Saya ucapkan terima kasih atas teguran dan tulisan saudara Ilham Darwish atau Muhammad Marwan di dalam blognya yang turut diposkan di bahagian komen di blog saya. Saya minta maaf kerana lewat respon kerana saya sibuk dengan program di Australia sejak 29 Sept hingga 2 Okt.
Pertamanya, Ilham tidak perlu rasa kekok atau bersalah dalam membahas dan mempersoalkan tulisan saya. Bagi saya ianya perkara biasa dan amat sangat dialu-alukan, lebih-lebih lagi sekiranya ianya dilakukan secara ilmiah tanpa dibawa masuk bermacam-macam tuduhan yang tidak berasas seperti ular daun, bongkah ais dan sebagainya.
Dalam soal menujukan tulisan kepada orang awam, termasuk ahli biasa, bagi saya ianya tiada masalah kerana ianya di antara cara untuk pendirian kita diketahui oleh ahli dan masyarakat. Lagipun apabila yang dibahas adalah prinsip dan amalan Islam, maka tiada apa yang perlu dirahsiakan. Ia hanya perlu jelas dan tepat supaya tidak menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat.
Sebelum saya mula menjawab hujjah Ilham, saya perlu sebut bagaimana tulisan Ilham telah membuat saya tersenyum kerana mengimbas kembali perbahasan yang pernah saya sertai pada sekitara tahun 70an. Keterlibatan saya dalam perbahasan itu bukan kerana terpaksa kerana ingin mendapat sijil, seperti sebahagian pelajar diniyyah, tetapi atas sebab minat dan ingin faham.
Oleh kerana saudara Ilham menulis mengikut tajuk, maka saya akan lakukan perkara sama.
1. Qias
Saya terpaksa sebut sekali lagi bahawa saya tidak pernah qiaskan jawatan Timbalan Presiden dengan Panglim Perang. Saya ulangi, yang saya qiaskan adalah “ASAS Pemilihan” yang mana mengambil kira prinsip yang sama. Apa prinsip yang sama? Pilih berdasarkan kemampuan memenuhi keperluan dan tuntutan jawatan berkenaan! Apabila disebut asas sebegini diguna pakai dalam memilih Timbalan Presiden dan juga Panglima Perang, maka disebut saya samakan dua jawatan tersebut. Nampak gaya penjelasan saya tidak mampu difahami Ilham dan dikatakan bahawa ‘qiasan asas pemilihan yang sama’ membawa erti ‘qiasan jawatannya adalah sama’, kerana 2x5.
Beginilah, kalau susah sangat untuk faham, biar saya beri perumpaan untuk bantu faham.
Seorang pemilik syarikat menyebut, “semua kakitangan saya, dari Kerani hingga ke Pengurus Besar, dipilih atas sebab kemampuan mereka memenuhi keperluan jawatan mereka masing-masing”. Saya ingin tanya saudara Ilham, adakah ini bererti disamakan semua jawatan dalam syarikatnya, iaitu jawatan Kerani adalah sama dengan Pengurus Besar? Sudah pasti tidak! Kerani adalah kerani, pegawai adalah pegawai dan Pengurus adalah Pengurus tetapi semua dipilih atas sebab kemampuan mereka memenuhi tuntutan jawatan tersebut.
Tidakkah saudara Ilham memahami bahawa inilah maksud ayat 58 Surah An-Nisaa’ yang bermaksud:-
Maka ‘keahlian’ untuk memampukan seseorang menjadi Panglima Perang berbeza dengan ‘keahlian’ untuk menjadi Ahli Majlis Syura dan berbeza juga untuk jawatan Timbalan Presiden. Namun mereka semua hendaklah dipilih atas dasar mempunyai keahlian untuk jawatan tersebut.
Maka saya harap ungkapan bahawa saya samakan jawatan Timbalan Presiden dengan Panglima Perang tidak disebut lagi kerana saya tidak samakan. Saya hanya samakan asas pemilihan iaitu ‘keahlian’ atau ‘kemampuan untuk memenuhi tuntutan jawatan tersebut’.
Oleh kerana saya tidak qiaskan dua jawatan tersebut sebagai sama, maka dengan itu tiada keperluan saya kemukakan illah untuk qiasannya. Kerana tidak diqias sebegitu rupa. Yang diqias adalah ‘asas pemilihan’ yang mana hukum asalnya, furu’nya dan illahnya adalah jelas.
Namun demikian, dalam soal ‘keahlian’ yang perlu bagi jawatan Timbalan Presiden saya dan saudara Ilham berbeza pendapat. Saudara Ilham menganggap sebahagian dari ‘keahlian’ atau keperluan jawatan tersebut adalah kemampuan ‘berijtihad fiqqiyyah’. Saya beranggapan sebaliknya.
2. Ijtihad
Saya faham bahawa ‘ijtihad’ tidak terhad kepada soal mengeluarkan fatwa berhubung hukum-hakam seperti yang dilakukan ulama-ulama fiqh. Bagi saya, kemampuan berijtihad dalam bidang fiqh tidak perlu ada pada seseorang Timbalan Presiden, mahupun Presiden kerana tugasnya tidak merangkumi persoalan ini. Peranan ini diserahkan kepada Majlis Syura Ulama’ dan inilah sebabnya mengapa jawatan Ahli Majlis Syura mempunyai syarat kelayakan seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Walaupun seorang Timbalan Presiden tidak perlu kepada kemampuan ‘berijtihad fiqqiyyah’ kerana itu diserahkan kepada Majlis Syura Ulama (MSU), namun pada masa yang sama, sepertimana saya sebut, dia tidak boleh juga merupakan orang yang jahil agama.
Ijtihad yang perlu dilakukan oleh Timbalan Presiden adalah lebih berbentuk ‘ijtihad siyaasah’ yang perlu kepada ilmu kemahiran bergerak dalam arena politik. Inilah kemahiran yang terpenting bagi jawatan Timbalan Presiden. Timbalan Presiden dan Presiden juga, memilih di antara tindakan yang hukumnya harus pada dasarnya, berdasarkan bacaan mereka akan maslahah dan mafsadah yang mungkin terhasil dari tindakan tersebut. Bacaan seseorang yang ahli dan pakar dalam bidang politik berhubung maslahah dan mafsadah sesuatu tindakan pasti berbeza dengan bacaan seorang ‘alim fiqqiyah’. Ini adalah kerana ‘ahli dan pakar dalam bidang politik’ telah bergelumang dan berpengalaman dalam persoalan bergerak di dalam arena politik dan boleh membaca, dengan lebih tepat, kesan maslahah dan mafsadah sesuatu tindakan. Ini adalah sama seperti bacaan seorang Panglima Perang mengenai pergerakan tenteranya dan tentera lawan yang pasti berbeza dengan bacaan seorang ahli perundangan.
Apabila saya sebut Panglima Perang, maka akan timbul lagi respon, “hah! Sah! KS samakan jawatan Timbalan Presiden dengan Panglima perang!” Aduuhaai. Susah sangat untuk faham ya? Beginilah supaya anak semua mudah faham, saya berikan sekali lagi satu lagi perumpamaan. Harap-harapnya dapat difahami untuk yang sekalian kalinya.
Sekiranya saya sebut seorang juru-rawat memahami cara menangani masalah pesakit sepertimana juga seorang doktor, tidak bererti saya samakan jururawat dan doktor. Begitu juga saya tidak samakan Panglima Perang dan Timbalan Presiden. Panglima Perang memimpin tenteranya pada waktu perang. Timbalan Presiden memimpin ‘perang politik’ yang berterusan dan beraneka cabaran. Namun kemahiran berstrategi dan membaca strategi lawan adalah di antara sifat terpenting bagi kedua-dua jawatan. Sepertimana juga kemahiran menangani masalah pesakit penting bagi seorang jururawat dan Doktor. Hanya tahap kemahirannya berbeza dan begitu juga kepelbagaiannya, sepertimana juga Timbalan Presiden dan Panglima Perang. Harap jelas, ianya tidak disamakan tetapi ditonjolkan aspek persamaan.
Untuk menjawab isu soal ‘Wazir Tanfidz dan Wazir Tafwidh’, saya telah keluarkan petikan kertas kerja berhubung Majlis Syura Ulama dan Jawatan Kuasa Pusat sebelum ini. Jelas disebut dalam kesimpulannya bahawa tugas Jawatan Kuasa Pusat, termasuk Presiden dan Timbalan, adalah ‘tanfidzi’ (eksekutif) dalam melaksanakan keputusan, mentadbir, merancang dan mengatur strategi…..”. Dalam tugasan yang disebut amat jelas kemampuan ‘ijtihad fiqqiyyah’ tidak diperlukan. Namun, saya setuju, sekiranya ada kebolehan itu, ianya merupakan kebolehan tambahan yang menguntungkan tetapi bukan syarat kelayakan.
3. Saidina Abu Bakar dan Rasulullah (SAW)
Maaf, saya tidak setuju dengan kenyataan saudara Ilham berhubung persoalan ini, lebih-lebih lagi berhubung Rasulullah (SAW). Pandangan saya, tiada sebarang jawatan yang boleh diqiaskan dengan tugas dan peranan Rasulullah (SAW). Baginda Rasulullah! Baginda dilantik oleh Allah bukan oleh ahli jemaah atau rakyat. Beliau ma’sum dan menerima wahyu. Presiden dipilih Muktamar, setiap 2 tahun. Boleh ditukar dan boleh dikekalkan dan tidak maksum dan tidak juga menerima wahyu.
Pada diri Baginda Allah telah satukan keahliaan agama dan politik. Penyatuan ini tidak semestinya dilakukan sekarang dan ianya boleh dipisahkan. Dan inilah yang dilakukan PAS dengan pembentukan MSU dengan memisahkan keahliaan keagamaan dan keahlian politik (tanfidzi). Gabungan MSU dan AJK PAS Pusat menggabungkan kedua keahlian ini untuk menjamin kejayaan.
Saya pernah dengar kuliah pada tahun 80an yang mengisahkan Saidina Abu Bakar ditegur dengan gelaran ‘khalifatullah’ apabila beliau dipilih sebagai khalifah. Abu Bakar (RA) membetulkan teguran itu dengan mengatakan beliau ‘khalifatur Rasulillah’ bukan khalifatuLlah. KahlifatuLlah hanya sesuai untuk Rasulullah. Dengan kenyataan itu amat jelas Abu Bakar membezakan kedudukannya dengan kedudukan Rasulullah (SAW) dan tidak mahu jawatan beliau disamakan dengan jawatan Rasulullah (SAW).
Saudara Ilham kelihatan mampu memahami konsep pengagihan dan pengasingan tugas apabila membahas peranan Presiden dalam tulisannya tetapi seolah-olah tidak memahaminya apabila dibahas peranan Timbalan Presiden. Hujjah yang sama saya guna-pakai untuk menjelaskan kenapa Timbalan Presiden tidak perlu merupakan seorang mujtahid fiqqiyyah kerana adanya MSU.
4. Kota Damansara
Saya ulangi, PKR berhak melantik calonnya sendiri. Dr Nasir diturunkan sebagai calon PKR pada 2008 dan tiada bantahan walaupun semua tahu Dr Nasir sedang mengusahakan pendaftaran PSM pada ketika itu. Beliau sudah 5 tahun jadi ADUN. Tiada bantahan sepanjang 5 tahun ini. Tiada juga sebarng permintaan dari PAS Kawasan Subang untuk meletakkan calon di KD selama 5 tahun ini. Pemilihan beliau sebagai calon oleh PKR untuk kali ke-2 pada 2013 telah dipersetujui oleh wakil rasmi PAS iaitu Dato Mustapha Ali.
5. Perjanjian
Ya betul, sekiranya sesuatu perjanjian merugikan Islam maka haram untuk ummat Islam menyertai perjanjian tersebut. Maka pernilaian perlu dibuat dengan teliti sebelum menyertai mana-mana perjanjian. Setelah menyertainya maka wajib mematuhi perjanjian yang dibuat. Kalau tidak dipatuhi maka akan dituduh bahawa ummat Islam tidak boleh dipercayai dan tidak pegang pada janji. Akan dikata bahawa ummat Islam hanya pandai buat perjanjian tetapi tidak patuh padanya, main rempuh ikut suka sedangkan sikap sebegini dikutuk Allah. Sila rujuk ayat 94 Surah An-Nahl serta asbabun-nuzulnya.
Contoh yang diberi berhubung muslimat dalam perjanjian Hudaibiyyah adalah contoh yang tidak tepat (qias maa alfariq) kerana ianya merupakan persoalan yang tidak disebut di dalam perjanjian itu. ‘Lompang’ atau ‘lacuna’ seperti ini boleh dimanfaatkan dan tidak menjadi perlanggaran perjanjian. Dalam kes KD, Dato Mustapha Ali, sebagai wakil rasmi PAS dalam perundingan, tidak membantah apabila diberitahu bahawa Dr Nasir akan diturunkan sebagai calon PKR malahan bersetuju membenarkannya.
Sekiranya pada asalnya sesuatu perjanjian dianggap menguntungkan dan kemudian didapati sebaliknya, maka perjanjian itu perlu dibatalkan mengikut kaedah yang ditetapkan mengikut perjanjian tersebut. Bukan main rempuh sahaja ikut suka. Apabila kaum Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah tidak langgar perjanjian itu dengan begitu sahaja. Ianya diumumkan bahawa perjanjian itu telah dilanggari Quraisy dan oleh itu ianya dianggap batal. Selepas pengisytiharan itu, maka diisytiharkan perang walaupun Abu Suffian telah datang sebelum itu ke Madinah untuk merayu sebaliknya. Maknanya ianya bukan dilanggar dengan begitu sahaja, tiba-tiba serang pada waktu malam atau ‘muncul calon’ tanpa apa-apa amaran atau peringatan.
6. Tarbiah
Saya juga tergelak besar apabila saya baca tulisan saudara Ilham berhubung tajuk ini. Amat sangatlah berbeza pandangan Ilham dengan TGHH yang menyambut baik penyertaan semua pihak dalam PAS walau apa sekalipun latar-belakang mereka. Ini TGHH tegaskan lagi semasa Liqa’ Fikri PAS Pusat baru-baru ini, bahawa apabila mereka terima asas PAS, sepertimana termaktub dalam perlembagaan, maka mereka diterima sebagai ahli dan apa jua perbezaan pandangan, kita bincang bersama dalam PAS. Keterbukaan TGHH sangat bertentangan dengan sikap tertutup Ilham yang seolah-olah anggap Islam itu milik hanya untuk PAS.
Hakikatnya bahan Tarbiah kebanyakan jemaah adalah sama. Quran yang sama, Sunnah yang sama, buku dan kitab yang sama. Yang bezakan pada satu ketika dahulu adalah kaedah dan pendekatan. Ini adalah kerana kefahaman terhadap waqi’ dan proses yang berbeza. Perbezaan ini telah gugur apabila telah bersama dalam PAS kerana dengan penyertaan dalam PAS ia membuktikan bahawa proses yang ingin dibawa PAS serta bacaan waqi’ yang menghasilkan proses ini diterima mereka.
Geli hati saya apabila dibicarakan waqi’ yang berbeza di antara Mesir dan Malaysia dan sebagainya. Saya minta maaf pada saudara Ilham. Rasanya pimpinan yang ada sekarang telah terlibat dengan PAS dan menangani waqi’ di Malaysia mungkin jauh lebih lama dari saudara Ilham sendiri! Dan mereka mengikuti perubahan waqi’ ini dengan jauh lebih dekat dan terperinci dari saudara Ilham rasa saya!
Keberadaan pimpinan yang berasal dari jemaah lain dalam kepimpinan PAS akan menyumbang kepada percambahan pemikiran kita bersama dalam soal ijtihad siyaasah. Ada kebaikan dari mereka kita terima dan begitu juga sebaliknya. Kalau disebut pentarbiahan yang dilalui tidak diketahui ‘keabsahannya’, sudah pasti setelah lebih 20 tahun di dalam PAS apa yang tidak kena akan dikenal-pasti dan diperbetulkan jika ada. Lebih-lebih lagi apabila mereka berada di kalangan pimpinan yang bertemu dan berbincang dengan pimpinan utama PAS setiap bulan dan setiap tahun sejak sebelum tahun 1990an. Atau tarbiah pimpinan utama juga dipertikaikan Ilham?
Ilham sepatutnya memikirkan kebijaksanaan tindakan TGHH MELANTIK mereka yang disangsi Ilham ke Lujnah Politik PAS Pusat. Mereka dipilih oleh TGHH, bukan oleh muktamar. Kalau betul tarbiah mereka tidak betul, kenapa TGHH lantik mereka? Dan siapa yang lebih mengenali mereka? Saudara Ilham atau TGHH?
Memang sukatan tarbiah PAS tidak bertujuan untuk menghasilkan ulama’ yang mujtahid. Begitu juga sistem pentarbiahan jemaah yang lain. Tetapi ini tidak bereti kita menafi ilmu yang ada pada mereka yang memungkinkan mereka menduduki kepimpinan di peringkat Jawatan Kuasa PAS Pusat yang bersifat tanfidzi!
7. Keterbukaan Melampau
Pandangan Ilham berhubung persoalan ini adalah pandangan Ilham. Tidak salah kalau saya setuju atau saya tolak. Bagi saya, kritikan terbuka telah dilakukan pada zaman Nabi dan juga zaman Khulafa ar-Rasyidiin. Ianya dianggap janggal untuk gerakan yang ‘Sirr’ tetapi merupakan perkara baik bagi gerakan massa yang inginkan sokongan rakyat awam. Kesanggupan menerima teguran dan kritikan adalah sifat yang selari dengan kepimpinan Islam, bukan ‘theocracy ala Barat’ seperti yang disebut dalam kertas kerja yang saya pamirkan sebelum ini di blog saya.
Rasulullah (SAW) ditegur oleh Allah dalam beberapa perkara dan ianya diabadikan dalam Al-Quran seperti dalam Surah Abasa. Ianya memberi pengajaran bagi semua mengenai sifat agama Islam.
Abu Bakar ditegur secara terbuka dalam banyak hal dan beliau membuktikan ketepatan pendirian belaiu dengan hujjah yang lebih kukuh dan bukan dengan menuntut ketaatan secara mutlak atas sebab jawatan beliau. Ini termasuklah kes yang melibatkan perang terhadap golongan murtad.
Umar juga ditegur secara terbuka berhubung isu wang mahar dan lain dan menerima pandangan sebaliknya tanpa sebarang masalah apabila tidak dapat memberikan hujjah yang lebih kukuh. Apabila mempunyai hujjah, seperti dalam kisah kain ghanimah yang diguna untuk membuat jubah barunya, beliau menjawab dengan tenang. Beliau tetap menerima hak ummat Islam menegurnya dan tidak pula dimarahinya dengan teguran ‘tidak wala’ atau tidak thiqah’. Kesemua teguran ini dibuat secara terbuka.
PAS ingin menerajui kepimpinan politik Malaysia satu hari kelak insyaAllah. Kita perlu zahirkan kesediaan kita untuk ditegur, bukan sekadar dari ahli tetapi dari rakyat umum dan juga pihak lawan. Jangan mudah melenting. Selagimana teguran itu secara ilmiah dan membina. Jangan jadikan PAS sebagai institusi ‘theocracy ala Barat’ di mana keputusan pimpinan agamawan seolah-olah dianggap kata-kata Tuhan dan tidak boleh dipersoalkan.
Atau adakah mungkin Ilham yang tidak memahami waqi’ sebenar politik Malaysia yang perlu kepada keterbukaan? Atau Tarbiah yang Ilham ikuti kurang ‘keabsahannya’?
Saya tidak menganggap tulisan Ilham suatu masalah dan tidak perlu ianya ditarik balik. Saya ucapkan terima kasih kerana sanggup bersusah payah menulis memberi teguran. Saya harap Ilham juga mempunyai keterbukaan menerima penjelasan saya terhadap apa yang ditegur. Saya minta maaf tidak menjawab semua tetapi hanya yang saya anggap perlu.
8. Wacana
Saya setuju untuk diadakan wacana yang melibatkan diri saya dan mana-mana pimpinan yang dianggap sesuai. Tiada masalah dan diharap akan melakukan pencerahan. Saya sebenarnya telah memohon supaya diadakan wacana berkali-kali dengan mereka yang terlibat dengan isu KD. Malangnya permintaan saya tidak diambil peduli. Pada masa yang sama saya difitnah dengan bermacam-macam tuduhan. Ini yang akhirnya menyebabkan isu KD ini tidak selesai dibahas. Banyak sangat ‘lencongan’ dari isu asal. Mungkin kerana tidak mampu berhujjah secara ilmiah.
Kita tunggu...
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

“Sesungguhnya Allah mengarahkan kamu supaya memberikan amanah kepada ahlinya…”

Comments
Ini sangat pedas. hahaha.
masih teringat kata kata kawan yg saya rasa boleh dipercayai kredibilitnya.
"polling agent PAS dengan polling agent BN gelak sama sama tengok undi pecah."
PAS kena tanya diri sendiri, "nak jadi pemerintah pada masa hadapan ker atau memang nak jadi pembangkang sampai bila bila?" :)
Sebenarnya ramai lagi yang tidak bersetuju dengan cara pemikiran mereka yang memegang title "agamawan" ini, cuma tidak disuarakan sahaja.
Ini semua disebabkan disebabkan takut dituduh tidak "wala'/Thiqah" dan pelbagai label lagi. Walhal tindakan mereka ini pada pandangan pendokong bawahan merugikan masa depan PAS.
Saya setuju dengan pandangan "OLID" di atas. Nampak gayanya PAS ini akan terus jadi "pembangkang" sampai bila-bila jika masih berada dibawah pemikiran dlam kotak lagi.
Saya merujuk kepada pendapat At-Takiri, Setiausaha Dewan Ulama, yang memberi penjelasan betapa perlunya Presiden dan Timbalan Presiden dari kalangan Ulama yang faqih ilmu agamanya lebih aula atau utama, dan "menasihati" Mat Sabu jangan kecil hati! Saya setuju, Presiden dari kalangan Ulama Faqih, bagaimanapun Timbalan Presiden tidak semestinya dari kalangan Ulama Faqih. Yang paling penting adalah TAQWA dan BIJAKSANA.
BIJAKSANA, sebagaimana bijaknya Sahabat Khubaid mencadangkan kepada Rasulullah saw memilih tempat di Perang Badar. Bijaksana sebagaimana bijaknya Salman Al-Farisi mencadangkan menggali parit mengikut kaedah perang orang Parsi. Bijaksana sebagaimana bijaknya Khalid Al-Walid di beberapa medan perang.
Kerana Panglima Perang itu mesti bijak dan cekap merencanakan strategi perang. Sama halnya Timbalan Presiden mesti bijak dan cekap merencanakan strategi "perang" di padang demokrasi sekular acuan Barat.
Saya suka menganalogikan Presiden sebagai Khalifah, maka ianya mesti dari kalangan Ulama yang fakih ilmu agama dan fakih pengalaman politiknya. Manakala Timbalan Presiden sebagai Panglima Perang, yang bersedia menerima arahan dari Khalifah (Presiden). Maka Khalifah atau Presiden adalah seorang yang mampu berijtihad.
TAQWA dan BIJAKSANA sebagai syarat utama, sudah tentu jika seseorang yang fakih ilmunya adalah satu bonus yang sangat baik.