Skip to main content

Arak: Pendirian Islam Liberal?

Ada yang menegur saya dengan mengatakan pendirian saya berhubung Oktoberfest adalah pendirian ‘Islam Liberal’. Saya agak terkejut atas teguran ini dan ianya adalah bukti bahawa yang menegur saya tidak memahami apa yang dikatakannya sendiri. Oleh kerana kelihatan agak ramai yang tidak faham, maka saya ingin perjelaskan di sini apa itu sikap Islam Liberal berhubung arak.

SIKAP ISLAM LIBERAL BERHUBUNG ARAK
Islam Liberal menganggap bahawa arak itu haram atas sebab ianya memabukkan. Oleh itu dirasionalkan bahawa kemabukan adalah masalah sebenar dan bukan arak itu sendiri. Maka dirumuskan seterusnya bahawa sekiranya tidak mabuk maka ianya tidak haram. Oleh itu dikatakan meminum arak itu halal bagi ummat Islam sendiri selagi tidak mabuk. Kalau bagi orang Islam dianggap halal selagi tidak mabuk, sudah pasti mereka lebih Liberal terhadap yang bukan Islam. Itu pendirian Islam Liberal.

SIKAP ISLAM EKSTRIMIS/CHAUVANIS BERHUBUNG ARAK
Pada masa yang sama ada juga sikap Islam ekstrimis/chauvanis. Islam ekstrimis/chauvanis menganggap arak itu haram bagi ummat Islam dan oleh kerana ianya haram bagi ummat Islam, maka bukan Islam pun tidak boleh minum arak kerana perlu hormat kepada orang Islam. Maka Islam ekstrimis/chauvanis menganggap arak itu haram untuk orang Islam dan oleh itu maka juga haram bagi orang bukan Islam. Mereka menjustifikasi pendirian mereka atas hujjah sekiranya ianya dibenarkan maka Allah akan turunkan bala ke atas masyarakat keseluruhannya. Maka atas hujjah umum sebegitu hak bukan Islam disekat dan orang bukan Islam ditindas.

Bagi golongan ini persoalan hak dan sebagainya tidak merupakan persoalan utama. ‘Hak’ mengikut mereka adalah ciptaan barat. Mereka tidak memahami bahawa tindak tanduk mereka menjadi faktor penghalang masyarakat bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri menolak Islam. Soal ‘bil hikmah’, ‘jaadilhum allati hiya ahsan’ dan sebagainya adalah tidak lagi releven. Yang penting adalah ketundukan manusia kepada Islam samada secara rela atau paksa!

Maka akhirnya isunya berubah dari soal hak meminum arak bagi yang bukan Islam kepada ‘kekuasaan Islam’ yang semua perlu tunduk padanya. Apabila dilihat dari sudut ini maka akan tercetus perbalahan di antara yang Islam dan bukan Islam kerana masing-masing ingin mempertahankan hak dan kekuasaan masing-masing. Suasana sebeginilah yang merupakan suasana yang subur untuk munculnya golongan seperti ISIS dan ISIL. Inilah sikap Islam ekstrimis/chauvanis.

SIKAP ISLAM BERHUBUNG ARAK
Apa pula pendirian Islam yang sebenar? Pendirian Islam adalah arak itu haram bagi ummat Islam. Hukum bagi yang bukan Islam pula adalah berdasarkan ajaran agama mereka. Sekiranya ianya haram mengikut ajaran agama mereka maka ianya haram ke atas mereka dan ketua-ketua agama mereka hendaklah bersuara mendorong penganut agama mereka supaya menjauhkan diri mereka dari meminum arak. Mungkin ianya boleh dikuat-kuasakan dengan kerjasama kerajaan seperti mana dengan ummat Islam. Samada ianya haram atau tidak mengikut ajaran agama mereka perlulah ditetapkan oleh ketua agama mereka, BUKAN ditetapkan oleh orang Islam.

Sekiranya ianya tidak haram mengikut agama mereka maka mereka dibenarkan meminum arak, lebih-lebih lagi sekiranya ianya dilakukan secara tertutup dan peribadi. Sekiranya ianya ingin dilakukan melalui sesuatu majlis, samada dalam perayaan keagamaan atau kebudayaan, maka mereka hendaklah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa dan mengikut apa jua syarat yang ingin dikenakan oleh pihak berkuasa. Syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) mencerminkan waqi’ masyarakat dan persekitaraan di mana majlis tersebut ingin diadakan.

Syarat yang dikenakan akan mengambil kira waqi’ masyarakat dan persekitarannya. Dalam persoalan ini perlu saya jelaskan bahawa suasana masyarakat Kelantan jauh berbeza dengan suasana di Selangor. Maka syarat yang dikenakan di Kelantan akan pasti berbeza dengan syarat yang dikenakan di Selangor. Di sini terletaknya ‘keanjalan’ Islam. Syarat ini merupakan persoalan ‘ijtihadiyyah’ dan oleh itu boleh berbeza dari satu tempat ke satu tempat mengambil kira keadaan dan kebiasaan.

Ada yang menghantar kepada saya tulisan berhubung beberapa fatwa yang pernah dikeluarkan mengikut Mazhab berhubung syarat yang dikenakan ke atas masyarakat bukan Islam menjual dan meminum arak pada ketika itu. Mungkin mereka yang menghantar maklumat ini kepada saya tidak sedar bahawa waqi’ masyarakat Selangor sekarang ini juah berbeza dengan waqi’ masyarakat pada zaman kerajaan Abasiyyah. Oleh itu ijtihad yang dibuat oleh ulama’ pada ketika itu dalam soal syarat yang perlu dikenakan ke atas masyarakat bukan Islam dalam soal meminum arak adalah sesuai dengan realiti atau waqi’ masyarakat masa itu.

Sebagai gerakan Islam, cabaran yang dihadapi PAS adalah untuk mempengaruhi waqi’ dan kefahaman masyarakat sehingga arak dilihat sebagai sesuatu yang mampu merosakkan masyarakat. Ini diusahakan melalui kerja dakwah dan penerangan. Apabila waqi’ masyarakat berubah sehingga meminum arak dianggap sesuatu amalan yang negatif, maka syarat yang akan dikenakan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan semakin ketat dan sukar dengan persetujuan semua pihak. Ini samalah dengan persoalan merokok dan proses pengawalan amalan merokok yang semakin ketat. Pokoknya ini semua perlu berlaku melalui proses ‘persuasion’ iaitu pujukan/penghujjahan dan bukan ‘coercion’ atau paksaan.

Pada masa sama kita bertanggung jawab untuk menyakinkan yang bukan Islam akan jaminan keadilan Islam terhadap mereka bahawa hak mereka tidak akan dicerobohi. Jangan sekali-kali diberikan gambaran bahawa Islam ingin menundukkan mereka tetapi sebaliknya membela dan melindungi mereka. Ini termasuk hak mereka untuk mengikuti ajaran agama mereka dan apa yang dianggap halal dan haram bagi mereka mengikut agama mereka.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Izuddin said…
Lepuk sajalah kepala awak kalau tak boleh lepuk kepala yb

Statement yb berlapik ‘.......tetapi halal mengikut agama mereka’

Betul lah tu. Ugama kamu utk ugama kamu, ugama kami utk ugama kami.

Bodoh betul lah awak ni…haha
Abu said…
Izuddin, komen ko tu pandai la ye ?
Anonymous said…
Selama isu Oktoberfest ni, saya belum pernah lagi dengar dan baca, ada mana-mana orang Islam, tak kira PAS, ISMA, PERKASA, UTUSAN, UMNO, orang Islam marheen yang ada mengatakan orang bukan Islam dilarang minum arak kerana ianya haram bagi ummat Islam, maka bukan Islam pun tidak boleh minum arak kerana perlu hormat kepada orang Islam.

Jadi kalau YB ada terjumpa, sila tunjuk pada saya.

Kalau mereka tak sebut begitu, bermakna mereka ini semua bukan extremist.

Yang menjadi pertikaiannya ialah apakah rasional pihak bukan Islam membuat pesta arak secara terbuka? Sehinggakan siap naik billboard (adakah YB masih nak nafi perkara ini). Kita tidak menghalang mereka minum. Nak buat oktoberfest put buat, tapi buat dekat pub atau kelab tertutup. Malah itu juga yang dipraktiskan selama ini.

Isunya ialah pembudayaan suatu yang tidak sihat. Apatah sesuatu yang tidak mengendahkan sensitiviti masyarakat Islam dan juga Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Jadi YB, sila kemukakan kalau YB tau ada orang Islam yang tak hormat dan bagi hak orang bukan Islam minum arak? Yang saya tau, yang dok nak tutup kilang arak pun puak-puak pas jugak. Yang asyik kutuk UMNO pasal bagi orang bukan Islam minum arak pun puak PAS juga. Pas mengaut untuk politik dengan mempolitikkan isu arak dan UMNO. Dan hari ini YB tiba-tiba nak sekolahkan orang tentang hukum minum arak kalangan non-Muslim?

Tak tau la saya nak kata apa jenis ni. Tak terkata-kata. Nak kata bodoh pun tidak sebab segala hujah-hujah YB memang nampak benar. Tapi bila pikir balilk, kenapa masa dulu bila berpolitik jadi pembangkang, macam tak tau pulak segala hujah-hujah ini.
Izuddin said…
Ya ABU..Asal Bukan Umno
Izuddin said…
paderi tak minum beer, depa minum wine sebab wine is a 'FINE DRINK' dan depa kata 'Christ turned water into wine', maka depa amik ayak ini sebagai referral(dalil) arak umumnya dibenar. tp itu interpretasi mereka dan ia jadi ugama depa dan BUKAN ajaran Christ.

Christ TIDAK turned water into wine. Tapi Christ kata Water is WINE(a fine drink).

Contoh interpretasi sebegini lah yang dimaksudkan dalam rujukan ayat 'ugama kamu utk kamu, ugama kami utk kami'.

Ramai melayu kata depa Muslim dan depa kata kira depa 'selamat lah dari api jahanam' kerana depa tak minum arak...pooodah laaa.

Walau pun melayu Muslim ni tak minum arak, solat(itu pun mein-mein), zakat(tu pun rm7.50 setahun), haji(itu pun sekali sehidup), dll, tapi depa penyangak wang, penyangak rasuah...perangai macam setan, samseng, ludah sana sini...haha.
Unknown said…
Ini komen barua barua dlm pas... teruskan berjuang dlm PAS YB khalid
Izuddin said…
Fanaticism destroys common sense. Instead,it enslaves one.

I cannot believe it crossed his mind that sex orgies would be next after dog patting. If that didn't come from his mind, then it must come out from fanaticism, Perhaps from racism! Perhaps from hatred, prejudices, suspucions, superstitions, inferiority complex, etc.

Doesn't he knows there are sex orgies among malay juveniles going on before the dog patting event?

I'm so sad Malay Muslims are stupid. They are enslaved by a disease that struck their heart.

Dah tua tapi hati kotor !
Unknown said…
Setuju dgn poin grandmarquist.. Saya antara yg tidak setuju tindakan YB yg beriya2 mempertahankan hak Non Muslim utk minum arak tanpa meletakkan apa2 syarat. Semuanya boleh atas dasar kebebasan hak asasi individu. Maknakata pendirian YB dlm isu ini terlalu bebas & tidak hairan ada yg melabel YB sbg berpemikiran liberal.Wallau 'alam..
Izuddin said…
Kalau begitu, Nabi Muhamamd lagi lah GILA LIBERAL dari YB. maksud saya liberal fanatic. Dia benarkan majusi, nasrani, yahudi amal ugama(intepretasi) mereka. YA Nabi Muhammad "beriya2 mempertahankan hak Non Muslim utk minum arak tanpa meletakkan apa2 syarat".Dan Nabi Muhammad MELETAK SYARAT orang2 Islam TIDAK CAMPURI hal mereka.

YB buat apa yang NABI MUHAMMAD BUAT !

Kamu buat apa dia tu kata...haha

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-