Skip to main content

Di Antara Prinsip dan Pandangan

Pendirian DS Presiden PAS berhubung DS Wan Azizah sebagai seorang yang tidak layak menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, yang turut disokong Majlis Syura Ulama, sepertimana yang telah dikemukakan tempohari, telah memeranjatkan ramai, samada yang di luar atau di dalam PAS. Ianya mengejutkan kerana ia dikeluarkan hanya selepas beberapa hari setelah selesai mesyuarat PAS Pusat di mana nama DS Wan Azizah turut dicalonkan oleh PAS bersama nama Azmin Ali untuk jawatan berkenaan.

Pandangan DS Presiden ini telah dikemukakan berdasarkan Hadis Rasulullah (SAW) yang bermaksud:

“Barang siapa yang mewakilkan urusan orang Islam dia melantik seseorang memegang jawatan bukan kerana kelayakan tetapi kerana kecenderungan dia, kerana sebab-sebab puak dia, bukan kerana kebolehan dia, Tuhan tak terima tebusan duit, tebusan apa, sehingga diseret ke Neraka Jahannam”. (Seperti yang dipetik dari ucapan DS Presiden)

DS Presiden menekankan bahawa syarat hukum Islam bagi sesuatu jawatan ialah kelayakan, bukan kecenderungan atas sebab lain seperti kaum dan puak. Dalam erti kata lain, kita dilarang melantik orang yang tidak layak, walaupun dia dari kaum dan puak yang sama.

Saya berpendapat bahawa semua pihak yang bersikap adil akan bersetuju dengan prinsip yang ditegaskan melalui Hadis ini, termasuk juga parti yang tidak berasaskan Islam, seperti DAP dan PKR. Ianya merupakan prinsip yang terserlah kebenaran dan kebijaksanaannya secara jelas. Kebenaran dan kebijaksanaan yang jelas sebegini menjadikan Islam agama yang mempunyai daya penarik kepada semua, lebih-lebih lagi yang inginkan kebenaran dan keadilan dalam kehidupan masyarakat.

MEMISAHKAN PRINSIP DARI PANDANGAN

Amat penting bagi kita, khususnya orang Islam, untuk memahami di mana prinsip dan hukum, dan di mana pandangan. Dalam kes ini prinsip dan hukumnya adalah perintah untuk melantik orang yang layak dan larangan melantik orang yang tidak layak. Pendapat pula bermula apabila berusaha mengaplikasikan prinsip dan hukum ini. Siapa yang layak dan siapa tidak layak merupakan pendapat dan pernilaian mungkin berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Untuk berbeza pandangan dalam pernilaian terhadap kelayakan seseorang tidak bermakna menolak prinsip dan hukum yang terkandung di dalam Hadis tersebut iaitu prinsip yang ingin dipertahankan oleh DS Presiden.

Sebagai contoh, dalam pernilaian terhadap DS Wan Azizah untuk menjawat jawatan Menteri Besar, pandangan DS Presiden dan MSU menyatakan bahawa DSWA tidak layak. Sekiranya ada pula yang mengatakan beliau layak tidak bererti mereka tidak bersetuju dengan prinsip dan hukum yang terkandung dalam Hadis tersebut. Ia hanya merupakan perbezaan pendapat berhubung pernilaian terhadap DSWA, samada beliau layak atau tidak.

Dalam pernilaian yang dibuat oleh DS Presiden dan MSU, mungkin mereka melihat dari sudut tertentu. Sedangkan yang menyatakan DSWA layak melihat beliau dari sudut yang lain. Mungkin pernilaian mereka ditentukan atas keutamaan yang berbeza. Juga perlu diambil kira bahawa mungkin ada yang lebih mengenali DSWA berbanding DS Presiden dan MSU.

DASAR PERNILAIAN KELAYAKAN TERHADAP SESUATU JAWATAN

Kita selalu membaca pandangan para alim ulama’ bahawa yang paling layak untuk menjawat sesuatu jawatan bergantung kepada keperluan semasa. Selain dari sifat utama seperti amanah, bijak, rajin dan sebagainya, ada juga kelebihan tertentu yang boleh menjadi seseorang itu yang paling layak dalam keadaan tertentu tetapi kurang layak pada keadaan yang lain.

Contoh yang sering disebut ialah pemimpin pada zaman peperangan dan damai. Pada zaman peperangan, ciri kepahlawanan dan kebijaksanaan menyusun strategi perang adalah kelayakan yang amat diperlukan pada seseorang pemimpin. Pada zaman damai pula, mungkin sifat kebijaksanaan merancang pembangunan ilmu dan ekonomi adalah yang lebih diutamakan.

Maka penilaian terhadap siapa yang paling layak akan juga bergantung kepada kefahaman seseorang berhubung apa keperluan semasa yang terpenting pada sesuatu ketika.

SIFAT YANG DIUTAMAKAN OLEH PENYOKONG DSWA

Bagi yang mencadangkan DSWA sebagai calon yang paling layak, pernilaian terhadap keperluan semasa adalah seperti berikut:

  1. Kemampuan Menyatu-Padukan Kembali PR Dan PKR
    Kelayakan yang utama, selain sifat amanah, benar dan sebagainya yang merupakan asas, adalah kemampuan untuk menyatu-padukan kembali PR di Selangor dan di peringkat Nasional. DSWA diyakini akan berusaha ke arah ini kerana beliau jelas mempunyai sikap mengutamakan perpaduan PR. Ini terbukti dengan kesanggupan beliau menerima teguran pedas dari DS Presiden dan MSU secara positif, tanpa membantah dan memberi laluan kepada PAS bertanding di PRk Pengkalan Kubur, Kelantan.

    DSWA juga akan berusaha menyatu-padukan kembali PKR yang telah mula berpecah hasil pemilihan PKR dan krisis Menteri Besar Selangor. Dalam soal ini, DSWA mungkin merupakan satu-satunya ADUN PKR Selangor yang boleh menyatukan kembali PKR Selangor. PKR yang kuat dan bersatu adalah satu keperluan bagi PR mengambil alih di peringkat Putra Jaya. PAS seharusnya ingin melihat PKR yang kuat dan bersatu dan tiada untung bagi PAS sekiranya PKR berpecah dan lemah.

    Ini jauh berbeza dengan sikap TSKI yang jelas sanggup melihat berpecahnya PR, malahan mempertikaikan kewujudan PR itu sendiri. TSKI telah pada minggu terakhirnya bertindak sebagai batu-api, melaga-lagakan PAS dengan PKR dan DAP. Begitu juga sikapnya terhadap PKR itu sendiri.

  2. Kesanggupan Mengamalkan Dasar Syura Dalam Pemerintahan Selangor
    DSWA akan berusaha untuk menghasilkan perpaduan PR dengan mengamalkan dasar syura yang lebih berkesan di antara ketiga-tiga parti politik yang membentuk PR. Beliau akan mewujudkan majlis syura atau jawatan kuasa pemandu yang terdiri dari wakil ketiga-tiga parti yang akan berbincang dan dirujuk secara tetap dalam menentukan perlaksanaan dasar pemerintahan kerajaan PR Selangor.

    Ini juga jauh berbeza dengan pendekatan TSKI yang menganggap parti politik tidak perlu terlibat dalam kerajaan setelah terlibat di dalam proses pembentukan kerajaan berkenaan. Oleh itu TSKI tidak pernah memanggil PR Selangor untuk berbincang atau dirujuk semenjak pilihan raya 2013. Pada saya, Ini sebenarnya kelemahan TSKI yang terutama, bukan ‘sifat kedekut beliau’.

  3. Menjadikan Selangor Kerajaan PR Contoh
    DSWA berpegang teguh kepada wawasan untuk menjadikan kerajaan PR Selangor sebuah kerajaan contoh bagi Negara Malaysia. DSWA akan menentukan kecekapan yang ada pada ketiga-tiga parti digunakan sepenuhnya sehingga memungkin pencapaian terbaik kerajaan Negeri Selangor. Ianya akan diwar-warkan dan dilihat sebagai kejayaan PR. Kemampuan ketiga-tiga parti berkerjasama secara baik dan berkesan akan menjadi hujjah utama meyakinkan rakyat Malaysia untuk menyokong PR di peringkat Pusat.

    TSKI lebih mementingkan kredibiliti dan ‘kehebatan’ dirinya sendiri. Wawasan PR tidak diambil berat dan yang terpenting baginya ialah menentukan simpanan bertambah walaupun jalan tidak ditampal atau sampah tidak diangkut dengan secekap yang mungkin. Seolah-olah, baginya, harga termurah diutamakan, tanpa diutamakan kualiti.

  4. Mengutamakan Perlaksanaan Janji PR Semasa PRU 13
    DSWA memahami bahawa manifesto adalah janji yang dibuat PR kepada rakyat dan ianya wajib dilaksana. Sekiranya ianya tidak mampu dilaksanakan atas sebab tertentu, maka ia perlu dijelaskan kepada rakyat dan memohon maaf sekiranya perlu. TSKI sebaliknya kerana manifesto menurut beliau adalah bukan janji.

KESIMPULAN
Walaupun penjelasan di atas membandingkan DSWA dengan TSKI, dalam keadaan TSKI tidak lagi merupakan pilihan, namun ianya bertujuan untuk membuktikan DSWA adalah lebih baik dari TSKI. Oleh itu, sekiranya TSKI dianggap layak di atas sebab di atas, maka DSWA adalah lebih layak lagi.

Kekurangan yang ada pada DSWA boleh dibantu dan diatasi kerana beliau mempunyai sikap yang sesuai dan tepat. Walaubagaimanapun, kekurangan yang ada pada TSKI tidak boleh diperbetulkan kerana sikapnya adalah sebaliknya.

DSWA perlu dibantu oleh seorang Timbalan Menteri Besar, khususnya dalam tugasan berhubung majlis bersama DYMM Sultan Selangor. Keperluan ini membuka peluang kerjasama yang lebih mantap di dalam PR Selangor.

Saya sendiri hairan dengan penolakan terbuka yang dibuat terhadap DSWA. Sebenarnya seingat saya, ianya tidak pernah dibahas secara terperinci di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Malahan mesyuarat pada 17 Ogos telah bersetuju mencalonkan namanya sekali untuk jawatan MB. Oleh itu saya agak terkejut dengan penolakan ini, lebih-lebih lagi atas alasan remeh seperti tidak mampu berhujjah dan menjawab hujjah. Jika diikutkan, sebenarnya TSKI pun bukanlah sehebat mana dalam konteks ini.

Secara peribadi saya tiada masalah menyokong DSWA sebagai calon MB. Bagi saya kemampuan beliau jelas terserlah. Ramai golongan muda dalam PAS memperlekehkan kemampuannya sedangkan mereka sendiri belum diuji sepertimana DSWA pernah dan sedang diuji. Oleh itu, kepada golongan muda ini, saya sarankan agar mencermin diri dulu sebelum ingin memperlekehkan orang lain. Walaubagaimanapun, ini tidak bererti saya menganggap beliau lebih hebat dari TGNA atau TGHH, tetapi saya tidak menafikan kemampuan beliau.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Unknown said…
Encik yb khalid amat memahami mendalam hati budi wan azizah...tapi gagal memahami tuan guru yang ada diatas kepala yb..harap yb boleh cermin diri sebelum menasihat orang lain cermin diri....harap faham yb..ingat pesan tuan ibrahim tuan man...JANGAN TINGGAL ALQURAN lebih 3 hari
bat8 said…
YB

Saya amat bersetuju dan menerima sepenuhnya hadis yang tuan sebutkan dan menjadi sandaran hujah TGHH menolak DSWA.

Untuk perbincangan, sejarah kejatuhan kerajaan PAS Terengganu dan Kedah jelas m3mbuktikan hadis ters3but diguna secara terpilih untuk menguntungkan pihak TGHH sahaja.

Contoh yang paling klasik dan paling jelas ialah kelayakan TGHH sendiri untuk menjawat jawatan MB Terengganu yang meny3babkan beliau hanya mampu memerintah hanya sepenggal. Nak tak nak kelayakan TGHH untuk menjawat jawatan ini tidak dapat elak dibandingkan dengan TGNA kearana keduanya memileki asas pendidikan yang sama,bidang ugama. Kedua-duanya tidak memileki kemahiran teknikal diluar bidang ugama.Malah s3cara teoritikalnya, kemampuan TGHH mestilah jauh l3bih tinggi dari TGNA ( kerajaan TGHH patut bertahan lebih lama) kerana beliau adalah Presiden PAS.

Tambahan lagi Exco-exco PAS dibawah TGHH bukan calang2 individu. Almarhum Dato Haron Taib, Mustafa Ali. Sebahagian besarnya adalah heavyweights di peringkat nasional jika dibandingkan barisan Exco TGNA.

Jadi, persoalan yang akan selalu m3nghantui PAS dan TGHH secara peribadi, mengapa kerajaan PAS Terengganu pimpinan TGHH hanya mampu bertahan sepenggal. Sebenarnya cabaran yang dihadapi ol3h TGHH dalam mentadbir negeri jauh lebih kurang berbanding dengan yang dihadapi oleh TGNA terutama dalam 2 penggal pertama!

Ceritanya ialah kelayakan TGHH untuk memimpin. Kepimpinan itu sendiri tidak cukup untuk memikul tanggungjawab. Bakat kepimpinan itu sendiri adalah bakat. Either you have it or not and to wat l3vel of leadership tat u have is suitable.

Begitu juga dengan masaalah kerajaan PAS Kedah yang juga menerima nasib seperti kerajaan Ganu TGHH. Ciri2 yang sama juga kita sedang lihat di Kelantan sekarang pasca era TGNA. Tanda-tanda semakin jelas menunjukkan kerajaan PAS Kelantan pasca TGNA juga akan menurut jejak Kerajaan PAS Ganu TGHH dan Kedah - kerajaan sepenggal.

Seriously soal kelayakan yang dinyatakan diatas juga perlu dilihat dan diambil iktibar t3ntang kepimpinan TGHH s3bagai Presiden PAS s3karang.

Detail yang membawa kejatuhan kerajaan Ganu TGHH mungkin kita tidak tahu. Tetapi dengan kegagalan TGHH menunjukkan kepimpinan didalam isu MB Selangor hari ini telah m3mberi gambaran kepada kita t3ntang kualiti dan kebolehan TGHH dalam kepimpinan di abad 20.

Btw, komen saya mengenai TGHH adalah atas landasan beliau sebagai p3mimpin Politik. Saya amat menghormati beliau sebagai ilmuan dan Tok Guru.

Izuddin said…
USTAD hadi Awang dah TIDAK LAGI LAYAK jadi Presiden PAS.

Tok Guru Nik Ajis pun tak layak lagi jadi Murshidul Am PASS.

Kerana, mereka BERDUA dah STATIK DAN KETINGGALAN ZAMAN

ISlam SUITS ALL TIMES. Hadi and Aziz is not SUITABLE anymore.

Islam is about FREEDOM FROM OPPRESSIONS. It is meant for MUSLIMS (slaves who wish not to be forced to serve their slave masters, but FREELY do it) and BELIEVERS(those who shall not be forced to OBEY, but FREELY do it.
Unknown said…
saya suka penjelasan dari tuan... saya pun berpendapat begitu.
Unknown said…
Saudade Khalid,

Your arguments are flawed...the fact of the matter is,Pakiatan used tski popularity going into the election.

The correct thing to do is to have a by election,with dswa leading to see how much support she could garner.that would be the right thing to do

As I see it,dswa is stealing tski government.

We need more honest politicians......

As for you to publicly critising ttgha it looks like you have burnt the bridge in pas.time for you to move over to per and be with Dsai.
Anonymous said…
Apa yang anda harap dari PAS? Dahulu mereka gunakan ayat Quran dan Hadith untuk menjatuhkan UMNO, hari ini mereka gunakan untuk menjatuhkan sesama sendiri dalam PAS.

Apabila berkawan dengan tukang besi, alamatnya dapat bau tukang besi juga.
Unknown said…
Seorg ketua pembangkang (selama 6 bulan) yg memberi laluan kpd suaminya utk bertanding d permatang pauh atas alasan memberi lebih masa kpd urus keluarga berminat pula menjadi mb Selangor...

Apa x mungkin atas alasan yg sama jika d takdir dswa jd mb & dswa d penjara kemudian d bebaskan...dsai sekali lg melepaskan jwtn mb utk dsai. Permainan apakah ini?
man said…
Dah lama dah memahami TGHH sebab tu kita tau dia tu macam mana. Bukan saja 3 hari kalau tiap2 hari baca AlQuran pun cakap tarak selupa bikin tarak guna.
Salam pada semua.

1. Adalah menjijikkan sekali melihat pejuang-pejuang Islam, keadilan dan kebenaran bercakaran di media social dan mainstream media. Sepatutnya mereka pemimpin2 besar yang bergelar YB, DS, TS, TG dan macam2 lagi merasa malu kepada budak-budak dengan sikap mereka, apatah lagi bila mereka semuanya mendakwa memperjuagkan kebenaran.
2. Kalaulah kebajikan rakyat dan negara dan bangsa yang menjadi keutamaan, mereka semua seharusnya mencari kata sepakat dan tidaklah hanya menjunjung ego dan keras kepala masing2.
3. Langkah 2 yang "controversial" dan boleh menimbulkan salah-tanggapan seperti mengingini isteri sendiri memegang jawatan2 utama cubala dielakkan kerana ia menimbulkan "discomfort" dipihak lain.
4. Kecurigaan sesetengah pihak terhadap kesesuaian Presiden PKR ada juga asasnya. Lihat saja proses pemilihan dalam PKR yang memakan masa berbulan2 dan pertelingkahan yang berlaku dalam proses tersebut. Ianya mencerminkan kualiti pengurusan PKR, walaupun membershipnya tak sampai 100 ribu.
5. Kesemua pemimpin2 PR seharusnyan mencapai kompromi. Janganlah mau hanya kehendak sendiri yang dituruti. Bagaimana PR ingin mendapat keyakinan rakyat kalau dengan isu MB Selangor pun dah sebegini kecoh.
6. Pasti sekali ramai ADUN2 PKR yang berkebolehan yang mamou mengganti TSKI selain drp Presiden PKR. Kalaulah tiada yang berkebolehan memimpin Selangor, bermakna PKR dan PR telah gagal memilih calon2 yang berkualiti semasa PRU 13.
7. Saya harap para YB, DS, TS dan TG semua pikir2 lah dan sekali lagi malu lah pada rakyat jelata. Jagalh adab kalau anda mengaku memperjuangkan Islam dan kebenaran. Kalau tak tau menjaga adab dan tidak berasa malu didepan rakyat, janganlah mengaku berjuang untuk Islam.
Izuddin said…
Hoi....jangan jadi bodo lah. jangan bengap sangat.

Dengar SINI.

Zah jadi MB UNTUK PAKATAN mantap hadapi GE14 !!!!!!!

Berapa kali nak habaq ni?

Dah Sultan tak tau nak buat apa dah, hadi nak tolong Sultan....hadi sokong lagi sekali biar KI trus jadi MB...haha. Gila punya hadi. KI dah takda majority support daaaa. Cakap bodoh !

Agaknya hadi pun akan trus NAK JADI pesiden kalau dia dah hilang majoriti...keh keh. macam dia tu...saya nak adenan jadi KM sarawak dan saya jadi Gabenor Sarawak...haha
Unknown said…
Jangan tinggal Quran 3 hari.. Tapi guna ayat Quran dan hadith ikut selera nafsu selamanya... DI HARAP GOLONGAN YANG MERASA ALIM MENGHENTIKAN MENGGUNAKAN QURAN DAN HADITH IKUT KEMAHUAN MEREKA. JANGAN KAMU JUAL AGAMA DENGAN DUNIA POLITIK KAMU YANG CETEK ITU!!!!!!
Auslaide said…
nak selesai masalah simple je ni YB Khalid, Taat jelah kepada Pemimpin Parti, bukan taat kepada PKR. Kalau nak berjuang pendapat sendiri dan berdebat bertandinglah jawatan Presiden, kalau tak nak keluarlah parti dan masuk PKR.. Nah Berjuanglah habis2an...

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.