Skip to main content

Seluar Dalam Saiful Peningkan Pendakwa?

Oleh: Mohamed Hanipa Maidin

Saya ditanya oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said di kantin Mahkamah tentang peluang Anwar dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan. Saya jawab agak sukar untuk diramalkan. Secara berjenaka saya kata kepada Pak Samad mungkin Anwar akan dibebaskan kerana seluar dalam Saiful dan saya jelaskan kepada beliau mengapa saya berpendapat begitu. Setelah mendengar ulasan saya, Pak Samad secara berjenaka berkata " nampaknya seluar dalam Saiful boleh menjadi alibi Anwar!

Saya akan jelaskan di sini mengapa seluar dalam Saiful tidak mustahil boleh membebaskan Anwar. Bagaimanapun sebelum itu saya ingin berkongsi dengan pembaca antara intipati hujah para peguam Anwar dalam rayuan ini. Banyak isu yang dibangkitkan oleh para peguambela Anwar namun saya akan berkongsi hanya beberapa isu yang dibangkitkan.Kita tahu Anwar dituduh melakukan sodomi ke atas Saiful dan bagi pertuduhan sodomi , sepertimana tuduhan dalam kes rogol, pendakwa perlu buktikan elemen paling penting iaitu tusukan ( penetration ) ke dalam anus Saiful.

Peguam Anwar berhujah mahkamah rayuan tersilap apabila mengatakan pendakwa telah berjaya membuktikan tusukan dalam keadaan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa penuh dengan aneka keraguan. Antaranya peguam Anwar berhujah Saiful mengatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan dalam keadaan dikatakan jelly KY digunakan. Ini suatu yang tidak munasabah.

Peguam juga berhujah bagaimanakah dalam keadaan Saiful menyatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan tapi tidak ada sebarang atau sedikitpun kecederaan atau koyakan kepada anus beliau di mana fakta tersebut diakui oleh semua doktor yang melakukan pemeriksaan fizikal ke atas anus beliau. Semua tahu 4 orang doktor , satu dari Pusrawi dan 3 dari Hospital Kuala Lumpur telah memeriksa Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah wujudnya percanggahan keterangan Saiful semasa di Mahkamah dan keterangan beliau kepada Pegawai Penyiasat, Jude Pareira dan doktor di mana di Mahkamah beliau katakan beliau diliwat selama 5 minit manakala dalam keterangannya kepada Jude Pariera dan doktor beliau memberitahu ia diliwat selama 30 minit. Jika sekalipun diandaikan benar Saiful diliwat secara kasar dan menyakitkan selama 30 minit mengapakah tiada kecederaan atau koyakan ke atas anus Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah yang lebih pelik lagi meskipun Saiful menyatakan dia telah diliwat dengan secara kasar dan menyakitkan dan tanpa kerelaannya namun sehari selepas tarikh kejadian yang dikatakan itu beliau masih boleh berada di rumah Anwar. Peguam tunjukkan kepada Mahkamah gambar Saiful di rumah Anwar dalam keadaan wajah, menurut peguam, yang tidak menunjukkan beliau adalah mangsa liwat!

Sebagai peguam yang ada pengalaman mengendalikan kes rogol saya rasa mana mana peguam atau orang awam sekalipun pasti akan rasa aneh jika seorang mangsa yang dikatakan diliwat atau dirogol tanpa kerelaannya masih boleh hadir ke rumah peliwat atau perogol tersebut apatah lagi sehari selepas kejadian. Apapun kita lihatlah nanti bagaimana Mahkamah Persekutuan menilai dan memutuskan hujah peguam Anwar tersebut.

Mengenai hujah tentang seluar dalam Saiful peguam Anwar berhujah begini. Bagi membuktikan Anwar meliwat Saiful pendakwa mengemukakan dua seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di mana kedua dua seluar dalam itu ditandakan sebagai eksibit P14 dan P15. Eksibit P14 merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa hari kejadian iaitu hari yang Saiful katakan Anwar meliwat beliau.

P15 pula merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu tarikh yang berbeza dengan tarikh kejadian. Maknanya seluar dalam yang dipakai semasa hari kejadian dan hari Saiful membuat laporan polis adalah dua seluat dalam yang berbeza.

Peguam Anwar berhujah jika benar Anwar meliwat Saiful sudah tentu ada kesan air mani di seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di eksibit P14 iaitu dipakai masa hari kejadian.Tapi seluar dalam di P14 , menurut peguam Anwar, telah dibasuh oleh ibu tunang Saiful. Oleh itu menurut peguam Anwar P14 secara forensiknya tidak berguna ( forensically useless ) kerana sebarang kesan air mani, jika ada, akan hilang kerana bahan bukti telah dibasuh !

Yang lebih pelik hujah peguam Anwar seluar dalam yang dipakai Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu P15 tiba tiba mengandungi kesan air mani !

Peguam Anwar berhujah bagaimanakah Anwar boleh disabitkan melakukan liwat ke atas Saiful berdasarkan kesan air mani yang terdapat di seluar dalam yang dipakai di hari yang bukan hari kejadian !!!

Adakah Anwar akan dibebaskan kerana misteri keterangan seluar dalam Saiful kita sama samalah tunggu dan lihat nanti apabila Mahkamah memberikan keputusannya nanti.

Comments

Asrul Sani said…
Itu tak jadi masalah kepada hakim mahkamah kangaroo untuk berhujah....kan Sayfool mendakwa dia tidak berak dan tidak kentut selama beberapa hari sehingga laporan polis dibuat bagi menyimpan bukti dalam jubur dia....oleh itu seluar dalam kedua ada kesan air mani. Mungkin seluar dalam yang ketiga akan muncul...siapa tahu.... ini kan Malaysia Boleh
Johan said…
Dulu-dulu, mana datang asap jika tiada api, mana datangnya DNA dalam dubur kalau tiada penetrasi. Pening!
Izuddin said…
I dont know why Anwar gave Brionic suit to bloodyfool. But the bloodyfool didnt complained he was sodomised while in Singapore, HK, etc when he followed Anwar.

No, Anwar didnt say 'Can I f**k you today? He said, F**k you, why are you late. And the bloodyfool complained Anwar fucked him...haha.

Shafee didnt dare rebut GSR contentions that the fool is not a creadible witness.

Shafee only gave GSR his piece of mind - he is pissed off at GSR for secretly agreeing to be defence lead counsel which took even me by surprised. I think madey is pissed off too.

When you SEAL IT, youre not supposed to open it but keep it safe. If the SEAL is broken, its considered null & void...it has created a reasonable doubt the specimen is NOT and will NOT be tampered or adulterated.
Izuddin said…
Pi'ee tak tanya mana mai air maniMale Y tu dalam jubur. Statement Pi'ee tu adalah pertuduhan.

Begitulah kaedah diguna utk 'stress & convince'.

Pi'ee tidak pun rebut contention GSR tiada berlaku penetrasi jubur kerana perakuan saiful jubur dia sakit tidak BENAR. Pi'ee tak boleh terang pasaipa jubur saiful sakit walhal saiful dah awal2 lagu sapu KY dalam jubur dia...haha ....
Jika bnar saipul kna liwat...Ngapa saipul tk bg seluar dalam yg di pakai ms pi rumah dsai keesokan yg hnya lps kna liwat 1 hr saje tu
Anonymous said…
Lawak. Mula-mula DSAI menyenaraikan ramai alabi, sampai Isterinya pun jadi alabi. Tup-tup akhirnya hanya seluar dalam aje yang sanggup jadi alabi. Semua alabi tu tak muncul. Mana pergi semua alabi? Pandai sangat cipta pesepsi, akhirnya geng sendiri mengaku yang alabi hanya seluar dalam.

Tak perlulah kita ni nak jadi hakim negara. Malaysia dah ada hakim. Kalau semua kita nak debat pasal kes, tak kemana. Hujuah-hujah ni pun semua atas dasar persepsi saja. Lebih banyak berkalau-kalau. Lebih baik tunggu aje keputusan mahkamah.

Kecualilah kalau DSAI boleh kemukan alabi dalam bentuk manusia sebagamana yang beliau dakwa ada.
Izuddin said…
Menggarut lah. Kalau tak reti perundangan, jangan membebel babi buta lah.

Babi pun tak membebel macam ko !
Izuddin said…
Anwar was advised to go into exile. Journalists too seeked to understand about sentiments on a probable reconciliation between anwar and madey.

Anwar wants to clear his name from the sodomy accusations. The government must be looked wrong in their persecution. Pi'ee is aware of this 'political' proposition.

I think madey will give in and let the federal court acquits anwar...but on condition anwar MUST retire.

Someone known as khalid is the middle man to look for a better settlement for anwar and madey.

i feel, t he court will acquits anwar...and anwar will retire....his last sacrifice for Malaysia.

I am sure Anwar do not wish malay to lose malaysia and become a non malay country like Singapore

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.