Skip to main content

Ucapan Saya Berhubung Dyana Sofya Yang Ingin Diselewengkan

Sehari dua ini terdapat 'poster' yang tersebar di alam maya berhubung kata-kata saya terhadap Saudari Dyana Sofya, calon DAP/PR dalam PRK Teluk Intan. Poster itu memetik ucapan saya di Sepang Selangor pada Isnin 26 Mei yang lalu. Petikan itu dibuat secara tergantung dan bertujuan untuk mengelirukan pembaca berhubung pendirian saya terhadap kewajipan menutup aurat dan dengan itu menempelak saya dan PAS sebagai menggadai prinsip dan hukum demi politik. Saya lampirkan poster tersebut disini.

Isi kandungan ucapan saya adalah sebenarnya seperti berikut:

Menutup aurat adalah wajib. Walaupun Dyana tidak bertudung namun dia tidak juga berpakaian secara menjolok mata. Begitu juga dia bukan peminum arak, kaki parti, berjoli di sana sini atau pemakan rasuah. Dia seorang yang peramah, bersopan santun dan bertata-tertib. Pendekata dia seorang wanita Melayu baik dan dalam usia yang muda masih boleh diperbaiki apa-apa kekurangan yang ada. Dengan turunnya Muslimat PAS bersamanya dengan keadaan menutup aurat secara sempurna, mendatangkan pengaruh yang baik, kekurangan Dyana dalam persoalan ini diharap dapat diatasi. Ini tidak mustahil memandangkan ibunya pun bertudung lengkap.

Yang penting adalah hakikat bahawa pilihan rakyat Teluk Intan adalah hanya samada Mah dari Gerakan atau Dyana. Kita pasti dengan keberanian, kebijaksanaan, sikap kritis yang ada pada Dyana, beliau akan mewakili dan membela nasib rakyat Teluk Intan dengan lebih baik lagi. Dia akan bersuara menentang kezaliman dan penyelewengan, membantah GST dan sebagainya sedangkan Mah akan berdiam diri. Oleh itu, dengan segala yang ada pada Dyana dan potensinya untuk menjadi lebih baik lagi, maka PAS menyeru semua untuk menyokong Dyana.

Saya turut hairan dengan golongan yang berdegar-degar melaung "hidup Melayu, hidup Melayu..." tetapi akhirnya meminta pengundi Melayu untuk mengundi Mah yang bukan Melayu; jelas betapa lemah dan dangkalnya pendirian golongan seperti ini.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawas...