Skip to main content

Video: Krisis Selangor - Kenapa PAS Terasing?


Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad menegaskan keputusan PAS untuk terus bersama Pakatan Rakyat adalah relevan.

Jelasnya, ia adalah satu tindakan yang betul setelah meneliti perkara ini daripada segenap sudut.

"Kita buat tindakan yang betul. Kita lihat dari sudut berbeza. Saya akan lakukan apa yang perlu dilakukan," ujarnya semasa menjadi salah seorang panel wacana "Krisis Selangor: Kenapa PAS Terasing" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di ibu negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bagaimanapun mengakui masalah dalaman PKR menyebabkan PAS agak terasing dalam membuat keputusan mengenai pendirian parti terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ia berikutan parti PAS tidak akan membuat sebarang keputusan sambil lewa berhubung isu berkenaan.

"Dia (Khalid Ibrahim) tahu PKR tak sokong dia. Dia tidak lapor pada Datuk Seri Anwar tapi lapor setiap dua minggu sekali pada pimpinan PAS sehingga beri gambaran PAS tiada masalah dengannya.

"(Malah) exco-exco PAS diberi layanan baik berbanding exco PKR sehingga beri gambaran PKR yang bermasalah dan bukannya Khalid," ujarnya.

"Masalah dalaman PKR menyebabkan PAS terasing dalam membuat keputusan. PAS ini parti dan kita tidak akan main ikut-ikut sahaja," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, persoalan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) kini tidak lagi relevan berikutan 30 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Selangor menyatakan sokongan kepada Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

"Majoriti dah ada. Persoalan bubar DUN tak lagi relevan kecuali mendapat perkenan Sultan, " ujar beliau.

Berita ihsan AstroAWANI dan video ihsan pantaitube
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Istiqomah said…
Sebab banyak yang dah proxy PKR atau lajnah PKR. Semua jadi cacamarba.

Sekarang ahli parti tak perlu hormat pada sesiapa dan semua boleh bercakap apa dia suka.
Izuddin said…
Sebab hadi jumpa sultan secretly...haha
Anonymous said…
Pas adalah sebuah parti yang sangat memalukan.

Episod kebodohan politik pas

Basic politic 101 pun tak erti. Tak de respect dengan presiden, mahupun parti. Ahli boleh ugut parti, lepas tu buat selamba macam tak ada apa apa yang berlaku. Kepentingan parti sendiri tak penting. Kepentingan dan maruh presiden, majlis syura lagi tak penting. Yang penting ialah PKR dan DAP.

Macam mana mau memimpin umat Islam kalau parti sendiri pun tak boleh pimpin.
Izuddin said…
Sultan is returning earlier because PAS pecah tembelang Sultan jumpa hadi senyap senyap pada july 30...haha. kan saya dah kata jalan PAS bukan Jalan2 KU. Jalan2 KU lurus dan terang.

Siap ko hadi mesti kena belasah dgn Sultan.

nik ajis tak tau perjumpaan rahsia ni. skrg dia dah tau.

siap ko hadi mesti kena belasah dgn tok guru.

Tp kenapa kesengkongkolan ni? Jawapan RASISMA. walaupun kamu kata kamu muslim, tp kamu masih melayu rasis. Lebih terok dari rasisma ialah bila kamu benci mereka tidak muslim. Maka, sama lah kamu mcm kereka yang benci muslim.
Unknown said…
1.) Isu ini jelas menunjukkan pertembungan aliran di dalam PAS semakin tidak sihat dan jika tidak dikawal bakal membawa bala.
2.) Saya mengikuti forum tempohari dan boleh dikatakan saya setuju dengan apa yg telah tuan, Dr.Zhul, dan Sdr Suhaizan (termasuk Dr.Aziz Bari) sampaikan.
3.) Kalau tuan perasan sedikit sahaja yg cakna dalam memahami perkembangan ini terutamanya di media sosial, hatta di dalam blog pro PR seolah2 masih mencari2 cerita sebenar walhal di dalam forum saya kira cukup jelas apa yg tuan sampaikan. Contohnya, masih ramai yg mempertahankan TSKI walaupun penjelasan sudah dilakukan baik dari pihak PKR&DAP mahupun PAS (seperti pihak tuan).
4.) Lebih menarik, pimpinan PAS sendiri termakan taktik TSKI dengan strategi politik korporatnya mengutamakan PAS berbanding PKR&DAP.
5.) Buktinya ramai pimpinan PAS yg mempertahankannya seperti kenyataan Dr.Halimah Ali baru2 ini. Ini menimbulkan tanda tanya apakah PAS kurang saling 'feedback' sesama rakan PR dan hanya berbincang terus secara individu (TSKI) menyebabkan justifikasi sukar dilakukan oleh PAS?
6.) Jika soal bukti perlu diambil kira sdr Rafizi sudah menjalankan tanggungjawab tersebut secara professional, beserta rujukan dan nota kaki tetapi peliknya ada juga yg berkata tuduh/spekulasi.
7.) Diharapkan permasalahan dalaman PAS dapat diselesaikan dengan berhikmah, tidak sanggup kami melihat PR berpecah disebabkan individu2 yg tidak berpijak di dunia nyata serta sombong mengakui kekuatan jemaah PR berbanding bergerak sendirian.
8.) Dr Mujahid sendiri menyatakan terharunya perjuangan ini ketika menyaksikan bendera PAS dikibarkan oleh bukan Islam sebagai wadah perjuangan.
Izuddin said…
Bilal was a slave and as slaves he was oppressed to serve his master. But then, Bilal decided to serve Allah. And he was known as a slave of Allah, he was later freed. Thereon, other slaves who wanted to be free wanted and wanted to be slaves of Allah were called slaves of Allah. And the termed used to designate them was Muslim derived from Salam(peace at last and freedom from oppressions).

Now that Bilal was known as a Muslim or one who is free to serve Allah), he followed Islam(Quran and Sunna of Muhammad).

But PAS Muslims think one who follow Islam is specifically designated a Muslim. The Sahaba werent slaves . They were commoners, some are wealthy, some are even thieves, alduterers, sinners, etc and there not termed as Muslims(slaves of Allah) but followed Islam and Allah was pleased with them.

I too am not a Muslim but I follow Islam nonetheless.
kamilayub said…
Masalah PKR-PAS-DAP Insya Allah boleh selesai. Yang penting, selesaikan dulu isu MB.

Susah sangatkah nak bagi dua (2) nama? Adakah dalam ramai2 ADUN, hanya DRWA sahaja yang layak? YB Azmin, bukankah dia paling senior di Selangor? Peranan YB Khalid yang rapat dengan pimpinan PKR sepatutnya menasihatkan PKR agar tidak terlalu obses dengan langkah Kajang. Namapun langkah, tidak bermakna semua langkah adalah betul. Saya jangkakan, sekiranya PKR berkeras dengan nama DSWA sahaja, DUN akan bubar, pilihanraya akan diadakan, calon PAS tidak akan disokong rakyat pro-PKR/DAP, dan calon PKR/DAP tidak akan disokong proPAS. BN akan menang. Langkah Kajang - selangkah ke alam kubur...
kamilayub said…
Masalah PKR-PAS-DAP Insya Allah boleh selesai. Yang penting, selesaikan dulu isu MB.

Susah sangatkah nak bagi dua (2) nama? Adakah dalam ramai2 ADUN, hanya DRWA sahaja yang layak? YB Azmin, bukankah dia paling senior di Selangor? Peranan YB Khalid yang rapat dengan pimpinan PKR sepatutnya menasihatkan PKR agar tidak terlalu obses dengan langkah Kajang. Namapun langkah, tidak bermakna semua langkah adalah betul. Saya jangkakan, sekiranya PKR berkeras dengan nama DSWA sahaja, DUN akan bubar, pilihanraya akan diadakan, calon PAS tidak akan disokong rakyat pro-PKR/DAP, dan calon PKR/DAP tidak akan disokong proPAS. BN akan menang. Langkah Kajang - selangkah ke alam kubur...

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.