Skip to main content

Respon Kepada Arul PSM Berhubung Semenyih

Pada mulanya saya mengucapkan terima kasih kepada Sdr Arutchelvan (Arul PSM) yang telah memberikan komen berhubung tulisan saya mengenai DUN Semenyih tempoh hari. Komen beliau adalah seperti berikut:

“Sdr Khalid Samad yang dihormati, Saya ingin memperjelaskan satu perenggan dalam tulisan ini mengenai PSM dan PRU DUN Semenyih yang tidak tetap dan tidak benar.

PSM semasa rundingan kerusi dengan DSAI pada 13 April 2013 yang juga dihadiri oleh saya, Dr. Nasir dan Dr. Jeyakumar di pihak PSM dan Tian Chua dan Xavier Jeyakumar dipihak PKR. Dalam meeting tersebut, PSM setuju untuk guna lambang PKR untuk DUN Semenyih tetapi meminta PKR menimbangkan samada PSM boleh tanding logo sendiri di salah satu dari dua kws yang PSM menang 2008 iaitu KD dan Sg. Siput. DSAI menjelaskan ia adalah susah tetapi memberi masa untuk PSM bincang balik dalam mesyuarat PSM manakala beliau berjanji tidak akan mengumumkan kerusi DUN Semenyih dan KD. Tetapi pada 14 April, PKR umum mereka tanding di Semenyih tetapi tidak umum KD. Ini adalah satu mungkir janji. Pada 15 April, PSM beritahu bahawa PSM setuju tanding semua kerusi bawah PKR setelah dapat persetujuan ahli. Tian Chua dan beberapa pemimpin kanan PKR berkata memang Semenyih kerusi PSM dan mereka hanya perlu 2 jam untuk jelaskan kepada Azmin Ali dan kerusi untuk akan diberi kepada PSM. Namun selepas itu mereka megakui Azmin tidak mahu beri laluan walaupun ramai pemimpin PKR dan pemimpin BERSIH dan NGO desak PSM diberi tanding guna logo PKR. Azmin berkeras mahu calon melayu dan mereka juga tidak kotakan perjanjian untuk beri kerusi ini kepada PSM walaupun PSM sudah setuju awal-awal untuk tanding bawah logo PKR. Akhirnya pemimpin tertinggi PKR minta PSM tanding logo PSM kerana mereka tidak dapat laluan dari Azmin.”

Saya tidak berhajat untuk memberi komen berhubung apa yang telah dirundingkan di antara PSM dan PKR dan saya anggap ianya sebagai urusan diantara PKR dan PSM yang saya tidak ada kena-mengena dengannya mahupun PAS. Sepertimana yang Sdr Arul sedia maklum, permohonan PSM untuk bersama dalam PR telah ditolak sejak dari dulu lagi dan itulah sebabnya mengapa persoalan bertanding dengan menggunakan lambang PKR menjadi relevan.

Tujuan bertanding dengan mengguna lambang PKR adalah supaya calon yang diturunkan adalah sebagai calon PKR dan bukan sebagai calon PSM. Ini adalah kerana PSM tidak merupakan anggota PR. Tawaran ini merupakan kelonggaran yang diberikan oleh PKR kepada anggota PSM untuk mengelak berlakunya 3 penjuru. Mengelak berlakunya 3 penjuru pula adalah bertujuan untuk memungkinkan kemenangan bagi pihak PR dan kekalahan bagi pihak BN. Memenangkan kerusi yang ditandingi adalah matlamat di sebalik semua perkiraan ini.

Dalam kes Semenyih, sekiranya benar Azmin tidak bersetuju Sdr Arul diturunkan sebagai calon PKR, ianya mungkin atas sebab alasan ‘winability’ Sdr Arul sebagai calon di Semenyih. Sepertimana yang diketahui bersama, Semenyih adalah kawasan majoriti pengundi Melayu dan BN menurunkan calon UMNO untuk bertanding di situ. Walaupun kita menolak politik kaum, kita tidak boleh menafikan bahawa ia merupakan faktor yang akan diambil kira oleh pengundi-pengundi Melayu khususnya yang atas pagar.

Maka di atas hasrat untuk menambahkan kemungkinan menang, maka Azmin sebagai pengerusi PKR Selangor memutuskan bahawa calon PKR di Semenyih perlu merupakan calon Melayu. Oleh itu pencalonan Sdr Arul ditolak. Ini adalah merupakan bacaan saya.

Apabila keputusan PKR yang sebegitu dibuat, maka Sdr Arul berhadapan dengan 2 pilihan. Yang pertama, bertanding sebagai calon PSM dan dengan itu akan berlakunya keadaan 3 penjuru yang hanya akan menguntungkan UMNO/BN.

Pilihan kedua adalah untuk Sdr Arul menerima keputusan itu sebagai keputusan strategik yang dibuat oleh PKR dalam usaha memenangkan calonnya dan dengan itu berkempen bersama calon PKR untuk menjatuhkan calon UMNO.

Sekiranya kita meletakkan kekalahan BN sebagai objektif utama kita, maka sepatutnya Sdr Arul memilih pilihan kedua. Malangnya, mungkin di atas perkiraan lain, termasuk mungkin untuk membuktikan wujudnya sokongan yang kuat bagi PSM, maka Sdr Arul telah memilih pilihan pertama.

Kesan dari pilihan Sdr Arul diketahui umum. UMNO/BN menang dan hubungan Sdr Arul dengan PKR menjadi kurang baik.

Kalau Sdr Arul bertanya pada saya sebelum berlangsungnya PRU tempohari mengenai pandangan saya berhubung dua pilihan ini, maka saya akan menjawab “pilihlah pilihan kedua”. Tetapi Sdr tidak bertanya; dan sememangnya tidak perlu merujuk kepada saya sekalipun. Sdr Arul adalah dari PSM bukannya PAS. Yang dari PAS sendiri pun tidak merujuk kepada saya, walaupun saya merupakan wakil PAS Selangor yang bertanggung-jawab untuk berunding kerusi dengan PKR, apatah lagi Sdr yang dari PSM!

Maka akhirnya kita semua, saya yakin, merasa sedih dengan keputusan yang tercapai di Semenyih. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur.

Namun, apa yang lebih penting sekarang ialah apa yang kita semua ingin dilakukan pada masa akan datang, khususnya PRU 14. Suasana yang sama akan timbul sekali lagi. Pilihan yang sama akan kita hadapi. Sekiranya apabila berhadapan dengan keadaan yang sama, PSM memutuskan untuk bertanding walaupun akan berlaku 3 penjuru, maka pencapaian di Semenyih mungkin diulangi di beberapa kerusi. Dan kali ini bukan sahaja di Semenyih tetapi di mana sahaja PSM dapat bertapak dan dapat sokongan. Ianya tidak perlu ramai, seribu atau dua mungkin cukup untuk mengubah keputusan di beberapa tempat.

Ada yang menganggap bahawa sekiranya PSM bertanding 3 penjuru berlawan dengan calon PR dan BN maka undi PR tidak akan terjejas. Ini adalah kerana dianggap PSM tidak mempunyai sokongan. Saya harap tanggapan itu benar tetapi berdasarkan keputusan di Semenyih ianya seakan-akan sebaliknya. Mungkin kerana Selangor berbeza dengan Terengganu dan Kelantan. Kalau di Terengganu dan Kelantan mungkin undi PSM tidak begitu banyak. Tetapi di Selangor kes Semenyih perlu diberi perhatian.

Di Semenyih BN mendapat 17,616 undi, manakala PKR mendapat 13,471 undi dan PSM dapat 5,568 undi. Tetapi di Jelapang PSM mendapat 2,568 undi. BN pula mendapat 4,655 dan DAP mendapat 16,921 undi. Mungkin sebahagian akan menjadi seperti Jelapang (kawasan DAP) dan sebahagian akan jadi seperti Semenyih (kawasan PKR dan PAS?).

Dalam soal ini pimpinan PR perlu berbincang dan memutuskan strategi yang boleh terus menjamin suasana satu lawan satu di semua kerusi demi mengalahkan UMNO/BN. Buat masa ini saya sendiri tidak nampak kaedah lain, selain yang telah diguna-pakai pada 2008 dan pada 2013 di KD dan Sungai Siput. Di Sungai Siput ia berjalan dengan baik. Tiada 3 penjuru dan calon PKR dari PSM menang. Di KD semua telah tahu kesudahan ceritanya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Wayward Regi said…
Dear Khalid,

What happened with PSM during the GE was unfortunate. Having to deal with the crisis of candidacy on a case to case basis requires not only from the PR perspective but also analysis from the ground. There's no blanket policy on such matter, and there's no way PR can just absolve itself from this crisis. This is not just one area, but the pattern seemed to occur throughout Malaysia. In Sabah, it was similar, and what actually constitute consensus in PR, I really am clueless because of that. We cannot move on until we have done a post-mortem on each area and to find a way of overcoming elite-based decision making. Democratic deliberation should not be left in the hands of the elite, if PR wants to break away from the political culture of the prevailing regime. I hope this will at least open the eyes of the leaders in PR, that the people are ready but not the leaders.
Tuan Penasihat said…
Assalamualaikum YB Khalid, Saya adalah penduduk dan pengundi di Semenyih,salah seorang yang boleh dianggap ketua komuniti di Bandar Rinching, setelah PRU12, kami membuat postmortem, dan hasilnya, kami bersepakat bahawa DUN Semenyih adalah winnable seat jika calunnya ialah Melayu, kami berjuang selama hampir 3 tahun, ini juga disebabkan oleh Sdr Arul tidak pernah menjenguk kami di Rinching sejak kalah, ironinya pejabatnya terletak di taman kam dan beliau merupakan ahli majlisi, kami terpaksa bergantung kepada sdr shamsul, wakil dr che rosli dari pas dan juga bebepa pemimpin pkr tempatan, kami yang berkehendakkan perubahan calun, Arul tahun namun sengaja menyembunyikannya, beberapa pertemuan juga pernah dilakukan dengan beliau untuk tidak bertanding, namun dia berdegil.Tidak menerima PSM kedalam Pakatan adalah satu langkah yang bijak, mereka mementing diri sendiri dan tidak mahu melihat bigger plcture.
yang benar,
Dr.Baharom
Unknown said…
Dah agak Azmin ingin menunjukkan kuasa veto dia selaku Pgh Pilihanraya Malaysia.
Nasi sudah menjadi bubur maka disebabkan itu dia tidak bersetuju dengan Blackout ulung 505. tangan bau taik!
Tetapi hakikatnya PSM adalah PRSM jadi untuk menyertai Pakatan peringkat ini matlah sukar kerana sudah ada tiga komponen yang juga Berbedza ideology and perjuangan, macam api, air dan tanah! Masuk PSM jadilah api, air, tanah dan angin!
UMNO tak tumbang tapi PR mungkin!
Unknown said…
Dah agak Azmin ingin menunjukkan kuasa veto dia selaku Pgh Pilihanraya Malaysia.
Nasi sudah menjadi bubur maka disebabkan itu dia tidak bersetuju dengan Blackout ulung 505. tangan bau taik!
Tetapi hakikatnya PSM adalah PRSM jadi untuk menyertai Pakatan peringkat ini matlah sukar kerana sudah ada tiga komponen yang juga Berbedza ideology and perjuangan, macam api, air dan tanah! Masuk PSM jadilah api, air, tanah dan angin!
UMNO tak tumbang tapi PR mungkin!
usen said…
Kesian yb khalid terpaksa menulis utk menutup kesalahan beliau khianat kpd parti.. Kalau dr awal yb tutup mulut rapat mcm org lain kan senang, xde timbul lg mcm2 yg akhirnya memalukan yb sendiri.. Bertaubatlah dan mohon maaf kpd ahli2 pas terutamanya pas subang yg di burukkan oleh yb sblm ini..
Istiqomah said…
Surau stesen bas section 17 Shah Alam amat mendukacitakan. Rasa geli-geleman nak sembahyang kat situ. Busuk, sempit, kotor.

YB masuk 2 penggal jadi AP diShah Alam. Tolong tengok-tengok sikit.
arul psm said…
Sdr KS yang baik dan dihormati. Saya ada menghantar satu respon yang agak panjang kepada email sdr mengenai isu Semenyih dan ahrap sdr dapat semak dan post. Tapi saya nak respon kepada komen Dr Baharom (Tuan Penasihat) kerana pandangan beliau adalah tipu dan palsu. Saya tidak pernah bertemu atau adakan mesyuarat dengan mana-mana kumpulan dari Bdr Rinching atau Semenyih sebelum PRU yang minta saya tidak bertanding dan tarik diri. Jika benar meeting itu berlaku, sila kemukakan bukti mesyuarat berlangsung dimana dan siapa lagi yang hadir. Saya harap jangan main tembak. Saya ada panggil satu mesyauarat sebelum PRU dihadiri oleh 3 ketua JK penduduk Bdr Rinching, taman tasek Semenyih, taman Sri tanjung, 2 ketua taman pelangi Semenyih dan mereka semua minta saya terus bertanding. Mereka juga marah apabila saya letak jawatan ahli majlis wlp tempoh saya tamat 31 disember. Saya mempunyai rekod kerja yang agak baik dan handle aduan . Saya juga cabar sdr Dr. baharon kemukakan apa masalah yang beliau pernah bawa kepada saya yang saya tidak selesai sehingga beliau pergi jumpa Shamsol dan Dr. Che Rosli. saya juga banyak selesaikan masalah di kws Samsol tetapi itu adalah kerjasama yang baik antara kami.Selepas PRU, saya telah tutup Pejabat saya di Bdr Rinching dan buka pejabat di pekan Semenyih. Mungkin itu rungutan Dr. baharon, i tak pasti. saya tahu lidah tak bertulang tetapi saya harap kita adil apabila mengeluarkan hujah dan membuktikannya. Saya sedih apabila ada hujah tidak disokong fakta dan bukti. Berani Kerana benar. Arul
Unknown said…
Saya cukup minat dgn cara berfikir & hujah YB khalid Samad. Dalam banyak hal, kita sefikrah. Syabas skali lagi.

Berkaitan dgn masalah pertandingan 3 penjuru yg melibatkan PSM, saya juga sependapat dgn YB Khalid Samad - Kota Damansara & Semenyih adalah dua permasalahan yg berbeda.

Saya mengambil pendirian menyokong penuh pencalonan Dr Nasir Hashim di DUN Kota Damansara, tetapi tidak setuju dengan tingkah & gelagat saudara Aruchelvan yg melibatkan DUN Semenyih.

Berbeda dgn Aru, Dr. Nasir adalah incumbent di KD. Dr, Nasir juga telah berjaya membuktikan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin. Jumlah undi yg diperoleh Dr Nasir juga membuktikan Dr.Nasir jauh lebih popular dari calon kacau daun PAS. Keputusan pilhanraya DUN KD juga membuktikan bahwa pemilihan Dr. Nasir sebagai calon PKR & Pakatan Rakyat adalah tepat & PAS jelas telah melakukan kesilapan taktikal yg besar dgn bertanding disitu.

Berbeda dgn Dr. Nasir yg jelas seorang pemimpin rakyat yg popular, Aruchelvam masih tidak boleh menerima realiti & hakikat yg beliau sebenarnya tidak sepopular manapun di Semenyih. Buktinya calon PKR, Hamidi Hassan mendapat undi jauh lebih banyak, mengatasi Aruchelvan hampir 2 -1/2 kali ganda dari jumlah undi yg diperolehi Aruchelvan. That already speaks volume of Aruchelvan's popularity in Semenyih.

Ini juga membuktikan pemilihan Hamidi Hassan sebagai calon yg mewakili Pakatan Rakyat adalah tepat.

Aru masih bercakap seolah2 DUN Semenyih itu adalah warisan & hak mutlaknya yg tidak boleh dipertikaikan. Harusnya Aruchelvan melakukan introspeksi diri, atau dalam istilah yg popular jemaah sosialis - "self-criticism".

Aruchelvan harusnya merenung jauh kedalam diri sendiri & bertanya, "Kenapa aku asyik kalah & kalah berkali2 dalam pilihanraya sedangkan ramai teman2 opposisi berhasil meraih kemenangan, termasuk comrade Dr. Jeyakumar (menang parlimen 2x berturut2, & comrade Dr. Nasir (PRU 2008), tapi aku, Aruchelvan, Secretary General of PSM, the defender & vanguard of the ploretariat, habuk pun tarakk..."

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.