Keputusan PRU14 sekarang telah diketahui umum. Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambil alih Putrajaya dan negeri-negeri di seluruh Negara kecuali Perlis, Pahang dan Sarawak yang kekal bawah BN sambil Kelantan dan Terengganu jatuh pada PAS.
Walaupun akan ada yang berkata bahawa PAS telah berjaya dengan keputusan anatara yang paling cemerlang dalam sejarahnya, hakikatnya ianya sebenarnya boleh jauh lebih baik dari itu. Malangnya, sifat gopoh dan kurang yakin kepada pendekatan yang diikutinya sejak zaman reformasi telah menyebabkan PAS semakin terpinggir dari arus perdana politik negara. Ia kembali sebagai parti pantai timur dan kawasan kampung Melayu setelah beraksi cergas di pantai barat dan kawasan bandar pada tahun-tahun pasca reformasi. Cogan kata “PAS for all” kian tidak kedengaran dan PAS kembali sebagai parti bersifat eksklusif memperjuangkan agenda khas bagi masyarakat Muslim dan Melayu.
Comments
Berikutan dari itu timbul kemarahan lalu mereka mungguna kekerasan(memukul muka dan kepala mengguna lengan dan tidak buku lima) sehingga terjatuh dari kerusi.
Berlaku tindak-balas dan telah menimbul kemarahan yang amat ekstrim, jerit-perit dan keriau menegak benang masing2, kebencian mendadak, etc...lalu berlaku pergelutan antara mereka dan akibat dari pergelutan tersebut salah seorang terjatuh dari tingkap. tbc
Coretan diatas hanya lah SATRIACAL dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, mau yang hidup atau yang mati.