Skip to main content

Kopi Susu dan Pakatan Rakyat

Polemik semasa adalah samada Pakatan Rakyat masih wujud atau sebaliknya. DAP dengan tegas menyatakan Pakatan Rakyat sudah terkubur. PKR melalui kenyataan Presidennya, DSWA, telah menyatakan kekecewaannya terhadap usul muktamar PAS dan kenyataan DAP sambil menyebut bahawa “Pakatan Rakyat tidak lagi berfungsi secara formalnya”. PAS melalui kenyataan yang dibuat oleh Datuk Mustapha Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang baharu, menyatakan bahawa Pakatan Rakyat masih wujud tetapi ‘pengsan’. Pada pagi semalam, 20 Jun 2015, TGHH pula menyebut bahawa Pakatan itu tetap wujud selagimana ada dua parti yang terlibat.

Kesemua kenyataan yang ini, walaupun dilihat bercanggah, ada kebenarannya dan oleh itu tidak hairanlah apabila sebahagian besar masyarakat menganggap ianya mengelirukan. Ia menyebabkan persoalan asal, samada Pakatan Rakyat masih wujud kelihatan seolah-olah masih tidak dijawab!

KOPI SUSU

Untuk menjelaskan keadaan yang sedang wujud, biar saya berikan contoh yang mudah difahamai semua, iaitu contoh ‘Kopi Susu’.

Kopi susu adalah ‘Kopi susu’, selagimana campuran bahannya adalah kopi, susu dan gula. Apabila dikeluarkan susu, maka ianya menjadi Kopi ‘O’. Kalau dikeluarkan gula selepas itu, maka ia menjadi Kopi ‘O’ kosong. Walaupun ianya masih Kopi, tetapi 3 jenis Kopi itu tidak sama malah jauh berbeza. Hanya yang tidak berapa 'betul' akan cuba mengatakan bahawa ‘Kopi susu’ adalah sama sahaja dengan Kopi ‘O’!

Maka begitu jugalah dengan Pakatan Rakyat. Ianya gabungan 3 parti iaitu PAS, PKR dan DAP. Apabila salah satu parti dari tiga parti itu keluar, maka walaupun ianya masih lagi ‘Pakatan’, sepertimana yang ditegaskan oleh TGHH, pokoknya ianya bukan lagi ‘Pakatan Rakyat’. Sekiranya ianya di antara PAS dan PKR sahaja, ianya sudah menjadi satu Pakatan Baharu yang boleh dinamakan sebagai Pakatan PKR-PAS. Boleh juga diwujudkan Pakatan lain sekiranya PKR ‘menduakan’ PAS dengan mewujudkan ‘Pakatan PKR-DAP’.

PAKATAN RAKYAT SUDAH TIADA

Pokoknya, setiap parti sudah bebas dari ikatan Pakatan Rakyat apabila salah satu parti komponen mengisytiharkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. Dengan erti kata lain, parti tersebut telah keluar dan dengan itu yang tinggal tidak lagi dinamakan sebagai Pakatan Rakyat. Maka dalam suasana itu, setiap parti bebas bergerak mengikut kehedaknya sendiri. Tiada lagi sebarang ikatan antara mereka kerana Pakatan Rakyat sudah tiada.

Dalam kenyataan Presiden PKR, beliau telah menyatakan bahawa PKR menyokong kerajaan Kelantan yang dipimpini PAS dan menyokong juga kerajaan Penang yang diketuai DAP. Ini merupakan pendirian PKR terhadap kerajaan PAS di Kelantan dan terhadap kerajaan Penang di bawah kepimpinan DAP.

Kenyataan ini perlu dibuat kerana pendirian DAP terhadap kerajaan Kelantan dan PAS terhadap kerajaan Penang adalah berbeza. DAP sudah tidak bersama PAS dan dengan itu tidak menyokong kerajaan Kelantan di bawah PAS. PAS pula, kecuali ingin melakukan U-turn, telah memutuskan hubungan dengan DAP dan dengan itu tidak lagi menyokong kerajaan Penang di bawah DAP.

Saya rasa tidak mungkin PAS melakukan U-turn dan kenyataan TGHH yang menyebut bahawa “dua parti memadai untuk mewujudkan Pakatan” adalah konsisten dengan keyakinan saya ini.

PAKATAN DI SELANGOR

Presiden PKR turut menyebut harapan beliau bahawa PAS dan DAP akan terus menyokong kerajaan Selangor di bawah kepimpinan YAB Azmin Ali. Walau apa sekalipun yang diputuskan oleh PAS dan DAP berhubung Selangor, yang nyata adalah Pakatan Rakyat sepertimana kita kenali selama ini sudah tidak wujud.

Yang boleh diwujudkan sekarang di Selangor adalah samada ‘Pakatan PKR-PAS’ dan ‘Pakatan PKR-DAP’ atau kedua-duanya secara serentak. Pakatan PKR-PAS boleh diwujudkan di Kelantan, atau sebaliknya PAS boleh bersendirian di situ. Pakatan PKR-DAP pula boleh diwujudkan untuk Pulau Pinang. Pakatan PKR-PAS dan Pakatan PKR-DAP boleh pula diwujudkan secara serentak di Selangor.

Mungkin untuk Selangor kewujudan Pakatan antara PAS, PKR dan DAP boleh dirundingkan kembali. Namun ianya merupakan sesuatu yang sukar apabila hubungan dan kerjasama antara PAS dan DAP diputuskan sepertimana yang dituntut dan didesak melalui usul DUPP. Oleh itu pendekatan dua Pakatan serentak untuk Selangor kelihatan sebagai satu-satunya pendekatan yang boleh diguna-pakai. Asas kedua-dua Pakatan perlu dirundingkan antara PKR dan PAS dan juga PKR dan DAP.

Namun bagaimana masalah ini ingin diurus perlu diserahkan kepada saff pimpinan untuk menyelesaikannya. Mereka telah berkerja keras untuk menjadi pimpinan, maka adalah diharapkan bahawa mereka akan mampu menanganinya dengan baik.

SIFAT PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat turut mempunyai sifatnya tersendiri dengan dasar ‘common policy framework’ atau ‘kerangka dasar bersama’ yang bertujuan untuk menyelaras ketiga-tiga parti apabila mereka bergerak sebagai satu Pakatan.

Ia mempunyai mekanisme penggubalan dasar tersendiri iaitu ‘government by consensus’ atau ‘mentadbir berdasarkan persetujuan bersama’ yang telah turut merupakan salah satu ciri utama Pakatan Rakyat.

Ia turut mempunyai kaedah untuk menangani perbezaan yang disedari kewujudannya dari sejak asal, iaitu kaedah ‘agree to disagree’ atau ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’.

Samada dasar-dasar itu akan terus dipegang oleh ketiga-tiga parti yang terlibat dan samada ianya akan diserapkan di dalam Pakatan PKR-PAS atau Pakatan PKR-DAP terpulang kepada perundingan yang bakal dilakukan. Sudah pasti Pakatan PKR-PAS tanpa adanya DAP akan berbeza berbanding Pakatan PKR-DAP tanpa PAS.

Dikhuatiri akhirnya akan didapati sama sahaja.

KESIMPULAN

Bagi saya kedudukan Pakatan Rakyat adalah jelas dan nyata. Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. Istilah ‘pengsan’ atau komatose, tidak berfungsi secara formal atau sebagainya adalah hanya istilah-istilah yang mengaburi hakikat sebenar. Lebih awal diakui keadaan yang sebenar, maka adalah lebih mudah untuk mengusahakan pembaik-pulihan dan pembetulan sekiranya perlu. Tiada manafaat menipu diri dengan mengatakan kesemuanya baik dan OK sedangkan pada hakikatnya ianya sebaliknya.

Ada yang berkata bahawa seseorang itu hanya akan menghargai sesuatu apabila sudah kehilangannya. Mana tahu secara tiba-tiba selepas tiadanya Pakatan Rakyat, yang kuat menghentam Pakatan Rakyat siang malam tiba-tiba berubah dan mula menghargainya! Mungkin tiba-tiba akan disebut bahawa diperlukan Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan BN yang sedang tenat.

Sekiranya itu berlaku; persoalannya, adakah ianya boleh dipercayai?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Monkey Code said…
Sekiranya PKR (angkara Azmin Ali*) berdolak dalik serperti PAS, adalah lebih baik bagi rakyat Malaysia yang pro PR dahulu menyertai Part Baru yang akan ditubuh dalam masa yang terdekat ini atau menjadi ahli dalam DAP.

Rakyat Malaysia yang pro PR ada 2 pilihan:

1) Bersama dengan parti baru yang akan ditubuhkan oleh kumpulan G-18, yang sedia maklum quality pendirian dan prinsip mereka yang ikhlas, setia dan istiqamah dalam perjuangan mereka. Saya yakin parti baru ini akan mendapat kejayaan yang luar biasa dalam PRU 14 akan datang..berkemungkinan pada 2017/18.
Contoh terbaik parti baru ini adalah parti AKP Turki, walaupun usianya muda tetapi berjaya memenangi majority pilihanraya Turki.

2) Bersama-sama dengan DAP, yang semua sudah maklum tentang quality mereka yang berprinsip, professional, anti rasuah, amanah, tegas, efficient, adil, berani dan membela semua kaum di Malaysia ini. Rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak perlu rasa gentar atau risau tentang nasib mereka, yang mana telah terbukti dengan jelas keadilan DAP pada umat Islam..
1) hampir 1000 jawatan diberikan pada PAS di P.Pinang, walaupun PAS hanya mempunyai 1 kerusi saja.
2) DAP membantu rakayat Kelantan yang ditimpa bala banjir besar baru2 ini dengan membina rumah baru untuk mereka, hatta tidak menjadi keberatan untuk mereka membina Mesjid sekalipun.
3) DAP bukan sebuah parti perkauman seperti UMNO, yang hanya untuk kaum Melayu. DAP membuka pintu mereka pada semua kaum2 lain di Malaysia…yang terbaru menjadi ahli mereka ialah Pak Samad (sasterawan negara), bekas pemuda PAS Johor Sheikh Omar dan aktivis Norazimah Mohamad Noor.
4) Membela keadilan dan nasib rakyat, hingga sanggup kepenjara walaupun berlainan bangsa: contoh LGE, dalam kes rogol seorang gadis bawah umur oleh Ketua Menteri Melaka dahulu.

*Pemuda PKR gesa pemimpin Pakatan hentikan kecaman, segera berunding
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pkr-gesa-pemimpin-pakatan-hentikan-kecaman-segera-berunding#sthash.yTum0pwt.dpbs
Unknown said…
Daripada bertelagah PR hidup atau mati ,lebih baik buat pos mortem secara objektif kenapa kepimpinan membuat masaalah sendiri yg BESAR/KRITIKAL yg seolah olah BUNUH DIRI.Jgn paksa diri dgn amanah kepimpinan yg mana rakyat macam saya jadi hakim nya.
Selepas PR mampus,lebih baik melakar strateji yg effektif utk mengalahkan musuh utama/pertama UMNO/BN diPRU 14 yg tinggal 1000 hari saja lagi.Peluang utk menang terbuka luas dgn keadaan mereka sekarang.
Elakkan perdebatan yg sia sia sbb nasi sudah jadi bubur!
Izuddin said…
Samada hadi nak U turn atau tidak, DAP takan terima hadi dan apa yg hadi nak U turn.

Buat saja PASMA. Ia boleh jadi alternatif kepada PAKATAN BARU(PKR-DAP-PASMA). Nanti saya bagitau Anwar supaya dump Hadi. Dan kita akan lihat Hadi jadi Ulama Sombong dan Bongkak

PAKATAN LAMA(PKR-DAP-PAS) dah boleh bungkus nasik lemak
BumiPerak said…
Pakatan Malaysia.. PM
Izuddin said…
macam mana nak sokong pas lagi? presiden pas ni chauvinist...malah SEMUA pemimpin baru pas ni chauvinist.....haha.

TAKAN NAK TUNGGU 2 tahun lagi untuk halau hadi keluar pas masa muktamar?

TIDAK ! Kita buat PAKATAN BARU lawan UMNO
Wira Raya said…
Salam kepada semua, siapa yang mematikan PR. Di Sabah dan Sarawak, DAP awal-awal lagi telah mematikan PR. Sementara di peringkat pusat, DAP mematikan PR setelah usul DUPP tanpa bahas memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas oleh muktamar. Seperti yang dijelaskan oleh PAS, usul itu perlu diputuskan oleh Majlis Syurak dan JWK PAS Pusat tetapi sebelum itu dilakukan DAP sudah menggunakan itu sebagai punca atau sebab mengisytiharkan bahawa PR sudah mati! Soalannya di sini ialah adakah DAP ada kuasa membuat perisytiharan tersebut? Adakah DAP mempunyai kuasa veto untuk menetapkan status PR, iaitu sama ada PR wujud atau tidak wujud? Tapi yang peleknya ialah apabila DAP mengisytiharkan PR mati banyak pihak dengan mudah setuju membabi buta! Mari kita berbalik kepada analogi dalam artikel ini, iaitu 'kopi susu'. Dikatakan kalau minuman yang dirujuk ialah 'Kopi susu'. Dalam kopi susu ada 3 komponen: kopi, susu pekat manis,dan air (sbenarnya gula tidak diperlukan lagi untuk kopi susu). Komponen utamanya ialah 'kopi' dan 'susu'. Kalau air kopi itu tidak dibubuh susu, ia menjadi kopi 'O', dan kalau dibubuh 'susu', menjadilah ia kopi susu. Justeru, tanpa susu atau dengan susu, minuman itu tetap disebut sebagai 'kopi'! Begitu jugalah PR atau Pakatan Rakyat. DAP keluar dari PR, adakah DAP secara rasmitelah menarik dirinya keluar dari PR seperti DAP Sarawak? Atau DAP pusat tu acah-acah aje nak keluar tetapi tak berani nak isytihar secara rasmi, Maka, walaupun DAP keluar Pakatan masih wujud mungkin bukan PR yang ada DAP di dalamnya tetapi PR yang terdiri daripada PAS dan PKR. Nampaknya PAS lebih faham makna PR berbanding yang lain. PR boleh dikatakan TIDAK WUJUD LAGI ATAU SUDAH MATI APABILA PAS ATAU PKR JUGA MENGISYTIHARKAN KELUAR DARI PR!
Asrul Sani said…
Dalam isu ini saja kita sudah nampak "denial syndrome" kumpulan ulamak Hadi ni.... mereka sendiri sudah pening lalat dengan tindakan yang dibuat. Sekejap sudah pasrah mahu putuskan hubungan dengan DAP. Esok berbelit lidah bercakap bahawa keputusan mahu berpecah belum diputuskan. GILA! Gila kuasa, fikiran sudah bercelaru. Saya rasa majoriti ahli PAS mahukan parti baru. We are ready!
JinPakaiTuncit said…
assalam, tuan

in my opinion, you would be wasting a lot of time and resources in forming a new party.

if you are truly for the rakyat, you would join DAP.

that would send a powerful message to all.
Izuddin said…
YB join PAS utk perjuang ISLAM. Mana boleh perjuang Islam dalam DAP. Perlembagaan DAP takda ISLAM tapi ada KEADILAN KEMANUSIAAN.

PAS kini bukan perjuang Islam tapi perjuang RASISMA MELAYU guna ISLAM.

Perjuangan Islam ialah KEADILAN utk SEMUA MANUSIA(cina, melayu, indu, dll).

HADI dan GENSTA rasa depa MUSLIM dan layak perjuang ISLAM yg mana keutamaan ialah RASISMA MELAYU. Hadi dan GENSTAnya rasa DAP tak layak perjuang KEADILAN KEMANUSIAN.

MONKEY CODE said…
BYE BYE PAS...DUDUK LAH BAWAH TEMPURONG SAMPAI KIAMAT..

WIRA RAYA,
LANTAK KAU LE, YANG PASTI KAMI RAKYAT MALAYSIA AMAT BAHAGIA DENGAN AKAN TERTUBUHNYA PARTI BARU SELEPAS RAMADHAN NI....PARTI UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEADILAN DAN PERSAUDARAN SESAMA RAKYAT YANG BERBILANG BANGSA DAN AGAMA. SEBUAH PARTI ISLAM YANG PROGRESSIVE UNTUK MAJU KEHADAPAN.
---------------------------------------------------------------

Pemimpin yang disingkir membentuk kumpulan 'G18', Mat Sabu Presiden dan Salahudin Ayub jadi timbalan

http://gigitankerengga.blogspot.com/2015/06/pemimpin-yang-disingkir-membentuk.html.
------------------------------------------------
Parti yang menggabungkan semua masyarakat sivil di negara ini terutama badan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi membentuk satu wadah baharu politik Malaysia berteraskan Islam yang lebih progresif berbanding parti lama mereka (PAS).

Selain bersatu dengan PKR dan DAP, wadah baharu itu akan menghimpun semua NGO Islam di Malaysia yang mempunyai cita-cita sama.

Dzulkefly berkata, sepanjang Ramadan ini kumpulan berkenaan akan mengadakan mesyuarat bersama pertubuhan Islam dan bukan Islam serta pemimpin masyarkat di seluruh negara bagi menjelaskan peranan pergerakan itu
Unknown said…
Yang jahat di sini ialah DAP. PKR comprises 3 parties who has originally declared to band together to form Pakatan. It is a 3 party consensus. How can DAP unilaterally declared Pakatan is dead when the other 2 parties have not made any formal statement. Anwar just said Pakatan is still alive contrary to his wife opinion. So if you want to declare Pakatan is dead, all three parties must make that statement.
Now DAP blames PAS for the Pakatan disintegration, but they are the one who started the disintegration by cutting ties with the leaders of PAS. When they cut ties with PAS leadership it is ok, but when PAS cut ties with them it is not ok. WHAT KIND OF LOGIC THINKING IS THAT??
Izuddin said…
PAKATAN RAKYAT comprised of 3 parties. Without one party, its not PAKATAN RAKYAT anymore.

PAS can go with PKR, if PKR wishes, and form another PAKATAN RAKYAT which comprise of 2 parties.

PAS also can go with UMNO and form another PAKATAN RAKYAT.

If no party wants to go with PAS, then PAS can go crawl back, using their SIKU & LUTUT, under the tempurung and croak like the FROG

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.