum TGNA. Malahan ianya merupakan usaha mengembalikan PAS kepada pendekatan sebelumnya. Dan amalan menghukum dan saling mengkafirkan pun sudah mula kembali.

KEPERLUAN MEMPERTAHANKAN WAWASAN UFN & TGNA

Dalam suasana kecelaruan ini, wawasan Almarhum UFN dan Almarhum TGNA telah semakin diketepikan. Sedangkan ianya jauh lebih menepati ajaran Islam berbanding pendekatan syadid, keras dan suka menghukum. Pada masa yang sama, pendekatan yang diamalkan Almarhum UFN dan TGNA telah terbukti keberkesanannya.

Oleh itu, amat sangatlah perlu, demi menjaga imej Islam itu sendiri dan kejayaan yang telah diperolehi perjuangan Islam; bahawa wawasan mereka berdua ini difahami, dipertahan dan diwar-warkan. Ini adalah misi yang perlu dibawa oleh saff pimpinan yang digelar sebagai ‘progressives’ oleh media tempatan. Dalam usaha ke arah itu, mereka mesti berani dan lantang supaya obor harapan perjuangan Islam dan rakyat tidak akan terpadam, insyaAllah.

Sebelum berakhir, perlu saya sebut bahawa Almarhum Tuan Guru Yusof Rawa (TGYR), Mursyidul ‘Am pertama PAS, juga mempunyai wawasan yang sama dengan Almarhum UFN dan TGNA. Hanya ketika beliau mengambil alih kepimpinan PAS, suasana politik pada ketika itu tidak mengizinkan wawasan ini dilaksanakan olehnya. Namun Almarhum telah memulakan langkah-langkah pertama ke arahnya.

Saya masih ingat bagaimana seronoknya Almarhum TGYR selepas saya berforum di sebuah hotel di Penang dengan menjelaskan wawasan politik Islam kepada masyarakat bukan Islam dalam Forum berbahasa Inggeris. Beliau menyebut pada saya dengan penuh gembira, “ana dapat maklum balas yang baik dan positif dari kawan-kawan bukan Islam yang hadir...” sambil tersenyum lebar. Amat jelas beliau juga inginkan PAS bergerak dalam orbit yang lebih luas dari kebiasaannya dan dibawa ke tengah medan politik negara dan tidak lagi dipinggirannya.

KESIMPULAN

Yang terpenting bukan jawatan atau kedudukan. Hilang jawatan dan kedudukan perkara biasa dan telah banyak kali dilalui. Yang paling penting adalah risalah yang dibawa. Jangan sama-sekali dibenarkan risalah ini dicemari dan diperkosa.

Wawasan yang dibawa semestinya merupakan penjelmaan risalah ini secara tepat dan menyeluruh. Dan inilah di antara kejayaan kedua-dua tokoh Islam yang disanjung dan dirindui, iaitu Almarhum UFN dan TGNA. Mereka telah berjaya membawa wawasan perjuangan yang tepat dengan risalah Islam melalui kata-kata dan amalan mereka.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mempertahankannya dengan segala kudrat yang ada.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

fara said…
Salam YB,

Saya bukan ahli mana-mana parti, tetapi amat menyokong rapat pakatan rakyat. Tidak terfikir untuk menjadi ahli PAS kerana ada sebab-sebab tertentu. tapi dengan adanya parti yang baru yang akan diwujudkan. saya akan turut menjadi ahli. Malah seluruh ahli keluarga mungkin.

Teruskan Perjuangan YB.

Bakal Ahli Baru
Bukit Jelutong
Izuddin said…
Cepat bentuk PAKATAN BARU (minus Hadi and the Gensgatas).

Azmin is under pressure to cooperate with PAS hadi and gengs to oust DAP from the Selangor Government.
Izuddin said…
Walaupun Azmin keluar PKR utk sokong PAS demi membentuk Kerajaan MELAYU PAS dan Azmin kekal MB di Selangor, DAP dan PKR masih mendapat majority 2 kerusi.

Walaupun sedemikian, jgn lengah lagi tunggu Hadi buat U TURN....CEPAT BENTUK PAKATAN BARU supaya kita 10 step ahead leaving the enemy 20 steps behind.

Jangan LOOK BACK, JANGAN INGAT LANGSUNG NAK pi balik atau tunggu utk Hadi dan Geng tobat(U-TURN) but FLEE and leave HADI and the Geng.

Nabi Lut diperintah 'DONT LOOK BACK' bila diberitakan kpd Lut negeri Sadom akan dimusnah. LOOK BACK disini bukan lah jangan pandang belakang bila Sadom sedang dimusnah, tapi JANGAN INGAT PUN UTK SELAMATKAN Negeri Sadom.



Ronn said…
MP Pas kena kosongkan kerusi tak kalau joint parti baru?
Izuddin said…
Kalau nak ikutkan kena laaa ada by elections, tapi semua tu kerenah yg tak menguntungkan UMNO. Maka dibiar status quo.
Unknown said…
Salam.

Sebenarnya kalau nak mempertabatkan Islam ada berbagai cara tak semesti melalui Pas atau mana mana parti politik. Tidaklah boleh kita kata ahli umno tidak berusaha kearah itu atau Pas lebih Islam.

Semuanya terpulang pada hati dan niat individu. Mana mana kerajaan yang mempertabatkan agama Islam dikira sebagai negara Islam, walaupun tiada hukum hudud.

Semua manusia tidak akan terlepas dari ujian termasuk ahli agama. Banyak yang lulus dan banyak juga akan gagal. Adalah lebih malang bagi mereka yang mempergunakan agama untuk kepentingan keuntungan sendiri.

Ada 2 perkara yang laris untuk dijaja...bangsa dan agama dari sejarah ribuan tahun.

Tiada umat islam yang beriman yang berani menolak hudud. Tetapi cara dan bentuknya yang sahaja dipertikaikan...termasuk dipertikaikan oleh ahli Pas.

Pada pendapat memperjuangkan kemungkaran adalah sama pentingnya kalau tidak lebih penting dari hudud mengikut keadaan semasa di Malaysia.

Ahli Pas, Pakatan atau sebahagian umat Islam di Malaysia berpendapat adalah lebih baik Pas dan Pakatan menguasai pentadbiran negara dahulu..sebab ini adalah lebih mudah untuk promote agenda Pas. Lihat sahaja bagaimana BN melakukannya dengan GST......hebat dan berjaya.....dah kurang pun orang bercakap tentang GST.....dah terima.

Banyak isu tidak jelas dikalangan bukan islam mahu pun islam. Tiada negara yang boleh ditadbirkan dengan 2 sistem perundangan yang berlainan. Mereka tidak boleh mengatakan hudud hanya untuk Islam dan tiada kena mengena dengan bukan Islam.

Sebagai contoh sekiranya mangsa adalah bukan Islam dan penceroboh, pencuri atau perogol adalah umat Islam. Mungkin mangsa tidak bersetuju dengan cara pengadilan yang menolak penggunaan dna, sains dan standard saksi di mahkamah sekular.....ini semua hendaklah diterangkan dan didik.

Begitu juga penerangan tentang takzir selain 
Hudud bagi kes kes yang tidak menepati piawai beban saksi yang berat bagi Hudud.

Juga penjelasan kebaikan hudud seperti pihak Kerajaan terpaksa menggantikan atau memberi pampasan 2x ganda dari apa mangsa kerugian dan banyak lagi.

Matlamat dan objektif Hudud sebagai tools untuk membendung /menguruskan kemungkaran masyaratkat dan bukan lah sebagai ultimate punishment. Ini semua hendaklah di perjelaskan.

Apa yang Pas dah lakukan sepanjang 61 tahun berjuang dan mencanang Hudud ini dari utara ke selatan tanahair dan sabah sarawak?

Mungkin ada tapi tak pernah diketengahkan. Adakah buku-buku, kertas putih(white paper), website dan sessi atau bengkel bengkel penerangan kepada masyarakat atau dialog; Islam dan bukan Islam, NGO, parti politik lawan atau kawan.
Saya rasa ahli Pas pun tak faham.

Saya meletakkan kegagalan ini serta kegagalan mendisplinkan anggota sehingga Pas berpecah ini diatas bahu pemimpin iaitu TGHH seperti juga PM Najib bagi BN.

Saya tidak berparti tetapi telah mengundi calon Pas pada 2 pilihanraya lepas(bukan kawasan YB) atas dasar dasar Pakatan Rakyat. Saya menyokong YB Khalid dan saya rasa YB Khalid cemerlang dalam melaksanakan tugas YB selama ini dan mendapat penghormatan rakyat Malaysia amnya.
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Izuddin said…
Umno telah politikan Hudud berjanji akan laksanakan jika Pas setuju KELUAR dari PAKATAN. Tapi si hadi ni tak reti SAINS POLITIK...dia letak sebelah kaki dalam PAKATAN, kaki sebelah lagi luar PAKATAN....haha. Bodoh betoi lah hadi ni.

YB, jgn delete comment saya ni. Saya pasti ramai akan gelak bila naca comment saya ni.
darkjustice said…
Tunggu apa lagi.... bla lah

isyarat jelas dari akar umbi telah dilaksanakan .. bukan satu atau 5 orang, seluruh parasait dan barus sudah kami bungkamkan

seawal tahun 80han saya mengikuti 'perjuangan anda'..waktu itu golongan anda tidak ramai, tetapi setelah ramai, akhirnya terserlah wajah sebenar ..

al maklumlah bahawa iblis itu mampu menyerupai berbagai wajah.. kecuali wajah Nabi !!!

Beramboslah .. kerana kami bangga bersama sama para ulamak dan merasa terlalu hina untuk menjadi barua kepada kafirun dan musyrikun !!!
Izuddin said…
Bila hadi letak sebelah kaki dalam PAKATAN dan sebelah kaki lagi luar PAKAATAN, kita akan lihat HADI TERKANGKANG...haha. Elok laa Hadi KANGKANG, NAJIB KANGKONG...haha

Hmmm harun din dah keluar comment, itu tanda dia gelisah.

YB, ko gasak lagi dengan comment2 logics biar hadi dan si harun ni gelisah dan keluar comment2 merapu.

Harun ni tergedik gedik masuk PAS sebab dia percaya ANWAR tak bersalah meliwat Azizan. Rasanya dia ni dah seronok popular dengan gelaran Ulama Majlis Syura....he now can PLAY DICE in PAS.



Izuddin said…
Azmin is under pressure. TSKI is now pressuring Azmin.

A pact of PAS + PKR = 28 (with TSKI PAS friendly)

A pact of PAS + DAP = 29

To make a pact of PAS + PKR (30 seats) viable, at least 2 BN rep will quit UMNO and become PAS friendly.

Izuddin said…
TSKi is pressuring Azmin to quit, and the reason given is the water deal is unsettled.

It is a hint to Azmin to 'work out' things( a PAS/PKR pact to oust DAP from Selangor government) and he can still remain the MB. If not his job as MB will get difficult/troubled.

Unknown said…
YB and the gang (G18) istihar je keluar parti dan jadi wakil bebas.... ni masih bergantung dengan PAS juga.. apa cerita?. takut penyokong YB lari ke? Jangan risau ramai akan sokong YB kan....
Izuddin said…
Nak masuk PAS, hadi kena lulus permohonan. nak keluar pas pun hadi kena lulus permohonan.

Elok hadi je lah pecat sapa dia nak. Hadi takut nanti kena lulus permohonan semua penyokong pas progresif kot...haha

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.