Skip to main content

Video Pilihan Raya PBT: Pandangan TGHH dan Saya

Sidang media berhubung pilihan raya PBT telah dibuat untuk menjelaskan lagi pendirian saya dan juga pendirian part. Ini merupakan kesinambungan daripada penulisan saya tempohari mengenai Pilihan Raya PBT, Pendemokrasian dan 13 Mei. Pada dasarnya wakil yang dipilih adalah lebih baik dari wakil yang dilantik. Dalam soal Nazir dan AJK Masjid telah pun terbukti di Selangor. Jelas yang dipilih seperti sekarang jauh lebih baik dari yang dilantik dulu. Begitu juga dengan soal PBT. Hanya kemungkinan akan timbul masalah tertentu tetapi ianya boleh ditangani dengan diadakan kaedah pemilihan yang tertentu.


Walaubagaimanapun, terdapat ramai juga yang menyatakan bahawa pandangan saya berbeza dengan pandangan TGHH dalam soal Pilihan Raya PBT. Bahawa saya menyanggah kenyataan TGHH. Disertakan di sini video ucapan TGHH semasa Liqa Fikri PAS Pusat pada Disember 2014 yang lepas. Dengar baik-baik, khususnya bila TGHH sebut dipenghujung, "kalau nak buat, ada caranya..."

Maksudnya, masalahnya bukan pilihan raya PBT itu sendiri tetapi keputusan pilihan raya tersebut yang dijangka akan menghasilkan suasana penguasaan PBT oleh kaum tertentu. Sila dengar dan faham. Jangan jadi para pembodek yang menyokong tanpa memahami pendirian sebenar pihak yang disokong dan ingin dibodek. Sehingga berlebih-lebih dan ingin 'mengharamkan' dengan sewenang-wenangnya sesuatu yang pada dasarnya baik dan halal. Mengharamkan yang halal adalah satu kesalahan besar!


WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Izuddin said…
Dey hadi, pergaduhan kaum 13 mei,1969 berlaku BUKAN akibat dari local council election(lce)...duh..dia ni ckp merapu laaaa.

Kedua, apa kena mengena lce dgn penduduk bandar tidak terdiri dari org bukan islam? lce ni adalah utk memilih orang2(tak kira lah dia org islam atau bukan islam)yang layak berkhidmat membangun negeri utk rakyat negeri.

Ketiga, lce ni bukan pilihanraya idealogi parti politik. Ice ni bertujuan memilih orang2, tak kira dia islam atau tidak islam, yang bukan perasuah, bukan pemakan rasuah tapi yang bijak, yang aktif, yang sanggup, in short yang bersih cekap dan amanah. hang ingat bila pilih orang Islam gerenti dia bersih cekap amanah ka? Piiiraaaaa hang...pengurus tabung haji yang orang Islam pun kena jail sebab CBT daaaa.

Kempat, lce baru cadangan, tapi hadi dah prejudice ia akan membawa padah perkauman dan menjejas hubungan kaum. Orang yang banyak prejudice ni takan bawa apa2 kemajuan. Skrg kita tau pasaipa PAS tak kemana tapi pi mai pi mai masih tang tu...haha

Kelima, sapa kata kampung2 menghidup bandar? orang2 kampung yang hidupkan businesses di bandar ka? tak logik langsung dia ni. Listen you. A city is built to be self sustaining...and local council elections intend to do just that, whether the kampong folks like hadi likes it or not.

Kenam, dan sapa2 pun(termasuk pak haji kampong) boleh di pilih kalau dia berkebolehan membuat sesuatu bandar jadi self sustaining !!!!!!!!

Ketujuh, ya mmg ada cara tapi bukan setakat kata begini begitu.

Kelapan, kalau scope calon2 lce ditentukan dan dibahagi-bahagi kpd wakil dari ngo, wakil jabatan kerajaan...itu bukan election TAPI PERLANTIKAN DAAAA !!!!!

Dan hadi akhiri pidato dia dgn statement RACIST -

"jangan buat pilihanraya dan 'dia' kuasai bandar. kalau 'dia' kuasai bandar akan timbul ketegangan kaum, nak 13 Mei sekali lagi"

Takda guna kau ikut Islam

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.