Skip to main content

Soalan Yang Perlu Dijawab MB Selangor Untuk Menyelesaikan Kemelut

Semalam iaitu pada 9 Ogos 2014, TSKI telah dipecat dari PKR secara tiba-tiba. Namun beliau mempunyai 14 hari untuk membuat rayuan.

Secara umum ianya urusan PKR dan saya tidak mahu memberi apa-apa komen. Walaupun begitu, saya cadangkan supaya TSKI membuat rayuan dalam tempoh yang diberikan dan pada masa yang sama menjawab soalan yang telah dikemukakan melalui sidang media pada 8 Ogos yang lalu. Ianya merupakan soalan yang hampir sama yang ditujukan kepada beliau oleh PKR dan ramai lagi penyokong PR. Saya yakin sekiranya semua isu ini dijelaskan dengan baik dan menyakinkan, kemelut ini akan selesai.


Bersama ini saya sertakan isi kandungan sidang media saya dan soalan yang perlu dijawab TSKI untuk rujukan bersama.

SURAT DARI PEJABAT SUA PARTI KEADILAN RAKYAT
Saya telah menerima surat dari pejabat SUA PKR pada 6 Ogos 2014, iaitu pada hari Rabu malam Khamis, semasa sedang makan malam di sebuah restoran. Ianya diserahkan kepada saya oleh Sdr Shabrimi, iaitu salah seorang pegawai PR yang duduk di Shah Alam.

Saya yakin surat ini belum lagi diterima, atau sekiranya telah diterima sekali pun, belum lagi sempat dibaca, oleh DS Presiden mahu pun anggota Majlis Syura Ulama’ apabila kenyataan mereka menyokong TSKI dibuat sebelum ini. Ini adalah kerana sokongan mereka berpaksikan keyakinan bahawa TSKI bersih dari sebarang salah guna kuasa dan tindakan pecah amanah. Surat yang diserahkan kepada saya oleh Sdr Shabrimi disertakan dengan beberapa bukti yang mencurigakan dan menunjukkan ianya mungkin sebaliknya.

Memandangkan tarikh mesyuarat AJK PAS Pusat telah pun ditunda, asalnya dari 10 Ogos ke 13 Ogos dan sekarang ke 17 Ogos, maka saya berharap agar kesemua persoalan yang ditimbulkan melalui surat SUA PKR ini dijawab oleh TSKI sebelum mesyuarat ini diadakan. Ke arah itu saya telah mengadakan sidang media di pejabat dan menimbulkan persoalan khusus yang perlu TSKI jawab bagi membersihkan nama beliau. Selepas sidang media tersebut saya telah menghantar melalui fax senarai soalan berkenaan kepada pejabat TSKI. Surat asal akan diserahkan melalui tangan insyaAllah pada esok pagi, Isnin 11 Ogos kepada TSKI.

Saya amat yakin bahawa sekiranya soalan ini dapat dijawab dengan baik dan memuaskan, lengkap dengan segala pembuktian, maka bukan sekadar sokongan PAS tetapi juga sokongan DAP dan PKR akan kembali padu terhadap TSKI. Di bawah ini saya sertakan senarai soalan yang telah saya kemukakan di sidang media berkenaan untuk dijawab oleh TSKI.

SOALAN YANG PERLU DIJAWAB TSKI
Adakah benar:
  1. Baki hutang TSKI dengan BIMB hampir RM 60 Juta pada tahun 2006 setelah sebahagian besar hutang tersebut dibayar melalui penjualan saham TS yang digunakan sebagai cagaran oleh BIMB?
  2. TSKI tidak bayar dan enggan bayar sehingga dibawa ke mahkamah?
  3. Pihak TSKI berhujjah hutang TS tudaj perlu dibayar kerana kaedah Bai’ Bitaman Ajil yang digunakan BIMB adalah bercanggah dengan Syariat maka BIMB melakukan sesuatu yang bercanggah dengan lessen perniagaannya dan oleh itu perjanjian pinjaman itu adalah tidak sah? (Ini satu hujjah yang amat pelik sekiranya benar! Mengapa untuk bayar hutang tidak sah, tetapi ambil hutang sah?)
  4. Bahawa apabila sudah sampai ke peringkat TSKI hampir kalah kes tersebut, tiba-tiba ‘penyelesaian luar mahkamah’ telah dicapai pada Feb 2014.
  5. ‘Penyelesaian luar mahkamah’ ini telah dilakukan tanpa melibatkan samada peguam TS atau peguam BIMB?
Harap TSKI dedahkan butiran penyelesaian luar mahkamah yang telah tercapai dan rahsia cara ‘melenyapkan hutan RM 59.5 Juta’ untuk pengetahuan dan kegunaan kami bersama.
  1. Bahawa penyelesaian luar mahkamah ini telah dirunding dengan bantuan dari TS Rashid Manaf?
  2. Bahawa TS berkata BIMB telah menarik balik saman di atas sebab TS akan saman PNB dalam masa 3 bulan lagi (pada masa itu) dan akan dapat RM300 Juta dan dengan itu akan bayar balik hutang TS kepada BIMB? Dan BIMB bersetuju dengan cadangan ini?
  3. Tempoh 3 bulan ini telah pun luput dan saman TS terhadap PNB masih tidak kelihatan?
Diharap agar TSKI boleh juga jelaskan bagaimana beliau tahu bahawa akan menang kes saman PNB dalam 3 bulan lagi dan tahu juga jumlah yang akan ditentukan oleh mahkamah?
  1. Tidak sampai sebulan selepas kes ditarik balik oleh BIMB melalui ‘penyelesaian luar mahkamah’ Tropicana Corporation Berhad telah menjual 308.72 ekar tanahnya kepada Ecoworld Berhad yang mana TS Rashid mempunyai kepentingan dan saham dalam Ecoworld Berhad?
  2. Bahawa 308.72 ekar ini adalah sebahagian dari 1,172 ekar tanah yang telah dijual oleh PNSB kepada Tropicana dengan harga RM 1.3 Billion tetapi melalui satu perjanjian yang amat menguntungkan Tropicana? Iaitu dibayarnya RM 50 Juta sahaja dahulu diikuti bayaran-bayaran baki melangkaui tempoh 18 tahun?
  3. Bahawa jualan ini dari PNSB ke Tropicana telah dilakukan semasa tempoh care-taker government setelah Parlimen dan DUN telah dibubarkan iaitu selepas 3 April 2013?
Harap TSKI dapat jelaskan keseluruhan latar-belakang penjualan dan pembelian ini supaya semua memahami sebab Tropicana diberikan layanan istimewa sedemikian rupa dan mengapa jualan Tropicana ke Ecoworld tidak dihalang kerajaan Negeri? Ini adalah kerana sambil Tropicana mendapat tempoh bayaran yang begitu baik, mereka telah mendapat wang segera melalui penjualan kepada Ecoworld Berhad.

Begitu juga dengan penjualan 1,172 ekar tanah kepada Tropicana semasa DUN telah dibubarkan. Adakah ini wajar dan beretika? Adakah ianya sebagai persediaan exit strategy TS sekiranya kalah PRU13?

  1. Bahawa sebulan selepas BIMB menarik balik kes TSKI, maka TS telah menandatangani MOU dengan Ecoworld Berhad yang menganugerahkan projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsa mampu milik yang dianggarkan bernilai RM 591 Juta?
  2. Bahawa pada asalnya projek berkenaan telah ditawarkan melalui open tender pada tahun 2010 dan kerajaan Negeri sedang pada ketika itu berunding dengan pihak yang telah disenarai-pendek dan ianya bukan Ecoworld Berhad?
Harap TSKI boleh jelaskan samada tawaran kepada Ecoworld ini telah melalui proses tender terbuka atau sebaliknya. Dan sekiranya sebaliknya, maka mengapa ianya dilakukan.

KESIMPULAN
Pada dasarnya surat SUA PKR menimbulkan kesangsian terhadap ‘kebebasan’ TSKI setelah beliau dibantu menyelesaikan hutang beliau sebanyak RM 59.5 Juta dengan BIMB melalui ‘penyelesaian luar mahkamah’ dengan cara yang agak mencurigakan. Kecurigaan ini bertambah apabila sebaik sahaja ianya diselesaikan, Ecoworld Berhad, iaitu syarikat di mana TS Rashid Manaf mempunyai kepentingan, telah mendapat projek dan berjaya membeli tanah melalui proses yang agak kabur. Kronologi peristiwa utama dalam drama ini adalah seperti berikut:
  1. 14 Mac 2014 - BIMB menarik balik kes terhadap TSKI secara rasmi setelah tercapai ‘penyelesaian luar mahkamah’ yang butirannya dirahsiakan. Dimaklumkan bahawa penyelesaian tercapai melalui bantuan TS Rashid Manaf.
  2. 19 Mac 2014 - Ecoworld Berhad menandatangi MOU untuk projek pembinaan 2,400 rumah pangsa mampu milik. TS Rashid Manaf memiliki kepentingan dengan Ecoworld.
  3. 25 Mac 2014 - Penjualan 308.72 ekar Tropicana kepada Ecoworld Berhad yang mana tanah ini adalah sebahagian dari 1,172 ekar tanah yang PNSB jual kepada Tropicana pada 2013 semasa Parlimen dan DUN dibubarkan.
Seorang Menteri Besar, mesti bebas dari apa jua ikatan yang boleh mendorong beliau bertindak dengan cara yang songsang dan tidak adil mengikut kepentingan pihak yang ‘memilikinya’. Oleh itu sekiranya kesangsian terhadap kebebasan TSKI dari ikatan sebegini rupa tidak dihapuskan, maka kelayakan TS untuk terus menjadi MB akan terus dipertikaikan. Tiada siapa inginkan seseorang itu sebagai MB sekiranya benar beliau telah dikompromi dan hidungnya telah dicucuk, walaupun dengan rantai emas bernilai berjuta-juta!

Saya yakin TSKI mampu memberi jawapan yang jelas dan menyakinkan dan dengan itu menyelesaikan segala kemelut berhubung jawatan MB Selangor yang sedang kita alami sekarang. Saya berharap agar jawapan akan dikemukakan dengan kadar seberapa segera, khususnya sebelum tarikh mesyuarat AJK PAS Pusat yang telah dijadualkan pada 17 Ogos 2014.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Izuddin said…
Mula2 10 Ogos,PASTU 13 Ogos dan sekarang 17 Ogos.

PASTI ka dak ni?...haha

Tau pasaipa 17 Ogos? Sebab kes rayuan anwar 14 Ogos.

Tau pasaipa 13 Ogos? Sebab tak sedar kes rayuan anwar 14 Ogos.

PASNI, tunggu TAKDIR.....haha.
(( Sidang Tertutup )) -Penyelesaian Akhir Krisis MB Selangor

Hakikat yg pasti, UMNO takut terkubur di Selangor Jika Wan Azizah menjadi MB Selangor... Mungkin Ya!

UMNO perlu menerima hakikat ini yg memulakan drama ini berlarutan kerana mengumumkan Anwar bersalah kes liwat beberapa hari sblm sempat bertanding di kajang... Kemaruk kuasa di negeri termaju ini, menjadikan UMNO sanggup buat apa saja... Tapi tak mungkin pd Wan Azizah.. UMNO sudah berada di jalan mati...

Tapi, jika pemimpin lain yg menjadi MB selangor, mungkin UMNO mempunyai jalan2 lain yg lebih mudah!

Tawaran yg ditawarkan UMNO hanyalah cerita dongeng...

Konflik Anwar dan Khalid bersifat sementara..

Khalid akan pulang ke pangkuan PKR melalui Anwar juga sebenarnya..

Jadi, jangan susah hati sgt ye :)


Sumber
>>> Klik Di Sini
Izuddin said…
Mat Sabu, mana hang senyap saja. Tunggu hadi rebah baru nak tunjuk muka penyek hang tu ka...hehe

Selalunya mat sabu ni advance intel dia. Dia sebut strategi rasisma umno dah menyelusup dalam PAS 3 hari sebelum dia, guan eng dan anwar bertemu setuju ganti khalid.

Rasanya mesti anwar sedar situasi ni, dan anwar terus juga dgn plan nak ganti khalid, bukan dgn zah, tp dgn azmin. tp ada orang nasihat anwar jgn letak azmin sebab umno dah plant team munafik umno dalam PKR utk reject azmin sekiranya azmin dicadang ganti kalid.

Bila saja diumum zah akan ganti kalid, tak sampai sejam zuhdi terus bangkang tak perlu tukar mb, sebelum tu dia senyap. dan esok nya hadi pula buat statement tak perlu tukat mb.

Plan jahat team munafik umno dlm pkr utk protest azmin ganti kalid GAGAL. Plan B team munafik umno dalam PAS kena lah jadi pencacai buat kerja kotor untuk umno...haha
Izuddin said…
Nik Aziz, hang dok diam. Jgn masuk campok. Hang tak tau apa2 dah lepeh hang pencen politik.. Munafik PAS rahsia semua ni dari hang. Anwar pun tak pi jumpa hang lg dah sebab respek hang dah sakit tak larat. Dia tak mau menyusah hang lagi.
Izuddin said…
Latest news is PAS will withdraw as Sgor state exco if umno ybs are invited to fill the vacant six.

1. Is it the intention of kalid to do away DAP and PKR out of Sgor State Govt????? Well, it looks like it. Now all Sgor State Exco are malays(PAS)…haha
2. Were the non malay exco members ANTI MALAY AND ISLAM and disobeying kalid and demanding Kalid return the confisticated Bible, complaining Kalid is not spending enough, etc etc and favoring Chinese in executing their duties which brought Kalid to arrive to this wonderful idea to have ONLY Malays as state exco ?
3. 4 malay exco to run State of Sgor? Did PAS planned this and can 4 PAS exco execute all 10 potforlio?
4. What is he trying to achive? What exactly is his goal? To show Ketuanan Melayu in Sgor because Cina terbukti boleh ????
Ridd said…
TAHNIAH Akhirnya cita2 mereka yg inginkan PR jatuh di N.Selangor tercapai.

Jika ini cara kepimpinan PAS memimpin. Bangsa Cina Dan India akan hilang kepercayaan pada parti ini. Mereka beri kepercayaan atas dasar-dasar dalam parti PAS. Hakikatnya hari ini PAS sudah memusnahkan kepercayaan itu. Dalam sekelip masa ia sudah menghancurkan kepercayaan semua bangsa pada parti PAS.

Sejarah PAS bermula bersama UMNO, walaupun PAS keluar dari gabungan kesetiaan pada UMNO masih utuh dan kuat.

Apa yang berlaku di N.Selangor adalah satu pengajaran yang besar untuk PR. Sewajarnya mereka wajib bersama di waktu susah dan senang dan berganding bahu bersama, tapi ini tidak berlaku. Disini kita boleh melihat pengangan PAS di dalam politik. Antara kita suka atau tidak tapi kita haruslah berpengang pada janji dan kesetiaan. Harus ingat khalid bukanlah jaminan untuk Selangor maju.

Tidak ada parti yg akan kurang akalnya untuk mengenakan tindakan kepada ahlinya. Sudah tentu tidakan tersebut sudah sudah diselidik sebelum tindakkan di buat. Jika ia boleh mengakibatkan perpecahan dalam gabungan dan parti PKR sendiri. Drama terbaik dari PAS.

Jika jawatan tersebut kembali pada PR. Pastikan 4 pelakon badut itu patut di hapuskan dari jawatan dan pru akan datang jika nama mereka tersenarai pasti pengundi PR tidak mengundi mereka. Pelakon2 ini ingat mereka hebat, hakikatnya mereka yang bodoh dan bahlol. Tidak tahu membezakan politik dan pentakbiran.

Jika betul ada sifat setia kawan dalam pakatan kenapa harus menunggu 17 haribulan untuk bersidang?

Ia seperti satu kisah Mak Andeh yang mana anaknya terkena air panas seluruh badan, terpaksa tunggu Pak Pandeh balik minggu hadapan untuk di bawa berjumpa doktor.
Sama sistem dan pendirian PAS dengan cerita dongeng Pak Pandeh. PAS parti DONGENG tapi benar.

Sejarah PAS berulang kembali dalam politik negara, Ia adalah parti politik yang tidak bertamadun. Walaupun dikalangan mereka paling ramai yang berpendidikan tinggi kalau ingin dibandingkan dengan UMNO. Hakikatnya kita sudah tahu siapa kepala boneka yang berselindung disebalik kopiah dan hijap.

TAHNIAH BUAT PAS

PAS BADUT umno KINI DAN SELAMANYA

Tahniah...!
Ridd said…
Sembang panjang pun tak guna perkara sudah berlaku. Kalau tulis fasa.seksyen,strata dan dasar - dasar PAS ribu helai pun tak guna kalau persefahaman tidak dihormati.

Kawan pada asalnya pun sokong sangat khalid sampai lah berita pemecatan dan sokong 4 exco PAS. Tak ke perkara seperti ini satu kejutan pada PR. Dan pula salah seorang exco dari PAS berkata ia hadir kerana arahan dari parti .....apa ni ....ni dipanggil strategi ke?
Kawan bukan maki tapi nak kongsi dan itu namanya bukan strategi tapi bunuh rakan kongsi.

Kalau PAS berjaya meyakinkan pihak PR untuk bersama kembali....rasa2 lah. Adakah kepercayaan sama seperti dulu dan penyokong2 PR pula akan percaya pada PAS lagi ke?

Tidak perlu cerita PAS wujud atas dasar ini dan itu. Cerita sekarang adakah PAS dapat kembalikan kepercayaan pengundi2 yang undi PR pada PRU akan datang. Baik berterus terang saja. PAS menang dalam PRU yg lalu bukn kerana mereka sokong PAS. Tidak...tidak sama sekali. PAS menang atas sokongan pengundi PR.

Kota Damansara adalah contoh paling baik untuk mengenal PAS....keputusan PRU yang lepas :

Halimaton Saadiah Bohan (BN) 16,387
Dr Mohd Nasir Hashim (PKR) 14,860
Ridzuan Ismail (Pas) 7,312

Bandingkan walaupun PR dicabar tapi masih mampu bersaing dgn parti lawan iaitu BN. PAS berdegil berkeras untuk bertanding juga pada masa itu termasuklah 2 dari parti bebas. Tapi kenapa dari 2 parti PR yang bertanding, pengundi masih lagi memberi undi kepada PKR berbanding PAS dan bezanya lebih 50% undian.

Kota Damasara perlawanan terbaik untuk kita mengenal politik PAS sebenarnya. Dan penyokong2 PAS tidak perlu melontarkan kata2 " tanpa PR pun PAS boleh hidup dan mampu menang". Hakikatnya PR tidak akan terasa atau berkecil hati dengan kata2 tersebut malah mereka berasa bersyukur kerana mereka tidak perlu berhadapan dengan parti pembelit. Kawan sarankan PAS keluar saja dari PR. Sekiranya PAS masih dalam PR, pengundi2 pasti akan hilang kepercayaan kepada PR.

Izuddin said…
Jgn halau PAS keluar PR. Mat Sabu kan ada? Dia bersama aspirasi PR !

Halau Hadi keluar PAS...haha.

Bubar majlis Syura PAS…keh keh

Perbetul PAS untuk GANTI UMNO.

Ganti MELAYU RASIS dengan MELAYU MUSLIM DAN MUKMIN! (kalau kamu tak reti atau boleh jadi Ahli Kitab – nasara dan yahudi)

Tak mau keriau takbir ALLAH HU AKBAR lagi dah. Tapi TASBIH ALLAH HU AHAD !

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.