Skip to main content

Kembali ke Bukit Uhud

Saya kerap dikritik dengan tuduhan bahawa saya ‘beriman kepada PR’. Ini adalah kerana saya sering kelihatan pertahankan pendekatan melaui PR sebagai cara yang paling berpotensi untuk mencapai kemenangan dalam PRU ke-14 akan datang. Oleh yang demikian, terdapat golongan yang menyarankan agar saya “lebih beriman kepada pertolongan dari Allah dan bahawa kemenangan itu akan hanya tercapai melalui pertolongan Allah!”.

Saya ingin kita semua kembali sebentar kepada peristiwa perang Uhud. Ketika Rasulullah (SAW) telah mengarahkan 50 orang pemanah ditempatkan di atas Bukit Uhud. Mereka diarah supaya tidak turun walau apa sekalipun yang berlaku. Malangnya kebanyakkan mereka ingkar dan turun kecuali seorang sahabat yang bernama Abdullah Bin Jubair (RA) dan sembilan sahabat lain. Sambil kumpulan sahabat yang lain turun, Abdullah menyeru supaya mereka kembali dan tidak meninggalkan Bukit Uhud!


Persoalannya sekarang, adakah Abdullah (RA) ‘terlalu beriman kepada Bukit Uhud’? Tidakkah sebagai seorang sahabat beliau yakin bahawa kemenangan ditangan Allah? Tidakkah beliau juga yakin bahawa Allah akan tetap bersamanya walaupun tanpa Bukit Uhud? Sudah pasti Abdullah (RA) tidak beri’tiqad sebegitu rupa! Tetapi beliau berpegang kepada strategi yang telah diputuskan oleh Rasulullah (SAW) kerana beliau faham bahawa strategi yang telah diputuskan itu perlu dilaksanakan dengan istiqamah demi melayakkan datangnya pertolongan Allah!

Rasulullah (SAW) sudah tidak bersama kita sekarang. Maka strategi tidak lagi ditentukan oleh seorang Rasul. Atas kesedaran kekurangan masing-masing, maka tugas menentukan strategi diserahkan kepada muktamar untuk meluluskannya. Muktamar merupakan medan perbahasan dan penentuan strategi. Maka keputusan muktamar PAS yang menentukan strategi menghadapi musuh perlu dipegang oleh semua. Dari pimpinan teratas sehingga ke ahli biasa. Berpegang kepada strategi yang diputuskan muktamar tidak bererti beriman kepada strategi itu! Berpegang kepada strategi yang telah diputuskan bersama di muktamar bererti melaksanakan tugas dengan cara yang terbaik mungkin setelah usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan melaui perbahasan di muktamar. Muktamar merupakan syura yang terbesar dalam menentukan persoalan strategi dan taktik.

Oleh itu, bagi mereka yang sewenang-wenangnya menuduh saya ‘beriman’ kepada strategi bersama PR, harap hentikanlah. Saya menyeru semua supaya kembali kepada ‘perkukuhkan PR’ sepertimana Abdullah Bin Jubair (RA) menyeru sahabat lain kembali ke puncak Uhud.

Janganlah kita tertipu dengan kilauan yang dipamirkan UMNO/BN. Dan kemenangan serta ghanimah yang dianggap akan diperolehi dengan meninggalkan PR. Istiqamahlah dengan keputusan muktamar dan jangan mengkhianatinya. Oleh itu, saya menyeru semua agar kembali kita ke puncak Uhud!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Imej ihsan: Wikipedia - Pertempuran Bukit Uhud

Comments

Kabus Ibra said…
Masa itu sekitar tahun 80an, di Markas Tarbiyah Taman Melewar diumumkan kemasukan tuan ke dalam parti, saya masa itu menyambut dengan gembira, kononya seorang engineer bersama-sama PAS untuk membantu perjuangan Islam

Tapi hari ini saya kecewa dan menyesal akan kegembiraan itu, dan kini saya meninggalkan parti itu walaupun di atas tiket ahli seumur hidup, kecewa dengan hala tuju perjuangan yang hilang manhaj dan uslubnya ...

Anda lebih percaya kepada seorang peliwat untuk mencapai matlamat perjuangan anda !!! full stop
Izuddin said…
best thing to do is prayers. hoping is hopelessness

the arabs before Muhamamd lived in hopes. the son of jacob too did that long long ago HOPING for a MESSIAh will come and DIE for their sins as means save them from the wrath that spite on them...like for example oppressed, slavery, poverty, etc.

Muhammad didnt come as a messiah to save their sins . he didn’t save anyone, but he assured them of the things which are to come and true

Christ too didnt come as a messiah to die for their sins.

In fact, there are no messiah. Messiah refers to someone will die for the sins of others, and this is a myth and blatant falsehood.

Both Christ and Muhamadm and other prophets followed The Way and they assured them whoever follow The Way as they had showed shall have Eternal Life.

You can find The Way in The Book of Allah(Zabur, Torah, Injeel and Quran) and every prophet taught The Way to their people accordingly to their cultures and traditions of the people.
Sebal said…
Gue caya lu yb..sebab yb tak pakai vellfire walaupun dah jadi mp lama..yb cakap direct tak belit belit utk cari perhatian..
Unknown said…
Tuan jaga bukit tu betul. Tapi silap tuan bukan panah musuh tuan panah orang sendiri.
SysOp said…
Ya Tuan,

Memang inilah yang sepatutnya... Tapi nampaknya lebih ramai pemain yang engkar kepada ketetapan muktamar hanya kerana kata-kata seseorang yang diangkat dimata mereka sebagai maksum.

Mereka inilah kini sebenarnya yang jauh dari jamaah... yang berlaga angin dengan ketetapan muktamar..

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Orang said…
Yb.. Tolong keluar daripada PAS, YB boleh tubuh parti baru ikut konsep yang YB inginkan. Sudah pasti rakan-rakan YB juga akan ikut YB untuk parti baru itu.

Terima kasih in advance.
tarantula said…
MANUSIA YANG PALING DURJANA SELEPAS NUAR BERAHIM

MUKA PAS TAPI HATI NAUZUBILLAH SEKEJAP DAP SEKEJAP PKR

AKU TENGOK DAH MACAM IBLIS LA PULA..BOLEHLA JOIN DAP KOT
Izuddin said…
YB, I too was attacked by my friends and acquaintances.

Don't take heed about their rhetoric. Just leave them.

Fight on....that is what counts. Where and when we fail, others like us will succeed, insya Allah.

Melayu PAS tidak suka DAP dan PKR jadi Exco kerana bagi Melayu ni, DAP dan PKRadalah orang2 kafir. Namun, saya boleh kata ada diantara mereka adalah MUNAFIK.
Unknown said…
Tertipu dengan Ilmu sendiri,jika tuan ikhlas pada PAS tolong tinggalkan PAS kerana PAS tidak memerlukan pemanah yang ingkar seperti tuan yang mana pertuankan kepada ketua pemanah bukan pada ketua pasukan.
Unknown said…
Dangkal dan cetek pemikiran ahli PAS..apa yang YB katakan itu sebagai fakta..seharusnya renung dan hadam sebaiknya utk muhasabah diri..jika tidak bersetuju sekalipun janganlah dicaci maki..
Pandangan YB itu bersandarkan kepada strategi dan kebersamaan yang ada di dalam PR..kebersamaan untuk menumbangkan regim Umno BN..
Rupanya masih ramai kelompok PAS yang berfikiran seperti 30 tahun dulu..berjuang dalam kelompok sendiri (Syok sendiri)
Apapun syabas YB kerana menjadi check and balance
Ejam said…
Salam Tuan. Biar mereka yg Ikut perasaan hamburkan benci mereka ps tuan. Org2 ni semua hanya tggu masa Utk luahkan dendam kesumat yg terpendam lama.
Apa pun sy brbangga dgn tuan sbb tuan adalah Antara pemimpin pas yg di benci umno dan puak UG.

Syabas tuan
Anonymous said…
Membandingkan strategi yang dibuat Rasulullah dengan Strategi yang dibuat oleh Muktamar adalah perbandingan yang sangat batil. Ini kerana Rasulullah itu Maksum dan muktamar itu tidak. Lagi pun boleh YB terangkan, bila syura dah tentukan untuk sokong TSKI, kenapa ada puak-puak dari PAS yang sanggup langgar dan ikut nuar Ibrahim?

Kenapa tak timbul isu strategi? Masa YB khalid berbicara pasal nama Allah, bukan main dok kata fatwa itu boleh dicabar. Tapi kenapa tiba-tiba pula suruh baiah pada Muktamar?

Nampaknya YB sendiri pun tak lekang dari hipokrisi. Seerah hanya diguna ditempat yang sesuai dengan citarasa politik sendiri.
Unknown said…
teruskan perjuangan...

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.