Skip to main content

Mengalah Bukan Kalah

Sdr Arul PSM ada menulis respon yang panjang lebar terhadap tulisan saya menerusi email. Banyak yang diceritakan berhubung rundingan PSM dan PKR serta isu-isu berkaitan. Dia minta saya siarkannya dalam blog saya. Saya mohon maaf kerana tidak dapat berbuat demikian. Ini kerana saya tidak mahu blog saya dijadikan medan perbalahan di antara PSM dan PKR pula. Yang saya tulis selama ini, samada berhubung Semenyih atau Kota Damansara, adalah sebagai pengajaran yang perlu diambil dari pengalaman ini. Bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak.

Maka saya kira memadailah dengan saya menyiarkan komen Sdr Arul yang pertama, supaya pembaca tahu ada penjelasan dan perkiraan lain, yang sebahagian dari mana saya sendiri tidak tahu.

Tetapi walau apa pun penjelasan dan perkiraan yang dibuat, masalah yang dihadapi sekarang ialah PRU ke 14 dan apa yang perlu dilakukan untuk menentukan satu lawan satu di semua kawasan. Tugas inilah yang kita amanahkan kepada pimpinan, ia itu berusaha sedaya upaya supaya tidak lagi berlaku 3 penjuru.

Dalam mengusahakan matlamat ‘satu lawan satu’ ini, maka sudah pasti akan ada yang perlu ‘mengalah’ dan ‘bertolak ansur’. Tetapi, mengalah itu tidak bererti kalah dan bertolak ansur tidak bererti menggadaikan prinsip. Tidak semestinya hanya dengan cara bertanding di sesuatu kerusi sahaja yang mampu memastikan matlamat tercapai secara jangka-masa panjang. Yang paling penting bagi saya ialah BN ditewaskan supaya rakyat dibebaskan dari kongkongan. Kongkongan ini dikenakan ke atas kita seluruh rakyat Malaysia; samada PAS, PKR, DAP dan juga PSM!

Oleh itu, jika tidak bertanding sekalipun, maka tidak bererti kita tidak dibenarkan bergerak di kalangan masyarakat untuk membina kekuatan sokongan terhadap perjuangan kita. Asalkan yang menang akan bersama kita dalam perjuangan untuk membebaskan rakyat dari kongkongan yang kita semua hadapi sejak dahulu lagi.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Sabina45 said…
Inilah ulasan dan teguran dari seorang yang berjuang untuk mencapai matlamat parti dan bukannya untuk seronokkan kemenangan pada individu, jika ramai para pemimpin dala gabungan PR berfikiran waras begini dah lama dah BN bungkus dan gulung tikar ,tapi bila dekat PRU BN lebih bijak berpropaganda dengan isue yang dicipta sendiri oleh gabungan PR ,itulah kesudahan hasil yang PR dapat , kalah dalam menang,jadi eloklah pemimpin dalam PR fikir sebelum bertindak.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.