Skip to main content

Adakah Kau Lupa? (Bahagian I)

Beberapa hari yang lepas saya telah diforwardkan sebuah tulisan melalui WhatsApp yang kononnya datang dari Mokhtar Senik iaitu Ketua Dewan Ulama PAS Pahang. Dalam tulisan ini nama saya telah disebut beberapa kali sebagai salah seorang yang ingin memalukan TGHH dengan tujuan menjatuhkannya. Saya harap tulisan itu bukan datangnya dari Mokhtar Senik dan saya yakin beliau sebagai Ketua Dewan Ulama Pahang tidaklah sebodoh itu. Ianya tulisan yang hanya layak dikeluarkan oleh seorang Ketua Dewan Juhala’ bukan Ketua Dewan Ulama’.

Namun demikian, walaupun saya yakin ianya bukan dari Mokhtar Senik, biarlah saya jawab tuduhan tersebut satu persatu. Dan untuk memudahkan, biarlah saya gunakan gelaran ‘MS’ semasa menjawab. Ianya tidak ditujukan kepada Mokhtar Senik kerana saya tidak tahu dengan pasti ianya tulisan beliau, walaupun setakat ini masih tiada sebarang penafian yang dikeluarkan oleh beliau.

1. KENYATAAN 10 AHLI PARLIMEN MENYOKONG KENYATAAN TGNA

Peristiwa ini berlaku pada bulan Julai 2009. TGNA telah mengeluarkan kenyataan menolak sebarang usaha kerjasama dengan UMNO/BN termasuk Unity Government dan menyeru PAS mengukuhkan PR sepertimana yang diputuskan dalam Muktamar 2009 yang baru sahaja belalu. Menyahut seruan TGNA, maka 10 Ahli Parlimen membuat kenyataan menyokong seruannya.

Mengikut MS, kenyataan menyokong TGNA adalah bertujuan memalukan TGHH. Maka MS seolah-olah mendakwa beliau kasyaf dan tahu niat sebenar 10 Ahli Parlimen PAS tersebut, iaitu bukan untuk menyokong TGNA sangat tetapi untuk memalukan TGHH! Tidak sangka saya, keluarkan kenyataan menyokong TGNA pun dianggap salah! Dan sekiranya menyokong kenyataan TGNA memalukan TGHH, maka adakah dimaksudkan TGNA juga ingin memalukan TGHH melalui kenyataannya! Dakwaan bodoh!

Adakah kau lupa, wahai MS, apa yang telah berlaku sebelum itu, iaitu pendedahan Abdullah Badawi bahawa adanya rundingan rahsia dengannya oleh wakil PAS; permohonan maaf Dato Mahfuz kepada semua ahli PAS kerana membuat penafian adanya rundingan dengan UMNO, sedangkan ada; dan sebagainya. Akhirnya Nasharuddin dan Mustapha Ali, kalau tidak silap saya, dimarahi TGNA dan mereka berdua memohon maaf. Tiada pula TGHH dianggap terbabit. (Sila tonton video di bawah ini).


Bagaimana MS mengaitkan isu ini dengan TGHH saya pun tidak tahu. Kalau TGHH terlibat maka sudah pasti TGHH pun turut minta maaf dan beliau akan pertahankan Nasharuddin apabila digugurkan dari Majlis Syura Ulama. Akan tetapi tidak. Tiada siapa mengaitkan TGHH dalam isu ini kecuali MS. Oleh itu, bukan kami yang ingin memalukan TGHH tetapi sebaliknya MS sendiri dengan mengaitkan TGHH dalam isu ini.

Hakikat bahawa kisah yang berlaku pada 2009 turut diungkit kembali menunjukkan betapa terdesaknya MS untuk membuat ‘kes pertuduhan’ terhadap saya dan 9 orang Ahli Parlimen. Itu pun atas hujjah bodoh iaitu kesalahan menyokong kenyataan TGNA! Kalau bawa ke mahkamah bebas, sudah pasti dibuang kes. Lagipun sejak 2009, TGHH telah menang tanpa bertanding jawatan Presiden dalam muktamar 2011 dan 2013. Maka bagaimana ingin dikaitkan dengan dakwaan adanya usaha menjatuhkan DS Presiden sejak 2009 lagi? Sekiranya benar dakwaan tersebut, tidakkah sepatutnya pada 2011 ada yang mencabar Presiden?

2. SEMINAR KHAS UNTUK PERLEKEHKAN DS PRESIDEN

MS sebut juga satu seminar khas yang dakwanya diadakan khas untuk memperlekehkan dan memalukan DS Presiden. Ianya diadakan pada 2009 juga dan di Dewan KUIZM, Markas PAS Taman Melewar. Pembentang kertas kerja adalah Professor Dr. Abu Hassan dan Professor Dr. Aziz Bari. Kedua-dua pembentang kertas kerja mendedahkan kelemahan DS Presiden di depan ahli PAS secara terbuka dan amat sangat memalukan DS Presiden.

Adakah kau lupa, wahai MS, seminar itu merupakan seminar tertutup. Khas untuk pimpinan sahaja. Tiada wartawan dan tiada media. Ianya seminar khas bertujuan mengenal pasti kelemahan PAS dan pimpinannya dari kaca mata masyarakat umum. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan PAS yang perlu diatasi supaya PAS boleh berperanan dengan lebih cemerlang lagi sehingga menjadi pemimpin kepada PR. Maka penerimaan terhadap PAS oleh masyarakat umum dikemukakan berdasarkan culaan yang dilakukan dan seterusnya tindakan yang perlu diambil.

Dalam erti-kata lain, sememangnya PAS ingin mendengar kritikan dan teguran supaya kita dapat perkukuhkan kedudukan kita. Oleh itu kita tidak bolehlah merasa terkejut atau tersentak dengan laporan yang diterima. Namun, apa yang dilaporkan tidak semestinya kesemuanya dipersetujui.

Saya tahu, MS jenis yang tidak biasa mendengar kritikan dan teguran. MS lebih selesa sekiranya terus dan sentiasa disajikan halwa telinga iaitu puji-pujian dan dilambung tinggi. Gelaran ulama’ dan waris para nabi sentiasa ingin diulang-ulangkan. Maaf, walaupun itu mungkin kesukaan MS tetapi bagi kami, mencari formula yang boleh melonjakkan imej PAS sebagai parti Islam yang membela semua golongan yang tertindas di dalam masyarakat adalah lebih penting. Oleh itu teguran dan kritikan lebih bernilai dan diinginkan dari pujian yang melambung-lambung. Berhati-hati dengan puji-pujian.

Saya masih ingat bahawa walaupun TGHH sememangnya tersentak dengan sikap berterus-terang dua pembentang kertas-kerja tersebut, namun beliau tetap setia menulis segala yang ditegur mereka. Beliau tidak melihatnya sebagai serangan peribadi tetapi teguran berhubung kelemahan yang perlu diatasi. Ada yang diterima dan digunapakai, ada juga yang ditolak atas sebab tertentu.

Walau apa pun, peristiwa seminar ini lebih menaikkan imej DS Presiden di kalangan pimpinan yang hadir dari menjatuhkan imej beliau. DS Presiden dilihat sebagai pemimpin yang sanggup mendengar teguran dan kritikan, sebahagiannya berhubung diri DS Presiden sendiri dan ini adalah sifat yang terpuji bukan sifat yang keji. Tapi MS tidak akan mampu faham hujjah ini.

Bagi otak yang semacam MS, hanya puji-pujian sahaja yang bernilai. Sesiapa menegur dan mengkritik, dia musuh dan mesti dijatuhkan walaupun melalui fitnah yang keji. Fitnah menjadi halal dan diharuskan MS menjadikan PAS parti yes-man, pembodek dan pengampu? Buatlah parti sendiri, jangan rosakkan PAS. Sejak bermulanya kepimpinan ulama dalam PAS pada 1982, PAS telah menjadi parti yang sentiasa terbuka untuk ditegur dan dikritik. Itulah hasil latihan ulama sebenar.

Sekali lagi peristiwa yang sudah berlalu hampir 6 tahun lepas yang diungkitkan. Ini jelas membuktikan betapa terdesaknya golongan ini untuk mencanangkan propoganda palsu bahawa ada komplot tersusun rapi sejak 2009 untuk menjatuhkan DS Presiden. Sambil mereka pula adalah penyokong DS Presiden yang tulin. Maka undilah mereka demi DS Presiden!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Dan said…
Terbaik! ALLAHUAKBAR!
zakwan said…
Kalau UMNO ada Bung Mokhtar, PAS ada Mokhtar Snake
Kedua2 perosak parti masing-masing
Tidak, itu bukan typo
mohd shahran said…
ms dan msu lah ni dah jadi golongan haram jadah bahasa yang baik untuk mereka. .ulamak adalah penyelesai masalh now ulamak dalam pas punca masalah, pengadu domba, mana ilmu dan akhlak islam yang dibelajar.. kritik presiden adalalah tanda tak wala. kritik timbalamn presiden tak pe tak ada wala
Izuddin said…
Memfitnah itu lebih selamat di laku daripada membunuh.

Selagi ada pemimpin2 PAS mengata umno adalah musuh, selagi itu lah umno akan gagal.

Setakat mengata itu(PAS dan umno tidak akan berkhawin)adalah bersikap conservatif(iaitu LAPOK).

Tak mau kahwin dengan UMNO tapi dok pi berASMARA dengan UMNO...haha
Unknown said…
Salam HKS,
Pencerahan yang mantap. Inilah hujah yang perlu bagi mematahkan adu domba dan fitnah yang dilemparkan oleh parasit yang berselindung atas nama MS. Saya harap MS akan menafikan jika benar nama beliau disalahguna. Namun MS perlu memberi hujah balas jika ianya memang dari MS.
opisboi said…
ulamak sepatutnya berakhlak pewaris nabi tapi ulamak sekarang macam pewaris papagomol.
Asrul Sani said…
Mokhtar Senik elok tuka nama kepada Mokhtar Arsenik...bahan toksin merbahaya kepada kesihatan ummah!
Unknown said…
MS ni agen kot.semacam jer...
Unknown said…
Kesian. Ini gara2 nk jatuhkan ulama. Tulisan penulis upahan pun diulas panjang lebar.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.