Skip to main content

PR Tidak Bermakna Sekiranya Islam Tak Untung

Terdapat teguran yang disampaikan baru-baru ini bahawa “PR tidak bermakna sekiranya Islam tidak untung”. Ini merupakan satu kenyataan yang tepat pada dasarnya tetapi perlu diperjelaskan. Ini adalah kerana maksud ‘tidak untung’ itu boleh menimbulkan kekeliruan lebih-lebih lagi semenjak tersebarnya ‘screen-shot’ Dr. Zuhdi dan kecenderunggan untuk ‘menjentik’ yang bukan Islam. Sudah pasti yang dimaksudkan dengan untung atau ruginya Islam bukan berhubung konsep ‘ketuanan’ sesuatu bangsa atau agama Islam ke atas bangsa atau agama lain tetapi sebaliknya kemampuan menzahirkan keadilan dan kebaikan Islam untuk semua melihatnya. Atas kesedaran dan kefahaman itulah maka pendekatan tahaluf siyaasi diamalkan, khususnya selepas pilihan raya 2008.

KEKURANGAN KITA ATAU PR?

Melalui pembentukan kerajaan bersama di antara PAS, PKR dan DAP; PAS berpeluang untuk memmbuktikan bahawa politik yang berdasarkan prinsip Islam adalah jauh lebih baik dari politik perkauman dan kebangsaan sempit yang dibawa UMNO. Melalui ini adalah diharapkan bahawa masyarakat Melayu khususnya akan kembali kepada politik Islam dan menolak politik perkauman dan kebangsaan sempit yang dibawa UMNO. Sudah pasti keberadaan PAS dalam situasi yang sebegini menguntungkan perjuangan yang berasaskan politik Islam!

Melalui jawatan Exco kerajaan negeri, Ahli Majlis, Ketua Kampung, Nazir dan AJK Masjid yang berjumlah beribu kesemuanya di seluruh Selangor, pimpinan PAS di semua peringkat seharusnya mampu menzahirkan perbezaan dengan kepimpinan UMNO untuk menarik masyarakat Melayu supaya bersama PAS. Ruang dan peluang sebegini, sekiranya tidak mampu dimanfaatkan, maka ianya bukan kekurangan atau kesilapan pendekatan Tahaluf Siyaasi melalui PR tetapi sebaliknya kelemahan diri kita sendiri.

Begitu juga dakwaan bahawa PAS sering diabaikan kecuali semasa ingin mengadakan demonstrasi dan Pilihan Raya. Ini juga suatu kenyataan yang boleh mengelirukan. Ini adalah kerana melalui PR, PAS mendapat keuntungan yang maksima sepertimana yang disebutkan tadi melalui jawatan yang memungkinkan PAS mendampingi masyarakat sepertimana tidak pernah dilakukan sebelum ini. Dan sekiranya dalam keadaan itu, PAS tidak mampu menonjol berbanding parti lain, maka sekali lagi ianya adalah atas sebab kekurangan diri kita sendiri dan bukannya PR.

PENDEKATAN TAHALUF SIYAASI KEPUTUSAN MUKTAMAR

Pendekatan Tahaluf Siyaasi adalah keputusan Muktamar PAS. Oleh yang demikian, saya menyeru bagi yang tidak ingin melaksanakannya, samada supaya boleh bersama UMNO/BN atau bersendirian, untuk keluar dari PAS dan laksanakan apa yang diinginkan. Tetapi tidak perlu untuk menimbulkan masalah di dalam PAS itu sendiri dengan berusaha membawanya ke arah yang tidak diinginkannya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

seijiseimura84 said…
Saya melihat di berita2, di forum, pas sudah banyak dihina dan diperlekehkan oleh orang bukan islam dari parti2 PKR dan DAP, tetapi saya hairan PAS masih mahu bersama dengan mereka.

Saya lebih suka PAS bersendiri. Sekurang2nya ada prinsip dan integriti
Anonymous said…
tamsil yg bodoh...kalo setakat jawatan...umno pun silap2 boleh bagi jaw menteri kat Pas bkn setakat exco ja..lagi byk boleh buat.
Ygjadi masalah ialah penentangan dap & pkr terhadap hudud - apa lu nak jawab yb bodoh??
kopiradix said…
Semoga tuhan mengampuni tangan- tangan yg memangkah anda dan meletakkan anda dlm ajk pusat..
Izuddin said…
First it was RACISM. Now it is FANATICISM.

Fanaticism destroys common sense. People resorted to it either to please themselves or out of frustrations and fear of losing.

There are no religion in the beginning,,,but fanaticism gave rise to religions - a set of beliefs arising out of dogmas and doctrines.

Satan resorted to fanaticism (evilism) to destroy humans.

Muhammad didnt introduce a new religion for the arabs. Neither did Arbaham came with a first religion. What Abraham, and other prophets right to Muhammad, taught was THE WAY. The Way was following The Book and lastly Quran and Sunna. Whoever follow these 2 shall stay straight, and not go astray, on the PATH.

People resorted to fanaticism to prove that WHICH they believe.

Spitting at others is one consequences that arises out of one resorting to fanaticism...and ironically, these people seem to be Muslims....haha
Anonymous said…
Jadi, boleh YB terangkan, apa untungnya langkah kajang dan mati-mati si Anwar mahu lantik bini dia jadi MB selangor pada rakyat selangor sekalian.
Izuddin said…
WE are close to beating umno after hard long struggle. Umno fears this and know they are on the losing end come GE14.

Umno neither can nor will make Malaysia BECOME 1 Malaysia, but we, the PEOPLE can and will.

WE dont want FREEDOM OF CHOICE.

We want FREEDOM FROM OPPRESSIONS.

WE want to WORK and not SERVE.

WE want PEACE..

WE are not slaves. WE dont seek to free ourselves from any slave masters.

WE are BELIEVERS. And as BELIEVERS, WE wont be oppressed to OBEY.
Izuddin said…
Zah as MB is to ensure PAKATAN remains intact to hammer on agaisnt umno until GE14.

Kalau jantan, jangan bodoh ludah sana sini...tapi jom HUJJAH tunjuk BIJAK...haha
Asrul Sani said…
ANON 1st
DAP dan Non-Muslims dalam PKR tentulah tidak mahu hudud sebab depa KAPIAQ. Yang Melayu UMNO mengaku Islam tu bermati-matian menentang hudud lagi tak boleh pakai!

Awak faham tak bila baca tulisan YB ni. Dia kata sekarang pemimpin PAS disetiap peringkat di negeri Selangor diberi peluang untuk membuktikan kepada orang bukan Islam betapa indahnya perangai, cara hidup, budi bahasa dan amalan orang Islam. Apabila bukan Islam dapat melihat akan "keindahan" Islam tentu mereka dapat terima hudud. Masa itu puak Melayu UMNGOK pun tentu akan menyokong hudud. Maka Islam akan UNTUNG BESAR. Bukannya macam Dr Bangang tu cakap. Islam kuat bila ada kuasa "jentik" orang. PhD Mamat tu minta orang lain tuliskan kut....
Di sini kita bukan bercakap pasal jawatan yang UMNO boleh berikan. Masa belajo kat sekolah dulu kau main-main ye....tulisan mudah pun kou susah nak faham, dah tu cakap Khalid Samad bodoh. Diri sendiri yang bangang tak sodar!
Izuddin said…
Now it seems UMNo cannot break up PKR but PAS is BREAKING UP...haha

we will take half of Pas, umno will take the other half of pas...haha

dont look back anymore for a PAS U-turn....I too think umno will not rely on PAS anymore after this.

PAS is the fool....haha

Time is running out for the Sultan.

The Sultan will only invoke a snap poll if PAS and UMNO combo can assure PKR and DAP can be beaten....which I believe is impossible.

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, cadangan patik, tuanku perkenan zah.....tapi belasah zah cukup2. Jumpa yb khalud samad juga dan belasah dia juga.
Izuddin said…
KI said he can be the mb with 4 pas excos after he sacked 6 other excos. it didnt work.

something caused ki to submit his resignation and which the sultan did not accept but gave his consent. And that something was the sultan was aware of his obligation to abide to the constitution that ki has no majority support from the assembly to be the mb anymore.

the Sultan too is aware an mb from PAS constitutes no majority support from the assembly either.

The Sultan is in a dilemma.

When the Sultan asked for more than 2 names, he directed that order to PAS not to PKR...haha

Tuanku doesnt want anyone from PKR.

PKR must stay calm. The Sultan cannot elect anyone from PAS, not yet. The Sultan awaits for confirmation if any PKR or DAP assemblymen will become independent.
Izuddin said…
PKR and DAP must stay calm. The future is with you, but do not push it. Let umno do the deceiving and WE will show our Plans and Schedules is precise.

Allah always win.
Jika seseorang itu berkebolehan tdk kiralah siapa yg dilantik. At lease sehingga kini pkr & dap seperti Pas belum menyalahgunakan kuasa untuk mencuri harta rakyat. Cuma Kita tidak memilih mereka atas sentiment keluarga Dan perempuan hujan atas sentiment salahgunakuasa Dan korupsi... Ini masalah besar kpd penyokong pakatan. Bagi saya. Selagi Parti itu tidak terbukti mempergunakan hak Dan Wang rakyat selagi itulah boleh disokong.
Buat donno said…
Jika ditakdir PAS bersendirian maka ahlinya akan berkurangan kerana ada yg join PKR dan ada yg berpaut di dahan UMNO...
Tapi biarlah tinggal golongan yg sedikit ini. Mungkin laluan berduri tetapi itulah perjuangan..
Sudah2lah PAS dihina dan dipinggir dlm kerjasama samada ketika bersama UMNO, Semangat 46 dan sekarang PR.
Anggaplah ini proses pemutihan.
Kepada yg melompat samada ke PKR atau UMNO, semoga hajat anda kesampaian.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.