Skip to main content

Sekilas Ikan di Air: UMNO Meminta PAS Bentang Usul Hudud

Negara kehilangan seorang pejuang yg tegas dan berani dengan pemergian Karpal Singh awal pagi tadi. Berbeza prinsip tetapi saling hormat menghormati. Seorang pejuang hingga akhir hayat. Takziah buat keluarga beliau. Semoga terus tabah.

Dalam pada itu, saya mendengar dengan penuh hairan permintaan Menteri UMNO/BN supaya PAS membawa usul berhubung perlaksanaan Hudud di Kelantan. Mengapa Menteri dari kerajaan yang sedang memerintah memohon PAS yang merupakan parti pembangkang untuk membawa usul tersebut? Bertambah kelakar bagi saya, apabila Ahli Parlimen UMNO dari Kelantan dengan penuh gah dan semangat, menyokong pula permintaan itu dan memberikan jaminan dari ahli Parlimen UMNO! Kelakar kerana dia tetap meminta PAS membawa usul tersebut, bukan mendesak supaya UMNO yang bawa!

Mengapa dianggap anggap kelakar? Kerana UMNO meminta PAS membawanya. UMNO tidak mampu membawa usul itu sendiri kah? Adakah ini satu pengakuan bahawa UMNO telah ‘dikembirikan’ MCA sehingga tidak berani membawa usul berkenaan dan terpaksa meminta PAS? Tidak sangka pula UMNO begitu takut pada MCA! Sedangkan ‘pahlawan’ dan ‘pendekar’ yang sanggup mendesak PAS pula kelihatan seperti ramai.

Hakikatnya, sekiranya usul ini dibawa oleh parti pemerintah, ianya akan lebih diutamakan. Lebih power dah lebih berkesan. Dengan itu parti pemerintah, iaitu BN, akan menyokong dan ianya akan lulus dengan mudah. Tidak perlu dibawa oleh ahli parlimen dari parti pembangkang. Tetapi apakan daya, wakil rakyat UMNO, dalam soal Islam dan perundangan Islam khususnya, hanya berani menyokong ‘dari belakang’. “PAS bawa dan kami berani untuk sokong!” seolah-olah itulah kata mereka. Tetapi untuk bawa sendiri, kami tidak berani!

Siapa yang tunduk pada siapa sekarang? Dulu dituduh PAS tunduk pada DAP tetapi sekarang amat jelas, UMNO sendiri iktiraf PAS tidak tunduk kepada sesiapa sedangkan mereka sendiri tunduk kepada MCA.

Yang bertambah menggelikan hati pula ialah apabila MCA mula menyerang DAP kerana menurut mereka pula, PAS berani membawa usul ini oleh kerana DAP! Eh, MCA ini pekakkah? Tidakkah mereka dengar, seperti mana telah didengari satu dunia, yang minta PAS bawa usul ini adalah UMNO?

Atau ini semua merupakan mainan politik UMNO/BN yang sememangnya menggunakan agama untuk kepentingan politik semata-mata? Tiada kesungguhan dan tiada keseriusan dalam soal perlaksanaan sistem perundangan Islam, hanya ingin dimanfaatkan untuk kepentingan politik mereka.

Bagi yang sudah mula pening dengan kerana cerita yang berpusing-pusing ini, kisahnya begini; UMNO minta PAS bawa usul hudud, MCA pula serang DAP. Nampak logiknya? Tidak logik? Maka itulah politik UMNO/BN!

Hakikatnya, sekiranya UMNO/BN benar-benar serius, mereka boleh bawa usul perlaksanaan enakmen hudud untuk negeri Kelantan sendiri dan tidak perlu minta PAS. Kalau dianggap tidak sesuai kerana Kelantan di bawah PAS, maka bawalah untuk negeri Terengganu. Adakah mereka lupa bahawa Terengganu sekarang di bawah UMNO/BN? Tidak mungkin mereka lupa.

Tetapi bukankah baru hari tu usul perlaksanaan hudud ditolak oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu? Maka di Terengganu tidak disokong dan ditolak terang-terangan tetapi di Parlimen dan di Kelantan mereka sokong? Sokong kerana dibawa oleh PAS?

Maka kuncinya ialah usul ini mesti dibawa oleh PAS dan untuk dilaksana oleh kerajaan yang dikuasai PAS. Iaitu hanya untuk Kelantan dan tidak di Terengganu! Dan sememangnya mereka inginkan PAS yang bawa. Tetapi mengapa?

Sebenarnya mereka tidak serius dan mereka tahu yang serius dan bersungguh-sungguh berhubung sistem perundangan Islam hanyalah PAS. Mereka minta PAS bawa usul berkenaan dengan tujuan dan harapan supaya PAS akan bergaduh dengan DAP! Pendirian DAP berhubung hudud sudah diketahui umum. Dengan diacah dan dicucuk oleh MCA, seperti yang dilakukan sekarang, adalah diharap DAP pula akan melatah dan bertembung dengan PAS. Pertembungan ini diharapkan akan semakin meruncing sehingga akhirnya PR itu sendiri akan berpecah.

Pada masa yang sama, sambil PAS dan DAP ‘bertembung’, UMNO akan terus menyatakan ‘sokongan’ mereka kepada usaha PAS untuk melaksana hudud dan sistem perundangan Islam. Walaupun pada masa yang sama di Terengganu mereka juga yang menolak. Ini, bagi saya, adalah sejenis tindakan yang selari dengan tindakan golongan munafik yang menggunakan agama sebagai alat adu-domba. Dalam kes ini, yang ingin diadu-domba adalah kita yang berada dalam PR.

Untuk pengetahuan semua, jumlah Ahli Parlimen UMNO adalah 88 sahaja termasuk yang dari Sabah. Dengan sokongan mereka dan 21 ahli Parlimen PAS, jumlah yang diperlukan tidak kecapaian. Hanya 109 sedangkan yang diperlukan adalah 112. Kalau tidak disokong Ahli Parlimen Islam PKR atau PBB (Sarawak), maka usul itu akan gagal. Dalam keadaan itu UMNO akan mendabik dada mengatakan bahawa mereka sokong usul hudud dan yang gagalkannya adalah PKR bukan mereka! Dan dengan itu akan dianjurkan supaya PAS duduk bersama UMNO yang ‘memperjuangkan’ hudud (dari belakang di mana PAS perlu bawa usulnya) dan tinggalkan PR.

Maka akhirnya hudud dan perundangan Islam tetap tidak terlaksana kerana tidak cukup penyokong DAN pada masa yang sama, PAS keluar dari PR. PAS keluar kerana marah PKR tidak menyokong usul berkenaan. Inilah perancangan yang sedang diusahakan UMNO/BN megikut bacaan saya.

Namun walaupun begitu, saya tetap setuju PAS membawa usul berkenaan ke Parlimen. Tetapi, penolakan usul oleh DAP dan PKR tidak merupakan sebab untuk PAS keluar PR kerana dalam soal ini, tiada mana-mana pihak yang melanggar janji di dalam persetujuan yang telah termeterai dengan penubuhan PR. Ini adalah kerana sejak awal lagi persoalan perlaksanaan hudud tidak dimasukkan ke dalam perjanjian berkenaan kerana tidak dipersetujui bersama. Untuk memastikan PR tidak berpecah semasa menguruskan isu ini, maka pimpinan PR perlu bertemu dan memahami pendirian masing-masing. Sambil ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ dalam soal perlaksanaan hudud dan sistem perundangan Islam, masih banyak lagi yang dipersetujui bersama berhubung ‘good governance’ dan keadilan umum yang terus ditolak UMNO/BN.

Sekiranya PR mampu mengharungi strategi adu-domba UMNO/BN ini yang sedang dilaksanakan mereka, maka ini akan membuktikan kerjasama PR telah benar-benar mantap dan kukuh. Ini adalah tipu-helah yang utama mereka di mana parti yang selama ini memperlekehkan hudud, sanggup menelan perasaan malu dan akhirnya berpura-pura menyokong hudud. Penentang Islam mendabik dada mengakui dirinya sebagai pejuang Islam. Tipu-helah ini adalah tipu-helah terakhir dan sekiranya tidak berjaya menyebabkan PR berpecah, maka alamatnya PR akan mencabar UMNO/BN dengan lebih hebat lagi dalam PRU ke 14 yang akan datang ini insyaAllah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

bat8 said…
Tuan Haji,

Dalam keghairahan UMNO memasang perangkap untuk menjerat PAS dengan memberi sokongan kepada PAS membawa RUU Hudud ke parlimen - UMNO seperti selalunya terlupa bahawa UMNO sendiri telah memasukkan dirinya kedalam perangkap hudud di Terengganu.

Sebenarnya senario yang ada berkenaan enakmen hudud ini dikelantan dan terengganu ini amat menarik. Keduanya mempunyai enakm3n hudud yang sama-sama telah diluluskan dan bersedia untuk dilaksanakan. Sosio politik antara kedua negeri juga sama.

Yang berbeza hanyalah kerajaan negeri. Kelantan di perintah ol3h PAS, ahli gabungan parti-parti pembangkang di peringkat federal. Manakala terengganu diperintah ol3h UMNO yang merupakan komponen yang paling kuat dan paling berkuasa didalam BN yang mem3gang kuasa di peringkat federal.

TETAPI KEDUA PARTI YANG MEMERINTAH KELANTAN DAN TERENGGANU MENDAKWA BERJUANG UNTUK MEMELIHARA ISLAM - persamaan lagi!

kedua negeri ini mempunyai banyak persamaan dalam s3mua hal yang membolehkan hudud dilaksanakan . Tetapi hanya mempunyai 1 perbezaan je - MAKA TIMBUL SATU SOALAN - DINEGERI MANA KAH LEBIH SENANG UNTUK MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD JIKA MENGAMBILKIRA perlembagaan negara?

Kedua, gabungan manakah lebih berupaya untuk mengumpulkan sokongan dari rakan gabungan yqng bukan Islam untuk menyokong RUU Hudud jika dibentang di parlimen bagi menjamin RUU itu boleh diluluskan dengan majoriti 2/3?

Maknanya - mana l3bih senang nak luluskan : RUU HUDUD YANG DIBAWA OLEH PAS KELANTAN ATAU RUU HUDUD YANG DIBAWA OLEH UMNO TERENGGANU?

Jika kita m3lihat dari sudut ini, isu perlaksanaan hudud ini adalah mudah. Soalnya nak k3 tak nak je.......
ilham.dunia said…
Sepatuhnya, PAS yang perlu bawa usul ke parlimen sebab undang-undang persendirian(hudud)yang hendak dilakasanaka adalah di negeri kelantan tempat di mana pas berkuasa semalama 24 tahun lebih.Lagi pun kelantan ini sudah mempunyai enakmen hukum hudud dan boleh dijadikan negeri model yang melaksanakan hukum hudud.. Susah sangat ke bawa usul.Ini hanya bawa usul bukan apa pun..atau bimbang hilang undi masyarakat india dan cina?..Tepuk dada tanya iman.
Sabina45 said…
Saya amat setuju dengan pandangan YB yang bagitu jauh sekali wawasan berfikir hingga dapat menghidu perancangan licik UMNO/BN untuk menghancurkan PR ,tapi adakah PAS sudah bersedia untuk mendengar dan menyuluh kegelapan yang PAS sedang hadapi sekarang ini,sebabnya ,pemimpin-pemimpin PAS yang sedang gila untuk membentangkan usul RRU Hudud itu telah termakan gula-gula UMNO dan sudah tidak mahu lagi berusaha untuk berbincang dengan gagasan dalam PR,apakah masih ada ruang untuk PR untuk mendapat kata sepakat agar PAS tidak terperangkap dengan kelicikan UMNO itu,fikirlah wahai pemimpin dalam Pakatan Rakyat.
Izuddin said…
Umno mahu PAS keluar PAKATAN. Itu je motif UMNO nak sokong PAS bentang HUDUD.

Even matsita dah kata - kalau hudud dilaksana, habis lah melayu muslim semua tangan kudung...haha

The Commandmands laid down by MOSES in the TORAH are actually INNATE in MAN

When the Jews seek a COVENANT, GOD told Moses to tell his people TO OBEY

And Moses returned telling the people to OBEY. But, the people asked, OBEY WHAT , LORD?

And moses laid down the dos and donts which therein became THE COMMANDMANDS

One of the WAYS to Salvation laid down by Moses was , DO NOT STEAL.

But the people find it insulting. They asked Moses, are you calling us THIEVES ?

Well, it were the JEWS who asked what did GOD COMMANDS them to OBEY

Didnt the JEws know what is right and wrong ?

Did Moses had to lay out taht which is right and wrong??? Have not Prophets sent to them before Moses ?

Surely, the Jews did not expect such COMMANDMANDS

perhaps the Jews expected a COVENANT that miraculously made them rich and wealthy ?

Did they expected something like the water split and helped them escaped Pharoah ?

Did they expected the COVENANT would be something like Mt Sinai would turn into gold as REWARDS for OBEDIENCE?

Perhaps they like riches and wealth and sins too???

Surely, the Jews did not expect such COMMANDMANDS like DO NTO STEAL

And they say if Moses can come up with COMMANDAMNDS, they too can come up with COMMANDMANDS

The Commandmands laid down by MOSES were established as The TORAH. The Commandmands laid down by the Jews were established as the TALMUD

the TANAKH is but legislatures to admnister the Commandmands therein the TALMUD
Izuddin said…
Tuan Guru Nik Aziz, you will go to heaven even if Hudud is not implemented during your lifetime. No need to rush.

As for mathir, he feels he needs to live on until 2020 comes. Hudud is not part of 2020.

YB, hold back Hudud until UMNO is defeated. Lets not be zealous about Brunei implementing Hudud. The Sultan is being conservative as he aged.

YB, Najib is weak. He is not convincing, even he is not convince of himself. I see Hudud means nothing to him but mere political moves...and it wasnt even his idea of a political strategy.

Hudud CANNOT be implemented by sinners therein UMNO nor assisted by them. The INTEND is clouded with agenda and motives.

How do you stop Hudud for now??? Well, tell hadi to leave.

You DELAY Hudud, and you HAVE TIME TO stop UMNO.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-